tekan jangan tak tekan!

Friday, June 3, 2011

Marilah berMiddle Finger??

Wah wah wah..Title bikin kontroversi betul. Memang kontroversi kot. Pernah tengok Video Clip MARILAH nyanyian PREMA YIN?. A few days ago, saya ada post kan VC ni kat fb, tentang kobodohan dan kebebalan VC ni. Masya Allah, memang America habis lah. Bukan separa lucah, memang dah lucah betul! Yang lagi kesian, Pengarah, pelakon semua MELAYU, kecuali penyanyi tu non-malay. Tapi agak2 lah woi, korang duk Malaysia, bukan America. Saya mula2 tengok VC tu memang terkejut beruk, rasa sangat2 nak marah. Tak cukup lagi ke gejala sosial kat Malaysia ni? Nak tambah lagi dengan VC porno macam tu? VC ni memang hebat gila dikutuk sumpah seranah kat blog2 dan fb.

Tang nama pengarah tu lagi kesian. GAMBIT SAIFULLAH. Siapa mamat senget ni? Actor? Pengarah? Sumpah tak kenal. Tapi memang kurang ajar lah buat video macam ni. Sedih pulak bila tengok nama SAIFULLAH kat belakang dia. Baik kau buang je nama tu, letak lah David ke, John ke, Sabit ke, baru sesuai. Geram ni, geram ni..Yang berlakon tu memang hancur lah. Siapa tu, Shahz Jaszle ke hape entah, yang berlakon cerita Asmara tu. Saboor je lah Pelakon, pengarah sama2 mereng.

The best thing is si Gambit ni dengan penuh kekurang ajaran memaki dan mencarut kat blogger2 yang hentam dia. Kahkahkah. Kelakar betul. Tak nak mengaku salah. Siap menegakkan benang yang basah lagi. Nak bagi middle-finger kat blogger. motif?? pffftt. Sedih tau bila muncul benda2macam ni dalam kehidupan kita. Kalau pun nak berkarya, tak boleh ke buat dengan cara yang bersih sikit? Kenapa perlu kotorkan fikiran anak2 muda kita. Kalau lah budak2 yang tengok VC tu, apa agaknya reaksi dia orang? owwhhh, tak terbayang rasanya. 

Sape2 yang belum tengok, sila lah google or cari kat youtube. Sebelum tu, sedia kan baldi kat sebelah, takut2 muntah. Hahahaha. Tengok lah aksi kucing betina nak mengawan versi manusia. Buruk sungguh!

3 comments:

teyn teyn said...

geli lah tgk video tu. hahaha

mieyza said...

hahaha..tau xpe..gedik habis!

Hidayah said...

Doorgift ak jgn lupa..Simpankn utk aku tau..hehehe

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati