tekan jangan tak tekan!

Monday, May 31, 2010

..

Saya perlukan kekuatan. jiwa saya sudah kosong. I got major headache. i feel empty inside. saya penat. saya penat menangis. Lelah mencari jalan keluar.

saya ingat saya kuat. saya ingat saya tabah. tapi rupanya tidak. terlalu rapuh rupanya jiwa saya. Saya pujuk hati untuk menerima ketentuan ini. Saya usaha untuk menahan sebak,agar tiada lagi air mata yang mengalir. Tapi hampa. Biar sekuat mana saya memujuk hati, ia tetap berkecamuk. biar sekuat mana saya menahan sebak, hingga sesak dada, namun air mata tetap setia jatuh jua.

Sampai bila begini? Berat sungguh dugaan.

Namun yakin lah mieyza, setiap yang berlaku pasti ada sebab. Pasti ada hikmah. Akan ada jawapan pasti disebalik semua kepayahan ini.

Sunday, May 30, 2010

Update cerita basi 3 - PULAU KAPAS

Date : 14 Mei 2010
venue: Pulau Kapas

Okey. Update cite yang basi berkulat ke-3. ngehngehngeh. pada hari yang disebut, saya buat kali pertamanya, pada usia duapuluhlima, akhirnya menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. haha:D. sebagai rakyat Terengganu jati, terasa sedikit malu kerana mengambil masa begitu lama untuk menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. Maka harus lah rasa excited terlebih-lebih dirasa.

Plan untuk ke Pulau Kapas memang sudah lama dalam kepala. Tapi biasa lah, selagi belum diizin Allah S.W.T, mana mungkin sampai kan. rancang punya rancang akhirnya sampai lah kami di sana pada Jumaat yang indah itu. Bertolak seawal 8.30 pagi, saya, Ziana, Kak Dira dan Ma sampai di jeti di Marang. Lama juga lah bertenggek di situ, sebelum naik bot ke Pulau Kapas. Sampai je di sana, letak beg, makan-makan sikit, terus berendam dalam air.uisss..seronok tak terkata. hehe. Tak sabar-sabar.

Nasib baik cuaca agak baik. tak lah panas sangat waktu tu, sebab masih awal. Tengah-tengah seronok berendam, cikgu yang bawa kami ke sana suruh tukar tempat pulak. Tukar ke sebelah sana. owhh, rupanya kat situ lagi best. Lagi cantik pantai dia. Then cikgu tu bawa kami naik bot untuk bersnorkelling. sangat seronok okey. Best gile bersnorkelling. Mula-mula tak berani lagi ketengah. Setakat ber-snorkelling di tepi-tepi pantai. Lepas tu baru cikgu tu bawak kami ke tengah laut. Masya-Allah, gile dalam air sampai jauh tak tersentuh kaki. Panik la jugak, takut-takut tenggelam.hehehe. Tapi, Subhanallah. sangat cantik pemandangan dalam laut. sangat indah, macam dalam aquarium dah pulak rasa. Macam-macam rupa ikan ada. Sayang tak boleh bergambar. Almaklum la, kamera cap tiga ayam, mana boleh masuk laut. :(..

Dah sampai tengah laut tu, saya dah mula pening. Hanyut semacam je. mungkin masuk angin sebab banyak sangat sedut angin. Ye lah, nama pun ber-snorkelling. Saya silap guna teknik pernafasan barang kali. Sampai je di Pantai, terus saya muntah. haha:D. Sempat tu saya tinggalkan 'sesuatu' kat Pulau Kapas.

Tak banyak pun aktiviti kami. Hanya berendam dan ber-snorkelling. Tak berenang pun sebab kurang mahir. hehe:D. kesimpulannya, sepanjang di sana, dari pagi sampai ke waktu nak balik, kami memang duk dalam air. Akibatnya, secebis cuma gambar yang sempat dirakam kan. hehe.

Dan yang paling best, kami balik dengan berwajah baru. Hangus habis muka. waaaaaaa. Tu lah, tak pakai sunblock. Memang tak nak pakai pun pasal saya baca kat internet sunblock tak digalakkan sebab boleh merosakkan Coral. Tapi saya paling kronik rasanya sebab 2,3 hari lepas ke Pulau Kapas, muka saya menggelupas dengan jayanya. Sangat lah bersalin kulit sampai nak keluar berjalan pun macam malu. hehe:D. Dan kesan kulit hangus tu macam sampai sekarang tak hilang lagi. Sampai sekarang pun orang duk tegur muka saya hitam semacam. Alahai..


with ma


Gambar curi dari FB Ma..hehehe..sowwy, kekurangan sumber.

update cerita basi 2 - Team Building di Agro

Okey. Cerita basi kedua

Date: 3 & 4 Mei 2010

Vanue: Agro Resort, Setiu Terengganu


Ini cerita best. Sangat best. Antara pengalaman terindah lah. yang terindah hanya lah sementara. tiba-tiba..pada waktu yang dinyatakan diatas, kami erkk merujuk kepada semua staff PTPL terengganu yang terlibat telah dikerah/dipaksa rela menjalani satu latihan separa keras ala tentera bagi mengentalkan jiwa dan semangat kami menghadapi dan menggempur halangan dan cabaran during working hours. okeh. saya tipu. Mana ada latihan separa keras. separa seronok okeh. hehe.

Program team building ni sangat lah seronok sebenarnya. Seronok pasal keluar dari suasana ofis kah??kihkihkih. Macam biasa la. Aktiviti yang dijalankan semua yang pernah kita lalui dizaman-zaman sekolah dahulu. Jungle Trekking, flying fox, berkhemah, water confident dan lain-lain. lain-lain tu sila la nyatakan sendiri okeh. Bezanya, dizaman muda belia itu, stamina masih kuat. Masih bertenaga dan tulang serat sendi masih lembut. Masih boleh dilentur seperti buluh. ecehh. Sekarang sudah sedikit berumur. Stamina sudah kurang. Tulang dan sendi sudah keras.Ttak boleh dilentur macam buluh dah sebab buluh ini sudah tua. Potong-potong buat lemang. boleh?? ada faham? tak faham? abaikan kawan-kawan.

saya malas nak bercerita detail sebab sudah ingat-ingat lupa pasal semua kejadian ini. kan saya sudah sedikit berumur disertai stamina yang kurang. apa aku merepek ni?. Okey. yang pasti yang saya ingat dengan jelas adalah satu aktiviti yang agaklah men-seram-kan saya. CINA BUTA a.k.a SOLO DROP. Sangat seram okey. Serius seram sebab saya memang tak pernah buat dan tak akan buat lagi.! Ada ke patut buat aktiviti ini. Hambik dia campak kau kat tengah hutan pukul 1 pagi hanya berjalan berpandukan seutas tali. tak ke seram nak mati. Bertambah-tambah aku yang penakut tahap gaban ni. Sangatlah saya ni seorang manusia yang penakut. okey mari saya gambarkan betapa penakutnya saya. Pernah tak jumpa orang yang pergi toilet kena berteman sampai form 6?? pernah tak jumpa orang yang tak pernah tidur sorang-sorang dalam bilik sampai umur 25?? tak pernah jumpa? hari anda jumpa. tahniah!! Saya la orang itu. haha:D. Masa dapat tahu kena buat aktiviti ni saya dah kecut perut pancrease semua. aduii. Semacam mahu buat-buat pengsan mulut berbuih-buih. Dengan berat kaki melangkah pergi lah kami-kami ni. mula-mula seorang demi seorang di panggil masuk hutan. saya masa tu dah terkumat kamit baca macam surah yang terlintas kat kepala. Sampai giliran saya. eh, apasal ada kak Ogy kat situ. bukan kah dia dah pergi tadi? Owhh. ada lagi rupanya makhluk tuhan yang lagi penakut dari saya. haha:D. Adakah patut kak Ogy itu bertafakur disitu, tak mahu masuk hutan.Terpaksa lah saya buat-buat berani. Lepas dibriefing sikit pasal perjalanan dalam hutan tu, saya pun melangkah dengan terketar-ketar. Terketar-ketar okey. Sampai langkah ketiga saya berhenti. Terus stop. Ya ALLAH, memang tak sanggup nak masuk. Gile gelap. Memang serius takut sampai dah tak boleh nak melangkah, pada hal tak masuk pun lagi. Dalam hati saya cuma terfikir nak pusing balik, join kak Ogy bertafakur disitu. Terdiam sekejap disitu berfikir nak buat apa. Last-last dengar instructor tu tengah membriefing seseorang dibelakang tu. Kan saya baru tiga langkah. Dengar dengan jelas okey. Tiba-tiba saya jadi lega teramat. Terus tak jadi nak patah balik. Apa saya buat? saya terus berdiam di situ, sampai lah orang dibelakang saya tu hampir dekat dengan saya. Sangat dekat sampai boleh sentuh tangan. Lepas saya dah comfirm ada orang kat belakang, baru saya yakin meneruskan perjalanan. haha:D. sangat teruk saya. nak tahu betapa teruk? teruk nya saya sampai dipertengahan hutan tu, berderet manusia kat belakang saya. Punya lah lembab saya berjalan sampai berderet orang mengikut saya. hah! Kan dah berani tu, mana ada takut masuk hutan. aktiviti ni dah ditukar dari SOLO DROP kepada MENEROKA HUTAN SECARA BERJEMAAH. haha!

owhh..ada lagi aktiviti yang saya sangat tak akan buat lagi. WATER CONFIDENT. sangat lah tak confident, suruh terjun ke tasik dari belakang. Apakah?? bagi saya itu satu perbuatan di luar tabii. haha. semacam saja ayat itu. Betul lah di luar tabii, terjun secara menelentang ke belakang. Confident kah anda melakukan aksi itu?? Anda mungkin, saya tidak. haha:D. Punye la tak confident sampai terpaksa ditarik untuk terjun ke dalam air. Memang lah dah pakai jaket keselamatan, tapi tetap takut tenggelam tanpa mahu timbul lagi. tapi Alhamdulillah, saya tetap floating. huh. nampak sangat saya ada masalah dalam self-confident.:D

sila lah menengok gambar yang tak seberapa. memang seberapa saja. pasal tiba-tiba macam bermasalah pula nak upload. asyik failed saja. mungkin gambar bersaiz lori balak. pasal itu asyik failed sebab besar sangat.

kami di hutan belantara ber-jungle trekking

pasang khemah sambil berposing.

wajah ceria sebelum ber-flying fox.

banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi memandangkan kesukaran mengupload, cukup lah yang ini saja.hehehe. okey lah, yang penting program ni memang best.

Sunday, May 23, 2010

Kalaulah.....

Sekejap tadi emak menegur. Acap benar saya dan dia keluar bersama. dah 3 hari berturut-turut. Apa kata orang kampung. Sudah ramai yang bertanya, bila lagi nak bernikah. Mak bilang, kahwin lah cepat-cepat. Saya terkedu....... Tiba-tiba emak menyuarakan hal itu. Jantung saya berhenti berdenyut seketika. Saya terguris. Terus sebak. Saya tahan takut terrmenangis depan mak. Entah kenapa pengucapan yang ringkas itu begitu mengusik rasa. Serius rasa terguris.

KALAU lah mak tahu apa yang saya lalui sekarang..

KALAUlah mak tahu yang saya keluar bukan untuk suka-suka, tapi ada takungan keruh yang perlu dijernihkan..

KALAUlah mak tahu betapa terlukanya saya melalui hari-hari yang menyesakkan ini...

KALAUlah mak tahu betapa saya ingin pergi meninggalkan semua ini..

KALAUlah mak tahu betapa remuknya hati ini...

KALAUlah mak tahu betapa lajunya airmata ini mengalir setiap hari..

KALAUlah mak tahu..............

Saya sangat teringin berkongsi derita ini dengan mak. Tapi saya tak sanggup. Tak terucap. Bimbang hanya airmata yang lantang berbicara. Bukan bibir yang saya pasti akan kelu untuk meluah.

Pastinya saya yang dipersalahkan. Seharusnya pun saya yang dipersalahkan. Saya memang bersalah. Saya punca segala masalah.

Dan saya rasa tiada lagi ruang untuk saya. Allah sahaja tempat saya mengadu. Saya sudah menyerahkan hidup mati saya kepada ALLAH. Saya terima semua ketentuan-NYA. Saya tak akan pernah berhenti berdoa semoga diampun kan segala dosa saya. Saya mahukan ketenangan.

Saturday, May 22, 2010

update cerita basi 1 - Cuppies Session

Okey. saya mahu update cerita lama zaman kurun tok kadok.huhu!

Cuppies Session

Date: 23 April 2010

Vanue: Cake Avenue, Kemaman Terengganu.


Pada waktu yang sekian dinyatakan diatas, saya telah menambah satu skill dalam men-transformasi-kan diri menjadi lebih versatil.eceh..bukan boleh letak dalam resume pun. haha. Iaitu memasukkan diri ke kelas CUPCAKE FOUNDANT DECORATION. walla!. Sungguh lah bersemangat kami ini. kami di sini merujuk kepada saya dan cik Ziana kita. Sungguh bersemangat sanggup berkelana ke Kemaman untuk menuntut ilmu, dengan bantuan kak dira..jauh tu sampai owner kedai kek tu terkagum dengan kesungguhan kami. haha. Overall saya sangat berpuas hati dengan kelas ni. banyak benda baru yang kami dapat belajar. detail. Dari buat cupcakes sampai la hias fondant. baru tahu bukan senang nak bentuk sekuntum bunga. sampai dah nak putus asa nak uli-uli benda alah tu jadi sekuntum rose. sangat susah okeh! tambahan lagi saya ni ber-tangan keras. tak kreatif. huh!


see the gambar lah.




Ini hasil kerja kerastangan saya..:)

Selepas penat bergelumang dengan fondant, kami menuju ke Ladang Kambing. ishhh. Apakah?? Kami kesana kerana ada urusan jual beli kambing antarA kak dira dan owner kambing-kambing tu. First time dalam hidup saya ke kandang kambing yang dibina secara besar-besaran. Entah berapa ekor kambing saya tak pasti. Yang pasti memang banyak. Sempat kami beramah mesra dengan kambing-kambing disini. Pengalaman yang agak men-takutkan bila saya dan fini dipermain oleh kambing. Adakah patut si kambing itu menghalang laluan kami nak menyeberang ke kandang sebelah sana. Sangat mencemaskan okey. Tapi yang bagusnya, Ziana dapat adik angkat di sini. seekor kambing yang masih bujang yang di namakan CHICHI..huhu!!


ziana bersama CHICHI


owhh..gambar bersaiz mini. tak mengapa, yang penting enjoy bersama kambing. hehe!

JUMAAT NAN INDAH







Gambar-gambar diatas menggambarkan keceriaan dan kegembiraan kerana berada di office pada hari Jumaat. Nikmatilah keceriaan saya.

Hari ini hari jumaat. Hari jumaat adalah satu-satunya hari saya tidak bekerja. tapi tiba-tiba saya di office pada hari ini. ishh..tiba-tiba? sepertinya saya berada di pejabat tanpa sedarkah? owhh tentu la saya masih sedar. Hari ini harus lah saya dan semua orang berada dipejabat. Kan students tengah final exam. Tapi macam pelik kan buat aktiviti bekerja dan ber-exam di hari Jumaat di Terengganu. Tak apa lah, yang penting cuti ini diganti dengan Hari Ahad ni. See, double pelik. Jumaat kerja, ahad cuti. okey semua, kami semua bukan lagi warga Terengganu. haha:D. Rileks la. Sehari je pun perbuatan pelik ini berlangsung. Lepas exam semua kembali normal. Typical Terengganu's worker.

Tadi saya tengok timetable semester baru. Kena ajar subjek baru, Mikrobiologi II. erkkk..Sedikit kedebaran. Mikrob tu, bukan calang-calang. Saya yang bongek ini kena ajar mikrob. Apakah yang akan berlaku di sem hadapan. kita tunggu.......

Owhh, ada beberapa beberapa?? entri baru yang bakal saya post kan. Seperti yang saya bagitau dientri lepas, saya dilanda kemalasan. Malas gile okeh. Mood terbang melayang disaat mahu meng-post entri baru. Sudahnya tak ber-update ini blog busukk. Tapi memandangkan saya ke office semata-mata untuk beronggeng hari ini, walaupun kije ada, walaupun macam banyak benda je kena selesaikan saya pun merajinkan diri lah. owhh, rajin nye kamu. Walaupun saya rasa tiada pun yang baca blog saya, tapi tetap ada suara-suara sumbang yang minta saya update blog. haha:D

okey. kepada yang berkenaan. nantikan entri baru dari saya. tiba-tiba terperasan jadi blogger fofular..:D






Thursday, May 13, 2010

Ujian atau Isyarat??

Owh. Blog belum ter-update. Banyak lagi kisah dalam simpanan. Belum pasti bila mahu di post kan. Saya masih berbulan madu dengan mood malas.

Entah mengapa saya merasa kan perjalanan hidup saya semakin sukar. Terlalu banyak simpang siurnya, terlalu tebal halangan yang terpaksa saya lalui. Zahirnya saya normal. Masih mampu bergelak sakan bertepuk tampar dengan teman. Batinnya, tuhan sahaja yang tahu. terlalu rapuh, terlalu lemah, terlalu kosong. Dan hanya tuhan sahaja yang tahu betapa airmata ini menjadi teman paling mujarab merawat hati, teman yang tak pernah sehari pun meninggalkan saya. Sebagai seorang manusia yang tak reti nak meluah dan berkongsi cerita dengan orang lain, hanya dengan menangis sahaja saya mampu lakukan untuk meredakan remuk redam hati. Kesukaran menghadapi masalah dalaman ini menjadikan saya super duper hypersensitive. Terlalu sensitif yang melampau-lampau. Saya mampu menangis bila-bila masa, tak kira apa keadaan. Terfikir saja tentang itu, airmata akan gugur, tak tertahan-tahan. Lepas sembahyang, sebelum tidur, tengah mandi, pasti si air mata akan mengalir. Kalau lah ada had limit kandungan air mata, dah lama air mata saya kering. Kering tahap kontang sebab tak pernah sehari pun ia gagal mengalir. :(

Sejujurnya saya masih mampu menangani hal ini sendirian. Sewajarnya saya bersendirian. Kerana tiada siapa pun mampu menolong. Seberat mana pun, saya yang menanggungnya. Walau pun tak pernah terlintas hal ini akan menimpa saya. Sebagai manusia biasa yang cukup lemah, saya terkadang mahu menyerah kalah. Saya penat dan tak larat nak menghadapi semua ni. Saya cuma mahukan kehidupan yang lebih baik. Kenapa ada yang sanggup menyukarkan hidup saya? Namun dia sentiasa dibelakang saya,memimpin tangan saya untuk terus kuat bertahan. ye, saya bertahan kerana dia. Kalau bukan kerana dia, saya sudah pergi tanpa menoleh ke belakang. Pergi tinggalkan semua kenangan kami.

Syukur Allah S.W.T masih memberi saya kekuatan. Saya masih mampu bertindak waras. Masih mampu meletakkan hal itu jauh disudut hati yang paling dalam. Cuma jika bersendirian, pasti hal itu lah yang berlegar di kepala. Saya tak pernah putus berdoa agar saya ditunjukkan jalan yang betul. Jalan yang patut saya pilih. Setiap hari saya dipujuk untuk bersabar. Katanya, ini ujian yang harus kami tempuh. Kuatkan semangat. Dia tak pernah jemu meyakinkan saya yang dia akan melindungi dan menjaga saya sampai bila-bila. Dan saya tidak pernah sekali pun meragui semua itu.

Namun jalan yang kami lalui semakin curam. Luka semakin dalam. Takut tak terubat. Saya sudah lama bersedia. bersedia untuk redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini. Saya sudah lama berhenti berharap. Saya takut kerana andainya luka terubat, parutnya tetap ada. Parut itu tetap akan ada, dan di bawa sampai ke mati. Dan parut itu pasti akan mengingatkan saya pada perbuatan mereka.

Dan saya masih belum berhenti befikir. Adakah ini masih sebahagian dari ujianNya, atau sebagai satu isyarat dariNya yang saya patut berhenti meneruskan perjalanan ini.



© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati