Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Girl!

Lilypie First Birthday tickers

tekan jangan tak tekan!

Tuesday, May 21, 2013

Mati itu Pasti, Hidup InsyaAllah.. Al Fatihah

Assalam.

Rasanya ramai yang dah tahu kan mengenai kemalangan ngeri di MMR2 2 hari lepas, yang mengorbankan 4 nyawa sekaligus. Salah seorang mangsa adalah students di sini. Even saya tidak pernah mengajar dia, sebab dia dari course lain, tapi selalu jumpa dia di mana2 dekat kolej ni. Dan memang acap kali dah jadi pengawas peperiksaan time dia exam. Jadi, berita kematian beliau sangat menyentap jiwa. Sampai teringat2 tak boleh lupa, apatah lagi saya melihat sendiri gambar keadaan beliau yang cukup menyayat hati. Kenapa lah ada orang yang sanggup snap gambar dan upload di laman sosial. Tak patut kot rasanya buat macam tu. Dari semalam lagi kami2 kat office memang duk bercerita tentang hal ini. Macam2 versi cerita kalau tengok berita akhbar. Seorang rakan sekerja dapat connection terus dengan saksi utama, driver swift biru tu. Dia cerita segala yang dia nampak. MasyaAllah, kalau dengar memang beristirgfar panjang lah. Kereta terbang melambung macam dalam movie katanya. Allahuakbar. Sedihnya...:'(   Arwah pun dah selamat di kebumikan malam semalam. 

Melihat cara kematian beliau yang berlaku sekelip mata, yang tidak bersalah apa2, yang disebabkan kecuaian orang lain, buat saya seperti tertampar sendiri. Betapa mudahnya kematian berlaku. Betapa kita tidak pernah tahu bila ajal datang menjemput. Ajal dan maut itu rahsia Allah. Yang sudah ditetapkan tarikhnya, masanya, tempatnya. Tiba waktu dan saatnya, pulanglah kita pada Pencipta. Cara dan bagaimana berlaku, hanyalah penyebab. Mohon lah pada yang Esa semoga kita dipanggil balik dengan cara Husnul Khotimah. Dalam keadaan yang bersedia, dalam keadaan yang baik, dalam keadaan suci dan bersih. Semoga Allah ampunkan semua dosa2 kami. Amin.

Semoga roh arwah dan semua yang terlibat dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.  Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah.. Al-Fatihah.

Monday, May 20, 2013

Bercanda di Pasiran Pantai Di Kala Anak 7 Bulan.

Assalam..

Amboi title, panjang macam cerpen. hehe. 12 Mei aritu, genap dah 7 bulan usia anak perempuan kesayangan saya. Kebetulan jatuh hari Ahad, daddy off day, mummy pula pun cuti sebab dah kerja hari jumaat tu. Makanya mummy sangat lah happy! Bukan senang tau nak bertiga2 an macam ni sepanjang hari. Daddy mummy off day tak sama, so tunggu time2 macam ni lah nak merasa mengadap muka masing2 24 jam. haha. 

Sempena Amani 7 bulan ni, kami bawak dia ke pantai. First time bawa ke pantai, tempat favorite mak pak dia time dating2 dulu. kihkih. So, lepas bercanda bertiga di rumah, petang tu kami ke Pantai Batu Buruk. Cuaca agak mendung, tak panas sangat. Masa mula2, excited je budak ni kena angin pantai. Bila daddy bawa main air kat gigi air, nangis! Hahaha. Terkejut kot kena ombak. Lepas tu tak nak jejak pasir pantai, geli agaknya. Grab baju daddy kuat2 takut daddy letak atas pasir. hahaha. kesian sungguh. Tak apa, nanti mummy bawa lagi main pantai sampai adik suka. Malu weii orang Terengganu tak suka pantai. kihkihkih.


Daddy, help!! 



Rambut kitew sama la daddy!

Dah memasuki usia 7 bulan, perkembangan Alhamdulillah, baik. Sangat aktif. Orang Terengganu kata buas. hehe. Berat dah 8 kg lebih, memang tak larat lah nak dukung. Berat nanang. Nak2 dia suka sangat liuk lintukkan badan time kita dukung tu, memang tak larat lah dukung lama2. Kalau dalam kereta, atas riba mummy dia punya buas dah macam ulat beluncas, tak reti nak duduk diam langsung. Tapi reti pulak dia duduk diam senyap je kalu letak dalam carseat. Owwhh, daddy kasi hadiah carseat sebab mudah mummy nak berulang alik dari rumah ke bandar. Kita orang dah start duduk rumah sendiri sejak 1 Rejab lepas. hehehe. Agak lewat beli kan, anak dah besar panjang baru beli. Harus lah, selama ni duduk rumah mak, senang tak payah berulang. Nasib baik anak terima dengan redha je. hahaha. Love u Amani, and daddy too!



Sunday, May 5, 2013

PRU 2013

Assalam..

Agak lewat nak ulas hal2 PRU kali ni. Lagi sejam dua dapat lah result full siapa yang menang. PRU kali ni adalah kali kedua untuk saya. Alhamdulillah, dah tunaikan tanggungjawap pada negara. Tak nak ulas panjang2, karang jadi kontrobesi. huhu. Banyak sangat kalau nak cerita, tapi ku simpan aje, takut mengguris hati kawan2 yang tak sealiran, sependapat. Sokong lain2, kawan tetap kawan. This time, keadaan agak aman berbanding yang lepas. Tiada adegan2 yang menyakitkan mata. hehehe. 

Jujurnya, saya tak ambil kisah pun siapa yang menang. Baik Parti Kerajaan mahupun pembangkang. Masing2 dah bentang menifesto, siapa pilihan kita, terpulang. Jangan sampai putus saudara, putus kawan sudah. Yang penting, HORMAT pilihan masing2. 

Sekejap lagi tahu lah siapa yang bakal pegang tampuk pemerintahan kali ni. Kalah menang, terima lah dengan hati terbuka. Jangan pulak sebab kalah, ada yang mengamuk buat demonstrasi lah apa lah. Respek lah pihak yang menang. Ingat satu je, kalau Allah tak izin, boleh menang ke dia? 

Sunday, April 28, 2013

Amani & Solid food

Assalam..

Lama dah tak cerita pasal anak dara ai. hehe. Tu lah, sibuk sangat dengan majlis kahwin ayah ngah dia, plus mummy yang malas. kihkih. Anak perempuan saya itu sudah pun 6 bulan setengah. Lagi 6 bulan nak capai usia setahun. Dah boleh makan solid food. Eh, masa umur 5 bulan lagi dah introduced dia dengan solid food ni. hehehe. Tapi tak ada lah bersungguh2 masak macam2 kasi dia kenyang sampai menyandar. Nama pun  introduction. Perkenalkan dulu. bagi dia rasa2 je, and tak hari2 pun bagi. Then bila masuk 6 bulan baru betul2 buat puree and bagi minum air masak. Sangat lah suka air masak, nampak je bekas air dia, terus nak terkam.hehe. Ingat lagi masa first time suap dia makan, buat muka pelik, lepas tu ternganga2 macam anak burung. hahaha. 


Memandangkan Amani sangat lah suka nyonyot segala benda yang boleh dia capai, mummy pun excited cari foodfeeder. Boleh isi buah2 segar. Better than nyonyot entah apa2 benda.. Gigih lah mummy google, macam2 brand rupanya.  Cari kat kedai2 baby kat sini macam tak jumpa. Last2 beli brand Cherub. Murah lah berbanding brand lain. Beli online kat Fabulous Mom. First time berurusan dengan FM ni. ermm, tak berapa nak puas hati lah. Sebabnya order saya hampir 2 minggu baru sampai. Bila call, tak sempat bagitahu apa2 lagi diaorang cakap akan call balik. Sampai ke sudah tak return call. huhu. Mungkin dengan saya je kot diorang punya service kureng. Biasalah, mummy yang excited ni memang tak reti nak sabar. kihkih. Sampai je food feeder ni, terus letak anggur. Si debab apa lagi, bersungguh2 hisap sampai lenjun baju. haha. Sekarang dah makin expert pegang benda alah tu. 


makan pisang sampai lebam.haha.

Setakat ni, tak nampak lagi budak bersungguh nak makan. Suap 4,5 kali, terus tutup mulut dah. Lebih excited dengan botol air dia je. kalu boleh nak minum air masak tak berenti. hehe. Owh, dah pandai minum guna straw dah. hehe. Masa mula2 tu bagi minum dalam gelas and bekas air comel dia tu. Then try bagi guna straw air kotak, nak tengok reti ke tak guna straw. Mula2 dia buat main juga dengan lidah, lepas tu terus sedut. Haha. Seronok mummy tengok budak ni dah pandai macam2. terus malam tu jugak heret daddy gi cari botol yang ada straw tu. hehehe.

muka comot dengan puri labu.

Setakat ni belum pelbagaikan lagi makanan Amani. plus dia pun tak berapa bersungguh lagi nak makan, walaupun time orang makan terliur bukan main dia. hehe. InsyaAllah lepas ni mummy akan lebih rajin. Teringin nak buat puri buah dan sayur yang macam2. Mummy siap join group solid kat fb tau. hehe. kita tengok dan lihat, berjaya atau tidak mummy meneruskan cita2 murni beliau. srooootttttt.

Thursday, April 25, 2013

Menantu yang disambut.

Assalam..

Dah seminggu majlis berlangsung, baru nak update. hehe. Khamis lepas punya cerita ni. Alhamdulillah, selamat dah majlis sambut menantu. Syukur, meriah dengan kehadiran semua. Terima kasih juga pada semua yang berpenat lelah membantu. Semua kerja dari memasak sampai lah layan tetamu, makcik2 dan pakcik2 yang handle. Untung mak ayah saya ada adik beradik yang ramai. Tapi dia punya penat 2,3 hari juga nak hilang. huhuhu.  Tak banyak gambar yang di ambil, masing2 sibuk layan tetamu. Gambar kenangan sekeluarga pun tak ada. Gambar saya lagi lah tak ada, pasal ai is photographer katanya. muahahaha. Lagi pulak, tetiba je mata i'olls tumbuh ketumbit u'olls. First time seumur hidup. Punah harapan nak mekap cantik2. cittt. Terus tak ada nafsu nak bergambar. kihkihkih. 


Adik ipar sempat lah duduk rumah tiga hari, then lepas tu balik ke rumah family dia balik. Sebabnya adik saya dah balik ke Shah Alam, kerja kat sana. Kiranya laki bini PJJ lah ni. Tak tahu lah lama mana ni. To adik ipar, welcome to our small family. :)

Sunday, April 14, 2013

Tunang, Anniversary & Nikah

Assalam..

Alhamdulillah, selesai sudah majlis2 penting keluarga kami pada Jumaat dan semalam. Jumaat, 12 April, rumah kecil kami penuh sesak dengan saudara mara dan sahabat handai yang meraikan majlis pertunangan adik perempuan bongsu saya. Sebelum tu, ada majlis tahlil untuk arwah Atok saudara,pun penuh rumah. Nasib baik tak runtuh rumah mak ayah i'ollz. haha. Malam pulak ada sesi potong kek untuk sambut Ulang Tahun Perkahwinan my parent yang ke 29. Dah 29 tahun tu. Tahun depan kalau panjang umur, kita buat besar2 sikit, untuk yang ke 30 tahun.:) Owh, anakanda pun genap masuk 6 bulan pada hari tersebut. Semua jatuh pada tarikh 12 April.:)


Mak su Amani dengan tunang


Mini pelamin. Tirai belakang tu sewa, murah je dalam RM 180. Yang bantal2 kecik tu DIY, my mom punya kerja. Platform yg merah tu pun DIY by my ayah. Hias2 atas pelamin ni, i'ollz punya kerja. Santek tak? muahaha.



After 29 years, Alhamdulillah, masih diberi rezeki oleh Allah Taala untuk hidup bersama. Sehati sejiwa gitu. haha. Masih lagi pasangan romantik. Alhamdulillah,  di kurniakan anak2 yang menjadi 'orang', seorang cucu yang menceriakan suasana, dan dua orang menantu. Tahun depan InsyaAllah bertambah2 lagi ahli keluarga. Tak boleh cakap lama2 pasal mak ayah, nanti meleleh air hidung kiteww. huhu.

Dan semalam, 13 April, selamat sudah adik lelaki saya menjadi suami orang. Sekali lafaz je tu. huhu. Dengan rasminya, mak ayah saya dapat menantu kedua. Semalam majlis kat rumah pengantin perempuan, Khamis ni 18 April kat rumah kami pulak. Harap2 cuaca elok lah. Sekarang ni kejap panas terik, sekejap hujan. Kan takut ada yang makan nasi minyak kuah air hujan.kihkihkih.



Tinggal lagi tunggu hari khamis ni untuk meng-sibuk-kan diri. Mesti penat nak pengsan. haha. Biasalah, kalau majlis2 kahwin ni memang penat kan. Tak apa, bukan selalu kot kan. Lepas yang ni, boleh lah lega sikit. Yang lagi 2 orang tu mungkin lambat lagi, InsyaAllah tahun depan. Amani pun dah besar masa tu. kot2 nak dapat adik dah. eh??

Thursday, April 11, 2013

Kita nak dapat Adik Ipar dah!

Assalam..

After almost 2 years, keluarga saya kembali sibuk menguruskan hal nikah kahwin. 2 tahun lepas, sibuk uruskan majlis kahwin saya. Masa tu, first timer. Gementar mak ayah uruskan majlis anak sulong. Gundah gulana si pengantin masih terasa sampai sekarang. ewahh. haha. Sekarang majlis kahwin anak kedua (ayah ngah Amani) pula. Nampaknya tak ada yang melangkah bendul, InsyaAllah semua ikut susunan. hehe. Majlis nikah adik no. 2 saya insyaAllah akan berlangsung hari sabtu ni, 13 April dan sambut menantu kat rumah kami pada 18 April, Khamis. Sebelum tu, esok 12 April buat majlis tunang adik perempuan bongsu, sekali dengan majlis tahlil. The best thing, sama tarikh ulang tahun perkahwinan mak ayah yang ke 29! Tahun depan InsyaAllah walimah adik yang ke 3 dan yang ke 4 pulak, sekali gus. Lepas tu tak ada lah majlis2 kahwin ni. Iya lah, kami ni 4 beradik je. huhu.




So, seminggu dua ni memang kelam kabut menguruskan rumah. Kalau dulu majlis saya, buat kat rumah pakcik, kali ni buat kat rumah sendiri. Sebabnya mak ayah dah bergolok gadai renovated dan besarkan rumah kami yang sekangkang kera tu. hahaha. Rumah tu pun baru di beli tahun lepas, rumah pusaka keluarga  arwah tokki. So faham2 lah, sikit lagi kot nak tumbang. Adjust sana sini, akhirnya dapat lah 5 buah bilik baru, termasuk bilik solat.Ye lah, ahli keluarga nak bertambah, haruslah besarkan mana2 yang patut. Alahai, tak sangka, dah makin bertambah ahli keluarga kami. Dulu kontang kanting 4 beradik ni. Kami beza umur cuma setahun. Rapat2. Saya umur 28, adik yang bongsu 25 tahun. Tak ada adik kecik dan tak ada adik beradik yang ramai yang banyak karenah. Tiba2 2,3 tahun ni, mengalami pertambahan ahli kelurga yang agak pesat. Bermula dengan kemasukan suami pada Jun 2011, kelahiran darling Amani Okt 2012, dan InsyaAllah bertambah seorang lagi esok lusa, April 2013, mak ngah Amani. Welcome to our family! Mak ayah saya jugak agak excited kali ni, sebab first time berbesan. Almaklum, masa saya kawen, suami sebatang kara tak ada keluarga. Semua hal nikah kawen pakcik  makcik yang uruskan. Bertuahlah keluarga adik ipar saya dapat berbesan dengan mak ayah saya yang baik hati dan sporting ittew. hehehe.

Semoga majlis tunang dan nikah kahwin keluarga kami ni mendapat rahmat dan barakah dari Allah S.W.T. Dan untuk adik saya dan bakal isteri, Selamat Pengantin Baru!

Amani yang suka menyembur dengan bakal pengantin