tekan jangan tak tekan!

Showing posts with label of life. Show all posts
Showing posts with label of life. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Selamat ber-GST!

Assalamualaikum..

1 April 2015, selamat hari raya semua! Kahkahkah. Hari yang ditunggu2 telah tiba. Hari yang ditunggu2 ke? kikiki. Bermula sudah GST, yang sangat ditakut2, dibenci2. GST katanya menguntungkan rakyat, cukai makin berkurangan, barang makin murah. Tapi yang berlaku macam sebaliknya pulak, kan. Belum perlaksanaan GST, barang semua naik harga. Haiiihhh. 

Jujurnya, masih belum hadam lagi perlaksanaan GST ni. Kalau ikut pemahaman berdasarkan penerangan2 dari TV dan media sosial, GST ni ganti cukai sedia ada. Maksudnya yang cukai yang biasa 15% tu akan diturunkan hanya jadi 6%. Dan pengusaha2 atau peniaga akan dapat claimed balik cukai tersebut. Tapi kenapa barang jadi berlipat ganda mahal? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bila berlaku perkara macam ni, pengguna2 dan rakyat rasa tertindas. Tambah2 bila ada pihak yang kurang ajar mengambil kesempatan menaikkan harga barang berlipat kali ganda, dengan alasan GST. Susu, lampin dan barang keperluan semua yang kononnya tidak dikenakan GST, dinaikkan harga awal2 lagi. Bukan sikit naiknya, banyak % jugak tu. Bayanglah anak ramai, masih menyusu, masih berlampin. Alahaiiii.

Entahlah, kalau cakap pasal ni, tiada apa pun yang berubah. Mahal macam mana pun, bila dah namanya barang keperluan, tetap juga kena beli. Merungut memaki pun tak dapat apa2, ye dak? Cuma yang mampu buat, strukturkan balik kewangan keluarga. Beli mana yang patut. Dan doa banyak2 moga2 rezeki makin bertambah lepas ni, Aminn.

Syukur juga, dalam 2,3 bulan ni, perbelanjaan untuk lampin dan susu si kak long sudah berjaya di 'cut down' kan. Sudah berjaya cerai susu, dan hampir berjaya diapers-free kan kak long. Nanti nak share pengalaman cerai susu dan potty train budak ni di usia 2 tahun 5 bulan. Pengalaman berharga ni. huhu. Mummy target, genap 3 tahun bulan 10 ni, berjaya diapers-free siang dan malam. Sekarang ni siang je yang berjaya, malam masih tak berani nak biar diapers-free. Kan banjir tilam mummy. 

So mummy tak nak stress2 fikir pasal ni. Hadap je lah. Kita pengguna ada kuasa. Kalau bersatu, insyaAllah ada lah perubahannya. Ikut lah nak boikot ke, apa ke. Yang penting ada tindakan. Yang penting nak tenang2 hadapi perut yang memboyot ni. Nak beranak dengan tenang. Nak besarkan anak2 dengan tenang. Dan berdoa agar adeqbaby nak minum susu gantung. hahaha. Jangan ikut kak long ye, nak. Tak sudi pandang pun t*t*k mummy ni. Owh,doakan juga mummy kuat untuk kembali ber-cloth diaper. Harap rajin ye mummy, ingat, lampin udah mahallll.

Akhir kata, sama2 lah kita nantikan apakah kesudahan selepas ini. Bawak kebaikan atau keburukan? Adakah kita rakyat Malaysia ni, akan terus jadi typical malaysian? Pungpangpungpang di awalnya, lama2 terus terima dengan rela hati dan buat2 lupa? Entahhh le. Anggap lah ini ujian dari yang Esa. Nak uji sejauh mana sabarnya kita, hebat kah iman kita. Wallahu'alam..

Saturday, January 31, 2015

11 Januari 2015. Genap 30

Assalamualaikum..

MasyaAllah. SubhanAllah. Sudah di hari terakhir Januari. Esok sudah masuk Februari 2015. Berlari2 pantas masa. Janji2 untuk rajin meng-update blog rupa-rupanya hanya umpama menanam tebu di pinggir bibir, rebung berduri di hati. Eh, macam lirik lagu je. kahkahkah. Baik lah, baik lah. Mari lah mengimbau memori lampau.

11 Januari lampau, genap lah hamba berusia 30 Tahun. Ye, tahu tahu. Sudah lanjut usia. Sudah di usia senja. Sudah dimamah usia. Sudah cukup sudah. Betapa kau tak tahu, betapa merontanya aku meninggalkan alam 20an yang penuh kemanisan itu. hahahhakkktuii sangat kan. Tapi serius, tak sangka akhirnya berusia 30an jua akhirnya. Ingatkan sentiasa berusia 25. T_____________T.

Syukur jua dipanjatkan pada yang Esa, di atas peluang menikmati lagi hidup di dunia ini. Peluang untuk bertaubat dan beribadat, sebenarnya. Iyalah, makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian. Patutnya makin bertingkatlah amal ibadat. InsyaAllah, sedang dalam usaha untuk istiqomah dalam meningkatkan amalan sunat. 

Macam tahun lepas, birthday tahun ini berbadan dua lagi. Adeqbaby sekarang sudah 21 minggu. Sudah terasa2 baby tergeliat. Geli mak nak. kihkihkih. Alhamdulillah. Dah tua2 ni, automatik perasaan nak celebrate birthday berlalu bak angin pantai musim tengkujuh. Tak tahu lah kot sebab hormon mengandung, tapi memang tak rasa nak celebrate pun. Tapi memandangkan sudah menjadi kewajiban dalam famili untuk sambut hari istimewa, buat juga makan kecik2. Beli satay dengan Pizza je. Mujur PizzaHut tengah promo aritu, terus borong 3 biji yang large. RM15 je sebutir, mana nak dapat oii. Kenyang mak buyong makan pizza. huuhu.

Dah masuk 30 ni, harap2 makin matang lah. Matang berfikir, matang bertindak. Alhamdulillah, alam 20an ditinggalkan dalam kenangan manis. Banyak yang telah tercapai sepanjang di sana. Harap2 alam 30an juga dilalui dengan mencipta kenangan2 indah. Amin. Yang penting, di jiwa tetap 25. Kahkahkah.

Hadiah hari jadi? Sudah mula bekerja kembali. 

Haaahhh??? Apa?

Kerja sementara je lah. Fuhhhh.

Saturday, January 10, 2015

Di Tahun Baru. 2015

Assalamualaikum.

Sudah 10 hari di tahun 2015, baru terhegeh2 mak nenek nak update. huh. Maafkan hamba, awal2 tahun tak bermula dengan baik. Mula2 anak demam batuk selsema. Lepas anak sembuh, mak dia pulak sambung batuk selsema. Macam lari berganti2 kaedahnya. Alhamdulillah dah mula sembuh, suara je masih serak2 basah. Fefeeling jadi Ella kejap. hehehe.

Banyak sangat entry tertunggak sebenarnya. Tak tahu rajin ke tidak nak mengimbau memori memerah otak nak ingat balik kejadian2 lalu untuk diabadikan dalam blog. Nak2 sekarang memang ada syndrome short term memory loss KAHKAHKAH. Serba serbi lupa. Nak nyanyuk dah barangkali. haha. 

Harap2 tahun 2015 ni banyak perkara baik yang berlaku. Banyak sangat peristiwa pahit masa tahun 2014 kan. Tak mahu dah ingat2 yang pahit2 kelat tu. Jom pandang ke depan. Macam perut ai la, dah makin ke depan. haha. ALhamdulillah adeqbaby dah masuk 18 minggu. Lagi 2 minggu cukup 5 bulan. Kesian kat adik, mummy jarang update pasal adik. Dulu time kak long rajin sangat tiap2 bulan update perkembangan. huhu. Maafkan mummy, nak. InsyaAllah lepas ni mummy merajinkan diri ye, nak.  

Moga2 tahun ni rezeki akan makin bertambah, amal ibadat makin bertambah, kesihatan makin baik, rumahtangga makin bahagia, keluarga makin besar dan hidup makin diberkati. InsyaAllah. Amin.


Tuesday, October 7, 2014

Masih Di Sini..

Assalamualaikum..


Koohh..koohhh..Koohhhhh.. Terbatuk.

Banyak habuk. Bersawang.

Lama tak di jenguk, lama tak bersapu. Sepi tanpa kata.

Tak pernah lupa, tak pernah gagal mengingati.

Cumanya masih mencari sisa semangat yang hilang entah ke mana.

Malas pun, ya juga.:)

Kisah duka suka datang dan pergi, silih berganti.

Datang gembira, Sedih pun mahu kunjung tiba.

Makanya, redha lah apa pun ketentuannya.

Bukan kah yang datang dariNya itu adalah terbaik?

Hadapilah dengan senyuman. Yang terpaling ikhlas.

Kerana yang berganti duka itu berlipatgandanya sukanya.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Syukur atas segala pengalaman, atas segala rezeki yang melimpah ruah, atas segala kasih sayang, atas segala peringatan yang di beri.

Yang pergi, biarlah berlalu. Yang diambil kembali, biarlah tenang di sisi penciptamu. 

Aku masih di sini.

Dengan harapan dan cita2 moga blog ini hidup kembali.

Biarkan bunga ku mewangiiii, selamanyaaaaa..... eh??


Tuesday, March 25, 2014

Berakhirnya Satu Pencarian #MH370

Assalam..

Akhirnya, SAR untuk MH370 menemui titik nokhtah, selepas 17 hari pelbagai usaha mencari dan menyelamat. Allahuakbar, sedih yang teramat bila mendengar pengumuman PM semalam. Walaupun sudah mengagak dan bersedia menerima hakikat bahawa pesawat itu mungkin hilang dilautan, tapi tiadanya petunjuk selepas berhari2 mencari membuatkan semua berharap yang pesawat itu sebenarnya masih selamat. Masih boleh ditemui dengan selamat, masih bernyawa semua penumpang. Tapi apakan daya, Allah punya rancangan berbeza. Sedihnya tengok reaksi ahli keluarga mangsa bila dimaklumkan perkara ini. Kita yang tiada kaitan ini pun menitiskan air mata dan sedih tak terkata, apatah lagi ahli keluarga mangsa. Allah..:(

Kejadian ini sangat dekat dengan hati, mungkin kerana ia berlaku ke atas rakyat kita, syarikat Penerbangan kita. Apatah lagi, ada mangsa khabarnya orang Terengganu. Allah.. Doa yang tak putus2 selama berhari2 sudah dijawap tuhan. Sedihnya mengenangkan nasib mangsa2. Lihatlah percaturan Allah S.W.T. Penerbangan sepatutnya ke Beijing, tapi akhirnya semua dijemput Allah di tengah Lautan Hindi, Barat Pearth Australia.  Jauh menyimpang dari perjalanan sebenar. Lautan yang dikatakan antara paling ganas, paling terpelosok jarang di lalui. Allahuakbar.T________T. 

Kejadian ini benar2 membuka mata banyak pihak betapa besarnya kuasa Allah, betapa kerdilnya hamba Allah. Segala peralatan canggih dan moden digunakan dalam usaha SAR, satu pun tidak menampakkan hasil, apatah lagi sebarang petunjuk. Berkat doa, rintihan dan rayuan ahli keluarga didengar Allah, akhirnya menemui jawapannya, walaupun bangkai pesawat lengkap masih belum di temui. Apakah hikmahnya pada kejadian ini, apakah yang mahu Allah tunjukkan pada kejadian ini? Sama2 lah kita mencari dan meneladani. 

Alfatihah dan takziah kepada semua mangsa. Takdir, qada' dan qadar Allah untuk mereka dengan cara begini, moga2 keluarga mereka redha menerimanya. Apa yang berlaku masih dirahsiakan Allah, moga2 kita mampu menemui jawapannya. Nasib kita ini bagaimana? pun masih rahsia Allah. Berdoalah moga pengakhiran hidup kita adalah Husnul Khatimah. 

Al-fatihah.





Friday, March 14, 2014

Pray For MH370

Assalam..

Seperti yang semua maklum, negara sedang berduka dengan peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 yang sudah hampir seminggu berlalu. Kita yang tak ada kena mengena pun terasa pilu, apatah lagi kaum keluarga mangsa. Peristiwa ini buat saya sukar melelapkan mata 2,3 hari pertama kejadian. Entahkan selamat atau tidak, entahkan hidup atau mati. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui segalanya. Jika dilihat di facebook, bermacam2 spekulasi yang timbul. Pelbagai kisah dikaitkan, seolah2 yang berkata2 itu tahu segalanya. haihh, sakit pulak hati ni bila baca. Teringat kisah beberapa hari lepas, ketika menemani emak membeli makanan untuk sarapan. Datang seorang pakcik berkopiah, dengan tersengih2 dan yakin berkata, kejadian ini cuma mainan kerajaan, sebab nak tutup kes mahkamah seorang ahli politik pembangkang. Allahurabbi, tersentap jantung mendengar ceramah pagi pakcik ini. Laju je mulut nak cakap 'BODOH', tapi di pintas oleh makcik yang menjual kuih tu. Terkulat2 dia bila dijerkah sebab mengaitkan benda serius sebegitu dengan politik. Kalau ye pun benci dan tak suka, cari lah benda logik sikit pak cik oiii!

Peristiwa kehilangan MH370 ini pulak berlaku genap seminggu kepulangan kami dari bercuti di Langkawi. Terus tak ada mood nak update pasal percutian kami. Lambat lagi lah kot nak cerita pasal Langkawi. Dah la first time travel by flight. Kalau lah kejadian ini berlaku sebelum kepergian kami, memang tak teragak2 nak cancel-kan percutian ni. Tapi itulah, segalanya sudah diaturkan Allah. 

Hikmah di atas kejadian, seluruh negara bersatu membantu mencari dan bersolat hajat agar dipertemukan kembali MH370. Bila mana manusia mula mengakui kebesaran Allah, mula 100% bergantung hanya pada Allah. Betapa di logik akal manusia, mustahil kapal terbang sebesar dan secanggih itu boleh hilang tanpa di kesan, namun tiada yang mustahil bagi Allah. Betapa segala kecanggihan dan peralatan berteknologi tinggi, hanya lah umpama setitis air di lautan jika dibandingkan dengan ilmu Allah. Allahuakbar!

Moga2 penantian kita semua akan berakhir. Moga2 Allah pertemukan juga kita dengan MH370. Jauh disudut hati, mengharapkan mereka pulang dengan selamat. Jika sudah tiada lagi, moga2 dipertemukan lah jasad2 mereka agar dapat disemadi dengan aman. Amin ya rabbal alamin.




Wednesday, January 29, 2014

Kalau Dah Bukan Rezeki

Assalam..

Allah menguji umatNya dengan bermacam cara, berbagai bentuk, kan. Supaya kita bersabar dan redha dengan segala cabaran dan dugaanNya. Well, kami baru sahaja diduga, dengan kehilangan anakanda kedua, yang baru berusia hampir 3 bulan dalam kandungan. Yes, Miscarriage. Baru sahaja teruja, baru sahaja gembira dengan kehadiran lil' tiny bundle of joy. Tiba2 Allah ambil balik. Sebagai hamba, kami pasrah dan redha. Sedih dan luluh, tak usah cerita. Lagi pulak adek baby sudah hampir 3 bulan dalam perut mummy, lagi 2 bulan sepatutnya dah boleh rasa adek tendang2, gusti2 kat dalam kan.T_____________T.

Sejujurnya, selepas heavy bleeding masa 6 minggu tu, lepas tu denggi pulak, memang dah dapat rasa yang kandungan kali ni 'kurang menjadi'. Tapi bila scan, doctor kata masih ada, hati mula berbunga kembali. Cumanya, seminggu sebelum kejadian, saya perasan yang saya tidak mabuk dan mual macam biasa. Tiada pening, tiada rasa nak muntah. Macam pelik bila cepat sangat fasa mabuk2 hilang. Then, bila dah mencapai 11 minggu, dah ready nak buka buku pink, tiba2 bleeding lagi. Kali ni tidak seteruk yang dulu. Sikit je bleedingnya. Tapi hati rasa sangat tak sedap. Terus ajak daddy ke klinik untuk scan. Hasil scan? Sangat meluluhkan hati. Walalupun dah pujuk hati untuk terima apa pun hasilnya, tapi tetap panik dan tak tentu arah bila tengok monitor yang hanya terpapar kantung dan ketulan yang tidak berbentuk dan tiada degup jantung itu. Tiada rupa baby. Tiada bentuk kepala, tangan atau kaki. Tiada degupan jantung. Hancurnya hati, hanya Allah yang tahu. Doktor yang handle cuba memujuk, suruh dapatkan second opinion. Mungkin scanner klinik dia tak jelas, katanya. tapi naluri ibu yang ada berkata anak saya sudah tiada. Terus dirujuk ke General Hospital. Yakin yang adek sudah tiada, saya berdegil untuk tidak ke hospital. Biar dia keluar sendiri tanpa paksaan.

2 hari kemudian, Jumaat malam, lebih kurang 8.30 malam keluar seketul darah beku sebesar tapak tangan di lantai bilik air. Tidak pernah mengalami keadaan seperti itu buat saya terjerit2 memanggil suami dan emak. Masih berdegil tidak mahu ke hospital, saya biarkan dulu. Hampir pukul 12, perut mula rasa semacam. Tegang dan senak. Macam senggugut kot, senggugut yang kuat. i have no idea, sebab tak pernah mengalami senggugut. Sakit contraction pun bukan. Terus minta suami masukkan air panas dalam botol untuk di tuam di perut. Alhamdulillah, lega yang amat. Hilang rasa tegang tadi. Tapi beberapa saat kemudian, rasa sesuatu yang mengalir keluar tak berhenti dan rasa macam ada sesuatu yang mahu keluar down there. Terus ke bilik air, keluarlah berketul2 darah beku yang besar dan banyak, dengan darah yang mengalir2 di kaki. Sebijik macam dalam cerita2 kat TV. Dan berterusan sampai pukul 2.30 pagi. Tak larat nak ke bilik air, saya memaksa diri untuk tidur biarpun darah masih panas mengalir tak berhenti. Terjaga pukul 4.30 pagi, Basah kain batik dan selimut dengan darah. Bila bangun, telinga berdengung, sesak nafas dan tak mampu berdiri dah. And i knew, this is not good. Gagahkan diri untuk ke bilik air seorang diri untuk bersihkan diri. Hampir collapsed di tangga, saya terbaring seorang diri di lantai dapur. Bila rasa dah ok, saya bangun ke bilik. Alhamdulillah, tiba2 Amani bangun menangis, mengejutkan emak yang bergegas ke bilik. Daddy? terbongkang tidur tak sedar apa dah. Letih menolong menguruskan isteri degil ni sampai pagi kot. Tengok saya yang dah kuning tak berdarah ni, emak paksa ke hospital. dan pukul 5 pagi tu, seluruh isi rumah bangun panik tengok saya yang dah tak berdaya sebab hilang banyak darah. Akhirnya, ke hospital juga. 

Alhamdulillah, urusan di hospital cepat dan tidak menyakitkan. Dan semua diuruskan oleh doktor wanita. Hampir ke siang, doktor bertungkus lumus cuba keluarkan seketul daging yang tidak bernyawa itu. Tidak sakit, cuma tidak selesa bila dimasukkan alat dan VE berkali2. Scan lagi untuk kesekian kali, dah keluar semua, Alhamdulillah tak perlu DnC (cuci). Bleeding pun dah stop. Lega. Tapi menangis dalam hati mengenangkan tiada lagi nyawa dalam rahim ni. 

Biar pun cuma 3 bulan dipinjamkan, tapi adek baby sangat membahagiakan mummy daddy. Sempat sambut birthday daddy dan mummy. Sempat buat mummy mengidam makan itu ini. Sempat buat daddy merempit tengah2 malam cari makanan untuk mummy yang lapar 24 jam. Ye, perit bila anak dalam kandungan kini tiada. Dulu cuma dengar cerita orang, siapa sangka mengalami sendiri keadaan ini. Tak mengapa lah, ada hikmah tersembunyi, yakin dengan janji Allah. Hadirnya dia tanpa sebarang petanda, tanpa dirancang. Perginya jua tanpa dipinta. Pedih dan luluh, tapi redha itu mengatasi segala2. Bukan rezeki kami untuk mendakap anak ini dalam pelukan. Moga2 masih dikurniakan rezeki anak2 yang soleh dan solehah pada masa yang akan datang. Amin ya rabb.

Friday, January 24, 2014

Birthday, Wedding and..

Assalam..

Edisi update cerita yang hampir basi. Tapi kena jugak update sebab penting. Haha, penting gitu. Okeh, 11 Jan yang lalu, bersamaan hari Sabtu, genap lah umur mummy 29 tahun. Hoi lah, dah tua kan. Tahun depan dah masuk 30 series. Owhh tidak! Dan pada tarikh yang sama, my little sister dah selamat jadi bini orang. Dah selamat kahwin. So tahun ni, dapat lagi seorang adik ipar. Eh, insyaAllah 2 orang tahun ni. adik yang no 3 insyaAllah akan kahwin bulan 5 or 6 nanti. Since ada 2 wedding tahun ni, so buat majlis kecik2 aje untuk 2 orang ni. huhu. Asalnya nak buat sekaligus 2 beradik ni, tapi banyak pulak halangannya, jadinya, buat asing2 la. Tak apalah ringkas2 pun, asalkan selamat. Jemput pun sekadar jiran tetangga aje. Lepas ni habis la adik beradik kahwin, tak ada yang bujang dah. huhu. Tahun ni jugak insyaAllah jadi tahun kahwin sedunia buat family kami sebab ramai kot sepupu2 yang plan kahwin tahun ni. My cousin pun bertunang pada hari yang sama juga. Insyaallah tiap2 bulan akan ada wedding. Alhamdulillah. Berkembang pesat keluarga.



Cerita pasal birthday pulak, tak ada lah nak sambut meriah. Dah orang busy dengan wedding lagi, majlis tunang lagi, kita tumpang potong kek orang je la. haha. Teringin nak buat kek sendiri, tapi mana sempat. Dah la bertungkus lumus buat cupcakes untuk hantaran bagi 3 pihak. Penat kot duk menguli fondant. hehe. lama hoi tak main fondan ni. nasib baik menjadi. kehkeh. Apapun, syukur Alhamdulillah, di usia 29 tahun ni, Allah dah beri bermacam nikmat hidup buat hambaNya yang hina ini. Syukur masih punya suami, anak, ibu bapa dan adik beradik yang menyayangi. Juga syukur hidup dikelilingi sanak saudara dan teman2 yang menghiburkan. Syukur diberi peluang untuk menjaga anak dengan tangan sendiri. Rezeki yang tidak putus2. Terima kasih Allah. Nikmat Allah manakah yang engkau dustakan?

hasil kerja mummy yang tak berapa nak kreatif. huhu





Dan satu cerita yang agak menyedihkan, berlaku beberapa hari selepas hari2 yang menggembirakan kami. One of my friends, telah kembali ke rahmatullah, sehari sebelum sambutan MaulidurRasul. Berita sedih ni dapat liputan akhbar dan TV. Salah satunya di SINI. Arwah merupakan teman sekolah saya, tapi tidak lama pun kami berkawan sebab selepas beberapa bulan, beliau bertukar ke Politeknik. Tapi masih lagi berhubung seperti kawan2 yang lain. Kali terakhir bertemu beliau adalah beberapa tahun yang lalu, sebab beliau jarang pulang ke Terengganu. Yang ralat, saya tidak menghadiri majlis perkahwinannya bulan November yang lalu. Ye, baru bernikah 2 bulan. Dan dikatakan sedang hamil 6 minggu. Allah, sedih tak terperi rasanya. 2,3 hari juga saya ambil masa nak telan dan hadam kejadian ni. Sudah ajalnya di situ. Bila masa, dan di mana, sudah dalam ketentuan. Moga2 roh arwah dicucuri rahmat. Buat temanku, Kamarusolahiah, kau sentiasa dalam doa dan ingatan kami. Alfatihah.

Friday, November 1, 2013

Adik baby?

Assalam..

Sudah masuk November dah, kejap je di hujung tahun. Kat Terengganu sekarang dah nak masuk musim tengkujuh. Hari2 hujan turun mencurah2. Pagi2 nak bangun, payah yang amat sebab tidur yang maha sedap. kehkeh. Erk, nak story satu cerita. Malu sebenarnya. haha. Lepas beranakkan Amani setahun yang lepas, doktor ada tanya, nak guna kaedah apa untuk family planning. Since she was born thru cser, kami dinasihatkan untuk tunggu 2 tahun lagi for second pregnancy.  Fikir punya fikir, kaji punya kaji last2 pilih cara inject punya. Sebab ni paling sesuai kot, tak payah telan2 pil, kononnya. Tapinya, bertahan 2 kali je kot ambik injection sebab ai is takut jarum. hahaha. Teringat dia punya sakit tu, memang delayed sokmo ke klinik. Lagi pun, kaedah ni buat menstrual cycle sangat berterabur. So, bincang2 dengan suami, terus stop injection. Try kaedah getah tu, hubby pulak say no. Makanya, we go for natural je. Kalau terbabas, tanggung sendiri. kihkihkih. 

Tapi, apa yang berlaku beberapa hari ni buat saya tak senang duduk. Apa kes? Miss P tidak kunjung tepat pada waktunya. Eh, Amani nak dapat adik dah ke? Cuak wa cakap lu! hahaha. Tapi macam tak ada tanda2 pun. Macam masa first time dulu, ada juga simptom badan panas dalam, breast berdenyut sakit bukan main. Yang ni langsung tak ada tanda.  Bila bagitahu suami, dia sengih2 cakap syukur Alhamdulillah. Kurang asam punya daddy. haha. Berkira2 dah nak gi beli UPT. Dua tiga hari jugak lah duk berteka teki sendiri. Macam2 dalam kepala duk fikir. Boleh ke tidak ni, tak cukup 2 tahun lagi? Kan tertetas balik tempat jahit kan, naya. Lepas tu dan dan pulak aku boleh terbayang bestnya mengandung lagi sekali. Bestnya perut boyot jalan kedek2. Bestnya kalau dapat baby girl lagi, boleh teman kakak amani main. hahaha. Terus yang takut2 jadi excited. 

Dah, betul ke mengandung? Nehiiiiiiiiii heyyyyyyyy. Yillek! Akhirnya hari ni, Miss P bertandang jua. Saje ye kau main acah2 sama aku. Terus rasa lega. hahaha. Tapi sedih pun ada sebab dah berangan dah tengah memboyot lagi. huhuhu. Kakak Amani, sorry ye. Belum boleh bagi adik. hehehe. Jujurnya, memang nak sangat mengandung lagi, tapi rasanya badan belum ready. Stamina sangat lah ke laut. Pulak tu masa first dulu, ada GDM. Kena cucuk banyak kali, kena jumpa doktor banyak kali. Rasa sedikit fobia di situ bila mengenangkan kepayahan itu. So, ingat nak sihatkan badan dulu. Supplement pun dah lama ku tinggalkan. Sejak susu badan tak ada, terus tak makan sebarang supplement. Kena start balik makan kot.  Ikutkan planning memang tahun depan nak tambah lagi seorang. Memang lah kurang dari 2 tahun, tapi banyak je kot mak2 yang Czer ni mengandung balik tak cukup 2 tahun pun kan. Ye la, umur dah meningkat ni, kena beranak cepat2. Plannya, sebelum umur 30, mesti dah ada 2 anak. Nak tak nak, tahun depan kena lah mengandung. haha. Itu pun kalau ada rezeki lah. Kita hanya merancang, Allah jua yang tentukan. Mr Daddy, sila ikut perancangan ye. Masuk tahun depan je, kena gigih berusaha. hahahaha. 

Eh, bukan kah tahun depan itu tinggal lagi 2 bulan?? Erkk..



Tuesday, July 30, 2013

Dugaan di Bulan Ramadhan.

Assalam...

Last 2 days, satu kejadian yang tak disangka2 telah berlaku. ewahhhh, suspend tak?? haha. Tapi ye lah, memang tak disangka2 pun. Buat pertama kalinya, saya telah keciciran purse, di saat nak shopping baju raya. Sadis tak? Malam kejadian, suami ajak ke Terengganu trade Centre (TTC), cari baju raya yang tak settle2 lagi ni. Sebab takut jalan sesak, payah parking, kita merempit saja dengan motor. Lepas tu si cerdik pandai ni pikir, kalu bawak handbag kan bahaya. Tempat sesak2 ramai orang gitu nanti ada yang mencopet tak sedar. Jadi kita bawak purse saja, senang. Atas motor, siap masukkan dalam baju, takut kena rembat kan kalu pegang kat tangan macam tu. Punya ketat kawalan keselamatan. hahahaha. Beberapa minit sebelum sampai tu siap pegang kemas2 purse tu, sambil berkata2 dalam hati " aihh, kalu hilang purse ni, masak la aku nak kena buat i/c baru, segala mala kad bank kat dalam ni". Dah sampai, suami cari parking, turun dari motor, tiba2 purse ku GHAIB. Langsung tak ada kat tangan. Langsung tak ada atas jalan. Adehh. Tak tahu kat mana. Bila masa hilang? Entah. Rasa2 masa turun dari motor kot, terus jatuh dan terus di rembat orang. Sebabnya masa turun dari motor tu, memang ada yang lalu kat belakang tu. sobsssss. Suami pusing balik ikut jalan tadi, kot2 tercicir kat mana2, tapi memang tak ada. sobssss. T___________T.

Terkesan sangat di hati, sebab beberapa minit sebelum tu, memang terfikir ini yang bakal jadi. Hanya beberapa minit je, memang betul2 jadi. macam doa2 je pulak. Mujur lah tak bawak banyak duit, tapi tak banyak pun, boleh la kot beli baju amani lagi 5 pasang.T_______T. Yang duit tu, tak apa lah, kita redha. Yang tak berapa nak redhanya, kad pengenalan, kad bank, kad nikah, lesen memandu semua hilang sekali. Adehh, nak meredah panas mentari di bulan puasa ni semata2 nak renew segala benda itu adalah sangat tak best. Pagi esoknya, terus buat report polis. tak tahu sebenarnya sebab apa kena buat ni, sebab orang suruh buat, saya pun turutkan. hahahaha. Bukan polis tolong cari kan pun. Sampai hari ni, satu pun tak settle lagi. Tak ada perasaan pun. Biar lah dulu. Kalau polis tahan lesen tak ada, i/c tak ada, kita tunjuk lah surat report tu. hahaha. Erkk, sebenarnya tunggu kot2 la bulan2 mulia ni ada insan yang berhati mulia nak tolong pulangkan segala kad2 dalam purse tu. hehehe. Kot2 lah kan.

Kejadian ni sebenarnya buat saya tersedar betapa sekelip mata je, macam2 boleh berlaku. Peringatan manja dari Illahi barang kali. Mungkin balasan atas kekhilafan yang tak terkira banyaknya ni. Nak2 bulan Ramadhan ni, orang sibuk kejar ibadah, kau luang masa nak bershopping pulakkan. T____T. Mak saya pesan, kalau hilang duit ke, hilang barang ke, buat2 tak ingat je, jangan fikir langsung. Kalau fikir nanti buat serabut kepala. haha. Memang menjadi pun petua tu. Redha je, malas nak fikir. Cuma fikir, semua yang kita ada ni hanya pinjaman cuma. Duit tu pun, bukan rezeki saya. Rezeki orang. Moga2 yang mengambil tu benar2 perlukan duit. Redha dan pasrah. 

*Pagi tadi suami dah sound2 suruh bereskan renew lesen memandu. Takut bini dia kena tahan tak bawak lesen. haha. baik suami, sila temankan bini ke JPJ untuk renew lesen yek..

Wednesday, July 3, 2013

New Life!

Assalam..

Lamanya tak update. Dah masuk bulan 7 dah pun. Malas punya pasal lah ni. hewhewhew. Nak kongsi satu cerita, saya dah berjaya berhenti kerja! Oooyeahhh! hahaha. Suka bukan main yek. Hujung bulan 6 hari tu, dengan happynya hantar surat berhenti, yang sangat diimpi2kan semenjak dua menjak ni. Kalau ceritakan panjang pulop, kita pendekkan aje lah ye. huhu. After 4 years menabur bakti, akhirnya saya decided untuk tinggalkan semua ni. My first job, okeh. Sayang memang sayang, nak2 lagi my ex-colleagues sangat awasome! ex-students pun baik2, even ada la seorang dua yang memberi kesakitan di jiwa. hahaha. and i love teaching. 

Tapi banyak perkara yang mula buat saya jauh hati. Dah lama dah, mungkin dari tahun lepas dah kot. Dah mula rasa tak best, tak seronok. Asyik stress aje memanjang. Padahal bukan banyak pun kerja, cuma entah, ada rasa yang sangat tak best. Tak tahu lah sebab apa. Mungkin dah lama sangat buat rutin yang sama? atau mungkin pembaharuan dalam sistem yang buat saya rasa terbeban? atau mungkin bergelar ibu buat saya teringin jadi surirumah? unknown. T__T Hari2 datang kerja dengan hati yang maha berat. Banyak kali mengomel2 dengan kawan2 cakap nak berhenti kerja. banyak kali. Dan berkali2 jugak bagitahu suami benda yang sama. Dia ok, as usual. Cuma bila bagitahu parent, diaorang macam tak galakkan. So saya diam dan terus bertahan. lagi pun bukan ada kerja lain nak back up. Asal ada je orang resigned sebab sambung belajar ke, ikut suami pindah ke or dapat kerja lain ke, sumpah aku jeles! haha. Asyik2 duk fikir bila pulak giliran aku ni. Siap doa2 lagi, minta Allah bagi jalan dan petunjuk, sebab hati tidak lagi di situ. 

Sampai lah satu hari, tinggggg!! Dapat peluang berhenti kerja, terus berseri semula hidup ini. haha. Tak fikir dah lepas ni tak ada pendapatan ke, kerja apa ke, yang penting nak keluar cepat2 dari situ. Alhamdulillah, rezeki saya dapat berhenti dengan cara baik. See, gila positif, hilang job pun ku katakan rezeki. hehe. Last two weeks sebelum resigned, hidup kembali bersemangat. Suami pun tegur, aiikk, happy semacam je. Mana tak happy-nya, boleh rehat panjang2 sambil bergolek2 dengan si debab di rumah. hehe. Dah siap berangan2 nak buat itu ini. Dah planning baik punya nak masak itu ini. Jeles ye tengok fulltime housewife duk upload gambo homemade food hari2 kat fb! hehehehe. 

Dan ramai lah pulak yang ambil berat, tanya nak kerja apa lepas ni? Hidup macam mana lepas ni? Olololo. Sungguh comel mereka2 ini. Alahai, rezeki kan ada di mana2. Yes, being a jobless is not easy. Selama ni ada 2 pendapatan, sekarang suami je yang tanggung sorang2. Mujur saya ni jenis beringat, bulan2 memang simpan untuk kecemasan. InsyaAllah setakat 3,4 bulan tu, mampu kot hidup macam biasa. Cumanya tak boleh macam dulu lah, asyik gatal je tangan klik2 sana sini shopping online. Sekarang dah kena puasa shopping online. kahkah. Okeh groupon.com, bye2. sobbssss!InsyaAllah cadangnya lepas 2,3 bulan golek2 jadi surirumah, kita ber-job hunting lah pulak. Tak adanya nak biarkan encik suami sorang2 diri membanting tulang. Lagi pun, mampu ke saya ni duduk rumah tak buat apa? kan ada yang stress kebosanan pulak. Aikk, kerja pun stress, tak kerja pun stress? Camno tu? haha.InsyaAllah, moga2 ada rezeki lepas ni. Kata nak bagi Amani adik tahun depan, kena lah kerja membanting tulang untuk anak2 kan. ehh, terbocor rahsia pulop. *kreeeeekk*

Dan andai kata lepas ni ditakdirkan jadi surirumah, tak ada siapa nak bagi kerja pun, syukur saja. Kita cuba cari rezeki kot lain pulak. Bumi Allah ni luas. Sekarang ni berlambak2 surirumah yang bekerja dari rumah. Masyuukk lagi pendapatan bulan2. First day jadi housewife, suami mengusik ajak gi beli mesin jahit, sebab nak saya ambil upah menjahit. hahahaha. Kirim salam lah, daku tak reti nak menjahit. Buat kek, InsyaAllah boleh. kihkih. Tapi tu la, teringin jugak nak belajar menjahit ni, moga2 dipermudahkan, amin.

Tapi berjaya ke saya dengan cita2 saya nak jadi fulltime housewife ni? Ada cerita lain yang berlaku 2,3 hari ni. Tunggu sambungan cerita ni di episod  entry akan datang, kalau rajin nak up date lah. kihkihkih. Tak sabar nak cerita ni. hahaha. Kalau tak ada orang baca pun blog ni, ku tetap excited nak cerita, tentang cita2 yang tak kesampaian. Dapat tak hint2 dia. hahahaha. tak paham? sila abaikan. kihkihkih.

Tuesday, May 21, 2013

Mati itu Pasti, Hidup InsyaAllah.. Al Fatihah

Assalam.

Rasanya ramai yang dah tahu kan mengenai kemalangan ngeri di MMR2 2 hari lepas, yang mengorbankan 4 nyawa sekaligus. Salah seorang mangsa adalah students di sini. Even saya tidak pernah mengajar dia, sebab dia dari course lain, tapi selalu jumpa dia di mana2 dekat kolej ni. Dan memang acap kali dah jadi pengawas peperiksaan time dia exam. Jadi, berita kematian beliau sangat menyentap jiwa. Sampai teringat2 tak boleh lupa, apatah lagi saya melihat sendiri gambar keadaan beliau yang cukup menyayat hati. Kenapa lah ada orang yang sanggup snap gambar dan upload di laman sosial. Tak patut kot rasanya buat macam tu. Dari semalam lagi kami2 kat office memang duk bercerita tentang hal ini. Macam2 versi cerita kalau tengok berita akhbar. Seorang rakan sekerja dapat connection terus dengan saksi utama, driver swift biru tu. Dia cerita segala yang dia nampak. MasyaAllah, kalau dengar memang beristirgfar panjang lah. Kereta terbang melambung macam dalam movie katanya. Allahuakbar. Sedihnya...:'(   Arwah pun dah selamat di kebumikan malam semalam. 

Melihat cara kematian beliau yang berlaku sekelip mata, yang tidak bersalah apa2, yang disebabkan kecuaian orang lain, buat saya seperti tertampar sendiri. Betapa mudahnya kematian berlaku. Betapa kita tidak pernah tahu bila ajal datang menjemput. Ajal dan maut itu rahsia Allah. Yang sudah ditetapkan tarikhnya, masanya, tempatnya. Tiba waktu dan saatnya, pulanglah kita pada Pencipta. Cara dan bagaimana berlaku, hanyalah penyebab. Mohon lah pada yang Esa semoga kita dipanggil balik dengan cara Husnul Khotimah. Dalam keadaan yang bersedia, dalam keadaan yang baik, dalam keadaan suci dan bersih. Semoga Allah ampunkan semua dosa2 kami. Amin.

Semoga roh arwah dan semua yang terlibat dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.  Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah.. Al-Fatihah.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati