tekan jangan tak tekan!

Saturday, December 31, 2011

My 365 Days in 2011.

Assalam.

31 Disember 2011. Macam tak percaya hari ini hari terakhir tahun 2011. Esok sudah 2012. Makin bertambah umur. T___T. huhuhu. Menoleh sejenak kebelakang, i have to say that 2011 is one of the best year in my life! Tahun yang penuh kejutan, penuh keterujaan, penuh kegembiraan. And of course the bitter things too. Paling manis semestinya saat2 bergelar isteri pada tahun ni. awww, sentimental value gitu. hehe.

Januari dan Februari 2011. Bila baca balik post2 lama di awal2 tahun 2011, bergenang air mata. Ye lah, masa bulan Jan dan Feb hari tu, saya masih lagi di awangan, tiada plan langsung untuk bernikah ke apa ke. Masih dalam mood pasrah gitu, kalau ada, adalah. Kalau tiada pun redha saja. So, bila dah selamat bernikah ni memang tak percaya lah kami dah sampai ke sini. sobsobsob. But hey, birthday saya bulan ini tahu. 11 Januari 2011 genaplah umur saya 26 tahun. Maknanya lagi beberapa hari saya akan berusia ________ tahun! Owhhh tidak!

Bulan March 2011 pula saya anggap bermulanya cerita gembira saya untuk tahun ini. Tapi sebelum itu, tuhan uji saya dengan 'CHICKEN POX'. First time kena tau. Eh, bukan semua orang kena sekali je ek. hehe. Dah tua2 bangka baru nak kena. Sangat merana Ooo. Setengah bulan dapat M.C. Muka dengan badan dah jadi macam katak puru. Memang seksa kalau diingat2 balik. Then 2 weeks after dapat chicken pox ni, saya 'diikat' dengan tak rasminya oleh suami. ehh, bakal suami lah masa tu. Muka pun tak baik lagi dengan parut2 chicken pox. huhuhu. Tak sabar2 nak menunggu sembuh yek. hahaha. Less than 3 month, selamat sudah kami bernikah.

So April dan Mei memang diperuntukkan untuk Preparation on wedding. and Counting The Day too! MasyaAllah, sampai ke hari ini pun masih terasa keketaran, kegentaran menempuh hari2 sebelum kahwin. Tak tahu lah apa yang di takutkan sangat, tapi itu lah, sampai menangis2 berdebar. Haha. Fikir2 balik, cepatnya masa berlalu. Keterujaan, kesibukan, stress dan tekanan masa preparation tu masih lagi terasa, macam baru je berlalu. Sebab tu sekarang tengok ada member2 yang tengah buat persiapan, selalu saya ingatkan mereka bahawa moment2 ini akan menjadi paling manis untuk dikenang sampai bila2. Memenatkan but it worth!

Bila tiba JUN 2011, hari yang ditunggu menjelma jua. Hari paling bahagia, paling manis, paling diingati sampai mati. 9 JUN 2011, akhirnya cinta kami terpatri dengan satu ikatan yang sah. Saya masih ingat lagi rentetan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Dari awal pagi sampai ke sudah. Ya Allah, tiada kata selain syukur. Siapa sangka akhirnya kami bersatu. Dalam2 nak pasrah, nak redha je hubungan terhenti dipertengahan jalan, Allah permudahkan jalan kami, tunjukkan jalan yang begitu lurus untuk kami akhirnya bergelar suami isteri. Dan sampai sekarang pun, saya masih tak putus2 bersyukur atas segala rahmat yang diberi. Syukur ya Allah!

Julai 2011 pula, sebulan selepas bernikah, kami membuat keputusan untuk memiliki kereta sendiri. Setelah bertahun2 guna kereta milik ayah, akhirnya kami berkereta sendiri. Ni pun stress juga masa mula2. Tak tahu nak beli kereta apa, cukup ke budget. macam2 lah. Akhirnya SAGA FL juga yang menjadi pilihan. Alhamdulillah, ini lah yang bawa kami ke sana ke mari. Harta pertama bersama ni. Rumah je belum dibeli. Belum ada rezeki lagi.

Sept to August 2011 pula, meraikan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri pertama sebagai suami isteri. Sangat indah. Pengalaman baru lah kan kena bangun sahur siapkan makanan untuk suami. Selama ni pandai bangun makan je, sekarang semua kena buat sendiri. But i like it so much. Hari raya juga jadi bertambah2 indah. Cium tangan suami di pagi raya memang feeling lain lah. Even hari2 cium tangan pun, bila raya feel dia lain sikit. Kenapa entah kan. hahaha.

November 2011 pula saya kenang sebagai yang paling menyedihkan. Nenda yang saya sayangi pulang ke Rahmatullah, tepat 5 bulan saya bernikah. Syukur dia sempat melihat hari perkahwinan saya. Sampai sekarang pun masih terasa dia ada. Sedih. T_______________T. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Disember 2011, akhirnya sampai dipenghujung 2011. Peristiwa paling manis of course lah masa dinner hari tu, dapat jumpa ZIANA ZAIN. haha. Tak habis2 lagi dengan ZZ ni. huhu. Birthday suami juga jatuh bulan ni. 6 bulan pertama yang kami lalui bersama, sangat sangat sangat bermakna dalam hidup kami. Proses suai kenal yang masih lagi tidak bernokhtah,namun membuatkan kami semakin utuh dan semakin kuat. Jatuh bangun dalam melayari rumah tangga itu perkara biasa kan. Yang penting, everyday, i'm falling in love with u! huhuhu. 

Kesimpulannya, terlalu banyak perkara yang 'first time' saya lalui dalam hidup tahun ini. Including first nite ye. Kahkahkah! Alhamdulillah, setiap pengalaman manis mahu pun yang pahit yang saya telah lalui sepanjang tahun ini menjadikan saya lebih bersyukur. InsyaAllah membuatkan saya lebih rational. Umur pun dah makin lanjut, karang terkinja2 macam budak2 kan tak sesuai gitu. Banyak azam2 yang terlaksana. Alhamdulillah. Cuma rezeki yang satu itu, Allah belum berikan kepada kami tahun ini. Belum cukup usaha barangkali. hehhehe. InsyaAllah tahun 2012, rezeki itu milik kami. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku kan. Semoga tahun depan akan menjanji kan kehidupan yang lebih berkat dan lebih baik. Ehh, esok dah tahun depan ek??



Monday, December 26, 2011

Happy Birthday Hubby!

Assalam..


 Today is 26th December 2011. Hey, it's your birthday baby! Happy 27th birthday darling. Akhirnya suami saya betul2 berusia 27 tahun. Nasib lah lahir akhir tahun. Tahun depan konon2 nya dah 28, hakikatnya baru 27 tahun. hehe. Kalau ikut tahun, suami tua setahun dari saya. Tapi ikut hari, sebenarnya kami cuma berbeza 16 hari sahaja! Dia lahir 26 Dec 1984, manakala saya lahir pada 11 jan 1985. Sebaya rupanya kan. Tu pun dia lahir tak cukup bulan tau, 7 bulan. Kalau cukup bulan sah2 lagi muda dari saya kot. hahaha. Tahun ni first time lah sambut birthday dengan menyandang gelaran suami. Tapi dah sambut awal2 dengan famili saya 2 hari lepas. Sebab mak kena outstation semalam. Awww, busy gitu mak saya. Memandangkan menantu kesayangan ni nak juga sambut birthday dengan mak mentua, so kami buat2 makan2 kecil kat rumah. Tak sambut lebih2 pun sebab tak cukup korum. Hadiah pun tak terbeli lagi. Kesian laki i ni. T________T.


  
To my darling husband, Happy Birthday. Maafkan isterimu ini sayang kerana tiada majlis istimewa, tiada hadiah best, tiada kek yang sedap2 untuk meraikan kamu. Namun harus saja kamu tahu yang setiap hembusan nafasku, setiap degupan jantungku, aku titipkan doa yang berpanjangan buat mu. Semoga panjang umur, semoga dimurahkan rezeki, semoga dipermudahkan segala urusan, semoga dilepaskan dari segala kesusahan, semoga menjadi ketua keluarga yang terbaik dan beriman. Amin. i love u.

Monday, December 19, 2011

When the dream comes true.. Annual Dinner 2011.

Assalam..

Susulan entry sebelum ni, kami dah selamat ber-annual dinner di SACC Convention Centre Shah Alam. Dah selamat balik. Dah selamat kembali bekerja hari ni. T____________T. Datang kerja dengan perasaan yang sungguh berat dan sarat. Dah lama tak berjalan jauh dengan bas, sekali kena merasa lah sakit belakang, kepala macam dah masuk air, blur je memanjang. Bayang lah, habis je majlis, Pukul 1 pagi terus naik bas balik ke Terengganu. Then berhenti solat Isyak dalam pukul 3.30 am gitu. Then berhenti lagi solat subuh pukul 6.30 am. Sampai ke kampung halaman dah nak masuk pukul 9.00 am. Punya lah lama perjalanan. Terus Jet Lag. Hahaha. Macam travel gi oversea pulak kan. kahkahkah.

Overall dinner tahun ni adalah so-so saja. Pada saya lah. Tapi dress masing2 adalah awesome! Dah nama pun tema elegance white, harus lah putih je semua. Sekali tengok macam cerita2 orang bunian pulak. haha. But seriously, memang masing bergaya macam artis. Meletup gitu kau. hehe. Team2 kami je kot yang pakai biasa2, dress labuh, jubah, baju kurung modern. Tapi tetap glamour you!^_____________^. Aturcara majlis pulak macam kelam kabut sikit masa mula2 tu. Pentas pun tak berapa nak cantik. Tapi kami dapat meja yang best jugak, dekat dengan pentas dan red carpet. Berbaloi lah penat menunggu nak menyerbu masuk depat pintu tu. hehe. Penat wooo nak menunggu untuk masuk tu. Persembahan juga agak banyak lah berbanding tahun2 sebelum ni sebab acara award untuk Best Staff dan sewaktu dengannya di buat pagi. So malam tu lebih kepada enjoy je lah. Cuma yang sedihnya, video lakonan dari team kami langsung tak di siarkan. Macam sia2 je buat penat2. At least kalau tak menang pun, siar je lah untuk tontonan semua kan. Lepas tu, acara cabutan pun tak berapa nak best. Hadiah memang best, Blacberry, TV Plasma, Pakej percutian ke Oversea, tapi tak banyak macam tahun2 lepas. Makanan?? Ermmm, boleh lah. Biasa2 je. Tak enjoy sangat nak makan sebab banyak minum air kot. hahaha.

Tapi di sebalik segala rasa tu, ada satu je yang sangat sangat saya tak boleh lupa sampai bila. The only reason yang buat saya rasa sangat2 berbaloi attended dinner tahun ni. Entry lepas kan saya bagitahu saya tak kisah sangat pun mana2 artis yang buat persembahan kecuali ZIANA ZAIN. Masa mula2 majlis tu dah ada seorang artis yang tak glamor sangat, nama pun tak ingat siapa, buat persembahan. Kesian dia nyanyi sorang2 takde siapa pun hirau. Then pertengahan majlis, kumpulan SPIDER masuk. Wahh, semua orang pun teruja. Saya tak minat sangat Spider, so tengok je lah. Tam pun macam dah tak berapa nak handsome je, nampak tua sikit. Hohoho. Mati lah kau kena dengan peminat Spider lepas ni. hahaha. Dah nyanyi 3 lagu, then habis. Saya pun macam 'aik, habis dah? gitu je ke?' T_______T. tak bestnya. Disusuli lah dengan persembahan dari staff2. Sampai lah bila MC announce ada seorang lagi artis yang buat persembahan. Terus dalam hati kata, kalau lah Ziana Zain. Tiba-tiba...



Jeng Jeng Jeng.....















"Sekebun cinta nan berbunga....."




OOOEmmmGEE...Nah, ambik nak sangat. Betul2 ZIANA ZAIN!! Dan memang saya betul2 melompat kat situ. Hahaha. Nasib baik tak betul2 lompat bintang. Tapi serious saya sangat teruja!! Kawan2 zaman persekolahan saya memang tahu lah macam mana gilanya saya pada Ziana Zain. Pada masa tu lah. Sekarang dah kertu2 ni tak ada lah gila sangat. Tapi jujurnya, dalam ramai2 artis, dia lah yang paling saya nak jumpa. Haahha. Teruk sungguh kan. So, malam tu macam dream comes true lah. kahkahkah. Dalam banyak2 impian, ini yang kau impikan. hahaha. Nasib baik juga meja saya dekat dengan red carpet, so dengan tak malunya saya hulur tangan bersalam dengan dia. Ya Allah, sangat cantik! Gorgeous gila! Tak padan dengan usia yang dah 40-an tu. Lepas tu boleh tu ternganga tepi stage tengok dia perform dekat2. Then masa dia turun round2 table tu, sekali lagi saya terkinja2 amik gambar dengan dia. ini wajib lah, kan menyesal seumur hidup pulak. hahahahaha. kemaruk benor ye. ^__________________^



 
Soo Happy!! Next dinner Ziana Zain lagi boleh tak?? hehehe

Friday, December 16, 2011

Malam esok kita Ber-Dinner!

Assalam...

Lama dah tak update ye, kemalasan melanda to the max. hehe. So, BW saja secara besar-besaran. Lately sangat lah gemar BW mencari resepi2 kek yang nampak sedap di mata tapi di mulut belom cuba belom tahu. haha. Gila ke apa ni? Gila la kot sebab saya ni kalau part baking2 cake sangat lah GAGAL. Kalau tak hangus, mesti bantat. Kahkahkah. Fobia sungguh nak buat kek, tapi perasaan nak mencuba tu selalu tinggi melangit. Owhh, panjangnya melalut. Next entry lah cerita pasal cake ye.

Malam ni, InsyaAllah akan bertolak ke Shah Alam, untuk attend annual dinner. Sekejap je dah setahun, macam baru je lagi pergi tahun lepas punya. Teringat2 lagi tengok Faizal Tahir menyanyi2 melalak atas kerusi depan mata. hahaha. Tahun siapa agaknya artis jemputan? Siapa pun saya tak kisah, sebab tak minat mana2 artis pun secara ekstrem kecuali ZIANA ZAIN. Ha, kelas kau Mieyza. hahaha. Kalau Ziana Zain yang datang harus ku melompat2 bintang kesukaan. Teehhhhheeeeee. Tahun2 lepas biasa buat kat sekitar KL, tapi tahun ni akan berlangsung di Shah Alam. Program juga sedikit berubah, bila agenda bermula dari pagi. Maka hancur lah harapan semua untuk beronggeng2 di KL menipiskan poket. Dulu2 biasanya awal2 pagi lepas breakfast memang menapak mengukur tanah di KL sebelum ke acara dinner di malam hari. Tahun ni dah la buat di Shah Alam, lepas tu tak boleh nak berjalan2 bershopping sakan lagi, sungguh lah meruntun jiwa. Kihkihkih. Nak buat macam mana, tuntutan kerja kan. Harus lah patuh, tak gitu?

Tak seperti sebelum ni juga, dinner tahun ni paling saya tak ambil tahu langsung. Ewahhh, bunyi macam patah hati gitu kau. I means dari segi baju or apa2 yang berkaitan. Sebabnya tema tahun ni PUTIH. Putih memberi erti kegembiraan di situ apabila saya dengan sesenang hatinya bakal menyarungkan kembali baju nikah saya. Haha. Kan ke jimat duit di situ, tak perlu keluar duit beli baju baru. Pulak tu dengan tudung, kasut dan handbeg yang masa hantaran sekali ku rembat. Lengkap satu pakej. hehe. Lepas tu kan, terus rasa syahdu bila terkenangkan saat menikah dulu. Agak2 ada feeling nervous macam nak menikah dulu tak bila pakai baju ni balik malam esok. hahhahaha. Owhh, baru teringat saya tak pernah buat entri langsung pasal baju nikah yang dengan susah payahnya bersengkang mata menjahit beading kat baju ni. Harus lah saya akan buat walaupun tak ada yang nak baca sebagai rujukan saya di masa depan. Saya kan stok yang nyanyuk2 manja gitu, sikit2 lupa. Kan nanti terus lupa kisah2 silam, tak ke naya. hahaha. 

ini lah baju yang akan disarungkan kembali malam esok. wahhh, sentimental ni. hehe

Apa pun, moga2 perjalanan kami malam ni selamat pergi dan selamat balik. Ini kali kedua terpaksa meninggalkan darling husband tidur sorang2. Nasib baik sekejap je, pagi Ahad dah sampai. Tak ada lah terasa sangat. Hari tu ke Singapore lagi lama, steady je. Ini kan pulak semalam je. ^___^. Sayang, love u sooo muchhh!

Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram 1433H

source: google


Assalam..

Alhamdulillah, kita sudah berada di tahun baru mengikut kalendar Islam. 1433H. 10 hari pertama tahun baru yang penuh dengan rahmat dari Allah. 1 Muharram yang lalu adalah permulaan tahun baru yang sewajarnya kita sebagai Umat Islam menyambut dengan penuh rasa syukur dan renew balik azam2 yang tidak terlaksana tahun2 sebelumnya. Tapi masyarakat kita ni kadang2 kebaratan sikit, kan. Sambut tahun baru masihi melebih2 dari sambut tahun baru Islam sendiri. T_______T. Kebetulan pula, kita sudah diakhir tahun masihi, dah masuk Disember 2011. Pun tahun baru masihi akan menjelma kurang dari sebulan.

Hari ini, 10 Muharram 1433H pun adalah hari kebesaran dalam Islam. Banyak peristiwa2 besar dalam Islam berlaku pada tarikh ni, dan banyak juga amalan2 sunat yang diangkat darjahnya pada hari ini. Antaranya adalah:

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid

Salah satu amalan sunat pada hari ni adalah berpuasa. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan pada saya untuk berpuasa sunat tahun ni. Fadilat dan kelebihan2nya, sila lah rujuk buku atau pun google je. Rasanya ramai kot yang puasa hari ni kan. :)..Hari ni juga dikenali sebagai hari Asyura. Haa, terus lah teringat pada BUBUR ASYURA kan. sedap!! Tahun ni tak pasti lagi ada ke tak gotong royong buat bubur asyura kat kampung saya. Harap2 ada lah, sebab sedapnya memang boleh bawa ke dalam mimpi. hahaha.Owhh, 7 Muharram baru2 ni genap lah 6 bulan saya bernikah. 7 Rejab 1432H - 7 Muharram 1433H. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.  Sekejap sangat rasa dah setengah tahun. Semoga rumahtangga yang dibina akan terus diberkati Allah S.W.T dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kepada yang berpuasa hari ni, selamat berpuasa!!

Friday, November 25, 2011

Khas untuk Kak Bunga : Mega Giveaway - Meh la kritik kalau berani!

Assalam.


Salam jumaat yang mulia. Kat sini adalah hujan sepanjang hari. sedap owhh tidur! hehe. ehh, ini bukan mahu cerita tentang hujan yang tak tahu bila mau berenti ni. Ini pasal giveaway oleh Cik Puan Bunga. Hadiah dia lumayan gila gila gila. hehehe. Tapi macam biasalah, dasar manusia tak bernasib baik ni, kalau join contest begini memang selalu tak menang. Haha. Jadi join saja sebagai penghargaan untuk CPB yang baik hati itu. Kembang tak kak i puji u? Teehheeee. 

Meh kak i nak kritik your blog. Tak ada lah nak kritik apa pun, sebab saya memang super suka kat blog CPB! Hari pertama jumpa terus jatuh cinta okeh. Cinta pandang pertama. Sebab blog itu adalah super awesome, super cute, super cantik! Serious jatuh cinta, bukan sekadar nak kipas2 ek. Kak Bunga ni memang kreatif, sebab tu i suka u lebih. haha. Then lepas tu bila baca entry2 lama kak CPB, terus tersentap. Pasal apa? Sebab ada sebahagian kisah hidup CPB tu persis jalan cerita saya. Hoh! Terkejut tak? Bukan semua lah, ada lah sebahagian kecil je. Tapi cukup beri saya inspirasi. Ceewahh. Terus rasa bersemangat sebab fikir bukan saya seorang saja kat dunia ni tuhan uji macam tu. Kak, u memang sumber inspirasi lah! So, tak manis lah untuk saya mengkritik sebab setiap orang ada cara masing2 kan. Lagi pun tak ada apa pun untuk dikritik. Meh kak saya tukar giveaway ni jadi 'Meh la Puji kalau Suka!". tteeehhhhee.

Dan yang Terpaling saya suka, kak CPB ni sangat murah hati dan sangat baik hati. Ecehh, puji lagi ni. haha. Cer tengok saya punya header blog yang comel tertarik kat atas tu, Si katak comel menawan tu. Tu adalah pemberian dari CPB! Secara percuma okeh! Cantik tak? Cantik tak? hehe. Harus lah saya sayang kak CPB secara berlebihan dan melimpah ruah sebab bagi saya header free. Comel pulak tu sampai tak rasa nak tukar header sampai bila2. Biarpun nampak macam blog remaja perempuan 17 tahun yang baru nak ambil SPM, tetap ku tak peduli. Hakikatnya, tuan empunya blog dah tua bangka. kahkahkah. Caiisss. 

Berkenaan entri yang paling saya suka, erkkk, banyak sebenarnya. Kenapa minta satu je? Adalah terlalu banyak kak oii. Tak mampu ku senaraikan. To be short, segala mala entry berkenaan Adam Irfan Xaharis, saya suka! Entri berkenaan hal2 yang itu pun saya suka! u know it kak. Suka bukan sebab suka tengok orang pecah belah ke apa, cuma suka kak CPB dengan sempoinya mampu bertahan dengan segala macam bentuk dugaan untuk bahagia dengan suami dan anak tercinta. Haruslah ku transfer-kan semangat waja itu ke sini. hehe. Harap2 nya kakak bunga kita ni akan terus menerus berblog. Kalau tidak, hilang lah sumber inspirasi saya. ecececceh!

Sini saya tag dua member, Kak Naa MamaIqy dan IzaFizah. Sila lah anda berdua men-join-kan diri. Ada rezeki, kita juga yang beruntung. Cehh, cakap tak serupa bikin gitu kau. haha. Iya lah, rezeki di tangan tuhan. hehe. Memandangkan giveaway ni suruh kritik, tapi engkau tiba2 memuji - muji secara maksima, memang awal2 lagi lah kot di tolak. Nevermind kak, i tak kisah. Yang penting saya suka berkawan dengan kak CPB yang baik hati. Chayyyok kak CPB. ^________^

Thursday, November 17, 2011

200th Entry. Happy 54th Birthday Ayah!

Assalam.

Semalam ada lah birthday ayahanda tersayang yang ke 54. Happy birthday ayah! Semoga panjang umur dan murah rezeki dan sihat sentiasa. Macam biasa, kalau dah birthday2 ni kalau tak ada makan2 memang tak sah kan. Jadi lepas maghrib semalam, dalam hujan renyai2, gigih lah kami laki bini pergi beli kek, KFC dan Pizza 2 keping. Makan lah kami anak beranak kenyang2. Tak cukup korum sebab 2 lagi adik tak ada sebab jauh nun di Shah Alam dan KL. T_T





Owhh, ini adalah entry saya yang ke 200! haha. itu pun nak bising. Hampir 2 tahun ber-blogging, baru 200 entri? Dasar pemalas kan. hehe. Seperti yang dijangka, sama seperti entri ke 100 hari tu, entri berkenaan birthday ayah, hari ni pun sama, pasal birthday ayah juga. Kebetulan kan. hehe. Tahun ni tak dapat bagi hadiah yang best sebab kewangan adalah sangat merosot. teehhhee. Tapi tak apa, ada duit nanti akan ku beli hadiah yang best gitu kat ayahanda. 


Semalam juga dapat berita yang menyedihkan dari seorang rakan baik saya masa di Uni dulu. Beliau kehilangan anak yang dikandung, yang sepatutnya due on Januari. Kira2 dalam 7 bulan lah kan usia kandungan tu. Saya tahu pun secara tidak sengaja. Buka fb dia, kononnya nak tengok latest pics kalau ada dia letak. Alih2 baca 2 komen yang ucap takziah atas kehilangan baby. Terus terkedu. Teragak2, tapi sebab teringin juga nak bercakap dengan dia, saya called. Alhamdulilah dia dalam keadaan tenang, namun saya tak bertanya lebih, takut dia sedih kembali. Sekarang masih di hospital, tunggu masa untuk bersalin secara normal. Ya Allah, memang saya menangis lepas letak phone. Sedihnya tak boleh nak cerita. Bayangkan beberapa minggu lalu, baru je dia post kat FB jantina anak yang bakal lahir tu. Rasa macam nak pergi jumpa dia sekarang, nak peluk, nak bagi kata2 semangat, biar dia menangis di bahu ini. Tapi dia sekarang di KL, saya di sini. InsyaAllah, bila dia pulang ke sini, pasti saya akan menjenguk. Harapnya dia tabah menghadapi ujian ini. Sekurang2nya, sudah ada yang menunggu di Syurga sana. tssskk.

Friday, November 11, 2011

11 11 11

AsSalam

11 11 11. Sebelas November Dua Ribu Sebelas. Tarikh yang sangat cantik.. Dulu2 pun asyik berangan nak kahwin tarikh ni, tapi terrcepat kahwin pulak. hehe. Hari ini juga sudah 2 hari pemergian nenek tersayang, al-Fatihah. T__T . Tahun 2011 ni ada banyak tarikh yang cantik, dan yang bestnya, tarikh2 penting dalam hidup saya bersabit dan berkait dengan nombor2 cantik ni. Tarikh lahir saya 11 januari, so tahun ni jadi 110111. Dan yang terbestnya, hari ni 111111 merupakan our 4th anniversary! Bukan ulangtahun kahwin ye, tapi ulangtahun ber-couple. ehhh, apasal dah kahwin ni tiba2 rasa geli geleman dengan perkataan2 'couple', 'bercinta'. hahaha. Entah apa2 je. Dah empat tahun dah rupanya mengadap muka sang arjuna. teehhee. Menyingkap kembali ke 2007, rasa macam baru semalam je first time ber-dating, bergaduh tarik rambut sepak terajang.Masa tu tak habis belajar lagi. Tahun kedua pengajian, balik cuti raya. Masa raya ketiga, dapat SMS dari seorang mamat. Jual mahal tak layan. Sebab masa tu memang selalu kot dapat SMS murahan macam ni. hahahaha. Ingat lagi SMS pertama dia kirim, 'Salam, awak dah makan belum?' ehhh, belum apa2 dah tanya makan ke belum. Harus lah aku tak melayan. Tapi sang arjuna tak berputus asa. SMS dan call secara konsisten. Lebih kurang sebulan gitu, kami pun bersua muka sambil ditemani seorang rakan, faa. (Heyyy, FAA kahwin hari tau!!!). Beberapa hari kemudian, berani kan diri keluar sorang ber-dating dengan mamat ni. First dating kat Pantai Batu Buruk. Dengan hanya ber-Tshirt oren yang lusuh, jeans dan selipar jepun, saya selamber badak je jumpa dia kat tepi pantai tu. hahaha. tak ada makna nak pakai cantik2 mekap bagai. I bukan stok2 macam tu lah. Lagi pun tak rasa pun bercinta dengan mamat ni. Ingat nak kawan2 je lah. Bukan budak2 dah masa tu kan, dah 23 tahun. Selective lah sikit kononnya. Tapi melekat jua akhirnya. Muahahaha. So, masa last day kat Terengganu, sebelum balik Shah Alam, 11 11 07, dengan rasminya, eehhheemmm, kami berteman tapi mesra. awww. So merasa lah bercinta jarak jauh hampir 2 tahun. Okey je, tak ada masalah. Jumpa pun sekali sekala time balik cuti. Nak harap dia ke Shah Alam memang tak lah. And now, setelah hampir 3 tahun ++, bergaduh baik bergolak berranjau berduri dan macam2 ber ber ber, akhirnya menikah jua akhirnya kami. Begitu lah ringkasan cerita kami. Ringkasan je lah, kalau cerita yang panjang, tahun depan kot baru habis. Tu belum part2 yang sedih sampai keluar hingus meleleh, kan aku ceritakan aku juga yang emo sorang2 kat sini. hehehe.

Erkk, saya bukan taksub ye dengan nombor2 gini, kan tak pasal2 kena sergah tak berakidah sebab 'memakna' kan nombor2 begini dalam hidup. Dah kebetulan je kot kan, nak buat lagu mana. hehe. Bukan selalu kan jumpa nombor cantik gini. Tahun depan je kot yang last jumpa no cantik, 121212, atau 1/2/12 lepas tu tak ada dah kot 131313 ke, 141414 ke kan. Dah nama pun ada 12 bulan je. heheheh.

To Darling Husband, hingga ke saat ini, saya tak pernah berhenti bersyukur kerana tuhan menemukan kita empat tahun yang dulu. Semoga kamu adalah orang sama, yang saya kenali empat tahun dulu, sampai 40 tahun akan datang pun, InsyaAllah kalau panjang umur, saya tetap mahukan orang yang sama.  Love u till the end.

koleksi gambar2 time ber-dating tak hengat dolu2. muahahahah. muka pun macam kanak rebina jek aku tengok. Tak boleh letak banyak2, takut sendiri yang muntah hijau. hehehe







To Faatmah, yang rasanya dah selamat kot jadi isteri orang hari ni, SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Thursday, November 10, 2011

9 November 2011..Pergi mu Tak Kembali

Assalam..

Hari ini, 9 November 2011, 13 Dzulhijjah 1432H, nenek yang di kasihi kembali ke PenciptaNya, beberapa minit sebelum azan maghrib tadi, di Hospital Besar. Allah, terdiam seketika. Berat sungguh nak terima khabar sebegini rupa. Walaupun sudah dijangka, beliau akan pergi dalam tempoh terdekat, namun khabar ini sukar sekali untuk dihadam. Bertahun2 menderita sakit, bertahun2 keluar masuk hospital, akhirnya beliau meninggalkan kami. 

Sering kali emak saya menceritakan kisah nenek sewaktu dulu2. Menjadi balu di usia yang sangat muda, dan tak pernah lagi menerima lelaki dalam hidupnya selepas itu, gigih membesarkan anak2 seramai 11 orang dengan hanya berniaga kuih - muih. Seringkali juga emak adik beradik mengkagumi kudrat nenek yang begitu kuat menyiapkan pelbagai jenis kuih untuk di jual. Banyak, bukan sedikit kuantitinya. Kuat bekerja, itu sahaja yang mampu diungkapkan. 

 bersama anak kesayangan, emak. Aidilfitri 1342H

Seingat saya juga, ketika sihat, nenek sangat suka berjalan sekeliling kampung, ke rumah2 jiran bertandang. Masa kecik2 saya pernah ikut nenek berjalan ke sana sini. Pernah tengok dia buat kuih jala emas, emas sejemput dan kuih tahi itik. Memori manis saya dengan nenek. Namun, tahun berganti tahun, akhirnya kalah juga dengan kudrat dan usia. Saya tak pasti bila nenek jatuh sakit, tapi yang pasti sudah bertahun2 yang lalu. Daripada seorang yang sihat, nenek mula keluar masuk hospital. Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang rosak.Dah mula tak mampu urus diri. Namun dia beruntung punya anak yang semuanya sanggup menjaga dan menguruskan dirinya. Emak dan adik beradik sangat banyak membantu. Dan setelah bertahun2 dijaga dan di beri perhatian sepenuhnya, akhirnya dia pergi juga meninggalkan kami. 

Ayah. Nenek. Emak

Syukur nenek sempat menikmati Ramadhan tahun ini dengan berpuasa penuh. Syukur dia sempat beraya dan sempat beraya haji. Syukur dia sempat menyaksikan perkahwinan saya, perkahwinan terakhir cucu yang sempat dia saksi kan. Malah, hari ini juga genap 5 bulan usia perkahwinan saya. Ya, dia sudah pergi. Redha lah. Sukar mana pun nak terima, kena redha juga. Saya sudah tidak lagi mempunyai nenek.

kami

Esok, tiada lagi wajah tua yang sentiasa dekat di hati ini. Esok, tiada lagi tangan berkedut seribu untuk di salami. esok, tiada lagi pipi labuh untuk dikucupi. Tok, semoga tenang menemui yang Maha Esa.
Al-fatihah.

Wednesday, November 2, 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com??

Assalam.

Entry ini khas untuk Aishah Rahim. Contest sebenarnya, tapi saya tak mengharapkan apa2 pun sebab bab2 contest ni saya memang selalu tak bernasib baik. haha. So anggap saja entry penghargaan untuk Aishah yang selalu 'make my day' dengan entri2 bernas beliau. :)


 Ini lah Aishah. Dengan anakanda tercinta, Anas Nashriq.

Saya mula mengenali http://myaishah.blogspot.com some where around 2009, waktu yang sama saya terrjumpa blog Hannah Johary. hehe. Masa tu tak ber-blog lagi, tapi aktif lah duk mengusha blog2 orang ni. Ingat lagi waktu tu sibuk duk google blog2 B2B. Gatal kan masa tu, pada hal tak nak kahwin pun lagi masa tu. kihkihkih. So, ter-link blog Aishah yang pasal persiapan kahwin tu, 14 March 2009. Time tu memang gigih lah hari2 baca sampai khatam. Dari mula persiapan kahwin, kad yang di cetak sendiri tu, kisah cari kasut kahwin. Macam2 lah. Sangat teruja okeh baca blog itu. Then baru saya ke blog Aishah sekarang. Waktu tu Aishah dah pun pregnant kan puteri syurga, Anis Nashrah. Kat sini hari2 pun saya singgah baca. Tapi tak pernah lah kot komen ke apa ke. Lagi pun masa tu takde blog pun lagi. Sampai lah masa kisah sedih pasal kehilangan puteri syurga tu, memang kehilangan kata2 lah. Sambil baca sambil teresak2. Siapa2 yang baca mesti sebak kot kan. T___T. Tapi Aishah memang seorang yang tabah!

First time saya tegur Aishah rasanya awal tahun ni kot, masa wished birthday dia kat FB. Kelakar bila Aishah membahasakan dirinya akak dengan saya. hahaha. Terus i bajet muda belia. hahaha. Padahal kami sebaya, malah Aishah cuma 2 hari je tua dari saya, Aishah 9 Januari, saya 11 Januari. Sama baya rupanya kan. hehe. Lepas tu baru saya komen2 blog dia tanpa segan silu. teehheee. 

Hai Nashriq!!

Satu yang saya suka pasal blog ni ialah entri2 yang panjang, bernas dan tak puas baca. Saya memang suka baca entri yang panjang lebar. Baru seronok baca kan. Lepas tu sukaa sangat masa blog Aishah guna header yang bear 2 ekor pakai baju pengantin tu. Cute! Sekarang pun suka juga sebab bear2 tu dah beranak pinak. haha. Sekarang lagi seronok kot baca blog Aishah.  Yang bab susunan ayat dan kata2 bernas memang serah kat Aishah lah. Superb! Aishah, sila tulis novel ye. Pasti dah kaya raya dapat komisyen ni. hahaha. Satu lagi pasal dah ada Anas Nashriq dan bakal adik Nashriq!! Memang seronok baca pasal perkembangan budak 2 orang tu. Macam baru je lagi baca entri pasal kelahiran Anas Nashriq, sekarang dah nak ada adik dah. Owhh, tak sabar okeh nak tengok adik Nashriq. Harap Aishah akan selamat bersalin yang bakal menjelma lagi beberapa minggu ni. Untuk Aisyah, semoga terus menyumbangkan entri2 superb yang membuat kan kami2 pembaca tegar blog kamu ini sentiasa tersenyum dan tak berkelip mata tika membacanya. hehe.

Tuesday, November 1, 2011

Hai November!

Assalam.

1 November 2011 bermula dengan pagi yang nyaman, dengan hujan renyai2. Sampai ke tengahari ni pun, masih renyai2. Kata musim tengkujuh, harus lah kot hujan dari pagi membawa ke pagi esoknya non-stop kan. hehe. Hari ini sudah masuk November. I always love November. Tadi gatal2 tangan intai2 balik entry2 lama di November 2010, saya tersenyum sendiri. Sebabnya kat situ pun saya mention how i love November. November bulan cinta saya. November birthday ayahanda tecinta. So, i always looking forward to November. hehhehe.

11 November ni, genap lah 4 tahun saya dan suami berteman tapi mesra. Hehe. Segan pulak nak tulis bercinta. haha. Bila di kenang2, lama dah rupanya duk gaduh baik gaduh baik. Kalau tahun lepas kami celebrated dengan ber-photoshoot bagai, tahun ni idea adalah kosong. hehe. Photoshoot tahun lepas tu kami anggap sebagai pre-wed photoshoot, even masa tu tak terlintas pun akan selamat bernikah tahun ni. Memandangkan hari2 dah duk mengadap suami tercinta ni, jadi mood nak celebrate tu macam kurang sikit. Lagi pulak dah kahwin kan, celebrate anniversary lah pula nanti. hehe. Owhh, terfikir pula, masa duk bergambar sakan tahun lepas, elok pulak cuaca. Tak hujan pun. Kalau tengok tahun ni, akhir bulan 10 pun dah start hujan tak berhenti ni. So tahun ni kita celebrate kat rumah sudah lah ye sayang. huhu.



16 November pula birthday ayahanda. Satu yang menarik, entry pasal birthday ayah last year adalah entry ke 100 saya. Dan tahun ni macam ada can je akan jadi entry ke 200. hehehhehe. Pasal birthday ayah ni pun masih xfikir apa2. Memandangkan poket sudah pun mengempis walau pun baru dapat gaji, harus lah ligat otak memikirkan alternatifnya. T____T.

Tahun ni moga2 November memberi kenangan manis, sebab tahun lepas selain yang di atas tu, saya banyak menangis. Menangis di musim tengkujuh. hahaha. Emosi sangat terganggu waktu tu. So tahun ni biar lah yang manis-manis saja. Eceehhh, nak yang manis saja kau ni. hehe. Owhh, 2 bulan lagi nak menjengah ke tahun 2011. Gullppp, cepatnya. Azam, bagaimana??

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia 2011. Peteh Teganu Peteh!!

Assalam.

 SOURCE: GOOGLE
milik siapa?? comfirm lah Terengganu punya!

Demam Piala Malaysia bermula kembali. Malam start lah sorakan gegak gempita bergema di Stadium Shah Alam. Terengganu tercinta melawan Negeri Sembilan. Semangat! Semangat! Hehheehe. Macam lah minta sangat bola. Malam ni comfirm jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu ni lengang aman dan damai. Agaknya suku dah kot belia2 Terengganu ke Shah Alam untuk sokong pasukan kita ni. Dengarnya 50 buah bas. Wahhh, hebat tak hebat kau. Yang tak pergi pun comfirm2 lah beramai2 memenuhi kedai2 makan yang tayang skrin besar tu. Tiba2 rasa nak ronda2 Kuala Terengganu malam ni dengan aman damai. teeehheeee. Owhh, suami saya yang tak minat bola pun tiba2 semangat nak tengok bola jugak kat dataran apa entah di Gong Badak, anjuran stesyen radio THR GEGAR. Berhari2 dia gebang cerita THR nak buat siaran langsung siar Piala Malaysia ni. Entah apa2 lah sayang oiii, layan THR GEGAR. Saya memang langsung tak minat lah stesyen radio ni,pasal selalu ada lagu Hindustan. Bagi saya memang tak best dan entah hape2 je. Tapi suami peminat setia, sampaikan selalu lah dalam kereta berebut tukar2 channel radio ni. Teruk benor laki bini ni. Muahaha. 

Berbalik pasal bola ni, jujurnya saya tidak di kelilingi orang yang minat bola. Ayah saya jauh sekali lah nak tengok bola. Kalau ada perlawanan penting macam ni, dia cuma update sekejap2, sekadar tengok dah berapa gol, menang ke kalah. Lepas tu dia layan cerita lain lah. Yang semangat tengok cuma adik2 saya je. Nasib baik TV ada lebih dari satu, kalau tak memang berebut lah. Suami pun sama, tak minat bola. Masa separuh akhir hari tu pun, sepupu sepapat dia dari jauh turun ke Kuala Terengganu nak tengok bola live kat stadium, dia harammm duk rumah je tengok kot TV. Lagi selesa dia kata, boleh baring2 makan2 sambil peluk bini. hahahhahaha. Tu pun dia tengok kejap je, lepas tu layan drama kat TV3. 

Tapi tak boleh dinafi kan, Bola Sepak ni menjadi medium menyatukan masyarakat. Tak kira bangsa, agama, fahaman politik, boleh duduk sekali berganding bahu menyokong pasukan masing2. Yang tak minat macam saya ni pun boleh bersemangat bila tengok sokongan padu gitu kan. Nak-nak bila pasukan negeri sendiri yang bertarung. Harus sokongan tak berbelah bahagi di beri. Namun satu je lah masalah masyarakat kita ni, mentaliti tak berapa nak perfect. Nanti ada lah tu kes tak puas hati sebab kalah. Bakar stadium lah, baling mercun lah, laser lah, baling botol lah. Kalah menang kan adat bertanding. Terima lah kekalahan dengan terbuka. Ada menang, mesti lah ada yang kalah. Kalau dua2 nak menang, tak payah lah bertanding kan. Harap2 malam ni tak ada lah penyokong buat kecoh. Relax lah, kau tak puas hati pasukan kalah, esok sarung jersey gi main sendiri. Rasa sendiri perit jerih pemain nak kejar bola nan satu itu. Pastu kalau kalah jugak, sila boooo diri sendiri kuat2. :D

Apa2 pun, PETEH TERENGGANU PETEH!! Sila lah menang agar kami rakyat2 Terengganu Darul Iman ni boleh bercuti lagi sehari. tteehhhhheeeeeeee. Sokongan kami tak berbelah bahagi. Doa tetap dititip agar skuad Terengganu berjaya bawa pulang Piala Malaysia malam ni. 

source: google

PETEH TEGANU PETEH!!!

Monday, October 24, 2011

Cuti panjang di kala Tengkujuh adalah tak seronok

Assalam..

Rabu ni adalah Deepavali. Happy Deepavali bagi yang menyambut. Maka, itu bererti cuti. Since Terengganu cuti Deepavali hanya sehari, rugi lah jika bekerja di hari Khamis. Lantas cuti dipohon. Owhh, Ahad adalah Final Piala Malaysia. Kalau Terengganu menang, pasti cuti lagi. Jadi, hari cuti kita minggu ini adalah RABU-KHAMIS-JUMAAT-SABTU-AHAD! walllllaaaaaa! Bagai dunia aku yang punya. Pantas otak merencanakan percutian di sana sini, walaupun poket macam dah kempis kering kontang. Harus lah merancang percutian hebat, sebelum bergelumang dengan hari2 yang mendatang, sebelum berkejaran ke kelas memenuhi tuntutan tugas yang bakal melambak. Harus merehatkan minda sebelum students masuk balik ke kolej. Harus! 

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Bila merenung di luar jendela, terus terpadam segala angan. Hancur lebur. Patah seribuuuuu hati kuuuuuu, bila mengenangkan....



MUSIM TENGKUJUH SUDAH TIBA.....!



Huwaaa. Dah start dah musim tengkujuh. Dah start dah hujan dari pagi membawa ke malam. Dah start dah jemur baju tak kering2. Dah tutup dah operasi semua pulau2. Sobsobsob. Hancur semua harapan nak bercuti. Adalah tak seronok okeh nak berdating2 merendek2 dalam hujan renyai2, basah baju, basah kasut. Makanya habiskan lah cuti yang panjang tak berapa nak panjang tu di rumah. Tak apa lah, ada hikmah tu. Buat suami, semoga cuti ini kita manfaatkan dengan melipatgandakan usaha untuk mendapatkan sesuatu yang berharga buat bekalan di hari tua. TTeeeeehhhhhhheeeeeeeeeeeee..

Wednesday, October 19, 2011

Bila Manusia dengan Syaithooon dah Lebih Kurang Sama.

AsSalam..

Rasanya semua dah tahukan kes yang 2,3 hari lepas, atau mungkin dah seminggu kot, pasal budak 2 tahun kat China yang kena lenyek dengan van tu. Dah keluar beberapa hari kot kat FB video tu, tapi memang saya tak tengok, sebab saya kalau tengok komen2 yang agak menggerunkan ni, saya takkan klik video tu. Tapi 2 hari lepas, masa tengok Buletin Utama kat TV3 dengan suami, mula2 lagi diaorang dah siar video tu . MasyaAllah!! Terus saya dan suami terdiam beberapa saat. Time2 tu juga airmata laju je turun. Sampainya hati manusia2 tak berhati perut tu. Sampai hari ni pun terbayang2 video tu. Untuk tengok kali kedua, tidak sama sekali. Mana letak hati perut kau tengok budak sekecik terbaring tergolek di jalan di gilis dengan van, kau buat bodoh buat tak tahu. Memang nak marah betul rasa. Benda ni memang mengganggu emosi, sampai ke pagi keesokkannya pun, saya drive ke tempat kerja sambil menangis2 sorang diri terkenangkan video tu. Ya Allah, dah takde rasa prihatin langsung. Tapi itu lah, kita hanya mampu menahan rasa. Hanya mampu mengutuk dan memaki atas segala perbuatan mereka. Berdoalah semoga situasi ini tidak berlaku di negara kita, atau terkena pada orang2 kita. Memang tak sanggup lah nak letak video tu kat sini. Siapa yang sanggup tengok, cari lah kat Youtube. Kalau dah tengok, tak rasa apa, anda memang ada masalah jiwa!

Lepas tu yang kedua, kes pelajar yang bunuh anak sendiri, kelar2 anak sampai terburai perut. Ini pun wajar aku panggil kau SYAITAN! Tengok picture baby yang dikelar2 tu kat FB semalam. Nak pengsan rasa tengok dengan perut yang terburai, lengan dan perut luka besar terhiris. MAsyaAllah, dosa apa budak tu sampai kau sanggup buat macam tu?? Yang salah, yang berdosa, KAU! Umur baru 16 tahun dah gatal buat benda tak senonoh! Dah beranak macam ni kau bunuh pulak! Patutnya kau ambil pisau tu, toreh perut sendiri biar terburai semua isi perut kotor kau tu. Semoga budak perempuan gila ni akan menerima hukuman gantung. Tak kira lah dia bawah umur pun. Bukan tak ada otak kan. Time nak 'sedap2' tak mereng pulak, dah beranak tiba2 mereng gi bunuh anak sendiri. Tanggung lah apa yang kau dah buat!

Makin lama, macam makin teruk perangai manusia ni. Semakin dah tak macam manusia. Ya Allah, kau jauhkan lah kami dari segala perbuatan keji dan mungkar. Dan jauhkan lah kami dari melakukan perkara yang Kau larang dan jaga lah hati kami dari melakukan perbuatan yang tidak wajar. Amin.

Sunday, October 9, 2011

Bini-Bini ku Gangster

Assalam..



Dah tengok ke movie ni? Saya baru je tengok hari rabu lepas kat Johor, midnite lagi kau. Tengok ramai2 dengan students dan kawan2. Hebat tak. haha. Even penat teramat lepas pulang dari Singapore, tetap menggagahkan diri sebab semua pun nak join kan. Harus lah aku ikut. Dasar kaki jalan2. teehheee. Owhh, yang trip ke Singapore tu, nanti2 lah cerita.

Sebenarnya saya bukan kaki movies ke apa ke, nak2 kat Kuala Terengganu ni, mana ada cinema. Masa study kat Shah Alam pun tak penah jejak kaki sebab Shah Alam pun tak ada cinema. Kat Terengganu ni pun kalau teringin sangat sampai membawa ke dalam mimpi, kena drive lebih kurang 2 jam ke Mesra Mall, Kerteh untuk menonton wayang. Sanggup? Sanggup lah kalau dah teringin tahap kebaabooommm kan. Jadinya, seumur hidup ni, adalah 2,3 kali je jejak kaki tengok movies. Dan selalu rasa tak berbaloi bayar duit beli tiket, nak2 Malay Movies. Satu pasal tak sampai expectations, trailer je macam booom tapi cerita biasa2. Satu lagi tak sampai 2 minggu pun nanti adik balik dari KL, bagi external hard disk sambil berkata ' nah, ambik la copy, semua cerita2 baru download.' T_T

Tapi cerita Bini-Bini Ku Gangster ni bagi saya sangat lah menarik tertarik. Kalau nak cerita pasal sub plot ke, pasal kualiti kamera ke, apa ke, maaf lah, memang tak arif. Bagi saya, kalau cerita tu buat saya ketawa mengekek dan lepas tengok tu sambung lagi cerita dengan kawan2 babak2 yang best tadi, memang saya bagi thump up lah. Secara peribadi, saya suka kan cerita yang ringan komedi santai begini. Bukan cerita yang berat penuh dengan falsafah, atau aksi2 melompat sana sini, atau science fiction yang di luar logik. Tak minat lah nak tengok cerita yang berat2, sakit kepala. Hari tu pun menyesal gila masa dating dengan suami, tengok cerita Final Destination 5. Entah apa2 je, seriau nak mamps. T____T

Cerita ni menarik sebab lakonan Yana dengan Sam yang sangat lah comel dan adorable. Lepas tengok terus berangan2 nak manja2 gitu dengan suami. Muahahhaha. Memang sangat comel lah dua orang tu, sangat serasi dan menjadi. Lepas tu part yang gaduh2 tu pun sangat best lah, tak nampak kekok pulak time dia duk belasah gangster2 tu. Cuma Intan nampak lembek, tak sesuai kot jadi Gangster. hehe. Selama ni Yana asyik jadi tempelan je kan, sekali dapat watak utama terus haku jatuh cinta! Lepas ni ada lagi kot movie yang gandingkan Sam dan Yana ni, tapi macam cerita aksi je. Tapi takpe, tetap nak tengok sebab ada Yana. haha. Tapi ada juga lah part2 yang macam tak sesuai jek untuk tontonan budak2. Kita yang tengok ni pun rasa malu. Tssskk. Filem2 melayu kebanyakkan sekarang suka benar ye ada babak2 dot dot dot macam tu. Rosak pemikiran budak2 nanti. Apa-apa pun, ni lah antara filem yang akan saya tengok lebih dari sekali. hehehe.


" Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

9 Oktober 2011. Empat Bulan Sudah!





Alhamdulillah, genap sudah 4 bulan bergelar isteri kepada Mohd Fauzi. Sekejap je kan. Sayang, terima kasih kerana mewarnakan hidup saya selama 4 bulan ini. Semoga segala penat lelah kamu menongkah arus, memijak duri, menahan ranjau kerana menikahi saya, tidak sia-sia. InsyaAllah, saya akan pastikan segala apa yang kita lalui tidak sia-sia. InsyaAllah.

Sayang, i love u.

Monday, October 3, 2011

Esok ke Singapura...

Assalam..

Pagi esok, InsyaAllah saya dan rakan2 serta students akan bertolak ke Singapura. International visit. International lah sangat setakat Singapore tu kan. haha. Tapi ok lah tu, nak pergi jauh2 bajet ciput yang amat. Sekurang2nya bagi pengalaman kat budak2 ni jumpa dunia luar. erkk, termasuklah mak2 budak ni sekali. hehehe. Ikut jadual, kami akan bermalam di Johor, lepas tu baru masuk Singapore. So, beronggeng2 lah dulu di Johor tu.:D

Sebenarnya berat hati juga nak pergi, mengenangkan sang suami yang akan berkeseorangan. Tapi suami tak menghalang pun, siap suruh pergi lagi. Aikk, suke benor ekk takde bini kat rumah. hahaha. So lepas fikir2, akhirnya join lah jugak. Tapi macam tu lah, hati tetap tak senang. Sepanjang bernikah ni, ni lah first time berjauhan, 4 hari pulak tu. Lama tu woooooo..T_______T. Gedik nak mamps kan. haha. Terus terfikir macam mana lah suami isteri yang LDR tu survive. Saya yang jumpa menghadap hari2 ni pun, sekali berjauhan dah tak keruan ni. Asyik duk fikir macam mana lah dia nak uruskan hidup ni. Makan macam mana? Siapa nak kejut solat subuh? Siapa nak siapkan teh '0' suam dia pagi2? haiiiihh. Macam2 duk fikir padahal suami relax je, tak susah hati pun. Nampak je tu relax, tunggu lah nanti tak nampak bini esok, mahunya guling2 suruh balik tu..kehkehkeh! Tapi serius lah, tak rasa pun nak happy2 walaupun diumpan ke Universal World. Terus rasa bersalah nak happy2 bila terkenang kekasih hati yang jauh di mata nanti. Yo yo Ooo jek, entah2 sampai sana aku yang paling terkinja2 kot. hahaha.

Semoga perjalanan esok selamat pergi dan balik. Dan semoga Darling Husband masih boleh mengurus diri sendiri tanpa isteri di sisi selama 4 hari ni. Si isteri punya lah paranoid sampai dah siap susun jadual makan kat mana dan tidur kat mana untuk suami ni. haha. Gila psiko ini perempuan. Owhh, one more thing, semoga balik nanti, masih ada lah balance2 duit untuk di belanjakan sepanjang bulan ni. teeehhheeee. Aminnnn.


Sunday, September 25, 2011

Susahnyeeeee nak cari Penaja!!

Assalam...

Apa hal penaja2 ni?? Meh sini nak cerita. Awal bulan depan, InsyaAllah kami2 bersama 20 lebih students akan ke Singapore, untuk lawatan sambil belajar, International Exposure. Dah namanya International Exposure , mestilah belanjanya besar bak gajah. Semua maklum lah kot. Dan seperti biasa, bila melibatkan belanja besar bak gajah, pasti lah gigih mencari sponsor sana sini. Standard lah kot, students kalau terlibat mana2 lawatan macam ni, akan cari sponsorkan. Jadi, demikian juga lah kami2 ni mencari sponsor untuk menampung sedikit perbelanjaan. Ada yang dapat, ada yang tidak. Kami tenaga2 pengajar ni pun gigih juga menolong mencari sponsor. Saya pula cuba tolong minta dengan YB-YB yang kononnya mendahulukan rakyat ni. Try lah nak minta dengan YB Dato' Toh Chin Yaw, Pengerusi apa entah kat Terengganu ni. Orang yang pegang 'Bandaraya Kuala Terengganu'. Dari dulu lagi Dato' ni pegang, dari zaman saya sekolah kot duk dengar nama dia di sebut2.
Pagi tadi, ahad yang indah, yang sepatutnya kami2 cuti sebab dah kerja hari Jumaat, susah payah ke office, print surat untuk YB. Lepas tu terus ke pejabat YB ni, dah lah parking Nauzubillah payah nak mamps. Siapa2 yang duduk Kuala Terengganu ni tahu lah macam mana seksanya nak cari parking. Pusing2 dapat lah parking, tu pun sikit punya jauh, lenguh kaki menapak. Sampai kat pejabat Dato' tu, Alhamdulillah dia ada. Lega sekejap sebab pak guard kat bawah tu cakap mungkin dia tak ada. Lepas tu kena tunggu kat luar, lama lah juga sebab dia tengah bincang apa entah dengan PA dia. Bila di panggil masuk, tiba2 dia tengah calling2 pulang dengan the other Dato', so tunggu lagi depan pintu. Dah habis dia gelak2 masa tengah call tu, kami masuk. Baru duduk tak sampai seminit, dan baru buka mulut cakap kami dari bla bla bla, terus Dato' yang 'Berjiwa Rakyat' tu cakap " tak de, tak de. Kat sini tak bagi sponsor2 ni. Kena minta dengan bahagian Kementerian Pendidikan, sini takde pitih (duit)".

Perrhhhh. Sentap ke tak sentap. Langsung tak baca surat atau proposal yang kami bawa. Bukan nak minta RM 10 K pun, sikit je pun. At least kalau tak nak bagi pun, berbudi bahasa lah sikit, buat2 baca ke surat yang di bawa buat ambil hati. Ni terus reject. Berjiwa rakyat kepala lutut ke apa. Time melawat kampung, time pilihan raya, Dato' ni lah yang gigi lembik dari lidah kot. Yang dia cakap takde duit tu memang tak tahan lah. Gaji kau RM210.10 ke Dato'??  Nak marah sungguh rasa. Bukan marah sebab tak dapat, normal lah kan kalau tak dapat yang di minta. Tapi cara kau melayan 'rakyat' bawahan ni, boleh elok sikit tak. Realiti ahli politik, memang macam ni. Tak kira lah dari parti mana pun, nak buat baik time2 tertentu je gamaknya. Alahai, hilang satu undi untuk kau Dato' time pilihanraya akan datang. hahahaha.

Saturday, September 17, 2011

Calculate your Ovulation Time.

Assalam..

Hari ini kita nak belajar mengira. Bukan sebarangan mengira ni. Sekadar perkongsian. Khas untuk yang sudah berumahtangga. teehhee. Sebenarnya tadi jalan2 kat blog ex-B2B, si cantik Liyana. Then jumpa satu yang sangat menarik pasal entri ini. Bagi yang kurang jelas, ovulation adalah waktu subur atau waktu dimana ovum mula dikeluarkan dari ovari. Ovum ini jika tersenyawa dengan sperma, kehamilan akan berlaku. Jika tidak, ia akan turun sebagai haid. So sejelas2nya lah ovulation hanya terjadi pada wanita. Jika ada lelaki yang mengaku dia pun pernah mengalami ovulation, kasi penampar jepun kat muka sebijik. haha.

source: google

Ovulation berlaku pada hari ke-13 mengikut kitar menstrual. Kiraannya bermula dari hari pertama menses. Tapi bukan semua orang mempunyai kitaran menstrual yang tetap. Ada yang kitarannya 28 hari, ada yang 30 hari dan ada yang lebih lagi. So, macam mana nak kira. Di sini penting ya wahai wanita2 sekalian untuk mengetahui kitaran menstrual anda tetap atau tidak. Sila lah istiqamah menanda dalam kalendar setiap bulan. Lepas tu picit kat bawah ni


Lepas tu isi lah ruangan2 yang disediakan. hehe. Siap bagi cycle untuk 6 bulan seterusnya tu. Bagus untuk sesiapa yang sedang merancang keluarga. Boleh lah bajet bila nak mengandungkan, InsyaAllah.:D

Saya sendiri sebenarnya memang fail lah bab kira2 benda alah ni. Padahal dari tingkatan 3 kot dah belajar bab2 reproduktif ni. Bila time kira menstrual cycle, memang blur habis. hahahaha. Well, tiba2 terdetik nak post-kan pasal ni sebab dah masuk 3 bulan menikah, pertanyaan2 yang berbaur keibubapaan mula lah kedengaran sana sini. A few days ago makcik kami menelefon bertanya khabar. Macam biasa, soalan di tanya, 'dah berisi ke belum'? kami jawap,  "belum lagi" . Di balas balik "ishh, kuruskan badan tu sikit. makan ubat lah. Takut2 ada masalah tu". Erkkk.  Agak2 kalau saya jawap 'Ehh, dah. Berisi lemak tepu, dah 26 tahun mengandungkan lemak2 ni, tak beranak2 lagi ni" kurang ajak ke tak gamaknya. haha. Adoii, baru 3 bulan kot, takkan lah sampai kena makan ubat segala. Dah rezeki belum ada. Nak2 lepas kahwin ni, hormon tak berapa nak stabil ke apa, menstrual cycle sedikit bercelaru. Dah lah bab2 mengira time2 subur fail, di tambah lagi dengan kecelaruan sistem badan ni. Let it's come naturally, kata orang putih. teehheee. Usaha memang dah usaha, doa pun dah doa. Malah memang nak sangat kalau diberi rezeki awal. Tuhan tak bagi rezeki lagi, kami redha saje. Ada lah tu sebab musababnya kan. Mungkin mental dah sedia tapi fizikal yang belum. Mana lah tahu kan, semua kerja tuhan. Honestly, setiap kali menses, memang terlintas juga rasa kecewa, nak2 lagi time ramadhan hari tu, tapi setiap kali tu lah kami cuba untuk tidak stress. Just senyum to each other and said 'tak apa, tak ada rezeki lagi'.

Kalau ikut perancangan kami, memang lah nak berisi secepat mungkin, kalau boleh 3 bulan terawal ni. Sebabnya kalau tengok kalendar, kalau TERmengandung bulan Oktober atau November, jawapnya selamatlah berpantang masa bulan Ramadhan 1433H a.k.a bulan Julai/Ogos 2012. Bulan puasa tu, jenuh karang nak berganti. Itu yang semangat sangat berkira2 bagai ni. teeehhheeee. Tapi biasanya yang kita nak sangat tak dapat, yang kita elakkan sangat tu lah yang di beri. Kalau itu takdirnya, pun redha saja. :D. Di tempat kerja saya pun, baru2 ni ada juga sedikit ribut pasal hal2 kehamilan ni. Iye lah, bos mana tak bimbang kalau semua staff perempuan tiba2 mengandung. Siapa nak handle kerja2 yang melambak tu. So pesanan bos, RANCANG KEHAMILAN ANDA. hehehehehe.

Monday, September 12, 2011

Geraham Bongsu yang Buat Hal.

Assalam..


Dah dua tiga hari menderita sakit gigi. Sakit gigi ke sakit gusi ek? Entah, yang pasti sangat azab okeh. Puncanya GIGI GERAHAM BONGSU yang tumbuh tak habis, pasal dah tak ada space dia nak tumbuh. Dah gigi bawah ni memang dah penuh, takde tempat dah untuk dia. Siapa suruh keluar lambat kan. hehehe. Dari tahun lepas dah kot dia tumbuh, tapi sebab space tadi, dia keluar sikit2. Sekarang dah boleh rasa sebahagian besar gigi tu kalu main2 dengan lidah. Besar pulak tu, sama besar macam geraham kat belakang.Yang azabnya, gusi antara pipi tu memang bengkak sampai tak boleh nak buka mulut luas2. Bayang lah seksanya nak gosok gigi T_____T. Makan pakai sudu pun tak boleh sumbat semua tau. So 2,3 hari ni memang balik rumah merengek2 macam nak minta penampar. Suami pujuk2 pun memang tak jalan lah, silap2 dengan dia sekali yang makan penampar. haha. Cuma telan panadol je nak kurangkan sakit, nasib baik berkesan. Tapi tak nak lah ajar sangat makan pil2 ni, tak bagus untuk kesihatan. Tapi dia punya bengkak tu memang sampai ke leher, nak menelan pun sakit. Nasib baik lah tak ketara sangat bengkaknya, kalau tak mau senget sebelah muka. 

Suami asyik suruh ke klinik, tapi harammmmm lah bini dia ni nak pergi. Benda terakhir lah tu kot yang akan di buat. Tak kan sekali2 lah pergi ke klinik gigi, pasal banyak sangat dah dengar kisah 'seram' pasal geraham bongsu ni kalau di bawa ke klinik. Kena toreh lah, kena gerudi lah. Tak ke serammm. huhuhu. Makanya sanggup lah menahan sakit ni. Tapi tengok lah, kalu dah kronik sangat sampai sakit guling2, pasrah je kot kena gi klinik. T_______T. Semalam lepas maghrib memang berair lah mata sebab sakit sangat time sujud tu. Berdenyut2 kau. Lepas tu pukul 4.30 pagi tadi terjaga sebab sakit dia memang lain macam lah. Kejutkan suami sebab tak tahan sakit, boleh tu dengan mata terpejam, dia urut pipi yang belah tak sakit tu. Terus dalam2 sakit tu saya tergelak. hahhaha. 

 gambar gigi yang di-google. Lebih kurang macam ni lah keadaannya. Sakit wooo!

Tapi harap2 lepas ni hilang lah sakit ni, tak tahan wooooo. Saya ni teramat jarang sakit gigi. Last ke klinik gigi masa sekolah rendah, then terus tak pergi2 lagi dah sampai sekarang. Nah, tuhan bagi kau rasa azab tak azab sakit gigi. Memang tak senang duduk lah. Nak bercakap pun macam malas. Satu lagi bimbang juga gigi bawah ni tiba2 lari 'alignment' sebab terpaksa bersesak2 kat bawah ni. Ini baru belah kanan, belah kiri belum menunjukkan simptom2 sakit lagi even dah keluar juga sikit2. Yang atas langsung tak tumbuh lagi. Adakah saya akan mengalami kesakitan ini sekali lagi untuk gigi2 yang bakal tumbuh nanti. Uwaaaaaaaaa!!

Friday, September 9, 2011

9 September 2011




Alhamdulillah..Hari ini, 9 September 2011, genap sudah 3 bulan usia pernikahan kami. MasyaAllah, macam baru je semalam berlalu. Lebih kurang 90 hari sudah kami berkongsi rumah, berkongsi bilik, berkongsi suka duka. Alhamdulillah, segala masih indah. Setelah 90 hari, syukur saya sudah mula adapted dengan kehidupan baru ini. Sudah mula sikit2 memahami perangai suami. Sudah tak merajuk tak tentu pasal lagi bila berdepan dengan sikap suami yang kadang2 buat saya tarik muncung ni. Pendek kata, sudah boleh handle lah sikit2. Syukur juga Tuhan beri saya peluang merasai nikmat Ramadhan dan Syawal tahun ni bersama suami. 

Ramadhan lalu banyak beri saya peluang untuk menjalankan tanggungjawap sebagai isteri dengan sebenar2nya. Bangun sediakan sahur untuk suami, balik kerja tak sempat duduk masak untuk suami, dan macam2 lah. Benda yang tak pernah di buat masa zaman anak dara dulu. Lagi satu, masa Ramadhan dan Syawal tahun lalu, tak terfikir pun kami akan jalani ibadah ni tahun ini sebagai suami isteri. Kalau tahu, raya sakan tahun lepas kutip duit raya banyak2 sebab raya terakhir sebagai bujang. Muahahahaha. Tapi betul lah, nikmat berhari raya sebagai isteri ni, feel dia lain sikit. Even tak buat persiapan yang extravaganza, feeling dia tu lain macam lah. Kombinasi rasa syukur, seronok, sebak, pilu, sedih. huhuhu..

One more thing, after 3 months, kami masih lagi BERDUA. Belum ada rezeki lagi. Ramai yang sudah mula bertanya, berteka teki. Doa2kan lah. Masih berusaha ke arah itu. Kami hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukan segala. hehehe. Ramai dah ex-B2B yang kahwin lebih kurang sama dengan saya dah diberi rezeki awal, Alhamdulillah dan tahniah. Kami masih belum mendapat khabar gembira tu. Tak apa lah, lagipun rancangan Allah kan lebih baik dari apa yang kita rencana kan. Yang penting usaha dan tawakkal. 

Untuk suami, terima kasih atas kesudian melayan karenah isteri mu yang kadang2 mereng ni sepanjang 3 bulan ni. I'm falling in love with u everyday dear!

Miss this moment..

Thursday, September 8, 2011

Cerita Raya Saya edisi Aidilfitri 1432H / 2011

Assalam..

Wahahahhaha..dah lebih seminggu raya, baru datang mood nak meng-update. gegeggee. Hari ni dah masuk 9 Syawal, sekejap je kan. Secepat berlalunya 30 hari Ramadhan hari tu. Macam baru sangat lagi first day puasa. Sampai ke hari ni pun, saya masih terjaga awal pagi, penangan bangun sahur hari-hari. hehe.

Cerita pasal raya, selain keterujaan pertama kali sambut raya sebagai isteri, tiada yang menarik untuk diceritakan kot. Raya tahun ni macam lemau je sikit, dah la baju raya dengan suami tak sedondon, gambar pun tak beria2 nak ambil macam tahun2 sebelum ni. Sindrom apakah? Abaikan saje. haha. 

Raya tahun ni dengan suami memberi pengertian yang berbeza buat saya. Tahun pertama cium tangan Mohd Fauzi sebagai suami, memang berdrama sebabak lah. Kalu biasa salam minta maaf pagi raya, kami malam raya tu dah start teresak2 dah. Usai solat Maghrib berjemaah dengan dia masa hari last puasa tu, memang sebak tak boleh cakap lah. Padahal hari2 pun lepas solat je memang minta maaf dengan suami. Tapi sebab aura Syawal kot, perasaan sayu tiba2. Renung muka suami masa tengah mengamin kan doa pun dah meleleh air mata, terkenang segala buruk laku yang telah di buat sepanjang hampir 3 bulan bergelar suami isteri. Baru 2 bulan lebih kot, tapi rasa dosa kat suami lebih tinggi dari gunung tertinggi di dunia. Dengan melawan cakapnya, dengan cakap sekasar kasar bahasa nya, dengan merajuk tak tentu pasal nya. Pendek kata, macam2 lah. Tengok saya yang dah teresak2, suami dah merah2 mata minta maaf jugak atas semua salah silap. sobsobsob. Kami minta maaf awal2 sebab ingat malam tu suami akan bermalam di rumah keluarga dia, rupa2 nya tak jadi. Kesian kot nak tinggal bini dia ni tidur sorang2. hahaha. Jadi malam tu, lepas tolong mak kemas2 sikit rumah, masak rendang ayam pencen, kami balik ke rumah sendiri. 

Pagi raya pertama tu, lepas solat subuh sekali lagi cium tangan mohon ampun suami isteri dan terus gerak ke rumah mak ayah. Dah janji nak turun awal tapi lambat jugak turun, hehe. Nak sampai kat rumah mak ayah, dalam 200 meter gitu, tengok ada kereta polis dan orang tengah berkerumun kat tepi jalan. Ingatkan ada kemalangan pagi2 raya ni. Sampai dekat, tengok dah kena tutup dengan plastik hitam, means dah meninggal dunia lah tu. Innalillah. Tanya mak, rupa2nya pagi tadi lepas Subuh orang terjumpa mayat kat situ. Terbabas seorang diri barangkali sebelum subuh. Memang kesian lah. Sampai saya tengah Solat Raya pun, fikiran duk teringat2 pasal budak tu. Dengar2 cerita, arwah anak polis, famili semua dah balik Kelantan, cuma dia je yang nak balik ke sana pagi raya ni. Dan kawan2 dia bagitahu dalam pukul 3 pagi tu, arwah masih lagi melepak dengan kawan2 minum kat kedai. MasyaAllah, dah ajal dia macam tu. Semoga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang2 beriman, Al-fatihah..:(

Lepas solat raya tu, macam biasa, cium tangan cium pipi mak ayah untuk mohon ampun dan maaf. Saya ni bahagian minta2 maaf ni memang comfirm menangis teresak2 lah. Nak2 masa salam dengan mak ayah, ayah mengusik cakap saya selalu mengata dia. Lagi lah saya sebak, padahal mana ada saya berdosa kat ayah. ecececceceh.Lepas tu bila sekali lagi bersalam dengan suami, boleh pulak kami gelak sama2 sebab dah banyak kali kot salam2 cium tangan ni. hahaha. Tapi yang ralat sikit, tak banyak gambar yang di ambil, dan tak ambil pun gambar sekeluarga tahun ni. Pastu mula lah menyesal tak ada gambar kenangan.T________T


 Kami yang tak sedondon..Nasib baik tak lari tema sangat. hehe

 Mak Ayah yang romantik di pagi Raya..:)

Sesi bermaafan.

Beraya dengan nenek.
Adek-adek. Tak ada gambar berempat tahun ni. T_T

Raya kedua, sama macam tiap2 tahun, mak ayah memang buat rumah terbuka. Dan menu tiap2 tahun masih sama, atas permintaan ramai, SOTO dan LONTONG. Walla! Sampai hari ni pun masih terasa lagi kesedapannya. hahaha. Memang setiap tahun pun saudara mara serbu rumah pasal nak makan ni. Biasalah, kalau kat Terengganu ni, kalau hari raya je mesti wajib ada Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi himpit kuah kacang. Jadi bila ada sikit kelainan, memang lah orang datang cari kan, Ye lah, nasi minyak dan nasi dagang tu hari2 boleh jumpa kat sini, tak payah tunggu raya. Tapi kalau soto dan lontong memang setahun sekali je lah diaorang jumpa kat rumah saya. Harus lah makan puas2 sampai bertambah2. Tapi sekali lagi, tak ada gambar yang di ambil. T_________T

Raya ketiga, kami sekeluarga beraya dalam kereta sebab ke Jengka, Pahang. Ke rumah kawan perempuan adik lelaki no.3. Dah gatal nak kahwin, so mak ayah amik keputusan nak kenal2 keluarga kawan dia ni. MasyaAllah, jauh yang amat rupanya. pergi balik dekat 11 jam okeh. Lenguh bontot. haha. So kesimpulannya memang beraya dalam kereta lah sambil tengok pemandang pokok kelapa sawit kiri kanan. erkkkk.

 Beraya dalam kereta.
Ok, dah panjang macam cerpen dah. Akibat meng-update secara berjemaah. haha. Kalu rajin akan saya update pasal Open House rumah kami masa raya ke-5 hari tu. Bye.:)

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati