tekan jangan tak tekan!

Wednesday, June 29, 2011

Saturday, June 25, 2011

Gambar Kahwin!!

Oooyeahhh! Gambar Kahwin dah dapat.! Suka suka suka! Even dalam bentuk softcopy je, tapi memang suka yang amat dah. hehe. Untuk makluman, masa kahwin hari tu, saya tak hired OP pun untuk ambil gambar kahwin. Walaupun dulu2 punya lah berangan tak hengat nak ambik gambar cantik dengan OP masa kahwin, tapi bila sampai masa, aisehhh, macam lari bajet pulak. Frust tertonggeng jugak sebab memang dah berangan2 nak ambik OP-OP yang agak femes jugak kat sekitar Terengganu ni. Siap dah contact runding harga bagai. Tapi bila fikir2 balik, banyak juga nak kena spent untuk gambar sahaja, niat terus dikuburkan.T_______T. 

Tapi..Ada tapinya. hehe. Mendung tak beerti hujan. Ecececeh. Tiba2 je. Sebab nak sangat gambar yang best2 siap outdoor segala, saya usahakan juga biar dapat. Kan sekarang zaman budak2 duk sangkut DSLR kat leher. Dah ada pengalaman buat shooting outdoor untuk pre-wed dan anniversary ehem2 dulu, saya minta budak2 ni ambilkan gambar kahwin kami. Dengan bajet yang jauh lebih rendah dari OP, saya akhirnya tersengih bak kerang busuk tengok hasilnya. Even tak pro, even tak guna lense panjang sedepa, bagi saya hasilnya tetap superb! Sangat suka lah pendek kata. Macam akhirnya saya dapat apa yang saya nak. hehe. Meh nak tunjuk sikit hasilnya.


















Thursday, June 16, 2011

9 Jun 2011..Saya Dah Kahwin!

Seminggu yang lalu, khamis yang penuh berkat, terikat lah saya secara rasmi sebagai seorang isteri kepada Mohd Fauzi Mohd Yusof. Seminggu yang lalu, terlerai sudah segala resah gelisah. Alhamdulillah, hari ni genaplah seminggu usia perkahwinan kami. Sudah terlewat mungkin untuk meng-post entry tentang itu. Tapi ini kenangan terindah saya, yang harus saya abadikan di sini. 

Seminggu yang lalu, pagi khamis yang indah, buat kali pertamanya saya disolek cantik. Disolek sebagai pengantin. Setia menanti kedatangan bakal suami yang terlewat tiba kerana menunggu rombongan yang jauh. Hari yang penuh emosi barangkali. Usai solat subuh terakhir sebagai perempuan bujang, saya menangis. Bila dipanggil ayah untuk menantangani surat penyerahan wali pun saya sebak sampai tak boleh membaca lafaz penyerahan wali. Saat melihat bakal suami berada di tengah2 orang ramai, duduk depan juru nikah dan ayah, saya menangis. MasyaAllah, sampai mati pun saya tak akan lupa moment itu. Sampai bila2 pun saya tak akan lupa. Saat bakal suami menggenggam tangan ayah saat ijab kabul terlafaz, jantung bagai berhenti. Dengan sekali lafaz, sah lah kami menjadi suami isteri. Demi Allah, pada waktu itu,saat itu, saya berharap masa terhenti. Memang tak mampu nak menahan tangis, sampai ditegur orang sekeliling yang bimbang mekap saya rosak. Tapi masa tu betul2 dah tak peduli apa berlaku pada mekap. Ya Allah, ini rupanya 'hasil' segala 'kesakitan'yang pernah diberi. MasyaAllah, indah! Sangat indah!



Alhamdulillah, majlis berjalan dengan meriah walaupun serba sederhana. Tetamu yang tak putus2 datang, walaupun pada hari bekerja, terima kasih. Kawan2 yang setia memberi sokongan, yang datang dari awal sampai ke akhir, Pelajar2 yang susah payah hadir, Terima kasih. Allah sahaja yang akan membalas. Rombongan pihak suami, yang bersusah payah membantu kami membina masjid, hanya syurga selayaknya saya doakan untuk semua. Terima kasih. Biar pun ada cacat celanya, rasa syukur itu mengatasi segalanya. Mana2 yang tak memuaskan hati, saya pejamkan mata saja, kerana rasa bahagia itu menyelinap di segenap sudut ruang hati, tiada tempat untuk menyimpan rasa ketidakpuasan itu. Rasa bahagia itu tak mampu diterjemahkan dengan kata2. Memang terlalu indah. Bahagia menerima doa dari semua yang hadir. Bahagia melihat mak dan ayah menerima ucapan tahniah dari semua tetamu. MasyaAllah, semoga Allah mengurniakan rasa ini untuk seribu kali lagi.


Walaupun serba sederhana, saya sukakan pelamin saya yang colorful. Saya sukakan mekap saya sederhana, tapi sweet. Saya sukakan menu makanan jamuan, walaupun saya tak sempat sentuh pun makanan sampai ke petang. Saya sukakan hadiah2 yang diterima, sangat banyak, Alhamdulillah, terima kasih semua.



Untuk ibu bapa yang sangat saya cintai, tiada kata yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa terima kasihnya saya atas segala pengorbanan dan penat lelah mereka. Semoga Allah kurniakan syurga untuk mak dan ayah kerana usaha mereka menggembirakan hati anak perempuan ini. Juga adik2 saya yang berpenat lelah menolong menjayakan majlis perkahwianan ini. Love u guys!

Sampai ke hari ini, saya belum mendapat gambar perkahwinan sepenuhnya. Saya dapat lihat gambar-gambar kahwin pun hanya pada hari ke-4 lepas kahwin. Itu pun dari kawan2 yang tagged di FB. Sangat suka. :) Harap2 lepas ni, saya akan dapat gambar kahwin sepenuhnya. Tak sabar dah mahu di-printkan di photobook.

Segala yang berlaku sepanjang tempoh yang membahagiakan ini, pada Allah lah saya syukur sesyukur syukurnya. Terima Kasih Tuhan.

Wednesday, June 15, 2011

Angau..wuwuwuwuwuwuwu.




Rindukan Darling Husband. Tak sabarnya mahu pulang. Tapi tak dibenarkan pulang lagi.T________T. Setiap hari di pejabat pun angau kan dia. Hari2 jumpa pun nak angau2 lagi. Zaman bercinta dulu, seminggu tak jumpa pun tak angau macam ni. Keji lah, kutuk lah, hina lah. TAk kisah. Saya tetap rindukan SUAMI yang tak dapat dihubungi dari tadi. BAteri tak cas lagi ke sayang?T_________T. 

Sangat indah rupanya merindui seorang insan bernama SUAMI.

Thursday, June 9, 2011

Today is the Day!!



MasyaAllah..Dah hampir sampai masanya. Beberapa jam sahaja lagi. Menikmati detik2 terakhir zaman anak dara, zaman bujang. Debaran? Tuhan saja yang tahu. Kalut ributnya hari ni, Tuhan saja yang tahu. Memang Tuhan saja yang tahu segala2nya. Perit jerih sepanjang 2,3 hari ni sangat indah di rasa, biar pun lelahnya tak terhingga. 

Betapa sepanjang minggu ini, segala benda pun di hitung sebagai 'terakhir sebagai perempuan bujang'. Khamis terakhir, solat maghrib terakhir, menstrual terakhir, dan macam2 benda lah yang terakhir. Subuh nanti InsyaAllah menjadi solat subuh terakhir sebagai anak dara. Lepas tu, InsyaAllah akan solat Zohor sebagai seorang Isteri. Dan setiap kali mengingati benda2 macam ni lah buat dada rasa sebak. Entah apa yang difikirkan. Ketakutan apa yang tak mahu sangat dihadapi. Entah lah. Semoga lepas ini segalanya berjalan lancar. 

Entry ini entri terakhir seorang wanita bujang. InsyaAllah, Entri seterusnya, saya Isteri Orang.

Friday, June 3, 2011

Marilah berMiddle Finger??

Wah wah wah..Title bikin kontroversi betul. Memang kontroversi kot. Pernah tengok Video Clip MARILAH nyanyian PREMA YIN?. A few days ago, saya ada post kan VC ni kat fb, tentang kobodohan dan kebebalan VC ni. Masya Allah, memang America habis lah. Bukan separa lucah, memang dah lucah betul! Yang lagi kesian, Pengarah, pelakon semua MELAYU, kecuali penyanyi tu non-malay. Tapi agak2 lah woi, korang duk Malaysia, bukan America. Saya mula2 tengok VC tu memang terkejut beruk, rasa sangat2 nak marah. Tak cukup lagi ke gejala sosial kat Malaysia ni? Nak tambah lagi dengan VC porno macam tu? VC ni memang hebat gila dikutuk sumpah seranah kat blog2 dan fb.

Tang nama pengarah tu lagi kesian. GAMBIT SAIFULLAH. Siapa mamat senget ni? Actor? Pengarah? Sumpah tak kenal. Tapi memang kurang ajar lah buat video macam ni. Sedih pulak bila tengok nama SAIFULLAH kat belakang dia. Baik kau buang je nama tu, letak lah David ke, John ke, Sabit ke, baru sesuai. Geram ni, geram ni..Yang berlakon tu memang hancur lah. Siapa tu, Shahz Jaszle ke hape entah, yang berlakon cerita Asmara tu. Saboor je lah Pelakon, pengarah sama2 mereng.

The best thing is si Gambit ni dengan penuh kekurang ajaran memaki dan mencarut kat blogger2 yang hentam dia. Kahkahkah. Kelakar betul. Tak nak mengaku salah. Siap menegakkan benang yang basah lagi. Nak bagi middle-finger kat blogger. motif?? pffftt. Sedih tau bila muncul benda2macam ni dalam kehidupan kita. Kalau pun nak berkarya, tak boleh ke buat dengan cara yang bersih sikit? Kenapa perlu kotorkan fikiran anak2 muda kita. Kalau lah budak2 yang tengok VC tu, apa agaknya reaksi dia orang? owwhhh, tak terbayang rasanya. 

Sape2 yang belum tengok, sila lah google or cari kat youtube. Sebelum tu, sedia kan baldi kat sebelah, takut2 muntah. Hahahaha. Tengok lah aksi kucing betina nak mengawan versi manusia. Buruk sungguh!

6 Hari lagi!!

MasyaAllah, 6 hari lagi. Bukan setakat perut je yang kecut, hati, jantung, pankreares, buah pinggang semua lah kecut sekali.T______T. Tahap kegementaran mencanak je naik, tak turun2. Haiiihh.

Sepanjang minggu ni, memang bertungkus lumus lah siap kan doorgift. Beli gula2, lipat kotak2, cop sana cop sini. Ramai yang tolong siapkan. Mak2 sedara, pak sedara, sampai ayah saya sekali tolong lipat kotak. Sampai satu ketika tu, sama2 tergelak sebab kat tangan masing2 semua gigih duk lipat kotak. Memang kelakar tengok semua bersungguh2 siapkan doorgift saya. *terharu*. 






Hantaran saya 80% belum beres. huhuhu. Sangatlah menggigil takut tak sempat. Tapi tak tahu lah kenapa saya belum lagi bereskan. InsyaAllah sempat kot. huhuhu. Sedapkan hati sendiri je ni. Baik lah, malam ni saya cuba bereskan. 

Owhh, bilik saya sudah beres sepenuhnya. Sangat suka.:D. First time tadi balik sana nak pasang cadar. Masuk je bilik terus tersengih sorang. Hilang stress sekejap. SHilang sekejap rasa takut nak kahwin. haha. Sebab memang exactly seperti yang saya mahu. Set bilik tidur putih, dinding shocking pink campur putih. It's just perfect. Perfect for me lah. Saya kan bukan seorang yang 'high-taste'. Dapat yang macam ni pun syukur Alhamdulillah. Tapi memang sangat happy lah sebab apa yang saya idam kan muncul di depan mata. Pastu kat dinding saya letak korean wall paper yang ringkas but sweet sangat pada pandangan saya. Murah saja sticker wall paper tu. Saya minta adik belikan kat Mid Valley. Kat Terengganu tak tahu nak cari kat mana. Langsir pulak belum beli lagi. Tengok lah tingkap yang togel tu. huhu.




Tapi ini bukan bilik pengantin ye. Ni bilik kat rumah yang kami akan duduk nanti. Bilik pengantin tak nampak rupa pun lagi. huhu. Banyak lagi yang perlu dikemaskan kat rumah ni, dapur lagi, bilik stor lagi. Tapi tak apa lah, nak tumpu untuk majlis dulu. Seribu benda lagi belum beres. Pengsan!! Semoga Allah permudahkan segalnya. Amin.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati