tekan jangan tak tekan!

Monday, December 31, 2012

365 days of Amazing 2012!

Assalam..

Dah sampai ke penghujung tahun dah akhirnya. Hari ni last day of 2012. Esok dah masuk 2013. Owhh, pantas dan cepat masa berlari2. 2012 is pretty awesome to me. Terlalu banyak perkara baru yang di lalui. Alhamdulillah, most of them were beautiful, and of course the bitter part also take place. Takkan semua indah, ye tak? Kenangan terindah tahun ini sudah tentu saat mengandung dan melahirkan puteri sulong kecintaan kami, Faathimah Safiyyah Amani bt Mohd Fauzi. MasyaAllah, SubhanAllah. Indah yang teramat. First time lah kata kan, excited! So tahun ni saya rasa agak singkat, sebab sibuk duk bawak perut dan menghitung hari nak beranak. Jadi masa terasa berlalu begitu pantas. Sedar2 dah akhir tahun. Nak kenang satu2 memang tak berapa nak ingat lah. Maklumlah dah tua2 ni. kihkihkih. 

Januari 2012. Masih lagi berdua. Si kecil masih belum jadi. hahaha. Tapi masa ni tengah gigih berusaha untuk conceived. nenonenoneno. Gigih kot sanggup telan air buah zuriat hari2. Owhh, dah setahun rupanya saat2 itu. Masih terasa lagi air tu kat tekak ni ha. hehehe. End of Januari, Alhamdulillah berjaya conceived. Syabas buat suami. eh?


Februari 2012. Paling mengujakan! Sebabnya masa ni lah tahu benih tengah bercambah dalam perut. Cerita pasal anak ke pasal pokok ni? haha. Ingat lagi tarikh tu. 22 februari 2012. Pukul 4.30 pagi. 2 lines yang muncul pada pregnancy test. Allahuakbar, menggigil2 menangis dalam toilet. Excited nya kami suami isteri, terus tak tidur sampai ke pagi. Bermula saat ini lah hidup kami di limpahi dengan rasa cinta yang tak bertepi. ecehh.


Mac 2012. 2 months of pregnancy. Bermula fasa mabuk2 manja. Alhamdulillah, mabuk yang ringan2. Masih mampu bergerak aktif, cumanya kepala pening berpusing2. huhu. Cepat penat dan letih. Yet still happy!

April -Mei 2012. Melalui fasa2 kehamilan yang ada naik turunnya. Agaklah mencabar sebenarnya. Pregnancy with GDM, what to expect? Berulang alik ke Klinik Ibu & Anak setiap 2 minggu, buat Blood Sugar Profile. Letih dan lelah. Tapi demi unborn baby yang sudah dicintai sepenuh hati, di turutkan jua segala temujanji. Tapi Alhamdulillah, anak mummy masa dalam perut lagi sangat baik, tak pernah menyusahkan mummy. Cuma ada 2 kali kasi mummy suspend, tidur terlebih sampai lambat bergerak. Panik mummy time tu dik! Kuat tidur macam daddy.huhuhu.

Jun 2012. Happy 1st anniversary to us! Setahun sudah setelah suami melafazkan akad pada 9 Jun 2011. Alhamdulillah. Moga jodoh kuat sehingga ke akhir hayat. Moga kita masih bersama menyambut anniversary yang akan datang, bersama2 anak(s).

Julai - September 2012. First time berpuasa dan beraya as preggy mummy. Mencabar tapi Alhamdulillah di lalui dengan jayanya. 3 hari je tinggal puasa, yeay! Yeay aje, bila mahu ganti ni? hehehe. Beraya dengan perut nan boyot. Masa ni dah 7 bulan lebih, nak masuk 8 bulan. :) Mummy mengembang dengan hebat!


Oktober 2012. Terpaling indah. Kelahiran anak perempuan sulung kami, pada 12 Oktober 2012. I am officially a mummy! Biarpun kelahiran anak tak seperti yang di harapkan, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kami menyambut our beautiful darling baby dengan penuh rasa syukur dan mengujakan. Tapi ujian dari Tuhan itu tak pernah berhenti. Allah uji maknanya Allah sayang kan. huhu. Lil' Amani kena Jaundice yang agak tinggi. Berhari2 mummy menangis mengenangkan anak yang terpaksa di tahan di NICU. Saat paling sedih kot kalau nak di kenangkan. Then, mummy pulak kena warded sebab jangkitan kuman dekat luka c-zer. T____T


November 2012. Lil' darling is 1 month! Menjalani kehidupan sebagai ibu bapa beranak satu. Penuh warna warni. Hidup mula berubah 360 darjah. Kekok dan diluar kebiasaan. Belajar banyak sangat benda baru. Belajar entertain makhluk kecil yang berkuasa besar ni. Tapi kami lalui dengan senyuman. Apa pun yang di lalui terasa sangat indah. Anak meneran pun ku rasa kan sungguh comel!


Disember 2012. Lil' darling is 2 months!Si kecil kami mula membesar dengan sihat. Si kecil yang makin menghiburkan. Makin hari makin dicintai. Even masa belum lahir pun dah tertumpah selautan kasih kat budak bambam ni. Mummy pula dah mula bekerja semula setelah 60 hari cuti bersalin. Seronok okeh! hahaha. Alhamdulillah, sudah kembali seronok bekerja. Cumanya, kepala otak asyik lah memikirkan little one yang ditinggalkan di rumah pengasuh.

2013 bagaimana agaknya? InsyaAllah, jika masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ini, pasti kita mahukan yang terbaik. Mahu jadi isteri terbaik untuk suami, ibu terbaik untuk Amani, anak terbaik buat ibu bapa, dan segala2nya terbaik lah. Yang paling penting, mahu jadi muslimah yang senantiasa memperbaiki amal ibadah. Dah jadi mak orang ni, harus lah mahu jadi bertambah matang. InsyaAllah. Welcome 2013!!

Saturday, December 29, 2012

Mr Daddy is turn 28!

Assalam..

26 Disember lepas, birthday Daddy Amani yang ke 28 tahun. huhuhu. Nasib lah beranak akhir tahun ni, Orang lain dah nak masuk 29 tahun, dia baru sambut birthday yang ke 28. Tapi tak sempat celebrate pun lagi, sebab sehari sebelum birthday, datuk saudara saya meninggal dunia. Jadi memang tak sempat buat apa pun untuk suami. Nasib baik dia ok je. Hadiah? Of course lah ada. hehehe. Ini ha..


Tablet cap Ayam! hahaha. Ini je yang termampu. Nak beli yang orang2 muda duk pakai ke hulu ke hilir sekarang ni tak terdaya lah, baik haku beli barang anak. Ukur baju kat badan sendiri noks! ni pun bukan main dia suka, sengih sampai telinga. heeee. Yang penting ikhlas menggembirakan hati suami. lalala!

To mr hubby, Happy birthday darling! Semoga terus dalam lindungan Allah taala. Semoga menjadi ketua keluarga yang baik dan semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmatNya. Amin. Mummy dan baby love you so much!











Monday, December 17, 2012

Bila Mummy Kembali Bekerja

Assalam..

Semalam, 16 Dec 2012, mummy dah mula bekerja semula setelah 60 hari bercuti sakan. huhu. Datang kerja dengan hati yang maha berat. Tak ready langsung okeh. Dan semalam juga first day Amani duduk dengan pengasuh. Hantar kat pengasuh dekat dengan rumah mak. Senang sikit. Lagi pun memang kenal sangat jiran ni, memang sukakan budak2. So rasa selamat lah nak tinggal kan si debab ni. Tak mudah rupanya nak tinggalkan anak kat orang ni. First day ni, suami hantar sebab dia tak kerja. Mummy dapatlah main2 dengan Amani masa dalam kereta on the way ke rumah mak. Yang mengharukan hati, anak asyik tersenyum dan tersengih sambil pandang muka mak dia tak berkelip. Allah, terus rasa tak nak pergi kerja lagi. Mengalir air mata mak ni tengok anak sengih2 senyum tengok mak dia dengan penuh perasaan. Then masa hantar kat rumah pengasuh, menangis lagi..:'(. Sedihnya lah rasa. Tapi boleh kita tengah sedih2 ayah dengan suami bantai gelakkan mummy yang berhati tisu ni. haha. Kurang asam sungguh. Sedih lah kot, 60 hari berkepit dengan anak, tiba2 terpaksa berpisah untuk beberapa jam. sobsobsob.

Hari pertama di office, macam2 kejutan. Boss dah bertukar, subjek yang diajar pun dah berubah. Fuhh, kejutan budaya telah berlaku. haha. Tiba2 haku kena ajar subjek Biokimia dan Anatomi fisiologi. Pengsan!! Sepanjang bekerja, belum pernah pegang lagi subjek ni. Last buka buku pasal benda2 alah ni time study zaman2 dulu. Ingat2 lupa dah. Terpaksa lah study balik subjek2 ni. huhuhu. Mencabar ni. Harus haku selongkar kotak lama cari buku Tortora yang tebal amat itu. Mampu kah? Mampu kah? InsyaAllah, tu je lah yang mampu disebut untuk sedapkan hati. 

Hari ni dah hari kedua, aura2 semangat dah mula meresap kot. hahaha. Dah start masuk kelas mengajar. Dan dah mula terasa bahang kesibukan. hehehe. Dengan meetingnya, action plan nya, mentoring nya, bla blabla. Cerita sampai esok pun tak habis. Apa2 pun harapnya mummy Amani tabah. Tabah hati, cekal, kuat semangat menempuh hari yang bakal mendatang. Ikhlas ikhlas ikhlas. InsyaAllah.

Friday, December 14, 2012

Amani 2 bulan

Assalam..

Alhamdulillah, si kecil pengarang jantung belahan jiwa kami sudah pun berusia 2 bulan, pada 12.12.12 yang lalu. Cantik tarikh tu, huhuhu. Alhamdulillah, anak membesar dengan sihat. Kejap je dah 2 bulan. Last check up untuk 2 bulan, berat sudah 5 kg!Alahai, patut lah lenguh tangan kalau dukung budak bambam ni. Perkembangan setakat ni, sudah pandai senyum dan bagi respon kalau di agah. Tak lagi buat tak tahu je macam sebelum2 ni. huhuhu. Tokki dia paling seronok bila si debab ni sengih2 sebab masa dalam pantang lagi tokki dia ni duk agah2. haha. Dah pandai buat perangai, time nak tidur merengek2, time lepas mandi pun melalak2 sebab sejuk. Big girl lah katakan, nak tunjuk perangai lah tu. hehe. Teringatkan karenah anak ni sangat lah membuatkan jiwa mummy bahagia berbunga2..:)



Mummy lagi 2 hari bercuti sakan ni. Ahad ni dah start kerja balik. Owhh, sungguh tak boleh menerima hakikat dah kena kerja balik. Serius tak ada perasaan nak bekerja balik. Sindrom mummy2 baru barangkali.  Sampaikan bangun pagi2 saya berharap ada 30 hari lagi sebelum bekerja. Hari2 okeh. Kalau hari2 ada 30 hari lagi, bila kau nak masuk kerja? kahkah. Tu lah, cuti panjang sangat. Ni nasib cuti 2 bulan je. Kalau maternity leave 3 bulan, harus haku resigned duduk rumah jaga anak. hahahaha. Pastu kereta kau siapa nak bayo?? kihkihkih. Lagi 2 hari nak masuk kerja, mummy tak ready apa pun. Baju kerja entah kemana. Tudung yang cantik2 sikit entah kemana. Kasut baru belum ada, kasut lama dah lama masuk kubur. kehkehkeh. So, esok kena lah angkut daddy belikan apa2 yang patut. 



Tapi serius sedih nak masuk kerja ni. Amani akan di hantar ke rumah pengasuh, dekat dengan rumah mak. Nasib baik dekat sangat dengan rumah mak, boleh mak jenguk2. Lagi pun memang kenal baik dengan pengasuh tu, dan InsyaAllah dia akan menjaga Amani dengan baik. Tapi sedih bila tak mampu nak besarkan anak dengan tangan sendiri. Sedih bila mengenangkan mungkin saya terlepas moment2 penting seperti first time dia meniarap, first time dia merangkak atau first time dia mula melangkah. Allah! Semoga Dia berikan saya kekuatan jiwa. Semoga Dia berikan saya peluang untuk melihat detik2 indah itu.

Dan semoga lepas masuk kerja ni, perasaan saya terhadap kerja akan kembali seperti sedia kala. InsyaAllah, nanti dah masuk kelas, dah tengok muka2 students, dah jumpa kawan2, semangat untuk bekerja akan kembali pulih. InsyaAllah. Untuk Amani, maafkan mummy tak dapat besarkan Amani dengan tangan mummy sendiri, tak dapat pujuk masa adik menangis, tak dapat bagi susu dengan tangan mummy sendiri. Mummy kerja untuk bagi kesenangan untuk adik. Doakan semoga dipermudahkan segalanya.

bambam!!

Friday, December 7, 2012

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Amani

Assalam..

Last week, hari jumaat, buat majlis cukur jambul dan Aqiqah anak dara kesayangan kami. Alhamdulillah, selesai satu bab. Selamat seekor kambing buat gulai. huhuhu. Buat majlis cukur jambul ni pun rasa macam buat majlis kahwin. Siap bunga telur bagaikan. hehe. Majlis ni pun sebenarnya tumpang majlis pakcik, sebab anak dia a.k.a sepupu saya, beza umur 20 hari je dengan Amani. So buat sekali lah majlis cukur jambul ni. Mummy daddy cuma sponsor kambing seekor dengan doorgift. Jimat sudah di situ. kehkehkeh. Tapi agak frust juga sebenarnya sebab tak dapat nak buat majlis sendiri, ada buai berendoi bagai. Ialah, tumpang majlis orang, kena lah ikut orang kan. Pulak tu masa singkat sangat, tak sempat buat persiapan yang agak proper. tak apa lah dik, nanti birthday adik mummy buat cantik2 ye..

Majlis cukur jambul start lepas Solat Jumaat. Terharu sekejap mummy ni berpeluang tengok anak dicukur jambul. Alahai, dah ada anak rupanya aku ni. Macam tak percaya pun ada. :'). 


Atas dukungan Daddy..


Amani with Izham..cousin saya yang tua 20 hari dari Amani.


Kini bertiga


With mummy

Nasib baik Amani behaved je time cukur jambul tu. Bimbang jugak dia keluarkan vokal Ziana Zain dia tu. heee. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Yang datang pun ramai. Terima kasih pada yang sudi hadir, dan terima kasih pada yang baik hati bagi hadiah dan sedekahkan anak perempuan saya dengan duit. Kaya budak Amani ni. haha. 



Then hari Isnin lepas, selamatlah anak dara ni di botakkan! Since Amani berambut lebat yang amat, ramai lah yang macam berat hati nak botakkan budak ni. Termasuklah Tok wan dan Tokki dia. hehe. Memang siapa2 pun yang jumpa budak ni, mesti tegur tang rambut dulu. Baik sejak lahir sampai lah sebelum dibotakkan tu. Tapi mummy cekalkan hati juga nak cukur kepala budak ni, sunah nabi kan. So, berusaha keras lah kami laki bini cukur kepala anak dara ni. Seksa lah juga, sebab rambut dia ni sangat lah tebal. Kena potong kasi rapat dengan kulit kepala, baru boleh cukur. Itu tak campur lagi dia merengek2 mengamuk nak tidur. Hampir sejam lebih jugaklah baru selesai semua. huhu. Berpeluh2 mak bapak ni haaa.


muka tak rela dibotakkan!hahaha




Ni muka pasrah lepas jadi botak girl. kihkihkih

Lepas dah botak ni, tiba2 mummy tengok kamu dah besar wahai anak. hehehe. Dah la muka dah jadi lain, mummy rasa dah tak baby dah budak ni. Dah jadi big girl dah sayang mummy ni. Apa pun, mummy doakan kamu menjadi manusia yang berguna. Yang disayangi semua orang. Yang dikasihi semua orang. Dan mummy doakan segala apa pun kebaikan di dunia ini, biarlah menjadi milik kamu. Kamu lah nyawa mummy, cinta mummy, segala-galanya buat mummy!

Wednesday, December 5, 2012

Her first 30 days..

Assalam..

Anak perempuan saya sudah berusia 55 hari. Eh, macam comel sungguh panggil anak perempuan kan. kehkehkeh. Tak lama dah nak masuk 2 bulan. Owhh, cepatnya masa berlalu. Tak puas lagi tengok nak belai2 manja2 si kecil ni. Nanti jap lagi dah besar panjang. Sekarang pun dah rindu time dia baru keluar dari perut dulu. Cenonet je. huhuhu. 

Orang kata baby ni berubah wajah dalam masa berpantang. Hari ni muka lain, esok muka lain. Macam tu lah anak dara saya ni. Dari hari pertama lahir sampai umur sebulan, berubah 180 darjah kot. hahaha. Banyak sangat lainnya. Siapa yang tengok dia masa first week tu, memang perasan sangat lah betapa berubahnya muka anak bertuah sorang ni. Jom tengok perubahan si debab ni sepanjang 30 hari pertama dia.


Day 1


Day 1


Day 5


Day 15


Day 25


Day 30

Sangat lain kan. Macam setiap hari pun berubah. Masa mula2 dulu semua cakap macam arwah nenek. Sekarang rupa dah mirip pakcik2 dia (adik2 lelaki saya). Dan ada yang cakapmacam daddy dia, yang ni saya tak pasti part mana macam daddy dia. haha. Warna kulit pun dah berubah, dari putih melepak, sekarang dah hitam manis. After 1 weeks, kulit anak dara ni makin hari makin tanned je. huhuhu. Mummy tak kisah dik. Besar esok2 pandai2 sendiri la grooming kasi putih sikit. Krim pencerah berlambak orang jual. kehkehkeh. Yang penting mummy mahu kamu sihat dan membesar menjadi manusia berguna. Mummy cinta kamu sampai ke syurga!

Transformasi Amani..


Si rambut hitam lebat pujaan hati mummy, daddy, tokki, tokwan, ayah ngah, ayah chik dan maksu kini sudah....

































BOTAK!!


Makin lah comel wahai anak. Tetap menjadi pujaan hati kami.

Sunday, November 25, 2012

Kisah Berpantang Yang...

Assalam..

HAMPEH..sambungan title di atas ye. hewhew. Dah lepas pantang baru nak cerita pasal ni. Hari ni dah masuk hari ke 43. Hari ke 40 mummy dah melompat horey horey. hahahaha. Masa tengah preggy, semangat berkobar2 nak berpantang secara tradisional, dengan penuh disiplin lah kononnya. Siap beli set berpantang Amway lagi. mahal okeh, hampir RM300. huhu. Tapi hakikatnya, adakah daku berpantang dengan jayanya? Jawapannya sangatlah TIDAK. T________T

Sebabnya saya bersalin thru' czer, so memang tak boleh nak berbekung, menyalai dan bertungku. Sudahnya, perut still boyot macam ada baby sorang lagi kat dalam. haha. Musnahlah harapan nak berpantang macam yang diangan2 kan. Then budak Amani masuk wad sebab kuning dia tu, lagi lah hal2 berpantang ni ke campak ke laut. Masa first week, ibu baru lepas bersalin ni dah aktif berjalan ke sana ke mari. Orang2 tua yang tengok geleng2 kepala je. Dia orang cakap tak pernah tengok orang baru bersalin aktif macam ni, tak duduk di katil pun. haha. Maklumlah, baby keluar ikut 'tingkap', kat bawah tu tak jejas, tak sakit, memang lah aktif bergerak. Jalan pun laju je. Mak asyik bising marahkan saya suruh jalan slow2. Akibatnya, luka czer kena jangkitan kuman. Padan muka siapa? Muka mummy Amani lah yang tak reti duduk diam. kahkahkah.


Pasal makan pula, sedikit berdisiplin lah. Eh, ye ke? haha. Hari2 makan nasi dengan ikan panggang you. Ni makanan wajib lah bagi ibu2 lepas berpantang ni. Tapi saya tak ada selera kot nak makan macam tu, so mak masakkan sawi putih tumis air. Ayam, daging, udang, sotong TAK BOLEH. Tapi masalahnya, masa masuk wad, hari2 dihidangkan ayam. Dan saya dengan rasa tak bersalahnya, makan. kuikuikui. Mak pun geleng2 kepala lagi. Rasanya sempat 2 minggu je kot saya bertahan dengan nasi dan ikan panggang ni. Lepas tu terus  makan macam2 dah. Gulai ayam, nasi minyak, nasi lemak, semua aku bedal.hahaha. Mak sekali lagi geleng2 kepala sambil berkata 'hai, modennya ibu berpantang zaman sekarang. mak dulu 40 hari makan nasi dengan ikan panggang je'. Owhh, kesiannya mak saya dulu2. huhu. Masuk hari ke 30, saya dah makan pizza dan durian crepe lagi. Sedapnya!! Macam mana mak tak geleng kepala, dia larang je saya makan, saya minta bukti saintifik kenapa makanan itu ini tak boleh di makan. hahahaha. Teruknya kau!

Paling tak menahan, hari ke 25 pantang, saya dah selamat berjalan2 ke bandar dengan suami. Cari TV baru sebab TV kat rumah dah dipindahkan ke rumah mak. Seronok tak boleh cerita lah. haha. Tapi tak cakap dengan mak pun, sebab alasan utama keluar adalah ke klinik untuk check luka czer ni. Alang2 dah keluar, terus panjang langkah ni. hahaha. Second time keluar,masa hari ke 28. Ke Mydin Mall cari susu anak. Yang ni siap pakai seluar jeans dah. Rindu gila kot kat seluar jeans tu. Hampir 8 bulan terperap dalam almari tu. Nasib baik muat. kihkihkih. Makcik2 dah bising2 tengok saya tak habis 40 hari dah ke sana ke mari. Takut bentan katanya. Tapi saya yang dah rasa sihat segar bugar ni mana tahan duduk di rumah je wei. huhu. 

Jadinya kalau buat kesimpulan, memang tak berpantang lah mummy Amani ni. Harap2 tak ada kesan di kemudian hari. Orang lain lepas pantang bukan main kurus slim meling, mummy Amani pulak langsung tak ada perubahan sebelum pregnant dan selepas pregnant. Nasib lah labu. hahaha. Tak kisah lah, yang penting dapat berdamping dengan anak buah hati pengarang jantung dah buatkan hati mummy berbunga2 setiap hari. nanti lah lepas2 ni mummy try berpantang balik. Boleh ke?? hahahaha.


Love u sayang!!

Friday, November 9, 2012

2 Minggu Pertama yang Cukup Mencabar.

Assalam..

Lamanya tak update blog. huhuhu. Mengadap muka anak adalah seribu kali lebih best dari meng-update blog. Boleh gitu? haha. Biasa lah, dah jadi mak orang ni, keutamaan harus lah pada anak. Padahal emak orang ini adalah kemalasan yang amat sebenarnya. kihkihkih. Hari ni, genap 4 minggu usia Amani. Setiap kali hari Jumaat je, terkenang daku pada detik indah itu. Sekejap je dah 4 minggu. So far, Alhamdulillah, Allah kurniakan anak yang sangat baik kat saya. Jarang sangat meragam. Menangis masa lapar je. Kuat tidur yang amat, terpaksa dikejutkan untuk menyusu. Tapi sekali dia bertempik, panik satu rumah. hahaha. Lepas ni tak tahu lah. Orang2 tua selalu cakap, budak2 kalau tak meragam masa dalam pantang, lepas pantang tengok lah nanti dia tunjuk belang. Nauzubillah, minta2 jauh lah. 

First 2 weeks selepas kelahiran Amani adalah sangat mencabar bagi saya. Masa first day kat wad, Amani ditahan di wad kanak2, sebab saya GDM. So, lewat petang baru anak diberi kat saya. Dan telah selamat disusukan dengan susu formula.T_____T. Sedih tak payah nak cakap lah. Nanti saya ceritakan kemudian pasal susu menyusu ni. Masa di wad, Amani sangat lah baik, tak banyak menangis. Luas je mata memerhatikan sekeliling. Tapi sangat kurang menyusu. Suakan nipple, dia buat tak tahu je. Sampai lah hari kedua, tengah2 malam dia macam tak lena tidur. Asyik merengek2. Berterusan sampai pukul 4 pagi. Tengok saya yang dah menangis2 pujuk anak yang melalak, nurse datang ambil dan bagi susu. Terus diam dan tidur lena sampai pagi.  Hari ketiga kelahiran, Amani demam kuning yang agak tinggi. Masa ni baru keluar wad, tapi terpaksa masuk balik sebab kes kuning tadi. Again, mummy ni menangis lagi dan lagi. Try macam2 bagi anak makan sebab nak turunkan kuning, semua tak jalan. Saya menangis berhari2 mengenangkan anak yang terpaksa dicucuk untuk ambil darah. Sampailah satu ketika doktor panggil, maklumkan jika terlalu tinggi, terpaksa tukar darah. Ya Allah, gelap sekejap dunia. Depan2 doktor dan ramai gila orang kat situ, saya menangis teresak2 tak nak bagi doktor tukar darah. Tak sanggup. Doktor pun terpaksa kaunseling bagitahu risiko dan apa lah, tapi saya tetap tak nak bagi, hanya berdoa moga2 kuning dia turun. Hari2 saya berulang alik ke hospital 2-3 kali sehari sebab nak menyusukan anak. Bayanglah, dah lah bersalin c-zer, tapi tak berehat macam orang berpantang pun. 

3 hari di wad, Amani pun discharged. Alhamdulillah, kuning dia makin turun. Sehari lepas anak balik, saya pula yang ber'masalah'. Tiba2 keluar nanah kat tempat c-zer belah kanan. Langsung tak sakit, cuma keluar air nanah yang agak banyak. Bimbang jadi apa2, terus ke hospital. Check2, doktor cakap agak teruk, kena tahan wad. Aduh, masuk wad balik! Akibat aktif sangat bergerak kot, kena jangkitan kuman. Bermalam lah saya di wad berhari2, untuk tengok perkembangan luka ni. Berpisah lagi dari anak. T________T. Doktor buka balik tempat jahit tu untuk keluarkan nanah. Seram gila kan. hehehe. Bukan buka semua, sikit saja kat tempat keluar nanah tu. Nasib baik lah tak sakit. Kalau sakit mahu meraung2 mummy ni kat wad tu. Sekarang Alhamdulillah dah makin baik. Tempat luka tu pun doktor tak jahit balik, biar dia tertutup sendiri je. Seramnya owhh kalau dia nak jahit balik. 

Jadinya, 2 minggu pertama tu sangat menduga mummy baru ni. Alhamdulillah, Allah uji, Allah sayang kan. Cuma sabar dan doa je yang jadi perisai. Tapi tu lah, anak punya pasal, segala cabaran dihadapi dengan tenang je. Mak pesan jangan stress2. Dikurniakan anak satu rahmat yang besar buat saya. Jadi bila tuhan duga macam ni, saya cuba untuk terima dengan hati yang terbuka. Yang penting, anak sihat kat rumah. Tak apa lah mummy bersusah payah kat hospital ni. Tapi dalam2 tenang pun, melalak juga aku bila doktor cucuk nak masukkan antibiotik. Hahaha. Teruk punya mak orang ni, asal kena cucuk je kau melalak macam apa. kihkihkih. Sakit lah oii. Macam mana tak melalak. 



With daddy..suka sangat buat mulut comel dia tu. hehe

Thursday, November 1, 2012

Detik Indah Kelahiran Amani

Assalam..

Hari ni genap 20 hari anakanda intan payung pengarang jantung mummy lihat dunia. Sekejap je kan dah 20 hari. Tak lama lagi sebulan, lepas tu setahun, lepas tu dah nak masuk sekolah, then nak kahwin dah anak dara mummy ni. hahaha. Jauh nya mummy melencong, anak baru umur 20 hari. kihkihkih. Dalam 20 hari ni macam2 dah terjadi, macam2 dah ragam budak bambam ni yang menghiburkan hati mummy, daddy, tokwan dan tokki. Muka pun dah banyak berubah dari hari pertama dulu. Kulit pun dah gelap, tak cerah macam mula2 dulu. huhu. tak apa dik, mummy daddy kan memang tanned gitu kulitnya. Adik tak payah putih2 sangat lah. kihkihkih.

Ok, sebelum mummy ingat2 lupa, nak kongsi kisah kelahiran anak sulung kesayangan kami ni. Seperti yang diarahkan, saya kena warded pada 10/10/12, masa pregnant 38 minggu, sebab GDM. So,mungkin di-induce lah.Tapi masa malam sebelum tu, tiba2 ada blood stained kat pantyliner. Tapi langsung tak sakit apa lagi. Bila ke hospital esoknya, doktor buat VE rupanya dah 2cm. Owhh, nak bagitahu, pengalaman diseluk a.k.a VE Alhamdulillah, tak sakit. Cuma tak selesa lah kot dijolok2 cam gitu kan. Petuanya, sila amalkan Perineum massage masa minggu2 terakhir sebelum bersalin. Tak tahu sila google. i segan nak bagitahu kat sini. hehehe. Salin2 baju terus check-in wad bersalin. hehe. Hari pertama ni tak buat apa pun. Layan perasaan sambil berborak2 dengan orang2 yang tunggu masa nak beranak jua. Esoknya 11/10/12, doktor datang lagi macam biasa check2, tengok2 dah 3 cm. Masih keluar tanda, darah campur lendir gitu. So doktor decided tak perlu induced, tunggu je jalan terbuka sendiri. Terus mummy ni, yeay!! Happy sebab tak perlu masuk ubat kot bawah tu. Orang cakap sakit kan. hehe. Tapi masa ni tak ada feeling nak beranak pun sebab tak sakit apa pun, cuma rasa macam cramp kat perut, macam period tu. Dalam pada tu berharap dapat bersalin pada 12/10/12, hari Jumaat. hehe.

Then dalam 2.30 petang, lepas suami balik sebab dah habis waktu melawat, doktor panggil buat CTG. Masa tengah CTG tu memang rasa sangat tak selesa sebab baby kat dalam macam sedu, so CTG memang tak cantik. Doktor dengan nurse dah buat muka panik, saya lagi lah rasa cuak. Kenapa ni? Lepas setengah jam, doktor tiba2 buat VE lagi sekali dan decided suruh masuk Labor room untuk pecahkan air ketuban sebab takut baby dah buang air kat dalam. Bukaan masih lagi 3 cm masa ni. Tersangatlah terpinga2 saya ni sebab tak rasa pun nak beranak ke apa ke. Sepantas kilat nurse kasi ubat berak, terus dia suruh kemas baju baby sebab nak masuk labor room. Sempat saya minta izin nak solat zohor. Lepas solat je terus di tolak ke labor room. Pukul 3.30 pm saya masuk labor room, call suami suruh datang balik. Sempat lah dengar ibu2 yang tengah bertarung nyawa meneran baby. SANGAT SERAM. Takut gile okeh. huhuhu. Kat sini CTG dipasang lagi, buat lagi VE dan dipasang macam2 alat lah. Dan yang paling tak suka, kena cucuk kat tangan sebab nak masuk air dan ubat. SAKIT!! Doktor kat dalam ni masih tak puas hati dengan CTG, so memang kena pecahkan air ketuban. Masa ni dah start berdebar yang amat sangat. Nasib baik suami ada di sisi. Pukul 4.30pm, doktor pecahkan air ketuban, dan tak lama mula rasa sakit sikit2. Mild je. Then dia masukkan ubat untuk cepatkan kontraksi. Pukul 6.30pm dah start memulas 5 minit sekali, tapi macam boleh bertahan lagi. Nurse bagitahu selagi boleh senyum maknanya bukan sakit betul2 lagi. Confused jugak, ni ke sakit contraction? Mulut memang duk berzikir je sepanjang masa, mohon dipermudahkan. 

Start sakit yang betul2 tu dalam pukul 9.00 malam. Masa ni contraction dah 2 kali dalam seminit. Kadang2 tak sempat tarik nafas pun datang balik memulas dia tu. Suami asyik hulur tangan dia untuk digenggam, tapi memang saya tepis lah. Rasa macam tak cukup kuat untuk saya genggam, besi tepi katil juga yang jadi pilihan. hehehe. Doa nabi Yunus pun dah rasa terlalu panjang untuk dibaca, baca dalam hati je. Yang mampu disebut hanya Allah dan istighfar je. huhu. Pukul 11.00 malam,tengok saya macam dah tak tahan, doktor buat VE lagi. Tapi bukaan baru 5cm. So doktor kata tunggu lagi 2 jam. After 2 jam, bukaan masih lagi 5cm, tak berganjak. Memandangkan dah hampir 10 jam, doktor pun terus cakap kena c-zer. Sebab air ketuban dah lama dipecahkan. Masa ni memang pasrah dan menyerah je. Bayanglah, saya menahan contraction 2 kali seminit tu dari pukul 9 malam sampai 1.30 pagi. 

12/10/12, pukul 1.45 pagi, saya ditolak ke dewan bedah untuk di c-zer. Perasaan? Tak tahu dah rasa apa. Seingat saya, cuma pasrah je. Masa dicucuk epidural kat tulang belakang, terpaksa stop beberapa kali sebab contraction yang tak henti2 datang. Dah masuk je epidural, terus hilang rasa sakit. gila magic masa tu. hahaha. Lupa terus sakit contraction tadi macam mana. Sampai sekarang pun saya lupa, serius! Tepat 2.45 pagi, Jumaat penuh barakah, selamat lah lahir Faathimah Safiyyah Amani ke dunia. C-zer punya pasal, saya tak perasan pun bila anak keluar dari perut. Tahu2 je dengar suara baby yang maha kuat tengah melalak kat bilik sebelah. Ingatkan anak orang lain, pastu nurse kat sebelah bagitahu, dengar tak anak awak menangis tu? La, anak saya ke? hahaha. Boleh tak perasan anak sendiri. Lepas tu dia datang tunjuk jantina anak. Allahuakbar, sampai bila2 pun saya tak akan lupa moment itu. Indah yang terlalu indah. Rasa mahu bangun buat sujud syukur kat situ juga. Rasa berbaloi segala kesakitan dan kepayahan sewaktu mengandung dan bersalinkan anakanda tersayang ni. 

Keluar dari OT yang sejuk gila sampai mengigil2 tu, terus nampak mak dan ayah saya kat luar tengah tunggu.  Ya Allah, tak sangka mak ayah saya sanggup meredah malam ke hospital pagi2 buta untuk menunggu saya. Paling mengharukan, Amani diazankan oleh ayah saya, atuk Amani sebaik sahaja dilahirkan. Allah sahaja yang akan balas segala jasa mak dan ayah saya. Daddy Amani dah kehabisan tenaga sebab berjam2 teman mummy bertarung nyawa dalam labor room. Disebabkan saya GDM, anak terpaksa ditahan di wad sementara. So hampir seharian baru dapat jumpa anak balik. 

Kalau diikutkan, memang bukan ini yang saya mahu dan saya rancang dalam proses kelahiran ini. Namun saya tetap pasrah perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Saya tidak direzekikan untuk bersalin mudah macam orang lain, tapi segala yang saya lalui cukup indah untuk saya kenang. Ada hikmah disebalik kejadian ini. Saya mahu bersalin secara normal, last2 terpaksa juga dibedah. Namun Allah bagi juga saya rasa nikmat sakit bersalin, Alhamdulillah, walaupun dah ingat2 lupa macam mana sakitnya. Satu yang saya tak lupa, Allah makbulkan hajat saya untuk melahirkan anak pada hari Jumaat, 12 Okt 2012. Memang dari awal lagi saya berharap anak akan lahir pada tarikh ini. Tu lah kot yang jalan tak terbuka lebih dari 10 jam. hehehe. Jujurnya, saya langsung tidak merasa serik dengan kesakitan itu. Tak tahu lah mungkin sakit yang saya alami itu belum betul2 sakit nak bersalin. Tapi lepas sahaja bersalin dan pandang wajah suci anak, rasa sangat berbaloi melalui segala kesakitan itu. Untuk pengalaman yang indah itu, saya sanggup melalui lagi segala kesakitan melahirkan anugerah Allah ini. Patutlah ada ibu yang beranak ramai sampai 10 orang. Rupanya segala kesakitan itu Allah ganti dengan satu perasaan yang memang tak ada satu perkataan pun boleh digambarkan betapa indahnya bergelar ibu. 


Antara saat terindah dalam hidup. Memangku anak sendiri yang 9 bulan dalam kandungan.

Saturday, October 27, 2012

Welcome to the World..Faathimah Safiyyah Amani

Assalam..

Alhamdulillah..alhamdulillah..Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya telah selamat melahirkan anakanda tersayang yang 38 minggu dalam kandungan pada 12 Oktober 2012, berat 3.45 kg, masa 2.45 pagi. A beautiful baby girl! Exactly pada tarikh dan masa yang saya inginkan. Tapi tak ada rezeki nak bersalin normal, terpaksa juga c-zer. Sedikit terkilan di situ, tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Syukur anak dan ibu selamat. Nanti saya kongsikan kisah kelahiran budak debab tu. hehe.

Let me introducing our little Caliph..







FAATHIMAH SAFIYYAH AMANI BINTI MOHD FAUZI




Masa first time tengok baby, terkejut yang amat. Sebijik sejibun macam arwah moyang baby, Arwah Fatimah, nenek saya yang meninggal November tahun lepas. SubhanaAllah. Sudah lah memang saya namakan anak dengan nama arwah nenek, sekali rupa pun sebijik macam nenek. Haha. Tak ada sikit pun macam daddy dia. Rambut MashaAllah, lebat giler. Yang ni macam daddy. haha. Tapi hidung macam mummy, tak mancung macam daddy.kihkihkih.

Latest picture after 2 weeks.


Friday, October 5, 2012

Boboi ke Gegirl?

Assalam...

Dulu masa mula2 pregnant sampai lah before detailed scan masa 5 bulan, memang confident habis baby dalam perut ni Boy. Tak tahu kenapa tapi memang rasa baby boy. Tapi suami pula rasa baby girl. Then lepas detailed scan, doktor cakap "macam gegirl je ni". Terdiam sekejap mummy ni. huhuhu. Lepas tu scan lagi sekali masa 7 bulan hari tu kat klinik swasta, pun doktor kat situ cakap macam perempuan. So, mummy ni redha je, dan mula menerima hakikat yang si kecil dalam perut ni gegirl. Mula lah start berangan2 main2 dengan baby girl. Berangan2 nak pakaikan gaun2 cantik. Baju baby girl kan banyak cantik2. hehehe. Daddy pun happy je sebab tekaan dia betul. Orang2 tua yang tengok perut pun cakap budak kat dalam ni perempuan.

Tapi bila dah nak dekat2 bersalin ni tiba2 ada pulak yang bagi andaian si kecik kat dalam ni BoBoi! Camne tu? Bukan sorang dua, ramai lah pulak kata baby boy. Sebabnya bila tengok dari belakang diorang cakap saya tak nampak macam pregnant pun, lepas tu tak mengembang pun kat bahagian pinggang. Maksudnya masih ada pinggang even perut ke depan ni. Confuse sekejap, sejak bila aku ni berpinggang ramping? hahahahaha. Tiba2 rasa menggelabah, banyak kot baju ala2 gigirl ni di beli, color pink lagi ha. kan keluar betul2 boy, haru mummy dik. hehehe. Iya lah, banyak dengar kes kan, scan lelaki, keluar perempuan dan sebaliknya. 

Tapi tak kisah lah, sejujurnya memang tak kisah anak lelaki ke, anak perempuan ke. Yang penting sihat dan sejahtera anak mummy ni nanti. Mummy terima je seadanya. Kalau keluar baby girl, Alhamdulillah. Kalau boy pun Alhamdulillah. Cumanya baju pink2 tu mummy simpan lah dulu untuk adik2 awak pulak. ecehhh, adik2. Berangan setinggi langit. Yang seorang ni pun tak settle lagi, ada hati nak fikir adik2 baby pula. hahaha. 

Owhh, lagi 5 hari untuk ke hospital. Budak kat dalam ni macam tiada tanda2 pun nak keluar awal. hehe. Selesa lagi duk main pusing dalam perut mummy ni. Tak apa lah dik, takes your time. Mummy redha je kalau terpaksa di-induce pun. Demi mu anak. :)

Tuesday, October 2, 2012

Nursing Pillow..DIY sajeeeeeee!

Assalam..

Nak tunjuk hasil projek terkini. Erkk, projek lah sangat. kehkehkeh. Biasalah, dah nak jadi mak2 ni, dalam kepala mesti pasal maternity and nursing's staff saje kan. Lalu daku sangat lah teringin nak beli NURSING PILLOW. 

 Sumber: google

 sumber: google

Apakah ini? Ni bantal bentuk U yang membantu ibu2 support baby masa tengah menyusu. Selain tu banyak lah fungsi dia ni. Lalu, survey lah blogshop2 yang jual bantal ni. Wahh, harga boleh tahan ni. RM 80 dan ke atas. Try pulak cari kat kedai2 baby kat Kuala Terengganu ni, pun lebih kurang sama. Bila BW kat blog2 mak2 orang, ada yang dapat harga murah masa Baby Fair. Kat sini mana ada baby fair bagai ni. sobsobsob. Alahai, kenapa mahal sangat ye? Padahal kalu tengok bentuk bantal tu bukan lah complicated sangat pun. U shaped je pun. Then fikir2, why not DIY saja menda alah ni? Bila tanya mak, dia cakap ok, jom buat. Kenapa kena tanya mak? Sebab mak saya lah yang akan settle kan, saya cuma tahu order je ni. kahkahkah. Bab menjahit memang ke laut okeh. Tak pernah lulus kalau bab menjahit2 ni. huhu. So, bersemangat la ke Kamdar cari kain. Selain tu cari kain untuk bedung baby juga sebab napkin baby yang di beli mak cakap kecik. Jadinya bedung baby pun beli sekali, kain flannel. Kalau tengok blogshop, dalam RM16 juga semeter tu. Beli sendiri, nah RM 6.50 je semeter. Terus sambar 4 helai sekali. huhuhu. 

Pattern untuk DIY bantal ni senang je, GOOGLE saje! Berlambak keluar, macam2 saiz. Saya pilih satu yang paling simple kot. Tak payah pening2. Bagi design tu kat mak, tengok2 dah siap terjahit dah. Then mak beli kan sekali Kekabu kat Pasar Kedai Payang. Beli 1 Kg je, tu pun tak habis guna. Owhh, saya sumbang tenaga juga nak siapkan bantal ni, tolong sumbatkan kekabu dalam bantal. Sampai bersin2 ni. hahaha. Last2 mak juga yang tolong adjustkan sampai terbentuk cantik dan jahit bagi siap semua. Nak tengok???



Ehh, gelap la pulop gambarnya. hehe. Tapi ini lah hasilnya. Sangat selesa okeh walaupun tak secantik dan sesempurna yang dibeli kat kedai tu. Murah pun murah. Nak jimat aje mak ni dik. kihkihkih. Sebab senang dan selesa, ingat nak suruh mak buat lagi satu. Ni yang di panggil beri betis nak peha kan. hahaha.

Saturday, September 29, 2012

Antara Bersalin Normal, Czer dan Induced..

Assalam..

Last check up hari Rabu baru2 ni, doktor dah bagi tarikh bila kena masuk wad. 10 Oktober 2012, hari Rabu. Macam ni lah kalau ada GDM gak. Kena bersalin masa 38 minggu. Kena bersalin paksa okeh. For those yang masih samar apa itu GDM, tu merupakan singkatan Gestational Diabetes Mellitus. Diabetes masa mengandung. Maksudnya sebelum mengandung kau sihat sejahtera aman damai tak ada penyakit, bila pregnant je tiba2 je kau kena kencing manis. Dah bersalin InsyaAllah tiba2 kau sihat balik dah tak kencing manis. Ha, macam tu lah lebih kurang tiba-tibanya. haha. Jadinya, kes saya macam ni lah. 

So kalau dihitung2 kurang 2 minggu lagi. Bila dah masuk wad ni, sendiri mahu faham lah, anda bakal di-induced ye. Allahuakbar. Sangat lah tidak mahu. Memang kalau dengar dan baca pengalaman orang yang kena bersalin cara ni, tiada yang indah. Pendek kata semua tak best lah. Sakit teramat, sakit yang maha lama, sakit tak tergambar. Macam2 lah. Kita yang mendengar ni, bernanah telinga tahu menahan rasa takut. haha. Sakit bersalin pun tak pernah tahu dan rasa, ini pulak disogok dengan macam2 cerita yang sebegini 'indah'. Bagi saya, bukan masalah sakit kena paksa. Ye, bersalin apa cara pun memang sakit. Orang kata, sakit kedua selepas sakit nak mati. Induced atau normal, tetap sakit kan. Tapi saya tak nak di-induced sebab masih tak faham apa perlunya dipaksa bersalin? Kenapa tak boleh tunggu je macam biasa, biar anak keluar sendiri ikut time dia? Kalau si ibu ada darah tinggi tu fahamlah kenapa kena bersalin tiba2 kan. Kalau kes GDM macam ni, kenapa perlu dipaksa2? Masa dapat tarikh hari tu,terus lah saya tanya doktor apa perlunya saya kena induced nanti. Anak saya comfirm besar ke dalam ni? Doktor check pun tak ada lah detail sangat. Setakat tengok result kat kertas je pun. Scan pun tak untuk tengok perkembangan anak macam mana. Dia jawap, owhh, sebab ada GDM, bahaya. Memang wajib induce. Adoi, sungguh lah tak meyakinkan jawapan itu. Satu kisah untuk dikongsi, jiran saya last year masa bersalin anak pertama, pun ada GDM, dipaksa bersalin juga masa 38 minggu. 3 kali menanggung sengsara menjalani proses induced, maksudnya 3 kali masuk ubat,tapi jalan langsung tak ada. Hampir seminggu menahan sakit kena induced ni sampai merayu2 kat doktor untuk di bedah, tapi doktor refused. Last2 kena czer jugak selepas seminggu duk menahan sakit. Kesian kan. Ye lah, budak tu tak nak keluar lagi, tapi dipaksa2 keluar, memang lah azab. Kalau betul bahaya sangat, bedah je lah terus, kenapa kena tunggu sampai semingggu. At least sekali je sakit. Ini dah lah sakit tahan contraction, lepas tu sakit kena czer lagi. Seramnya dengar cerita2 macam ni. That's why I really want my baby choose her own birth date. Keluar cepat2, jangan tunggu sampai 38 minggu. Boleh gitu? haha.

Kalau di tanya, semua orang pun nak bersalin normal kan. Tak ada kot yang suka rela nak kena induced atau czer ni. Bersalin normal ni, sakit time tu je, lepas tu ok lah. Kalau czer, kena tanggung pula sakit kesan pembedahan tu. Saya dari dulu lagi suka baca kisah2 bersalin cara HYPNOBIRTHING. Siapa yang tak tahu apa benda ni, sila google lah. Malas nak terang panjang lebar. Siap ada video lagi kalau kat youtube tu. Siapa berani boleh tengok. huhuhu. Bersalin cara ni lebih tenang dan lebih meyakinkan. Rasanya cara ni jugak nenek moyang kita guna kot masa hospital tak wujud lagi. Banyak guna teknik pernafasan, bukan paksa teran2 sampai koyak rabak kat bawah tu. Siap tak payah kena episiotomy lagi, semua semulajadi. Boleh bersalin di mana2, dalam air pun boleh. Best kalau berpeluang bersalin cara ni. Tapi itu lah, kalau kat hospital gak, tak ada maknanya nak ber-hypnobirthing ni. huhuhu.

Orang kata lagi, mudah atau payah bersalin ni kena tengok mak kita dulu2 macam mana. Kalau ikut mak saya, Alhamdulillah, sangat mudah. Semua keempat2 anak dia sakit bersalin tak lama, 2,3 jam je terus beranak. Even masa lahirkan saya, anak sulong ni pun sekejap je. Sakit masa azan subuh, pukul 7.30 pagi dah selamat bersalin. Songsang lagi tahu, keluar bontot dulu. huhu. Kalau sekarang ni, tak ada makna nak bagi bersalin normal, harus czer terus, tak payah cakap banyak. Jadi nasib saya macam mana lah ye. Kalau ikut mak, Alhamdulillah. Kalau tak pun, pasrah dan redha saja lah. Asalkan anak dan ibu selamat. Sekarang hari2 duk pujuk anak keluar cepat, hari2 doa minta Allah permudahkan. Kalau boleh tak nak kena induced, tak nak kena czer. Biarlah pengalaman bersalin ni, jadi pengalaman indah. Sakit yang indah. Bukan pengalaman yang men-trauma-kan. Tapi kalau tak berpeluang bersalin normal pun, redha saja. Serah bulat2 hidup mati kat Allah. Biarlah Allah yang tentukan apa yang terbaik. Kita mampu berdoa dan bertawakkal saja. Setiap kesakitan itu kan penghapus dosa. Amin.

Thursday, September 27, 2012

BreastPump Pilihan Hati.. Spectra 3

Assalam..



Last week selamat dah beli benda alah ni. BREASTPUMP. Brand Spectra 3. Fungsi? of course la untuk mengepam susu. huhu. Yes, saya memang berniat nak Fully Breastfeed my little one. Semangat gila ni. haha. Memang dari dulu before kahwin pun memang dah terdetik, nanti ada anak nak BF je. Sebab? Senang dan mudah. Anak nak susu, selak je baju. kehkehkeh. Masa tu, itu je lah dalam kepala otak. Tak fikir lagi cabaran2 nak BF bagai ni. Now, dah kerja, dah kahwin, dah pregnant baru korek betul2 ilmu penyusuan ni. Nasib baik saya dikelilingi orang yang menyokong penuh BF ni. Baru tahu susah senang nak menyusukan anak. Kalau suri rumah, mungkin tak ada lah usah sangat kan. Anak boleh jaga sendiri, time melalak nak susu, selak je baju, sumbat. Yang bekerja macam kita2 macam mana pulak? Tu lah yang pentingnya Breastpump dan stok2 susu ni. Suami pun sokong 100%. Memanglah, jimat duit dia tak payah beli susu formula kan. hehe. Sampai sekarang pun, kami tak pernah bincang pun nak bagi susu formula jenama apa? harga berapa? Sebabnya dalam kepala memang baby nanti minum susu cap gantung je. kihkih. Sekarang nak ilmu2 BF tak susah, semua di hujung jari. Google je, terus keluar macam2 ha. Saya pula tak susah hati sangat sebab kat office ni memang dah ada contoh terbaik bab2 BF iaitu KAK NA. Even sekarang dia dah tak BF anak dia si hensem Rifqy, tapi dulu2 memang hari2 lah tengok dia duk ulang alik angkut breastpump ni untuk pum susu. huhu. Macam ni lah nasib mak2 yang kerja kan. 

Breastpump Spectra 3 ni jadi pilihan sebab Kak Na pun guna brand ni dulu, dan kalau tengok review pun macam ok je. Harga pun ok. Kalau ikut kehendak mak ni, memanglah nak MEDELA FREESTYLE. Baru stylo ha. Kecil, mudah bawak kemana-mana, fleksible dan macam2 lah. Spectra 3 ni sedikit besar dan berat. Maksudnya time pam tu kau kena duduk diam2 kat situ sampai siap. Kalau Medela FS ni siap boleh berjalan ke hulu ke hilir time pump tu. Best kan. Tapi harga dia jauh lah lebih mahal berbanding Spectra 3. Mula2 dulu cakap kat suami nak beli medela fs, harga sekian2, teruslah beliau beliakkan mata. hahaha. Jujurnya, setakat RM15++ tu tak adalah mahal sangat. Budak2 zaman sekarang pun beli Handphone canggih sampai RM2k selamba badak je. Tapi memandangkan dah banyak sangat duit dilaburkan untuk cik baby kita ni, termasuk lah Canon 650D tu, lupakan dulu niat nak ber-medela ni. Lagi pun kesian daddy nak kena bayar itu ini kan. hehehe. So, mummy pun setuju lah beli yang ini saja. Saya beli ni online je, kat One Baby World. Sebab murah dan dia kasi banyak barang free. huhu. Siap sediakan pakej lagi. So boleh pilih mana yang sesuai. Harga pun rasanya berpatutan lah.

Harapnya mampu lah BF anak sepenuhnya nanti. Kalau boleh tak nak setitik pun susu formula masuk dalam tubuh anak. Memang impian setiap ibu kan nak susukan anak sendiri. Cuma mampu tak mampu je la yang jadi halangannya. Kita bukan tahu nasib kita macam mana. Bukan semua ibu bernasib baikkan dapat susukan anak sendiri. Saya ni berdoa hari2 semoga our litle one dimurahkan rezeki dapat minum susu ibu selama mana yang boleh. Cumanya mummy dia ni kuat ke tak?? Kot2 hangat2 tahi ayam je. Nauzubillah. Minta2 lah jangan. hehehe. Doakan lah mak baby ni kuat semangat. Being me yang selalu kalah dengan tekanan ni kadang2 buat saya risau juga takut2 buat kerja separuh jalan. Harap2 adalah rezeki untuk anakanda nanti. Amin.

Tuesday, September 25, 2012

Ikhtiar Untuk Hamil.. Sekadar Perkongsian

Assalam..

Setelah sekian lama, akhirnya berjaya juga buat entry ni. Lama sangat dah nak post-kan pasal ni, tapi banyak benar pulak halangannya. Sekadar perkongsian kisah benar kami suami isteri dalam usaha TTC ( Try To Conceive). Saya pernah post pasal hal2 kehamilan ni dulu, sebelum tahu diri sendiri pregnant. Entry luahan perasaan sebenarnya. huhu. Dan dapat beberapa respond yang berkongsi kisah yang sama. Sebenarnya, kami tak sampai setahun pun berusaha. We got the good news masa usia perkahwinan masuk 8 bulan kalau tak silap. Tapi masa bulan ke-6 kahwin, 'panic button' saya tiba2 menyala. Tertanya2 apa kena ni tak pregnant2 lagi. Even redha dan pasrah, dah sedia maklum rezeki di tangan Allah, tapi pertanyaan manusia sekeliling kadang2 meruntun jiwa. T_____T. So, masa tu gigih saya online cari cara dan petua untuk bagi cepat 'lekat'. Saya kongsikan sikit apa yang kami usahakan sepanjang 2 bulan berTTC. Harap2 tak ada yang salah faham. Sekadar perkongsian untuk kawan2 yang masih lagi belum di beri rezeki. Memang faham sangat perasaan mereka. Suka lah nak ingatkan, ini sekadar perkongsian kisah benar saya dan suami. Tak bermaksud apa2. Yakin dan kena pegang, rezeki itu dari Allah. Yang baik itu dari Dia. Kalau memang belum ada, yakin lah perancangan Allah itu jauh lebih baik dari rancangan kita. Cuba lah ubat terbaik turun dari langit pun, kalau Allah tak izinkan, memang tak adalah. Yang penting ikhtiar dan usaha. Kami suami isteri memang cuba macam2 juga, sekadar ikhtiar, beserta doa yang tak putus2. Cuma tak tahu lah kaedah mana yang betul2 berjaya, atau memang tiada satu pun sebenarnya yang membantu, cuma memang dah sampai masa Allah bagi rezeki kat kami kan. Harap dapat membantu, sebab apa yang saya kongsikan ni pun hasil google juga. huhu.

1. Minum campuran Susu Kambing dan Kurma

Yang ni memang saranan paling banyak kot. Untuk kesuburan kalau tak silap. Cara dia, blend beberapa biji kurma dengan air panas sikit. Then campur dengan susu kambing. Saya guna susu kambing serbuk je. Tak tahu nak dapat kat mana yang asli. Rasa? Erkk, ok kot. Siapa yang tak boleh telan susu tu, mungkin bermasalah lah kot. huhu. Minum pagi2. Yang ni saya amalkan 2,3 kali je. Lepas tu macam malas dah. Jangan ikut perangai yang ni ya!

2. Minum Air Buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma


Serbuk Debunga Kurma (sumber: google)


Buah Zuriat (sumber: google)

Ni saya jumpa time BW ke blog2 TTC yang lain. Tak pernah tahu sebenarnya. Once dah tahu pun, buat dek je. Then lepas tu baru beria2 cari buah ni. Buah ni asal dari Mekah. Memang murah kalau beli kat sana. Kat sini pun boleh beli, thru online. Tapi mahalnya of course lah berganda2. Hasil pencarian, saya jumpa satu blog yang jual buah ni, dengan Serbuk Debunga sekali. Pun untuk kesuburan. So saya beli sebab harga pun tak ada lah mahal. Tak sampai RM50 pun. Tapi dah ingat2 lupa blog mana. Cara makan, buah tu potong dua, rebus sekali dengan kulit. Masa mula2 rebus, color dia macam teh pekat, then lama2 jadi jernih. Boleh guna lebih kurang sampai sebulan lah sebutir tu. Yang ni kami minum 2 bulan je, start bulan 12 dan bulan 1. Sebab memang ada 2 biji je pun. huhuhu. Serbuk tu pulak makan dengan madu. Campurkan setengah sudu serbuk dalam sesudu besar madu, kacau2 then telan. Yang ni suami je makan. Saya tak berapa nak sanggup sebab rasa dia ada yang cakap macam ___________. Sila google sendiri. kihkihkih. Owhh, mind you, suami saya sangat lah culas nak makan2 benda macam ni. Kalau tak disediakan, memang dia tak sentuh pun. So, memang beberapa kali je dia makan ni. Macam tak luak pun serbuk tu. 

3. Sapu LUMIGLOW


Pun hasil peng-google-lan. Kalau tak silap, krim ni sangat serba guna. Untuk macam2 penyakit. Tapi ada yang mengkhususkan untuk kehamilan. Sebabnya krim ni mampu balancekan hormon. So beli juga. Harga agaklah mahal, RM 150. Tapi sebab boleh guna untuk benda lain juga, tak apa lah. Pejam mata je lah. Lagi pun krim ni banyak. Tak terjejas pun even dah guna banyak kali. Guna untuk sapu2 je ye, bukan untuk makan. Sapu dekat ari2. Siapa yang berminat boleh google untuk tahu lebih lanjut. Yang ni pun guna sekejap je, 2 bulan je sebelum tahu dah pregnant. :) Orang mengandung tak boleh guna krim ni kalau tak silap.

4. Doa


Ni yang terpenting. Ehh, terpenting tapi jatuh no.4?? Huhu. Tak kisah lah, tapi memang penting. Doa yang tak putus2 dan kena serah bulat2 pada yang maha Esa. Ni sepotong doa yang memang hari2 diamalkan. Termasuklah masa minum susu kambing ke, masa minum air buah zuriat ke or masa sapu segala mala krim. Doa sungguh2 dan bertawakkal. Banyak sangat sebenarnya contoh2 doa ni. Doa nabi Zakaria, doa dari surah Al-Imran. Banyak lah pendek kata. So, rajin2 lah mencari dan amalkan. Yang lain serahkan pada Allah.


5. Makan Asid Folik



Asid folic ni bukan untuk kesuburan, tapi Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Disarankan untuk mengambil asid folic 3 bulan sebelum planning untuk mengandung. So siapa2 yang nak baby cepat, before kahwin dah boleh start ambil. Fungsi asid folic ni untuk lindungi baby dari kecacatan tulang dan nak bagi tubuh kita lebih ready untuk terima baby. Saya start makan 3 months after kahwin. hehe. Terlambat sebab asyik tangguh2. Ada macam2 brand kalau kat farmasi tu, saya guna brand Pramilet. Sebab color pink dan bau pun best. hehehe.  Dah pregnant pun hospital akan bagi lagi asid folic ni. Sangat penting untuk bayi anda..:)

Terlalu banyak sebenarnya ikhtiar dan cara, cuma kena tetapkan dalam hati, REZEKI ITU DARI ALLAH. Ada yang mendapat rawatan ke hospital, ada yang laburkan ribuan ringgit untuk dapatkan rawatan moden, or makan macam2 ubat. Ikut kemampuan lah senang cerita. Kami mampu yang ini sahaja. Yang penting usaha dan tawakkal. Tak salah untuk ikhtiar. InsyaAllah, ada jalannya. InsyaAllah, bila sampai masanya, rezeki itu akan sampai. So, TTCians out there, jangan putus asa. Doa dan usaha!

36th weeks..:)

Assalam..

We're already at 36th weeks!! Owhh, another 2 weeks to go. Takut? Berdebar? Dah start rasa sikit2. hehe. Since ada GDM, of course kena masuk wad masa 38 minggu. Ye, lagi 2 minggu. Seram lah sungguh hati ini. Kena induce pulak tu. Double triple seram. Darling baby, please keluar minggu depan. Mummy tak nak kena induce. huhuhu. 

So far, baby dah turun ke bawah. Bahagian atas memang dah kosong, dah lega. Cumanya tak pasti dah engaged ke belum. Sebab belum rasa senak or rasa sakit kat bahagian bawah tu. Yang pasti, semua orang tegur dah tak lama. Sebab? Kaki dah sembab macam gajah, and hidung dah kembang setaman. uwaaaaaaaaa! Sangat tak suka tang hidung ni. Iye lah, hidung dah lah tak berapa nak mancung, bak kata ayah saya, hidung jambu air! kahkahkah! Lepas tu siap kembang2 merah2 lagi ni. Suami lagi jahat. Siap ukur lagi hidung ni. T___________T. Tak sukeeeeeee. Kaki pulak sembab sampai dah tak boleh gerak2 jari ni. Solat pun dah banyak hari atas kerusi. Tak boleh nak lipat kaki. huhuhu. Nak berjalan pun macam dah tak berapa nak larat. Tidur malam2 apatah lagi, sangat tak selesa. 

Tapi sebenarnya tak lah terasa sangat ketakutan nak beranak sebab tak berapa nak focus lagi tang2 debaran ni. sebabnya mummy ada berlambak lagi kerja belum beres. Sekarang budak2 tengah Final Exam, paper saya pulak last day. So bad lah. Harapnya dapat bereskan semua benda sebelum bersalin ni. Tak nak lah serah2 tugas kat orang lain. Dia orang pun ada seribu benda yang nak kena settle juga. Nanti kelas saya pun terpaksa kawan2 gantikan dulu sementara berpantang.  Owhh, tak sabarnya nak bercuti. Penat dah nak fikir2 hal kerja ni. huhuhu.

Minta doa semua harap selamat kami anak beranak semasa proses pemberanakan nanti. kihkihkih. Hari2 doa minta baby baik2 saja kat dalam ni. And jangan keluar lewat sangat sampai kena induce. Mummy tak nak lah kena induce dikk... 

Friday, September 21, 2012

Daddy & Mummy berPhotoGedik.

Assalam...

Last sunday, masa cuti hari Malaysia, kami laki bini akhirnya ada masa untuk berdating2 berdua. Dah lama rasanya tak berdua2an macam ni. Iya lah, dah lama sangat tak balik rumah sendiri. Hari2 kat rumah mak ayah, lepas tu cuti pun lain2 hari. Nama je jumpa hari2, tapi nak berdating tu memang payah. huhuhu. So, dapat peluang cuti ni, terus la suami ajak berjalan. Mak dah jeling semacam. Dah sarat2 macam ni nak ajak berjalan lagi? kihkihkih. Alah, bukan jauh pun, ke Kerteh je pun. Cadangnya mahu tengok wayang, tapi tak ada movie yang best. Last2 amik peluang ber-photoshoot. Since pregnant, belum ada gambar boyot yang cantik2.Ni tak adalah proper maternity photoshoot sangat. Saja jakun nak try camera. Bila lagi nak try camera baru ni. huhuhu. So, sebelum bertolak ke sana, kami ke TER dulu untuk bergambar. Imbau kenangan masa post wedding dulu. :)


35th weeks..


Then lepas tu terus ke Paka, rumah pakcik suami. After zohor, ke Mesra Mall makan2 jalan2 entah apa2. Sambung lagi ber-photoshoot ke Pantai Kemasik. Ajak sekali cousin suami sebagai photographer. Payah pulak kan nak amik gambar sendiri.hehehe. 




Ingat lepas ni nak ber-photoshoot lagi. Pakai cantik2 siap ada belon bagai. Tapi bila tengok cuaca alahai, hujan je hari2. Terus lah rasa macam tak bersemangat. Nak2 dah makin sarat ni. Kan photo ke mana, mak buyong ke mana. huhu. Kalau sempat, teringin lah nak buat maternity photoshoot yang proper. Boleh buat photobook nanti. Kenangan tu penting. :)

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati