tekan jangan tak tekan!

Friday, August 6, 2010

Semakin lama, semakin rekah

Kalau perasan, banyak entri saya berunsur melankolik, bernada suram sedih durja. Semacam sedih sahaja sepanjang waktu saya ni. Bukan sebenarnya. Bukan saya seorang yang sedih bermuram durja, cuma saya cenderung untuk ketuk-ketuk key-board ni waktu-waktu di landa gerhana. Waktu stress yang tak terhingga. Waktu rasa dunia gelap gelita. Kalau time bercanda bersuka ria, pasti mood untuk ber-blog merundum to ground-state. Pelikkan, seperti nya saya ni suka kongsi cerita sedih saja, cerita happy simpan sendiri sahaja.

Lewat kebelakangan ini, ketegangan sangat di rasa. Perlahan-lahan meresap, berdikit-dikit. Akhirnya menikam sampai ke tulang hitam. Semua benda jadi tak kena. Setiap tingkah laku akan jadi bahan pergaduhan. Sampai satu tahap, badan menggigil menahan kegeraman. Hampir si Sony Ericson itu terlantun ke dinding. Nasib baik belum buat, kalau tak terpaksa lah mencari pengganti. hukhukhuk..jujurnya, saya masih mencari kekuatan diri untuk melangkah. Terasa seperti sebahagian semangat diragut pergi. Namun saya harus kuatkan semangat, saya kena teruskan langkah. Selagi saya terus menanti, terus berharap, terus mengikut rentaknya, masalah tak akan pernah berhenti bertandang. Biar lah saya mengalah. Berundur mungkin lebih baik. Biarlah dia terasa seksa untuk sementara ini, asalkan kelak tiada yang kecewa. Mungkin apa yang kami fikir baik, rupanya tak baik di sisi Allah. Mungkin perancangan kami tak selari dengan apa yang telah Allah rencanakan untuk kami. Jadi Mieyza, sila tabahkan hati. sobsobsob..

Ehh, lagi beberapa hari dah nak masuk Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini membuka lembaran baru buat saya. Tak sabar dah nak meraikan Ramadhan. Setiap tahun pun pasti begini, excited menanti kedatangan Ramadhan. Persiapan Syawal??Of course la sudah berlangsung dengan hebatnya..muahahahhaha. Bermula minggu lepas, saya begitu aktif mengukur jalan ke kedai kain untuk cari kain pasang. Sudah terlambat sebenarnya. Nasib baik ada yang masih sudi menerima tempahan baju kurung. Entah kenapa saya agak teruja. Sampaikan sempat menyambar 7 pasang kain untuk dibuat baju kurung..hahaha. gila melampau. Mana tak melampau, jumpa kain yang cantik lagi murah. Kalau ikut rambang mata, mahu lagi ambik 5,6 pasang. Tapi bila tengok dompet yang makin mengempis, pejam mata saja. hahaha. ini belum masuk lagi bab biskut raya, dah plan nak buat berapa jenis. Then tengah fikir nak jahit corak manik macam mana kat baju raya. Haha:D. Banyak gile plan, agak-agak terbuat kah??? See, walaupun tahun ini mungkin saya bakal beraya dengan membawa status single mingle and available, keterujaan nak beraya tetap mantap!!muahahaha.

owhh, esok ada projek dengan Ziana. Projek cuppies, tempahan dari Aminah, si comel manis dari account department. Untuk birthday boyfriend gamaknya. Lepas tu plan nak cuba buat Carrot Cake. Sangat terliur nak makan itu kek. Maka nya, harus lah esok berdepan risiko kek bantat. Lantak lah, yang penting buat. hehehehe. Jadi esok haruslah kami bekerja keras berkubang di dapur menyiapkan tempahan. Harapnya yang menempah akan puas hati..:D

Kesimpulannya, saya bangga mampu jadi tabah.tiba-tiba. haha. Bangga sebab berjaya tak mengikut sangat hati yang tercalar balar ni. Proses nak mengubat hati mungkin makan masa, tapi biar lah. Asalkan ia sembuh, dan tiada dendam. Lagi pun bukan salah sesiapa, cuma hati yang dah makin jauh, makin kusut. Sebelum memakan diri, melepaskan semua kan lebih baik. Lumrahnya, pasti terluka, pasti terasa gelap dunia. Tapi daripada terus berendam air mata, teruskan lah hidup dengan penuh warna warni. Kalau sudah dia bukan Allah cipta untuk saya, sebagai pebimbing saya, dengan penuh Redha saya terima. Saya yakin rancangan Allah untuk saya pasti lebih hebat, pasti lebih baik.

enough is enough..

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati