tekan jangan tak tekan!

Showing posts with label My 1st Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My 1st Pregnancy. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Boboi ke Gegirl?

Assalam...

Dulu masa mula2 pregnant sampai lah before detailed scan masa 5 bulan, memang confident habis baby dalam perut ni Boy. Tak tahu kenapa tapi memang rasa baby boy. Tapi suami pula rasa baby girl. Then lepas detailed scan, doktor cakap "macam gegirl je ni". Terdiam sekejap mummy ni. huhuhu. Lepas tu scan lagi sekali masa 7 bulan hari tu kat klinik swasta, pun doktor kat situ cakap macam perempuan. So, mummy ni redha je, dan mula menerima hakikat yang si kecil dalam perut ni gegirl. Mula lah start berangan2 main2 dengan baby girl. Berangan2 nak pakaikan gaun2 cantik. Baju baby girl kan banyak cantik2. hehehe. Daddy pun happy je sebab tekaan dia betul. Orang2 tua yang tengok perut pun cakap budak kat dalam ni perempuan.

Tapi bila dah nak dekat2 bersalin ni tiba2 ada pulak yang bagi andaian si kecik kat dalam ni BoBoi! Camne tu? Bukan sorang dua, ramai lah pulak kata baby boy. Sebabnya bila tengok dari belakang diorang cakap saya tak nampak macam pregnant pun, lepas tu tak mengembang pun kat bahagian pinggang. Maksudnya masih ada pinggang even perut ke depan ni. Confuse sekejap, sejak bila aku ni berpinggang ramping? hahahahaha. Tiba2 rasa menggelabah, banyak kot baju ala2 gigirl ni di beli, color pink lagi ha. kan keluar betul2 boy, haru mummy dik. hehehe. Iya lah, banyak dengar kes kan, scan lelaki, keluar perempuan dan sebaliknya. 

Tapi tak kisah lah, sejujurnya memang tak kisah anak lelaki ke, anak perempuan ke. Yang penting sihat dan sejahtera anak mummy ni nanti. Mummy terima je seadanya. Kalau keluar baby girl, Alhamdulillah. Kalau boy pun Alhamdulillah. Cumanya baju pink2 tu mummy simpan lah dulu untuk adik2 awak pulak. ecehhh, adik2. Berangan setinggi langit. Yang seorang ni pun tak settle lagi, ada hati nak fikir adik2 baby pula. hahaha. 

Owhh, lagi 5 hari untuk ke hospital. Budak kat dalam ni macam tiada tanda2 pun nak keluar awal. hehe. Selesa lagi duk main pusing dalam perut mummy ni. Tak apa lah dik, takes your time. Mummy redha je kalau terpaksa di-induce pun. Demi mu anak. :)

Tuesday, October 2, 2012

Nursing Pillow..DIY sajeeeeeee!

Assalam..

Nak tunjuk hasil projek terkini. Erkk, projek lah sangat. kehkehkeh. Biasalah, dah nak jadi mak2 ni, dalam kepala mesti pasal maternity and nursing's staff saje kan. Lalu daku sangat lah teringin nak beli NURSING PILLOW. 

 Sumber: google

 sumber: google

Apakah ini? Ni bantal bentuk U yang membantu ibu2 support baby masa tengah menyusu. Selain tu banyak lah fungsi dia ni. Lalu, survey lah blogshop2 yang jual bantal ni. Wahh, harga boleh tahan ni. RM 80 dan ke atas. Try pulak cari kat kedai2 baby kat Kuala Terengganu ni, pun lebih kurang sama. Bila BW kat blog2 mak2 orang, ada yang dapat harga murah masa Baby Fair. Kat sini mana ada baby fair bagai ni. sobsobsob. Alahai, kenapa mahal sangat ye? Padahal kalu tengok bentuk bantal tu bukan lah complicated sangat pun. U shaped je pun. Then fikir2, why not DIY saja menda alah ni? Bila tanya mak, dia cakap ok, jom buat. Kenapa kena tanya mak? Sebab mak saya lah yang akan settle kan, saya cuma tahu order je ni. kahkahkah. Bab menjahit memang ke laut okeh. Tak pernah lulus kalau bab menjahit2 ni. huhu. So, bersemangat la ke Kamdar cari kain. Selain tu cari kain untuk bedung baby juga sebab napkin baby yang di beli mak cakap kecik. Jadinya bedung baby pun beli sekali, kain flannel. Kalau tengok blogshop, dalam RM16 juga semeter tu. Beli sendiri, nah RM 6.50 je semeter. Terus sambar 4 helai sekali. huhuhu. 

Pattern untuk DIY bantal ni senang je, GOOGLE saje! Berlambak keluar, macam2 saiz. Saya pilih satu yang paling simple kot. Tak payah pening2. Bagi design tu kat mak, tengok2 dah siap terjahit dah. Then mak beli kan sekali Kekabu kat Pasar Kedai Payang. Beli 1 Kg je, tu pun tak habis guna. Owhh, saya sumbang tenaga juga nak siapkan bantal ni, tolong sumbatkan kekabu dalam bantal. Sampai bersin2 ni. hahaha. Last2 mak juga yang tolong adjustkan sampai terbentuk cantik dan jahit bagi siap semua. Nak tengok???



Ehh, gelap la pulop gambarnya. hehe. Tapi ini lah hasilnya. Sangat selesa okeh walaupun tak secantik dan sesempurna yang dibeli kat kedai tu. Murah pun murah. Nak jimat aje mak ni dik. kihkihkih. Sebab senang dan selesa, ingat nak suruh mak buat lagi satu. Ni yang di panggil beri betis nak peha kan. hahaha.

Saturday, September 29, 2012

Antara Bersalin Normal, Czer dan Induced..

Assalam..

Last check up hari Rabu baru2 ni, doktor dah bagi tarikh bila kena masuk wad. 10 Oktober 2012, hari Rabu. Macam ni lah kalau ada GDM gak. Kena bersalin masa 38 minggu. Kena bersalin paksa okeh. For those yang masih samar apa itu GDM, tu merupakan singkatan Gestational Diabetes Mellitus. Diabetes masa mengandung. Maksudnya sebelum mengandung kau sihat sejahtera aman damai tak ada penyakit, bila pregnant je tiba2 je kau kena kencing manis. Dah bersalin InsyaAllah tiba2 kau sihat balik dah tak kencing manis. Ha, macam tu lah lebih kurang tiba-tibanya. haha. Jadinya, kes saya macam ni lah. 

So kalau dihitung2 kurang 2 minggu lagi. Bila dah masuk wad ni, sendiri mahu faham lah, anda bakal di-induced ye. Allahuakbar. Sangat lah tidak mahu. Memang kalau dengar dan baca pengalaman orang yang kena bersalin cara ni, tiada yang indah. Pendek kata semua tak best lah. Sakit teramat, sakit yang maha lama, sakit tak tergambar. Macam2 lah. Kita yang mendengar ni, bernanah telinga tahu menahan rasa takut. haha. Sakit bersalin pun tak pernah tahu dan rasa, ini pulak disogok dengan macam2 cerita yang sebegini 'indah'. Bagi saya, bukan masalah sakit kena paksa. Ye, bersalin apa cara pun memang sakit. Orang kata, sakit kedua selepas sakit nak mati. Induced atau normal, tetap sakit kan. Tapi saya tak nak di-induced sebab masih tak faham apa perlunya dipaksa bersalin? Kenapa tak boleh tunggu je macam biasa, biar anak keluar sendiri ikut time dia? Kalau si ibu ada darah tinggi tu fahamlah kenapa kena bersalin tiba2 kan. Kalau kes GDM macam ni, kenapa perlu dipaksa2? Masa dapat tarikh hari tu,terus lah saya tanya doktor apa perlunya saya kena induced nanti. Anak saya comfirm besar ke dalam ni? Doktor check pun tak ada lah detail sangat. Setakat tengok result kat kertas je pun. Scan pun tak untuk tengok perkembangan anak macam mana. Dia jawap, owhh, sebab ada GDM, bahaya. Memang wajib induce. Adoi, sungguh lah tak meyakinkan jawapan itu. Satu kisah untuk dikongsi, jiran saya last year masa bersalin anak pertama, pun ada GDM, dipaksa bersalin juga masa 38 minggu. 3 kali menanggung sengsara menjalani proses induced, maksudnya 3 kali masuk ubat,tapi jalan langsung tak ada. Hampir seminggu menahan sakit kena induced ni sampai merayu2 kat doktor untuk di bedah, tapi doktor refused. Last2 kena czer jugak selepas seminggu duk menahan sakit. Kesian kan. Ye lah, budak tu tak nak keluar lagi, tapi dipaksa2 keluar, memang lah azab. Kalau betul bahaya sangat, bedah je lah terus, kenapa kena tunggu sampai semingggu. At least sekali je sakit. Ini dah lah sakit tahan contraction, lepas tu sakit kena czer lagi. Seramnya dengar cerita2 macam ni. That's why I really want my baby choose her own birth date. Keluar cepat2, jangan tunggu sampai 38 minggu. Boleh gitu? haha.

Kalau di tanya, semua orang pun nak bersalin normal kan. Tak ada kot yang suka rela nak kena induced atau czer ni. Bersalin normal ni, sakit time tu je, lepas tu ok lah. Kalau czer, kena tanggung pula sakit kesan pembedahan tu. Saya dari dulu lagi suka baca kisah2 bersalin cara HYPNOBIRTHING. Siapa yang tak tahu apa benda ni, sila google lah. Malas nak terang panjang lebar. Siap ada video lagi kalau kat youtube tu. Siapa berani boleh tengok. huhuhu. Bersalin cara ni lebih tenang dan lebih meyakinkan. Rasanya cara ni jugak nenek moyang kita guna kot masa hospital tak wujud lagi. Banyak guna teknik pernafasan, bukan paksa teran2 sampai koyak rabak kat bawah tu. Siap tak payah kena episiotomy lagi, semua semulajadi. Boleh bersalin di mana2, dalam air pun boleh. Best kalau berpeluang bersalin cara ni. Tapi itu lah, kalau kat hospital gak, tak ada maknanya nak ber-hypnobirthing ni. huhuhu.

Orang kata lagi, mudah atau payah bersalin ni kena tengok mak kita dulu2 macam mana. Kalau ikut mak saya, Alhamdulillah, sangat mudah. Semua keempat2 anak dia sakit bersalin tak lama, 2,3 jam je terus beranak. Even masa lahirkan saya, anak sulong ni pun sekejap je. Sakit masa azan subuh, pukul 7.30 pagi dah selamat bersalin. Songsang lagi tahu, keluar bontot dulu. huhu. Kalau sekarang ni, tak ada makna nak bagi bersalin normal, harus czer terus, tak payah cakap banyak. Jadi nasib saya macam mana lah ye. Kalau ikut mak, Alhamdulillah. Kalau tak pun, pasrah dan redha saja lah. Asalkan anak dan ibu selamat. Sekarang hari2 duk pujuk anak keluar cepat, hari2 doa minta Allah permudahkan. Kalau boleh tak nak kena induced, tak nak kena czer. Biarlah pengalaman bersalin ni, jadi pengalaman indah. Sakit yang indah. Bukan pengalaman yang men-trauma-kan. Tapi kalau tak berpeluang bersalin normal pun, redha saja. Serah bulat2 hidup mati kat Allah. Biarlah Allah yang tentukan apa yang terbaik. Kita mampu berdoa dan bertawakkal saja. Setiap kesakitan itu kan penghapus dosa. Amin.

Thursday, September 27, 2012

BreastPump Pilihan Hati.. Spectra 3

Assalam..



Last week selamat dah beli benda alah ni. BREASTPUMP. Brand Spectra 3. Fungsi? of course la untuk mengepam susu. huhu. Yes, saya memang berniat nak Fully Breastfeed my little one. Semangat gila ni. haha. Memang dari dulu before kahwin pun memang dah terdetik, nanti ada anak nak BF je. Sebab? Senang dan mudah. Anak nak susu, selak je baju. kehkehkeh. Masa tu, itu je lah dalam kepala otak. Tak fikir lagi cabaran2 nak BF bagai ni. Now, dah kerja, dah kahwin, dah pregnant baru korek betul2 ilmu penyusuan ni. Nasib baik saya dikelilingi orang yang menyokong penuh BF ni. Baru tahu susah senang nak menyusukan anak. Kalau suri rumah, mungkin tak ada lah usah sangat kan. Anak boleh jaga sendiri, time melalak nak susu, selak je baju, sumbat. Yang bekerja macam kita2 macam mana pulak? Tu lah yang pentingnya Breastpump dan stok2 susu ni. Suami pun sokong 100%. Memanglah, jimat duit dia tak payah beli susu formula kan. hehe. Sampai sekarang pun, kami tak pernah bincang pun nak bagi susu formula jenama apa? harga berapa? Sebabnya dalam kepala memang baby nanti minum susu cap gantung je. kihkih. Sekarang nak ilmu2 BF tak susah, semua di hujung jari. Google je, terus keluar macam2 ha. Saya pula tak susah hati sangat sebab kat office ni memang dah ada contoh terbaik bab2 BF iaitu KAK NA. Even sekarang dia dah tak BF anak dia si hensem Rifqy, tapi dulu2 memang hari2 lah tengok dia duk ulang alik angkut breastpump ni untuk pum susu. huhu. Macam ni lah nasib mak2 yang kerja kan. 

Breastpump Spectra 3 ni jadi pilihan sebab Kak Na pun guna brand ni dulu, dan kalau tengok review pun macam ok je. Harga pun ok. Kalau ikut kehendak mak ni, memanglah nak MEDELA FREESTYLE. Baru stylo ha. Kecil, mudah bawak kemana-mana, fleksible dan macam2 lah. Spectra 3 ni sedikit besar dan berat. Maksudnya time pam tu kau kena duduk diam2 kat situ sampai siap. Kalau Medela FS ni siap boleh berjalan ke hulu ke hilir time pump tu. Best kan. Tapi harga dia jauh lah lebih mahal berbanding Spectra 3. Mula2 dulu cakap kat suami nak beli medela fs, harga sekian2, teruslah beliau beliakkan mata. hahaha. Jujurnya, setakat RM15++ tu tak adalah mahal sangat. Budak2 zaman sekarang pun beli Handphone canggih sampai RM2k selamba badak je. Tapi memandangkan dah banyak sangat duit dilaburkan untuk cik baby kita ni, termasuk lah Canon 650D tu, lupakan dulu niat nak ber-medela ni. Lagi pun kesian daddy nak kena bayar itu ini kan. hehehe. So, mummy pun setuju lah beli yang ini saja. Saya beli ni online je, kat One Baby World. Sebab murah dan dia kasi banyak barang free. huhu. Siap sediakan pakej lagi. So boleh pilih mana yang sesuai. Harga pun rasanya berpatutan lah.

Harapnya mampu lah BF anak sepenuhnya nanti. Kalau boleh tak nak setitik pun susu formula masuk dalam tubuh anak. Memang impian setiap ibu kan nak susukan anak sendiri. Cuma mampu tak mampu je la yang jadi halangannya. Kita bukan tahu nasib kita macam mana. Bukan semua ibu bernasib baikkan dapat susukan anak sendiri. Saya ni berdoa hari2 semoga our litle one dimurahkan rezeki dapat minum susu ibu selama mana yang boleh. Cumanya mummy dia ni kuat ke tak?? Kot2 hangat2 tahi ayam je. Nauzubillah. Minta2 lah jangan. hehehe. Doakan lah mak baby ni kuat semangat. Being me yang selalu kalah dengan tekanan ni kadang2 buat saya risau juga takut2 buat kerja separuh jalan. Harap2 adalah rezeki untuk anakanda nanti. Amin.

Tuesday, September 25, 2012

Ikhtiar Untuk Hamil.. Sekadar Perkongsian

Assalam..

Setelah sekian lama, akhirnya berjaya juga buat entry ni. Lama sangat dah nak post-kan pasal ni, tapi banyak benar pulak halangannya. Sekadar perkongsian kisah benar kami suami isteri dalam usaha TTC ( Try To Conceive). Saya pernah post pasal hal2 kehamilan ni dulu, sebelum tahu diri sendiri pregnant. Entry luahan perasaan sebenarnya. huhu. Dan dapat beberapa respond yang berkongsi kisah yang sama. Sebenarnya, kami tak sampai setahun pun berusaha. We got the good news masa usia perkahwinan masuk 8 bulan kalau tak silap. Tapi masa bulan ke-6 kahwin, 'panic button' saya tiba2 menyala. Tertanya2 apa kena ni tak pregnant2 lagi. Even redha dan pasrah, dah sedia maklum rezeki di tangan Allah, tapi pertanyaan manusia sekeliling kadang2 meruntun jiwa. T_____T. So, masa tu gigih saya online cari cara dan petua untuk bagi cepat 'lekat'. Saya kongsikan sikit apa yang kami usahakan sepanjang 2 bulan berTTC. Harap2 tak ada yang salah faham. Sekadar perkongsian untuk kawan2 yang masih lagi belum di beri rezeki. Memang faham sangat perasaan mereka. Suka lah nak ingatkan, ini sekadar perkongsian kisah benar saya dan suami. Tak bermaksud apa2. Yakin dan kena pegang, rezeki itu dari Allah. Yang baik itu dari Dia. Kalau memang belum ada, yakin lah perancangan Allah itu jauh lebih baik dari rancangan kita. Cuba lah ubat terbaik turun dari langit pun, kalau Allah tak izinkan, memang tak adalah. Yang penting ikhtiar dan usaha. Kami suami isteri memang cuba macam2 juga, sekadar ikhtiar, beserta doa yang tak putus2. Cuma tak tahu lah kaedah mana yang betul2 berjaya, atau memang tiada satu pun sebenarnya yang membantu, cuma memang dah sampai masa Allah bagi rezeki kat kami kan. Harap dapat membantu, sebab apa yang saya kongsikan ni pun hasil google juga. huhu.

1. Minum campuran Susu Kambing dan Kurma

Yang ni memang saranan paling banyak kot. Untuk kesuburan kalau tak silap. Cara dia, blend beberapa biji kurma dengan air panas sikit. Then campur dengan susu kambing. Saya guna susu kambing serbuk je. Tak tahu nak dapat kat mana yang asli. Rasa? Erkk, ok kot. Siapa yang tak boleh telan susu tu, mungkin bermasalah lah kot. huhu. Minum pagi2. Yang ni saya amalkan 2,3 kali je. Lepas tu macam malas dah. Jangan ikut perangai yang ni ya!

2. Minum Air Buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma


Serbuk Debunga Kurma (sumber: google)


Buah Zuriat (sumber: google)

Ni saya jumpa time BW ke blog2 TTC yang lain. Tak pernah tahu sebenarnya. Once dah tahu pun, buat dek je. Then lepas tu baru beria2 cari buah ni. Buah ni asal dari Mekah. Memang murah kalau beli kat sana. Kat sini pun boleh beli, thru online. Tapi mahalnya of course lah berganda2. Hasil pencarian, saya jumpa satu blog yang jual buah ni, dengan Serbuk Debunga sekali. Pun untuk kesuburan. So saya beli sebab harga pun tak ada lah mahal. Tak sampai RM50 pun. Tapi dah ingat2 lupa blog mana. Cara makan, buah tu potong dua, rebus sekali dengan kulit. Masa mula2 rebus, color dia macam teh pekat, then lama2 jadi jernih. Boleh guna lebih kurang sampai sebulan lah sebutir tu. Yang ni kami minum 2 bulan je, start bulan 12 dan bulan 1. Sebab memang ada 2 biji je pun. huhuhu. Serbuk tu pulak makan dengan madu. Campurkan setengah sudu serbuk dalam sesudu besar madu, kacau2 then telan. Yang ni suami je makan. Saya tak berapa nak sanggup sebab rasa dia ada yang cakap macam ___________. Sila google sendiri. kihkihkih. Owhh, mind you, suami saya sangat lah culas nak makan2 benda macam ni. Kalau tak disediakan, memang dia tak sentuh pun. So, memang beberapa kali je dia makan ni. Macam tak luak pun serbuk tu. 

3. Sapu LUMIGLOW


Pun hasil peng-google-lan. Kalau tak silap, krim ni sangat serba guna. Untuk macam2 penyakit. Tapi ada yang mengkhususkan untuk kehamilan. Sebabnya krim ni mampu balancekan hormon. So beli juga. Harga agaklah mahal, RM 150. Tapi sebab boleh guna untuk benda lain juga, tak apa lah. Pejam mata je lah. Lagi pun krim ni banyak. Tak terjejas pun even dah guna banyak kali. Guna untuk sapu2 je ye, bukan untuk makan. Sapu dekat ari2. Siapa yang berminat boleh google untuk tahu lebih lanjut. Yang ni pun guna sekejap je, 2 bulan je sebelum tahu dah pregnant. :) Orang mengandung tak boleh guna krim ni kalau tak silap.

4. Doa


Ni yang terpenting. Ehh, terpenting tapi jatuh no.4?? Huhu. Tak kisah lah, tapi memang penting. Doa yang tak putus2 dan kena serah bulat2 pada yang maha Esa. Ni sepotong doa yang memang hari2 diamalkan. Termasuklah masa minum susu kambing ke, masa minum air buah zuriat ke or masa sapu segala mala krim. Doa sungguh2 dan bertawakkal. Banyak sangat sebenarnya contoh2 doa ni. Doa nabi Zakaria, doa dari surah Al-Imran. Banyak lah pendek kata. So, rajin2 lah mencari dan amalkan. Yang lain serahkan pada Allah.


5. Makan Asid Folik



Asid folic ni bukan untuk kesuburan, tapi Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Disarankan untuk mengambil asid folic 3 bulan sebelum planning untuk mengandung. So siapa2 yang nak baby cepat, before kahwin dah boleh start ambil. Fungsi asid folic ni untuk lindungi baby dari kecacatan tulang dan nak bagi tubuh kita lebih ready untuk terima baby. Saya start makan 3 months after kahwin. hehe. Terlambat sebab asyik tangguh2. Ada macam2 brand kalau kat farmasi tu, saya guna brand Pramilet. Sebab color pink dan bau pun best. hehehe.  Dah pregnant pun hospital akan bagi lagi asid folic ni. Sangat penting untuk bayi anda..:)

Terlalu banyak sebenarnya ikhtiar dan cara, cuma kena tetapkan dalam hati, REZEKI ITU DARI ALLAH. Ada yang mendapat rawatan ke hospital, ada yang laburkan ribuan ringgit untuk dapatkan rawatan moden, or makan macam2 ubat. Ikut kemampuan lah senang cerita. Kami mampu yang ini sahaja. Yang penting usaha dan tawakkal. Tak salah untuk ikhtiar. InsyaAllah, ada jalannya. InsyaAllah, bila sampai masanya, rezeki itu akan sampai. So, TTCians out there, jangan putus asa. Doa dan usaha!

36th weeks..:)

Assalam..

We're already at 36th weeks!! Owhh, another 2 weeks to go. Takut? Berdebar? Dah start rasa sikit2. hehe. Since ada GDM, of course kena masuk wad masa 38 minggu. Ye, lagi 2 minggu. Seram lah sungguh hati ini. Kena induce pulak tu. Double triple seram. Darling baby, please keluar minggu depan. Mummy tak nak kena induce. huhuhu. 

So far, baby dah turun ke bawah. Bahagian atas memang dah kosong, dah lega. Cumanya tak pasti dah engaged ke belum. Sebab belum rasa senak or rasa sakit kat bahagian bawah tu. Yang pasti, semua orang tegur dah tak lama. Sebab? Kaki dah sembab macam gajah, and hidung dah kembang setaman. uwaaaaaaaaa! Sangat tak suka tang hidung ni. Iye lah, hidung dah lah tak berapa nak mancung, bak kata ayah saya, hidung jambu air! kahkahkah! Lepas tu siap kembang2 merah2 lagi ni. Suami lagi jahat. Siap ukur lagi hidung ni. T___________T. Tak sukeeeeeee. Kaki pulak sembab sampai dah tak boleh gerak2 jari ni. Solat pun dah banyak hari atas kerusi. Tak boleh nak lipat kaki. huhuhu. Nak berjalan pun macam dah tak berapa nak larat. Tidur malam2 apatah lagi, sangat tak selesa. 

Tapi sebenarnya tak lah terasa sangat ketakutan nak beranak sebab tak berapa nak focus lagi tang2 debaran ni. sebabnya mummy ada berlambak lagi kerja belum beres. Sekarang budak2 tengah Final Exam, paper saya pulak last day. So bad lah. Harapnya dapat bereskan semua benda sebelum bersalin ni. Tak nak lah serah2 tugas kat orang lain. Dia orang pun ada seribu benda yang nak kena settle juga. Nanti kelas saya pun terpaksa kawan2 gantikan dulu sementara berpantang.  Owhh, tak sabarnya nak bercuti. Penat dah nak fikir2 hal kerja ni. huhuhu.

Minta doa semua harap selamat kami anak beranak semasa proses pemberanakan nanti. kihkihkih. Hari2 doa minta baby baik2 saja kat dalam ni. And jangan keluar lewat sangat sampai kena induce. Mummy tak nak lah kena induce dikk... 

Friday, September 21, 2012

Daddy & Mummy berPhotoGedik.

Assalam...

Last sunday, masa cuti hari Malaysia, kami laki bini akhirnya ada masa untuk berdating2 berdua. Dah lama rasanya tak berdua2an macam ni. Iya lah, dah lama sangat tak balik rumah sendiri. Hari2 kat rumah mak ayah, lepas tu cuti pun lain2 hari. Nama je jumpa hari2, tapi nak berdating tu memang payah. huhuhu. So, dapat peluang cuti ni, terus la suami ajak berjalan. Mak dah jeling semacam. Dah sarat2 macam ni nak ajak berjalan lagi? kihkihkih. Alah, bukan jauh pun, ke Kerteh je pun. Cadangnya mahu tengok wayang, tapi tak ada movie yang best. Last2 amik peluang ber-photoshoot. Since pregnant, belum ada gambar boyot yang cantik2.Ni tak adalah proper maternity photoshoot sangat. Saja jakun nak try camera. Bila lagi nak try camera baru ni. huhuhu. So, sebelum bertolak ke sana, kami ke TER dulu untuk bergambar. Imbau kenangan masa post wedding dulu. :)


35th weeks..


Then lepas tu terus ke Paka, rumah pakcik suami. After zohor, ke Mesra Mall makan2 jalan2 entah apa2. Sambung lagi ber-photoshoot ke Pantai Kemasik. Ajak sekali cousin suami sebagai photographer. Payah pulak kan nak amik gambar sendiri.hehehe. 




Ingat lepas ni nak ber-photoshoot lagi. Pakai cantik2 siap ada belon bagai. Tapi bila tengok cuaca alahai, hujan je hari2. Terus lah rasa macam tak bersemangat. Nak2 dah makin sarat ni. Kan photo ke mana, mak buyong ke mana. huhu. Kalau sempat, teringin lah nak buat maternity photoshoot yang proper. Boleh buat photobook nanti. Kenangan tu penting. :)

Monday, September 17, 2012

Cik Baby's Stuff...

Assalam..

Mummy sudah nak masuk 35 minggu dah. Berdebar? Takut? Masih belum terasa. Ecehhhh. Tunggu lah seminggu dua lagi, tengok lah menggeletar lutut ke tak. kihkihkih. Barang2 baby Alhamdulillah dah hampir complete kot. Kot? Sebab tak pasti complete ke tak. hehe. First time lah katakan, tak ada pengalaman. Asal nak beli barang je, blur. Tak tahu nak beli apa, tak tahu perlu ke tak, cukup ke tak. Maka gigih lah online blogwalk ke blog2 orang tengok checklist barang baby ni. Walla, memang pening. Lebih pening dari masa cari barang2 kahwin dulu. hehe. Hasil pembacaan dan tanya2 orang, beli lah sikit2 barang nya. Tapi dalam banyak2 barang, ni barang pertama saya beli..

 

Rocker Fisher-Price!! Ni saya beli online dengan blogger Malynn. Dah lama tengok benda alah ni, tapi tengok harga, terus telan air liur. hahaha. Mahal lah pulak. So biarkan je. Then bila Malynn ni buka order sebab dapat murah kalau beli banyak, terus lah saya order sekali. Tak ada lah murah sangat, tapi jauhlah lebih murah dari harga kat kedai2 biasa. Beli pun sebab benda ni boleh guna sampai umur budak 2 tahun. Kan berbaloi tu. huhu. Lama dah beli ni, dalam bulan 6 kalau tak silap. Suruh adik yang kerja kat KL tu tolong ambilkan dan bawak balik ke Terengganu. Kalau by pos memang mahal lah postage sebab benda ni sangat lah besar dan berat jugak. Adik text saya bagitahu semua orang pandang dia masa dalam LRT on the way balik ambik benda ni. huhuhu.

Then masa akhir bulan Jun hari tu, kami bermusafir ke Shah Alam. Saja jalan2 sambil2 melawat pakcik2 suami yang menetap kat sana. Dah alang2 ke sana, terus lah ke outlet One Baby World kat seksyen 13, Shah Alam. Sebelah kolej PTPL Shah Alam rupanya. Memang syok lah bila sampai sini. Macam2 ada! Sangat teruja. Beratus2 juga lah yang habis kat sini. Ni hasil pencarian di OBW.

 

Nampak benda warna-warni atas ni?? Ini lah Cloth Diaper a.k.a CD a.k.a lampin kain versi moden. Nampak tak tahap confident mummy baby begitu tinggi melangit tak nak pakaikan baby pampers biasa? Nampak? Hahaha. Walaupun tahap kemalasan mummy Nauzubillah memang sangat tinggi tapi tetap juga berangan nak guna CD ni. So masa ke OBW, kebetulan ada offer, terus lah rembat 6 helai. Sikit je, 6 helai. Nak test2 dulu. Apa yang jadi lepas ni belakang kira. Rajin ke nak membasuh? Pun belakang kira. Yang penting niat mummy nak ringan kan beban daddy. Karang botak kepala daddy labur duit beli pampers anak. haha. So memang sekarang semangat lah mummy nak pakaikan baby benda alah ni. Tapi tunggu baby besar sikit kot. Sebab benda ni agak bulky, kan tenggelam baby dalam CD. huhu. Jadinya, masa newborn mummy standby ini untuk baby..


Satu Kak Ogy bagi, satu mummy beli. Tak tahu cukup ke tak ni. Tak apa, kalau baby poopoo secara besar-besaran sampai habis lampin ni, suruh je siapa2 beli. Bukan jauh pun Mydin Mall or Giant. kehkehkeh. Botol susu pulak sangat lah tak tahu nak beli yang mana. Brand apa? Besar mana? Adoii. Last2 tak beli pun lagi untuk newborn punya. Tapi beli 1 set brand Avent. Beli online sebab macam murah, RM 53 sahaja untuk 2 botol saiz 9oz. Color pink lagi. huhu. Bila bagitahu nenek baby, terbeliak biji mata. Dah bising2 kenapa mahal sangat botol susu. Dulu2 dia bilang botol susu tak sampai RM10 pun, sihat je, besar gedabak je anak. hahaha. Biasa lah, zaman dah berubah, dunia dah maju. kehkehkeh.


So rasa2nya lengkap tak lagi ni? Sekarang asyik duk buka tutup almari tempat simpan barang2 baby ni, tengok apa lagi tak cukup. Mummy pandai beli je, bab simpan2 ni serah kat nenek. kehkehkeh. Benda2 kecik macam alat2 grooming baby dah beli kot. Kot lagi? haha. InsyaAllah cukup. Alah, kalau tak ada kita kerah je daddy or mak usu baby pergi beli, kan senang.


Benda lain yang dah dibeli termasuklah katil baby. Ni on the way, next entry kita cerita. Pump susu pun baru je sampai hari ni. Pun next entry. hehehe. Banyak modal mak ko dik nak bercerita kan. Almaklum, first timer lah katakan. Semua benda pun nak buat kenangan. Owhh, barang mummy apa cerita? Tak ada dik. Semua untuk kamu sahaja. hahaha. Mummy punya baru ada set berpantang. Yang ni ha...


Brand Amway punya. Asal2 beria nak set yang Tanamera. Sebab tak ada jamu, dan macam moden sikit. Tapi masa raya hari tu cousin promote set yang ni. Sebab dia ahli Amway. So lepas ditimbang tara, tengok harga pun lagi murah dari Tanamera tu, dan set dia pun lagi banyak kuantitinya, terus lah ambil yang ni. Lagipun banyak review yang ok juga bila tengok online pasal set ni. Tapi mampu ke mummy ni nak berpantang dengan hebat ni? Orang Terengganu biasa tak teruk sangat bab2 berpantang ni. Seingat saya lah, tak ada yang pakai2 pilis or param2 ni. Cuma jaga makan dan minum air akar kayu gitu2 je. Dan bersalai. Haha, macam daging salai gitu. Kena tidur atas katil yang ada bara api kat bawah. Tapi tu pun sekarang ramai dah tak amalkan bersalai2 ni. Serba moden dah sekarang. Cuma ayah memang pesan awal2 kat saya, mesti berpantang betul2 macam zaman2 dulu. Merasa lah kena salai nanti. Jangan sampai masak sudah. hehe. Harap2 berguna lah set berpantang ni. Takut2 tak terjejas pun duk dalam kotak. kehkehkeh.

Friday, September 14, 2012

Bila Mummy Mula Mendobi Baju Baby..

Assalam...

Minggu ni Alhamdulillah baru boleh bernafas. Internal audit dah lepas, Coursework pun dah selamat di-key in. So baru ada masa selongkar barang2 baby dan asing2 kan mana yang patut. Berani mati mak ko dik. Dah masuk 34 minggu baru terhegeh2 nak start mendobi baju baby. huhuhu. Ramai yang tanya beg baju baby dah simpan dalam kereta ke? Saya terus blur. Dah kena kemas ke? Tak siap apa pun lagi. hehehe. Dah ramai sangat bertanya, terus lah rasa panik. Pagi2 tadi terus kumpul2 baju dan start basuh. Rupa2 banyak jugak lah baju yang dah dibeli. Dengan barut lagi, tuala lagi. Nak patah pinggang mak anak oiii. Daddy baby tak sempat tolong sebab kena kerja. Tak apa, mummy redha. heeee. 





Wednesday, August 29, 2012

32 weeks @ 8 bulan.

Assalam..

 Hari ini genap sudah 8 bulan 1 hari my lil' darling baby dalam fasa transit dalam perut mummy. Alhamdulillah. Mummy sihat, dan baby pun InsyaAllah sihat. So far, saya sudah mula merasai keperitan dan kesendatan perut ni. Rasa mengah dan tak cukup nafas. Dah mula tak boleh jalan banyak2. Lama sikit je berjalan, sakit belakang lah jawapnya. Adoiii. Baby kerap sangat mengeras sekarang, sampai kadang2 terjaga tengah2 malam sebab senak perut. sobsobsob. Tapi Alhamdulillah, setakat ni belum pernah kejang kaki lagi even amat lah jarang minum susu. Pil Kalsium pun jarang dah makan. Stretch mark pun belum muncul lagi di perut, tapi kat tepi pinggang suami cakap dah ada. T__________T. Kulit kering or gatal2 pun belum ada. Mungkin sebab perut tebal kot, memang dah sedia besar dan berlemak. So payah nak keluar stretch mark. hahaha. Esok lusa tak tahu lah, sebab pernah baca satu blog yang this mummy-to-be berhabis berbotol2 bio-oil untuk elakkan stretchmark, last2 time 9 bulan keluar juga line2 yang tak cantik tu. Tu yang guna bio-oil, yang guna minyak zaitun biasa macam saya ni macam mana agaknya. hehe. Redha saja lah untuk anak. 

Barang2 untuk anak masih lagi dalam proses mencari. Banyak berlambak lagi kot tak settle. Relax je mak awak ni anak oii. Karang ditakdirkan terberanak awal, padan muka. hehe. Baju baru beberapa helai. Bedung, barut dan sewaktu dengannya langsung tak ada ni. Nak berjalan pun dah tak larat, inikan pulak nak menjelajah ke kedai2. Rasanya beli online je semua tu. Tunggu sampai je. huhu. Daddy baby sibuk dah nak beli kan baby cot, tapi saya masih lagi hold dulu. Belum jumpa yang berkenan. Kalau tengok list, macam ada seribu benda je belum di beli. Masa dah tak banyak ni, lebih kurang sebulan lebih je lagi. Masalahnya, time nak beli barang, mesti blur. Perlu ke beli? berapa kuantiti? Owhh, nak pengsan!

Cerita pasal berat badan pulak, sepanjang 8 bulan ni, baru naik 6kg. huhuhu. Tak sampai 10kg pun lagi, tapi kenapa entah rasa macam dah naik 20kg. Jalan pun dah slow gila. Kalau buat check up, memang selalu turun, tak pun naik cuma 0.5kg. Macam pelik je. Saya syak penimbang kat klinik tu tak betul kot. hahaha. Tapi setakat ni, memang boleh pakai lagi baju kurung. Cuma kain je la yang tak boleh di zip. Dulu sebelum pregnant selalu terbayang macam mana lah besarnya badan aku yang memang dah sedia besar ni. kahkahkah. Nasib baik lah naik tak banyak sangat. Tapi ada sebulan lebih lagi ni, kan tiba2 membesar dengan hebat, parah lah. haha.

Malam ni suami ajak cari barang lagi. Tengok lah kalau larat, kita pergi ye. Banyak lagi barang yang saya teringin nak beli. Tapi tak tahu perlu atau tidak. Kan beli tak pakai membazir pulak. huhuhu. Semua nak guna duit kan. Tak apa, InsyaAllah, kalau ada rezeki, mummy akan sediakan segalanya untuk baby, selagi termampu.

Tuesday, August 7, 2012

Bila Cik Baby Bikin Suspend.

Assalam...

Pejam celik pejam celik dah lebih separuh bulan kita di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Dan minggu ni cik baby kita sudah di Third Trimester phase. Alhamdulillah. And today, after 4 days cuti yang penuh nikmat, mummy kembali bekerja. huhuhu. Mahu cuti lagi dong! kihkihkih. Memang nikmat lah, sebab 4 hari offline langsung tak ber-internet sebab lappy tertinggal di office. Malas nak datang ambil. 

Tapi dalam2 syok bercuti, cik baby telah berjaya bikin mummy dia suspend to the max. Ni kisah 2,3 hari lepas dah. Dah masuk 7 bulan ni, cik baby memang sangat aktif bergerak dan tendang2 perut mummy ni sampai senget2 perut. Boleh rasa kepala dia bila time dia menunjal2 kepala ni ha. Tapi hari sabtu baru2 ni, tiba2 baby kurang bergerak. Pagi tu, saya bangun lewat, dalam pukul 10. Cuti lah katakan, rugi lah bangun awal. hehe. Bangun2 je perut sangat sendat ke kiri, sebab baby mengeras. Saya gosok2 nak bagi dia beralih, diam je tak bergerak. Then lepas tengah hari perasan yang memang baby kurang bergerak. Bukan tak bergerak langsung, cuma tak aktif. Saya dah mula rasa tak sedap hati, tapi biarkan dulu sebab masih lagi rasa tendangan tu, cuma lambat dari biasa. Dalam hati fikir mungkin baby tidur. Puasa kan, takut2 dia letih ke apa ke. Tapi cuak memang cuak. Sehari suntuk asyik duk belek perut je. Asyik mengeras. Then lepas buka puasa, baru lah cik baby kita mula aktif balik duk main tendang2. Leganya dalam hati, tuhan saja yang tahu. 

Hari ahad, pagi2 lagi saya ke Klinik Ibu dan Anak pasal hal ni. Bimbang lah kan takut apa2 jadi. Lagi pun memang nurse awal2 lagi dah pesan, kalau anak kurang bergerak terus ke klinik untuk pemeriksaan. Bila nurse check jantung baby, Alhamdulillah, normal macam biasa. Berdegup kencang. Tapi tetap kena jumpa doktor dulu sebelum apa2. Masuk je jumpa doktor, tanpa check apa2, terus dia buat surat untuk warded. Walla! Apa kes ni doktor? Alasan dia sebab saya GDM, berisiko tinggi anak meninggal dalam perut. Naudzubillah. Bimbangkan anak punya pasal, saya turutkan tanpa bantah even rasa macam tak perlu kot warded2 ni. Menangis2 lah mummy ni memikirkan bakal duduk di ward lagi. Sangat tak best okeh! 

Sampai di Hospital Besar, terus lah masuk ke tingkat 1 tempat ibu2 yang dah ready nak bersalin tu. Check lagi sekali jantung baby. Lepas tu kena pasang pulak CTG yang pasang kat perut tu. Lama gila kot. Hampir 3 jam kat tempat pemeriksaan saja. Jenuh lah Daddy dengan nenek baby duk menunggu di luar tu. Masa tu dalam kepala duk fikir, dah nak beranak ke ni? Kena beranak awal ke? Kena bedah ke? Macam2 lah yang terlintas dalam kepala ni. Tapi masa ni cik baby memang dah kembali normal, bergerak dengan aktif. Marah kot sebab perut mummy kena ikat dengan tali untuk pasang alat tu. Hasil pemeriksaan dan hasil scan, doktor cakap tak payah warded. Sebab jantung dan pergerakan baby ok tak ada masalah. Ya Allah, Alhamdulilah. Rasa nak melompat dalam bilik tu. haha. Doktor pun gelak2 cakap baby saja je nak buat mak dia ni suspend. Normal bila time2 puasa ni, baby lambat bergerak. Cuma kes saya ni, sebab GDM, so kena ambil langkah berjaga2 sikit. 

Sebenarnya saya memang sangat takut bila hal ini berlaku. Lebih2 lagi ada beberapa kenalan terdekat yang ada pengalaman anak meninggal dalam perut. Dengan saya yang berisiko tinggi sebab GDM. Sangat lah bimbang. Sampai saya berdoa tak henti2 semoga semua selamat. Minta Allah jauh kan dari benda2 yang tak elok. Minta Allah jauhkan dari ujian2 yang tak mungkin saya mampu tanggung. Lepas ni ayah saya pesan, rasa lain macam je, terus buka puasa, jangan paksa diri puasa kalau rasa tak sedap hati. Fikirkan anak dalam perut dulu. Puasa boleh ganti kemudian hari. Ya Allah, lindungi lah anakanda kesayangan dalam perut ni. Jauhkan lah dari segala malapetaka. Aminn.

Wednesday, August 1, 2012

7 Months..:)

Assalam..

Alhamdulillah, our litle caliph is already 28 weeks inside! Sudah 7 bulan. Means lebih kurang 10 minggu lagi InsyaAllah baby akan lihat dunia. 10 minggu sangat sekejap okeh. Dah masuk 7 bulan ni pun macam tak percaya je. Macam baru semalam menangis terketar2 tengok dua lines muncul pada pregnancy test. hehe. Perkembangan setakat ni, sangat berkembang hebat lah. haha. Perut makin besar. Ramai yang tegur perut dah macam masuk 9 bulan. Padahal baru 7 bulan ni. Nak buat macam mana, tengok mak dia yang kembang setaman ni pun dah tahu kan. Standard lah kot, sudah lah renek tak cukup inci, besar melebar pulak tu. Harus lah perut pun ikut sama membesar kan. kehkehkeh. Tapi Alhamdulilah, cik baby masih ikut saiz standard lagi, tak adalah besar luar biasa ke apa ke.  Peliknya, berat mummy turun lagi walau pun rasa berat dah tak larat nak berjalan. Nurse pun geleng2 kepala. Alah, puasa kan, normal lah kot. Bukan banyak pun turun.

Tapi faham2 lah, bila perut makin berat dan besar ni, penat dan letih sangat berganda. Dengan mengah lagi, sakit belakang lagi. Memang haru menjalani ibadah puasa kali ni. 2 hari lepas, paling haru, lepas kes pedih ulu hati hari tu. Bangun sahur macam biasa, makan sepiring kuew teow goreng, air suam 2 gelas. Tengah2 azan subuh, boleh pulak tiba2 muntah mencurah2 ke ladang gandum. Bak kata daddy baby, macam air terjun. Gila banyak muntah. Habis terkeluar segala isi perut. Kebetulan pagi tu kena ke klinik untuk rutin checkup. Terus nurse suruh buka puasa, takut hipoglisemia. So, setakat ni dah 2 hari tak puasa. T____T. Tak apa lah, demi baby, mummy relakan saja. Time nak tidur pun sekarang dah tak selesa. Mengiring tak kena, terlentang lagi tak kena.. T_____________T.

Apa pun, harap2 saya masih mampu menjalani 10 minggu yang mendatang ni. Banyak lagi persiapan baby yang tak terbuat. Persiapan raya tak payah cakap lah, memang zero kot. hahaha. moga cik baby sihat2 dalam perut ni. Owhh, dah kena start kira gerakan baby. macam susah je. hehehe. Cik baby, sila behave ye, kesian kat mummy ni. Nanti keluar mummy gomol2 puas2 ye..:)

Thursday, July 26, 2012

Diserang Pedih Ulu Hati..Ouuchhh!

Assalam..

Today is khamis. Khamis is sangat happy. Why? Because esok cuti!! hikhikhik. Tak ada benda lain kan dalam kepala, melainkan cuti cuti dan cuti. Hari ini dah masuk hari ke-6 berpuasa. Dah hampir seminggu. Sekejap je kan. Baby dalam perut pun dah masuk minggu ke 27. Lagi seminggu masuk 7 bulan. Owhhh. Then lepas tu menghitung hari menanti cik baby keluar dari perut boyot mummy ni. hehe. Dengan perut yang makin berat dan besar, memang mula terasa bebannya. Belum 7 bulan lagi, tapi dah rasa macam sarat. Nak jalan pun macam dah tak larat. Solat pun boleh mengah. Haiih. Dan paling 'best' semalam, pertama kalinya diserang Pedih Ulu Hati. Sakitnya mak aiihhhhh, rasanya nak terajang orang. haha. Ada hati tu nak terajang orang, nak angkat kaki pun tak larat. kihkihkih. Time bangun sahur subuh semalam, rasa sangat senak dan sakit kat bawah dada ni. Sakit yang gila2 lah. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena. Baring telentang lagi tak selesa. Time2 tu juga cik baby tunjuk skill menendang dia. Daddy cik baby try lah nak meredakan kesakitan isteri ni dengan mengurut2 tempat sakit tu. Tapi tak pasal2 kena tepis. Maafkan mummy, daddy. Sangat tak selesa dalam2 sakit gitu kena urut2. Last2 bangun berdiri baru macam lega sikit tapi rasa senak tu tetap lah ada. Paniknya dalam hati Tuhan saja yang tahu. Iyalah, seumur hidup tak pernah kena macam tu. Yang terlintas, nak beranak dah ke aku ni?? Hahaha. Boleh fikir gitu. Padahal sebelum ni dah tahu kot pasal gejala2 macam ni time pregnant. Panik punya pasal kan. Rasa sakit cuma berkurangan lepas makan sahur tu. Sambung tidur lepas subuh dengan harapan bangun nanti sakit akan hilang. Tapi bangun je nak pergi kerja, datang balik sakit, even tak kuat macam tadi. Terus SMS office nak MC hari ni sebab nak ke klinik. 

Masa kat klinik tu, bersungguh lah bercerita kat doktor apa yang jadi. Sampai berair2 mata ni. haha. Drama lebih mak kau wahai anak.teehheeee. Sekali doktor tu sengih2 je sambil berkata "owhh, biasa lah time2 mengandung ni jadi macam tu. Nak2 time puasa, angin campur gastrik, memang macam ni. Tak apa, nanti kita bagi ubat ye". Ehh, gitu je? Sakit gila kot. Ingatkan kronik ke apa ke. hehehe. Alang2 dah ada situ, terus lah minta doktor scan sekali anak mummy ni. Pasal ramai sangat yang tegur perut macam besar. Kot2 lah cik baby dah membesar dengan hebatnya kan. Alhamdulillah, masih lagi ikut perkembangan. Cuma sekarang cik baby songsang, duk melintang dalam perut. Bawah ruang kosong je. Harap2 nanti cik baby berpusing lah, jangan ikut mummy. Mummy dulu lahir songsang tahu. hehehe. Owhh, doktor cakap air ketuban agak banyak, sebab tu perut macam besar. Tapi tak bahaya lagi, masih ok. Alhamdulillah. 

So semalam daddy cik baby paksa mummy buka puasa sebab nak suapkan ubat. Sobsobsob. Maka semalam selamat lah mummy tinggal puasa sehari. Sadis betul. Baru je bercita2 nak puasa penuh tahun ni. Tak apa lah, daruratkan, nak buat macam mana. Harap2 lepas ni tak ada lagi lah peristiwa2 yang boleh mendatangkan tinggal puasa secara sengaja ni. hehehe. Serik dah weii.

Tuesday, June 26, 2012

Detail Scan dan Kisah Demam.

Assalam...

Last week, masa baby umur 22 minggu dalam perut boolat ni, saya dapat jumpa baby lagi. Jumpa masa detail scan lah. Sengaja ambil cuti hari tu, termasuklah daddy baby sekali cuti sebab bimbang makan masa berjam2 macam hari tu. Faham2 lah, hospital kerajaan kan. hehehe. Hasil Scan? Alhamdulillah, semua normal. Doktor pakar yang handle, lelaki. Segan nak mati. kihkihkih. Nasib baik daddy baby ada di sisi. Tapi sangat lah kelakar dan sporting doktor ni. Santai dan penuh gelak ketawa. Terus dari nervous jadi excited nak tengok baby. First yang terdetik masa mula2 scan, MasyaAllah, besar dah anak mummy!! Ni kalau tak silap kali ke 3 dah scan. Masa mula2 dulu, 6 minggu, nampak kantung putih kecil ke. Tu pun dah terharu gila. Second masa warded. Yang ni super duper terharu sebab dah terbentuk segala. Yang ni extra super duper pulak! haha. Sebab dah betul2 rupa baby. MasyaAllah, tengok perkembangan baby ni, buat hati betul2 bahagia. Masa scan, baby sangat lah aktif, tak nak duduk diam. Sampai doktor tegur, "ni budak ni lelaki ni, sebab buas macam ayah dia je" hahaha. Scan kali ni dari otak sampai ke kaki. Alhamdulillah, cukup lengkap semua. Rupa baby pun dapat tengok, tapi tangan dia asyik lah duk tutup muka. So sipi2 je nampak. Muka macam siapa? Daddy dia kot. hehehe. Alhamdulillah, sangat happy dapat jumpa baby lagi. Sekarang pun makin terasa dia punya gerakan. Sampai kadang2 boleh nampak perut beralun. huhuhu. Owhh, jantina apa ye? Sejak awal pregnant, instinct mummy asyik kata, baby boy. Sebab nama yang ada dalam kepala memang baby boy. Tapi daddy dia asyik kata, anak sulong dia ni mesti baby girl. Sebab saya anak perempuan sulung, dan kakak dia yang sulung pun perempuan. And yes, instinct daddy lebih tepat agaknya. Doktor pun dah comfirmkan, kami kena beli baju gown banyak2 lepas ni. hehehe. Yang kelakarnya, masa doktor tunjuk baby punya jantina, terus saya terdiam. Sebab mati2 saya ingat kan baby boy. Rasa sangat tak percaya. Bukan tak redha, cuma tak percaya. Never mind, nama mummy dah standby awal2 dah. Cuma tukar plan je la. Lepas ni boleh beli barang2 pink. hehehe. Tapi dalam2 diam, terdetik juga moga2 doktor tersalah tengok. hahaha. Boleh gitu? Bila bagitahu nenek dan datuk baby, terus ayah buka cerita. Masa pregnantkan saya, mak pun ingat anak dia ni lelaki. Sekali keluar, perempuan. hahaha. So, redha je, yang penting anak sihat.Yang penting, mummy dapat teman kat dapur nanti. Harap2 rajin macam daddy ye. hehe.

Balik dari hospital, terus rasa perit tekak, tak sedap badan. 2 hari lepas tu, terus diserang demam dan batuk. First time masa pregnant demam macam ni. Tersangat lah risau. Ye lah, nak makan ubat tak berani. Gi klinik, satu plastik doktor bagi ubat, satu pun saya tak sentuh, takut punya pasal. Daddy baby lagi lah. Langsung tak bagi saya makan ubat. Sikit2 suruh saya call nurse tanya macam mana. Alhamdulillah, sekarang dah ok, cuma batuk lah kadang2 muncul juga time2 nak tidur tu. Cuma sapu2 minyak angin je nak bagi lega tekak. Harap lepas ni dah tak sakit macam ni. Seksa juga sebab memang sangat tak larat. Melepek je tidur sepanjang hari. Tak apa lah, demi baby, sakit macam mana pun, mummy sanggup tanggung. Besar2 nanti jangan lawan mummy ye. hehe

Monday, June 18, 2012

Sudah Beli Barang Baby??

Assalam..

Tak mahu dah cerita yang stress2. Abaikan, letak belakang kasi jauh2. Tak bagus untuk baby mummy kan. Semua benda pun sekarang kalau diikutkan memang asyik nak kasi sentap gitu. Hahaha. I'm not happy with my environment now, but tomorrow mesti ok. Biasa macam tu lah kan. Bukan hari2 happy sentiasa, ada hari kasi sentap2 sikit, baru cool. kehkehkeh. At least baru tahu susah senang, jatuh bangun dalam hidup ni. Baru kenal siapa kawan, siapa tak kawan. Kannn. Ada yang pandang ketika perlu, ignore ketika tak perlu, itu perkara biasa. At least kita sudah kenalpasti, sudah tahu. So, let move on baby!

Ohh, semenjak dua menjak ni asyik terfikir2 pasal barang2 keperluan baby. Progress setakat ini adalah ZERO. hehehe. Sebab rasa macam awal lagi, tak perlu lagi nak fikir2. Tanya nenek baby pun, dia cakap awal lagi. Lagipun asyik fikir nak beli online je barang2 tu semua nanti. Tak penat, tak susah kan. Tapi bila BW kat blog2 Mummy-2-be yang lain, dah ada je yang beli barang2  baby sikit2 seawal 3 bulan mengandung. Wahh, teruja sungguh. Tapi apasal mummy sorang ni belum bernafsu nak beli barang baby? Stress tak habis lagi kah mummy? hahaha. Tapi sungguh lah, tak ada perasaan lagi nak bershopping barang baby. Nak beli baju preggy pun macam sungguh lah malas, sampai hari2 masih lagi menyarung baju kurung yang memang sah2 tak boleh dizip dah kainnya. hahaha. Setakat ni baru 2 helai maternity dress yang duk ulang pakai. Daddy baby dah beli 2 helai maternity t-shirt minggu lepas, tapi masih selamat dalam plastik, mummy baby tak sentuh langsung. Bila entah nak pakai. kihkihkih. Jujurnya, adalah kadang kala survey online baju2 baby, barang2 keperluan dia, tapi selalu berakhir dengan garu2 kepala. Nak start dari mana? Nak beli apa dulu? bila waktu sesuai nak beli? Apa yang nak dibeli? Perlu ke beli itu beli ini? Last2 mummy baby off laptop, then doze off!hahaha. Teruk punya mak!

Kalau ikut hati memang banyak sangat barang yang nak dibeli kan, anak sulong lah katakan. Rasanya kalau dah buat persiapan sekarang dah ok kot, even orang tua selalu pesan jangan buat persiapan awal sangat. Iyalah, takkan nak tunggu dah sarat benar baru terhegeh2 nak menapak ukur jalan nak shopping baju2 baby. Tengah2 larat ni, boleh dah kan nak beli sikit2. Sekarang ni pun tak larat dah kalau jalan jauh2, nak tunggu time 7 bulan?? Nan adooo lah jawapnya. Dalam kepala ni ada je checklist, lampin lah, bedung lah, mittens lah, macam2 lah pendek kata, tapi sekadar dalam kepala lah. Checklist betul2 belum terbuat lagi. Belum bincang betul2 pun dengan daddy baby pasal semua ni. Kalau tanya daddy baby, dalam otak dia asyik fikir stroller je lah. Teruja sungguh dia dengan stroller. haha. Tengok lah akhir bulan nanti mungkin kot dah boleh start beli apa yang perlu. Lagi pun bulan 7 dah nak puasa, tak kuasa mak nak berjalan2 dalam kesesakan beli barang anak. Pasal kewangan, tak bimbang sangat sebab memang dah ada cukup simpanan, InsyaAllah. Masa awal2 pregnant, daddy baby dapat 'durian runtuh', kedebuk duit jatuh dari langit. hahaha. Alhamdulillah, rezeki anakanda. Cukup lah kot nak belanja barang baby sampai kenduri akikah dia nanti, InsyaAllah. 

Owhh, rabu ni ada appoinment dengan doktor pakar untuk detailed scan. Sungguh tak sabar nak jumpa baby lagi. Harap2 baby tunjuk betul2 gender, baru senang mummy nak panggil nama awal2. hehehe. Tapi dalam2 tak sabar, rasa bimbang juga. Takut apa2 jadi kat anakanda, iya lah mummy kan ada GDM. Nauzubillah. Minta jauh dari sebarang musibah. Semoga anakanda sihat sejahtera dalam rahim mummy ni, semoga dalam lindungan Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, June 5, 2012

20 weeks...^________^

Assalam...

 Alhamdulillah, baby sudah berusia 20 minggu a.k.a 5 bulan dalam perut bulat mummy!InsyaAllah, kurang dari 20 minggu lagi kita akan jumpa. InsyaAllah kalau Allah izinkan. Kenapa less than 20 weeks? Sebab doktor dah bagitahu awal2, kalau kamu tak masih lagi tak mahu keluar on 38 weeks, wajib kena induce! Walla! Seram nya. Last week mummy sepatutnya dah dapat tengok rupa kamu sebab ada appointment dengan specialist untuk detail scan. Tapi belum ada rezeki, sebab silap tarikh. Lepas berjam2 tunggu, akhirnya buat scan biasa je yang macam kita buat kat klinik tu. Tak apa lah, at least daddy mummy dapat tengok kamu yang makin membesar, makin lincah dan makin aktif ni. Biarpun tak jelas, tengok jantung kamu yang kecil cenonet berdegup kencang tu pun dah buat mummy happy. Tulang belakang pun dah makin jelas dan terbentuk cantik. And guess what, doktor dah macam nampak gender kamu, tapi sebab tak jelas, so dia tak berani nak comfirm. Dia cakap macam _________. Hehehe. Tak kisah lah, kamu ni boy ke girl ke, mummy terima seadanya. Daddy lagi lah tak kisah. Asalkan kamu sihat dan sempurna. InsyaAllah. 

Dan yang paling mummy suka, mummy sudah mula merasai kehadiran kamu. Actually, beberapa minggu lepas pun mummy dah mula rasa something yang pelik dalam perut ni. Ada denyutan2 halus, rasa semut2 dalam perut, or sometimes rasa sengal2 gitu. Tapi mummy confuse, tu gerakan si kecil mummy atau tindakbalas rahim yang makin mengembang? Sekarang mummy yakin, kamu dah mula bergerak2 dalam perut mummy. What a wonderful feeling! And now mummy always miss the geli2 movement dalam perut ni!Bangun pagi2 mesti perut rasa keras dan berat. hehehe. You're growing up darling! Daddy dah tak sabar nak rasa tendangan kamu sebab sekarang hanya mummy je yang boleh rasa kehadiran kamu. Poor daddy. hahaha.

InsyaAllah 20 Jun ni kita akan jumpa lagi di screen scanner. Another appointment for detail scan. Harap masa tu jangan malu2 nak tunjuk jantina. Senang mummy daddy choose your color. hehe. Owhh, you already have name tahu. Boy or girl, mummy daddy dah sediakan nama untuk kamu. Jangan berangan nak nama panjang, pelik2 dan modern kebabooom. Tak ada maknanya. Your name gonna be the classic, simple with beautiful meaning. Mummy tak minat ye nak bagi nama pelik2 kat kamu. Hahaha. So accept it.Kihkihkih. Dah besar esok2 jangan pandai2 nak tukar nama bagi glamor pulak.

Wednesday, May 9, 2012

11 Bulan dan 4 Bulan.

Assalam..


Today genap 11 bulan saya dan suami bergelar suami isteri. Dan InsyaAllah beberapa bulan lagi bakal bergelar ibu bapa. Lagi sebulan genap lah setahun. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Dah hampir setahun pun. Maknanya tahun lepas, waktu ni saya tengah sibuk counting the date. hehehe. Tengah sibuk buat persiapan nak kahwin, sibuk susun2 kad kahwin, sibuk siapkan doorgift, sibuk jahit manik kat baju nikah. Ya Allah, rindunya saat2 itu. Kenangan terindah tu. InsyaAllah lepas ni akan sibuk dengan persiapan nak menyambut our little junior ni pulak.



 Bercakap tentang little caliph, sekarang sudah pun dalam fasa second trimester. Sudah 16 minggu. 4 bulan sudah kamu dalam rahim mummy ye sayang. Macam saya ceritakan sebelum ini, baby sudah makin membesar, dah terbentuk segala. Lepas scan kat hospital hari tu, suami requested untuk scan lagi sebab nak tengok sendiri anak dia macam mana. So 2 hari lepas kami ke klinik untuk scan lagi. Tersengih2 si daddy tengok anak dia bukan main aktif terliuk lintuk dalam perut mummy ni. Esok tu terus excited dia bercerita kat mak saya macam mana anakanda dia bergerak kat dalam ni. haha. Tapi mak pulak macam bimbang sebab takut effect apa2 sebab scan banyak kali. Rasanya tak apa kot kan. Kalau tak mesti doktor tak bagi kan. hehehe. Pandai2 saja mak kau nak. Hahaha. 

Owhh, hari ni first time pakai maternity dress. Malu2 meoww gitu nak pakai sebab perut tak adalah besar sangat pun. Pakai sebab malas nak gosok baju kurung. kihkihkih. Dasar pemalas. Pagi tadi ke Klinik untuk routine checkup. Surprisingly, berat turun sampai 4kg. Nurse dah buat muka pelik. Ni mesti hasil percutian indah di hospital tempoh hari kot hahaha. Tapi cuak juga pasal nurse suruh jumpa doktor dulu minggu depan. Haiiih. Doktor lagi.T__________T. Harap2 jangan kena cucuk lagi lah.

Tuesday, May 8, 2012

Pakej Percutian 'Terindah' 5 hari 4 Malam di......

Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Assalam. Lamanya tak update blog. April punya entri ada 2 je. Kes malas ke apa ni? Haha. Banyak sangat cerita sebenarnya. Tapi itu lah, masa tidak mengizinkan. Mummy-to-be lebih menghargai masa terluang dengan tidur daripada mengadap laptop update blog. Kehkehkeh. Alkisahnya di penghujung April, minggu lepas lah tu, untuk pertama kalinya dalam seumur hidup, saya telah selamat bercuti di HSNZ selama 5H4M. Warded lah wei, bukan bercuti betul2. T___________T. Hebat tak hebat, awal2 lagi dah kena tahan di ward. Pasal apa? Sebabnya glucose tinggi. Macam ni ceritanya, hari khamis lepas, masa check up kat KK, glucose in blood agak tinggi. Biasalah, melantak tak ingat kan. hehe. Memandangkan ada family history on diabetes, tanpa teragak2 doktor KK tu terus lah refer ke GH untuk dimasukkan ke ward. Saya ni tengah blur2 angguk2 je tanpa perasaan. Dah lah tengah kerja tu, dan2 dia suruh ke GH dengan segera. Dah settle semua, sampai rumah baru lah macam "hah! kena warded???!". Terus lah melalak sakan sebab dalam kepala memang tak ada menda lain dah selain jarum2 dan bau hospital yang tak ingin ku hidu itu. Pulak tu suami tak dapat hantar sebab tengah kerja, so parents saya yang hantarkan. Sampai kat ward, tukar uniform hospital yang calor hijau tu boleh kami bergelak ketawa sesama sendiri sebab sungguh kelakar orang yang sihat segar bugar ni tengah memperaga baju hijau besar di katil hospital. hahaha. 


Pengalaman bermalam di hospital? Tak ada lah teruk sangat. Ward pun tak crowded, pulak tu jiran2 katil sebelah menyebelah semua macam tak sakit jugak. Sihat je. Ada yang masuk sebab alahan, sakit perut, demam tak kebah2, dan juga kes miscarriage. Tak ada lah sakit2 kronik, yang nazak kronik2 semua kat ward lain. Tapi bosannya jangan nak cerita lah. Memang to the max punya bosan! Bayang lah terpaksa duduk kat katil je sepanjang hari. Nak merayau bukan ada tempat best. Nasib baik lah suami rajin menjenguk, asal ada masa terluang, tercongok lah beliau di sebelah katil saya tu. hehehe. Yang kelakarnya, saya memang dah apply cuti awal2 hari Ahad dan Isnin tu. Kononnya nak berjalan2 lah dengan suami ke mana2 untuk bercuti ke apa ke. Last2 memang betul2 dapat berehat macam puteri raja. Mana taknya, makanan pagi petang malam sampai terus ke katil. Heaven kan. hahaha. 


Tapi ada beberapa perkara yang buat saya tak boleh lupa. Hari first kat ward, malam tu kena scan sebab pregnant. Procedure biasa kot. Sebelum saya tu, ada lah beberapa orang yang tunggu giliran untuk di-scan. Tapi yang tak bestnya, ada yang keluar dari bilik scan sambil menangis2 sebab miscarriage, baby dah tak ada. Sedihnya. Sampai giliran saya, tiba2 rasa takut. Fikir macam2 dah dalam kepala. Nauzubillah, minta jauhlah dari benda2 yang tak baik. Masuk2 je doktor yang bertugas tengah bebel2 marahkan doktor2 pelatih yang ada sekali kat dalam tu. Sempat juga dia marah2 doktor KK yang sesuka hati hantar pesakit macam saya ni untuk di-warded tanpa buat diet control lah apa lah. Lantak lah doktor, nak tak nak saya dah tercongok kat sini. hehe. Lepas bebel2, dia pun scan. MasyaAllah, dah besar anak mummy. Dah ada kepala, badan, kaki tangan semua. Jantung pun dah berdegup kencang. Siap terkedik2 kaki tangan semua. Dan2 kat situ saya mengalir mata, sensitif mak kau, nak. Haha. Doktor tu pulak mengusik, "tengok anak awak tengah buat apa tu tergedik2 kaki tu". Terus tergelak besar omak kau ni sampai bergegar perut. hahaha. Training nak kayuh basikal ye sayang. Bila cakap kat bapak dia, jeles lah sang bapak sebab tak dapat tengok. kihkihkih. Dan sebab jeles punya pasal, dibawaknya omak ke klinik semalam untuk di-scan semula sebab bapak nak tengok anak dia duk berjoget2 kat dalam ni hah. 



Dan satu lagi masa saya teresak2 menangis sebab nak kena cucuk lagi untuk diambil darah di lengan. uwaaaaa! Ingat2 balik memang memalukan, sampai nurse2 pelatih tu duk pujuk2 macam budak2 je. hahaha. Ye lah, after dah dicucuk beberapa kali kat KK sampai lebam2 dua-dua belah tangan, memang sangat fobia okeh. Ingatkan dah tak payah cucuk lagi, last2 kena juga. Pulak tu yang nak mengambil darah tu doktor baru. Ingat lagi masa hari first kat ward, ada dua orang doktor ni yang memang sangat2 blur dan  macam tak tahu apa, even nak ambil jarum pun teragak2 yang mana satu. Lepas tu dengan muka tak confident nya dia pun cucuk lengan kakak seorang tu, siap godek2 lagi jarum tu dalam lengan akak tu sampai berkerut2 muka. Mana haku tak seram. So bila je time saya kena, memang terus menangis sampai doktor tu panik. kahkahkah. Nasib baik dalam esak2 tu saya hulur juga lengan even sebelum tu ada juga adegan tarik2 lengan. Dan nasib baik dia pandai ambik, tak sampai 10 saat pun. Sempat tu doktor tu kasi sedas, "airmata awak lagi banyak dari darah yang saya ambik ni". hahaha. Sentap mak tau!

Akhirnya, malam Isnin tu saya pun berjaya discharge, setelah melalui beberapa drama airmata sebab nak keluar cepat. Sebabnya hari selasa tu kan cuti Hari Buruh, takkan nak duduk hospital lagi. Baik beronggeng dengan suami. Sebab tu saya paksa juga nurse tu cakap kat doktor saya nak keluar juga malam tu. kihkihkih. Esoknya, Selasa terus ke Kota Bharu beronggeng dengan suami jalan2 mengukur tanah. Yang tu next time lah story, dah panjang sangat ni. Teehheeeeee.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati