Assalamualaikum..
Hujung tahun dan tengkujuh di pantai timur memang berpisah tiada. Hujan lebat tak berhenti berhari2, air naik sampai masuk rumah, banjir, pun perkara biasa. Time2 macam ni kalau nak tengok matahari memang umpama pungguk rindukan bulan, gituu. Jemur baju seminggu pun belum tentu kering. Tiap2 tahun pun begini. Sudah kalis, sudah terbiasa. Kadang mengundang seronok juga. Mana tidaknya, sejuk, nyaman, mendung. Bikin mata kuyu sepanjang hari. Lapar memanjang. Kena pulak ada ubi kayu rebus dengan kopi panas2. Perrggghhhh. Nikmat.
Tapi jangan lupa, tengkujuh juga mengundang bencana. Macam api lah, kecil2 jadi kawan, besar jadi monster! Beberapa hari ni, pantai timur dilanda bah besar. Agak besar berbanding tahun2 sebelum ni. Macam kat kampung saya, Losong Haji Su, jarang sangat kalau tengkujuh air naik sampai melimpah ke jalan. Banjir macam mana pun, biasanya memang tak sampai ke mana lah air tu. Walaupun ikut geografi, kedudukan kampung ni memang dekat sangat dengan laut dan sungai. Tak percaya sila google. hehe.
Tapi tahun ni, air naik memang besar. Rumah2 yang rendah sikit memang sampai ke paras pinggang. Mujur lah rumah saya tinggi, air tak sampai ke dalam. Dah benda jarang berlaku, macam pesta pulak jadinya orang2 kampung jakun dapat main air banjir. hahaha. Termasuk lah laki ambe, Alahai siap buat rakit bagai nak main air. Mana tak jakunnya, menurut mak, last banjir besar macam ni kat kampung losong ni zaman dia kecik2 dulu. Lama gila dah kot.
Dalam2 gembira boleh main banjir ni, jangan lupa ada yang derita akibat musibah ni. Ada yang sampai terpaksa tinggalkan rumah sebab rumah dah tenggelam. Hilang harta benda. Rosak barang perkakas rumah. Macam2 la. Harap tabah lah hadapi ujian ni. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, kan.