tekan jangan tak tekan!

Showing posts with label Amani. Show all posts
Showing posts with label Amani. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Darling Amani is 16 mo!

Assalam..

Lama dah tak cerita pasal anak dara ambe cik Faathimah Safiyyah Amani ni. Pejam celik pejam celik dah 16 bulan dah si kecik kesayangan kami.Dulu bukan main rajin mummy duk update pasal anak kan. hehehe. Dah makin besar ni, makin cerdik, makin banyak akal. Nak2 dah dapat kaki ni, dia punya keaktifan memang kuasa dua lah. Owh, anak dara ni memang lambat berjalan. Lagi seminggu nak masuk 15 bulan, baru dapat kaki oii. Tapi bila dah berjalan ni, terus nampak macam dah jadi budak besar. Mummy rindu zaman amani kecik2 tak tahu apa2 tu. huhuhu. 


Alhamdulillah, Amani membesar dengan sihat dan cergas setakat ni. Demam sekali sekala tu normal lah. Perkembangan setakat ni pun memberangsangkan, at least for me. Sebab saya tak tahu sebenarnya pada tahap umur ni, apa patut dia pandai buat. Saya tetapkan dalam kepala, perkembangan anak2 itu berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Jadi saya tak suka nak banding2kan budak2. Just go with the flow gitu. huhu. Setakat ni, si kenit tu sudah mula nak bercakap. Sangat gemar bercakap sebenarnya. Cumanya dia bertutur dalam bahasa German, mummy bercakap dalam bahasa melayu. Sangat suka meniru apa yang orang buat, dan apa orang cakap. Tahu tak, dia panggil mummy dia KAK JA (nama panggilan saya kat rumah) dan daddy dia ABANG. hahaha. pengsan! Dah pandai buka tutup TV, buka tutup pintu. Dah kenal banyak benda contoh beg, telefon mummy, telefon daddy, tuala mandi, botol susu dan macam2. Suruh je dia ambil apa2 barang, memang rajin je tertonggek2 gi ambil. Yang paling tak tahan, sejak umur 10 bulan lagi dah pandai guna telefon touch screen. Alahai, geram tengok jari gemuk tu duk slide screen telefon. Tengok, kecik2 dah terdedah dengan gadget ni. Lebih maju dari mummy budak ni sebab telefon mummy cap ayam je kot. Paling menghiburkan, Amani memang suka buat kelakar. Macam2 aksi dia buat nak kasi orang gelak. Peramah jugak orangnya. Jumpa je budak yang lebih kurang sebaya, memang dia tersengih2 tegur nak bersalam.


Owhh, sangat pakar dalam bab2 mengamuk sekarang ni. Dah mula tunjuk bunga2 tantrum. Tak dapat barang yang dia nak, atau tengok orang nak keluar tak ajak dia, siap lah guling2 atas lantai. Setakat ni, mummy mampu gelak aje kalau dia buat perangai. Rasa tak sangka anak dah pandai express perasaan dengan cara ni. Besar dah anak mummy! Dulu bukan main sopan aje budak ni, menangis pun jarang. Tapi mummy tak kisah pun. i'm enjoy every moment with my baby. Budak2 ni kejap aje membesar, pejam celik pejam celik dah besar panjang dah. So mummy cuba bersabar melayan karenah anak2 tersayang. Moga2 Allah sentiasa jadikan mummy seorang yang penyabar dan penyayang terhadap anak2. amin.


Berpeluang melihat setiap minit setiap saat perkembangan anak adalah anugerah yang tak ternilai yang Allah bagi. Betapa saya bersyukur Allah membuka hati saya memilih untuk Stay-at-home, melepaskan kerjaya yang dipegang selama ini untuk berbakti pada suami dan anak. Dan sampai sekarang pun masih dalam mood bercuti panjang. Belum tergerak hati untuk hunting for jobs. Mana tak seronoknya, hari2 bangun lambat bergolek dengan anak dara atas katil. hahaha. Tiada lagi bangun pagi2 nak menangis berat hati nak ke tempat kerja. kihkihkih. teruk benor mummy dulu yek. hehehe. Dear amani, mummy loves u so much!



Monday, October 28, 2013

Her First Birthday

Assalam..

berkurun sudah, baru nak update. wakakaka. Orang malas, memang macam ni. huhuhu. Ok, nak story pasal birthday celebration budak amani. Hari jadi pertama, anak pertama, harus lah mak bapak yang super excited. Dah anaknya kecik lagi, tak reti lagi erti birthday2 ni. Jadinya, majlis ni lebih kepada meraikan kegembiraan mak bapaknya lah. hahaha. Some parents tak buat majlis untuk hari jadi pertama anak, sebab anak2 belum reti lagi nak teruja dengan birthday sendiri. Tapi kami pula, selain sebab mak bapaknya yang mengada2, majlis ni lebih kepada appreciation untuk orang2 sekeliling kami yang sangat menyayangi anak gadis kami itu. Alhamdulillah, melimpah ruah kasih sayang daripada orang2 sekeliling buat Amani.

Majlis ni sebenarnya kecil-kecilan sahaja. Sebab tu saya tak invite ramai orang. Cuma ahli keluarga dan jiran terdekat je. Tapi nya, memandangkan saudara mara, pakcik makcik sepupu sepapat adalah ramai, makanya tak berapa nak kecil lah jadinya. haha. penuh satu rumah. Rumah mak kita dah lah kecik molek je. huhu. Masa zaman bekerja dulu, pernah lah berangan2 nak buat majlis besar2 sikit. Jemput kawan2 mummy dan daddy. Tapi Allah punya rancangan lain, yang lebih hebat. Since mummy dah berlepak goyang kaki dirumah, plan pun berubah. Budget dah terhad, kita buat majlis ikut kemampuan lah. huhu. 


with her mak su..hiasan belakang tu daddy punya kerja. Serabutnya ooiii.. Mummy kat dapur tengah bersilat tak sempat nak monitor. Sekali tengok haa, berterabur. Tak apa lah, yang penting siap kan daddy. haha




Cerita pasal menu pulak, main menu, Laksa Penang dan Nasi Goreng Cina. Side dish ada nugget, fries, ikan celup tepung dan sikit kuih muih. Semua homemade. Kek birthday pulak, ada dua biji. Satu homemade by mummy with love, satu lagi beli sebab takut tak cukup. hehe. Memang teringin lama dah nak buat kek birthday untuk anak ni. So susah payah macam mana pun, buat jugak. Gigih mummy buat rainbow cake dan red velvet cupcake. Time2 maghrib tu redah jugak gi beli sebiji lagi sebab takut kek mummy tak sedap dan tak cukup. hakhakhak. Nasib jumpa kek Minion yang comel itu. Sedap pulak tu. Kek mummy pun laku jugak tau, tinggal 1 slice aje leftover. huhu. 


Haa, inilah keknya. Comot gila. Mummy memang fail bab decoration ni. Siapa2 yang buat kelas hias kek, sila invite me. haha.



Alhamdulillah, walaupun kecik dan ala kadar, semua yang di jemput hadir memeriahkan. Terima kasih banyak. Hadiah pun meriah, 10 pasang baju, bear, mainan dan paling besar, buaian mainan hadiah dari ayah cik dan mak su Amani. Thank you semua!




Tuesday, October 15, 2013

Amani is 1!

Assalam..

Salam Aidiladha buat semua. Ada yang buat korban ke tahun ni? Bak sikit daging. hehe. Dua hari lepas, genap setahun anakanda kami, ikut kalendar masihi. Kalau ikut kalendar Islam, 2 minggu lepas dah setahun. 25 Dzulhijjah. Sekejap je dah besar panjang anak mummy. Teringat2 lagi waktu nak melahirkan dia setahun yang lalu. Syukur Alhamdulillah anakanda membesar dengan sihat. Setahun yang berlalu ini mengajar mummy banyak perkara. Sejak hari pertama anakanda menjengah dunia, hidup mummy berubah 360 darjah. Berubah habis. eh, sampai sekarang pun mummy macam tak percaya dah jadi seorang ibu. huhu. Ingat lagi waktu pertama kali dapat tahu kehadiran anakanda dalam rahim mummy, terbayang2 macam mana lah aku kalau ada anak nanti? Macam mana lah rupa anak? boleh ke handle baby ni? haha. Macam2 terbayang. Nah, sekarang Alhamdulillah, dapat melaluinya dengan jaya.

Untuk setahun yang membahagiakan ini, tiada apa yang mampu dilafazkan, kecuali Syukur pada yang Maha Esa. Syukur kerana menganugerahkan mummy si kecil yang sangat adorable, sangat senang di jaga dan baik kesihatannya. Sejak lahir hingga ke usia setahun ni, memang jarang buat hal. Tak banyak menangis, tak kerap sakit. Alhamdulillah. Kalau travel jauh2 pun, tenang saje. Tak mengamuk tak tentu hala. Mungkin sebab kecik lagi kot. Kang esok besar2 pandai mengamuk tak tahu lah. hehe. Si kecil ni juga Alhamdulillah belum pernah sekali pun lagi ambil sebarang ubat kalau tak sihat. Mummy seboleh2nya memang mahu elak dadah sintetik ni. Sedaya upaya cuba berubat secara alami. Tapi telinga kena tahan lah. huhu. Mujur mummy mampu bertahan. Owh, si debab ini juga adalah unvaccinated baby. huhu. Tapi tak fully unvaccine lah. Sebab mummy stopkan jab vacc masa umur dia 5 bulan, So yang first 3mo memang seronok lah serah peha anak kasi nurse cucuk. T_________T. 

Di usia setahun ni, perkembangannya agak memberangsangkan. Kuat membebel sangat. Pagi2 dah riuh rendah dengan suara dia. Dah mula mengikut semua orang buat. Dah pandai berimaginasi sendiri. Kalau dapat handphone, memang letak kat telinga sambil mulut pokpekpokpek kononnya tengah bercakap. haha. Sangat berdikari orangnya. Semua nak buat sendiri, pakai baju, pakai seluar sikat rambut, makan, semua nak buat sendiri. Dah reti sebut Allahuakbar, tokwan, takmboh (read: taknak), ammi (read:mummy). Tapi daddy tak reti lagi nak sebut. Dia panggil daddy dia ABANG. HAHAHA. Nampak je daddy, laju je mulut panggil abang. Aduh, pengsan mummy! Dah makin cerdik, Alhamdulillah. Sejuk hati mummy. Tapi sebak juga kadang2 tengok anak makin membesar ni. Slow2 dia tinggalkan alam bayi. Slow2 dia mula berdikari, dah tak perlukan bantuan mummy. sobsob. Mummy rindu time dia baby tak reti apa2 tu.  huhuhu. Haa, satu je yang masih fail, JALAN. Sampai sekarang pun tak nak berjalan lagi. Penakut sangat. Kalau bergantung kat mana2, memang takut nak lepas tangan. huhu. Tak apa lah, mummy sabar menunggu.

Buat Faathimah Safiyyah Amani, yang sangat mummy cintai dari hari pertama mummy tengok result UPT 2 lines, sampai lah hari ini, selamat hari lahir yang pertama. Mummy doakan cintahati mummy ini sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T sampai ke akhir hayat. Jadi lah anak yang baik kepada semua orang. Mummy akan cintakan kamu sampai ke akhir hayat mummy. Sanah helwah ya habibi!

 Hari pertama keluar dari perut mummy

 Sebulan

 Dua bulan

 tiga bulan

 Empat bulan

 Lima bulan

 Enam bulan

 Tujuh bulan

 Lapan bulan

 sembilan bulan

 Sepuluh bulan

 Sebelas bulan

Setahun!!

p/s: nanti mummy update pasal birthday party Amani ye..:)

Tuesday, September 24, 2013

Amani 11 months

Assalam..

Our darling daughter sudah pun berusia 11 bulan Eh, 11 bulan setengah. hehe. InsyaAllah, bulan depan, genap setahun. Owhh, cepatnya masa berlari2. Di usia sebelas bulan setengah, masih gigih mengasah lutut merangkak ke sana ke sini. Masih tak ready nak guna tapak kaki debab dia tu untuk berjalan. Tak apa sayang, merangkak la puas2. Orang kata bagus merangkak lama sikit, untuk brain development katanya. huhu. Tapi 2,3 hari ni macam try2 nak berdiri tanpa bergantung kat mana2. Lepas 2,3 saat, ketar2 duduk. haha. Takut lagi ye dik. Never mind sayang. Lil' angel ni sangat lah adorable sekarang. Hari2 buat mummy gelak guling2 dengan keletah dia ni. Masih macam dulu, langsung tidak menyusahkan. erkk, minus the kebuasan tahap maksima tu lah. hehe. Alhamdulillah, selera makan pun makin ok. Tak la macam dulu asyik tutup mulut je time suap makan. Ye, walaupun budak ni berketul2 tubuhnya, makan kurang yek. Makan sampah je ko suka ye nak. hehe. Sekarang ni baru mummy rajin sikit masak macam2. Tu pun jarang lah habis semangkuk kecik tu makanan dia. huhu.

Owhh, sempena 11 bulan, daddy mummy hadiahkan kereta comel kat Amani. Sebab tak tahan nak mengejar dia duk sibuk merangkak laju2, pastu selongkar almari buku mummy. kihkihkih. Lagi pun, dia macam tak suka dah walker dia tu. Duduk sekejap, asyik lah nak orang keluarkan dari walker tu. Nasib lah dia suka bawak kereta biru dia ni hah. hehe. 




Tang mulut pulak, makin kuat membebel. Fasih gile berbahasa german. hahaha. Entah apa lah yang nak dia cerita, mulut pok pek pok pek.Tapi kalau dengan stranger, jangan harap la dapat dengar suara dia, pendiam habis. huhu. Dah boleh ikut sikit2 kalau dengar kita bercakap. Hari tu, balik dari bercuti, singgah kat Sanctuary gajah. Kebetulan hujan lebat, so tunggu je la dalam kereta. Masa tu kami ajar dia sebut Allahukakbar, sebab dia suka sangat azan. Tak sangka, dia sebut 'Allahuakbar' dengan jelas dan terang. Terkejut semua yang mendengar. huhu. Owh, anak saya ni juga dah mula tunjukkan karakter garangnya. Nampak sangat mewarisi sifat baran mummy ni. hukhukhuk. Kalau tengah main, kita rampas barang kat tangan dia, siap lah dia buat geram cekau kau balik. Sakit woo sekali dia cekau.

Untuk birthday dia bulan depan, memang planning nak buat sambutan. Sambutan kecil2 je lah kot. Budget tak ada nak, mummy kan dah tak kerja. huhu. Buat ala kadar je lah, ikut kemampuan. hehe. InsyaAllah. Moga2 anak mummy ni membesar dengan sihat dan menjadi muslimah yang solehah. amin!

Monday, August 19, 2013

Amani 9 mo & 10 mo

Assalam.

Sibuk sangat ke sampai update entry yang 2 bulan punya dalam satu? kihkih. Sibuk le, masa bulan puasa hari tu penat, time raya pulak sibuk. gituuu. Anak dara I dah 10 bulan u'olls. hehe. Tak lama dah nak setahun, InsyaAllah. Perkembangan setakat ni cukup memberangsangkan walaupun mungkin agak lambat kot kalau compare dengan baby2 lain. Ada mak kisah? Asal anak sihat sudahhh. kikiki. My cousin yang lahir awal 20 hari dari Amani, dah start berjalan. While cik adik kita ni baru je nak belajar nak bangun berpaut kat mana2. Tak apa dik, takes your times. Mulut makin kuat membebel, habis keluar semua bahasa german dia tu. Yang paling happy, bila tengok mummy hilang dari pandangan, terus menangis sambil panggil maa maaa maa maa. hehe. good job sayang! Dah pandai nak panggil mummy ye. Sejak2 dah besar ni, perangai pun bukan main. Nak2 time nak tidur kan dia. Dah tak semudah dulu. Sibuk nak main sampai tak nak tidur. Bila mummy buat2 marah, mula la mencebik2 muka menangis. Paham pun orang marah. Time nak pakai baju lepas mandi pun bukan main seksa. Berpeluh2 nak mengejar dia. Yang pelik, tak adanya pulak mummy ni jadi kurus*ehhemm* dapat anak terlajak aktif macam ni. hahaha.

haaa, gigi depan dah mula tumbuh, yeay! Tumbuh masa umor 9 bulan hari tu. Lama kot mummy duk tunggu gigi minah ni tumbuh. hehe. Malangnya, mummy bukan orang pertama yang perasan. BS dia yang perasan dan bagitahu. Besar pulak tu gigi dia. gigi kapak 2 batang kat atas. Yang bawah pun dah start tumbuh dua batang. Nasib baik tak demam ko dik. hehe. Siap la lepas ni kena gigit sama ini budak. Patut la dah tak nak layan makanan2 lembik. Nak makan nasi yang sebutir2 tu. Tak nak dah makanan baby2 ni. huhu. Nasib baik mummy tak suap rendang masa raya hari tu. kuikuikui. Kepandaian terkini, menjerit! Ohoii, sakit telinga okeh. Boleh time berjalan ke Mesra Mall semalam, dia punya excited terlebih menjerit2 kesukaan sampai habis orang pandang. haha. Alhamdulillah, dah pandai respon kalau orang nak bersiap cantik2, mesti tergedik2 dia nak mengikut. Kalau tinggikan suara, mencebik2 menangis. Comel lah sangat ko dik. umur macam ni lah tengah pandai nak tiru perangai2 oarang sekeliling. Cuma satu je yang buat mummy bimbang, budak ni semenjak dua menjak, manjanya menjadi2. Nak2 ramai yang tolong pujuk, tolong dukung. Takut nanti jadi 'mua'. Harap2nya tak lah. 


 gigi kapak yang besar. Jarang pulak tu. Macam spongebob pun ada. kahkah

Cik Timah nak beraya ye..

Friday, June 14, 2013

Amani is 8mo!

Assalam..

Pejam celik pejam celik dah 8 bulan budak debab ni. Eh macam baru je lagi post entri pasal budak ni masuk 7 bulan, yang first time main pantai tu. hehe. Alhamdulillah, setakat ini membesar dengan sihat. Makin besar, makin serupa mummy. My mom selalu bilang, "macam pernah jaga je budak yang rupa macam ni dulu". haha. Kalau tengok album gambar masa kecik dulu2, memang dah sebijik mak dia ni. :)

Progress setakat ni, Alhamdulillah dah boleh merangkak laju. Dulu2 selalu bimbang takut dia tak nak merangkak. Ye lah, asyik duduk dalam walker. Yang pelik, masa time meniarap, tak reti sampai ke sudah mengesot ke depan. Letak la apa barang pun depan dia, memang dia akan mengundur ke belakang. Alih2, terus merangkak. hehe. Owh, dah pandai kenal orang dah. Sejak demam masa 7 bulan hari tu, terus jadi pemilih. Tak nak pergi kat sebarangan orang. Dulu bukan main peramah. Orang tak kenal pun bukan main dia depa tangan suruh dukung. Sampai mummy pun selalu duk fikir, budak ni tahu ke aku ni mak dia? Ke dia pandang sama je macam orang lain. Siap sedih2 ni. Time demam tu rupanya pandai cari mummy. Nak mummy saja, tak nak orang lain. Dengan daddy pun ditepis2. Gitu lah, masa susah cari mak. haha. Sampai sekarang, sangat attach dengan mummy. Sekarang duk berdua dengan dia ni, pagi2 nak bersiap time kerja sangat seksa. Boleh mak dia ni bangun nak pakai baju, dia punya menangis teresak2 macam kena dera merangkak panjat mummy.haha. Tu belum lagi ke dapur or ke toilet. Biasa bagi umpan mainan, kasi dia ralit baru slow2 bangun tukar baju or ke dapur. Petang2 pulak, selagi daddy tak balik, jangan harap la boleh masak. Kesian daddy dik, balik2 kebulur mummy tak masak lagi. T__________T.


kemain laju lagi ni, sampai ke bawah meja. hukhuk

Thursday, June 6, 2013

Bila Si Kecil di Landa Demam..

Assalam..

Last 2 weeks, our little one suddenly got flu and cough. Kali kedua tak sihat, lepas umur dia 3 bulan hari tu. Hampir seminggu juga hidung berhingus campur batuk2 berkahak. Sedih gila kot mummy ni. Mujur lah anak sangat cool, tak sihat pun masih boleh bergurau senda, boleh sengih2 tersenyum. Cumanya time tengah2 malam, merengek2 tak selesa tidur hidung berhingus. Paling meruntun jiwa, tengok anak menahan sakit berkerut2 muka masa batuk tu. Menangis tanpa suara. Suara serak. Pedih tekak barangkali. sobs. Alhamdulillah, badan tak panas. Mujur juga Amani sangat suka kan air kosong. Kasi dia minum air kosong banyak2 nak bagi lega kerongkong. 

Alhamdulillah, sejak beranak sorang ni, mummy selalu dipertemukan dengan benda-benda yang baik. Salah satunya group fb Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak2. Sekarang fb bukan lagi tempat buang masa, stalker  hidup orang hahaha, tapi dah jadi tempat gali ilmu. Macam2 benda dapat belajar. Kalau anak demam apa perlu buat, kalau batuk berkahak macam mana nak handle, banyak sangat benda yang mummy dapat belajar. Kat sini juga dapat shared ilmu dengan others mummy. So, bila anak sakit, tak sihat, mummy tak lah panik sangat, gelabah bawa ke doktor. Mummy yang besar panjang ni pun tak suka makan ubat, takkan suka2 nak bagi anak makan ubat yang entah hape2 pulak. huhu. Hari2 facebooking, mesti terjah group2 ni dulu. Kat sini lah mula buka mata pasal pemakanan sunnah, habbastussauda, Cuka Epal, Chia Seed, Kurma, Susu Kambing dan macam2 lah. Even dah tahu lama dah pasal ni, tapi dulu buat tak endah, dah ada anak baru di bukakan mata nak menjebakkan diri dalam natural remedies ni. huhu. Objektif nya kat sini adalah mengutamakan pemakanan semulajadi sebagai remedi, berbanding guna dadah2 moden. As a mummy, selagi boleh, kita mahukan yang terbaik untuk anak(s). Alhamdulillah, di usia 7 bulan lebih, little Amani masih bebas ubat moden. Belum pernah sekali pun sumbat ubat waktu dia tak sihat. 

Apa yang mummy buat masa anak selsema dan batuk? Firstly, kena cekalkan hati, kuatkan semangat. Kesian memang kesian tengok anak yang ceria tiba2 nak senyum pun tak mahu. Tapi kena sematkan dalam hati, bayi demam, batuk, selsema adalah sesuatu yang normal. Lagi pun bagus untuk sistem pertahanan tubuh dia. Sebab tu orang dulu2 kalau anak demam ke tak sihat ke, mesti cakap, owhh budak nak membesar lah tu. Baik biarkan tubuh dia adjust sendiri ketahanan sesuatu penyakit. InsyaAllah, antibodi akan lebih kuat. kalau bagi ubat, sakit cepat baik, tapi nanti badan jadi manja. Sebab tu demam on off. Larat ke kalau anak tiap2 bulan demam memanjang. Masa Amani demam hari tu, suhu badan tinggi. Memang tak tidur malam jerlum dengan air, kasi suhu turun. Sekejap2 pantau dengan termometer. Yang ni memang kena alert sebab demam panas boleh buat anak sawan. Then baru2 ni, dia batuk dan selsema. Tak lena tidur sebab berkahak. Apa yang saya buat, stim kan muka dia dekat wap panas, kasi kahak dia cair. Tapi hati2 jangan air panas sangat, kan melecur muka anak kau. Dan jangan lama sangat, sekejap2 je. Memang anak akan melalak dengan hebatnya. Tahan telinga aje, asalkan keluar semua kahak dan hingus2 dia. Lepas tu, buat minyak bawang putih, sapu kat dada, belakang badan, tapak kaki, dan dahi. Caranya, ambik seulas bawang putih yang berkulit, bakar atas api sampai hitam, lepas tu lenyekkan taruk olive oil or minyak masak biasa pun boleh. Sorry, gambar tak sempat nak ambil. huhu. Alhamdulillah, sangat berkesan. Lena tidur budak ni, walau pun masih berkahak.

Satu yang kena ingat, bila kita guna cara semulajadi ni, kesan dia memang lambat. Kadang sampai berminggu. Tak macam guna ubat moden, sehari dua dah baik. Tapi possibility nak datang balik sakit, tinggi. Guna cara semulajadi, InsyaAllah, tubuh anak lebih kuat. Apa pun, kena ingat, semua dengan izin Allah jua. Kalau Allah tak izin, makan lah apa pun, comfirm tak sihat2. huhu. Lagi satu,  kena tahan telinga, kuat semangat lah nak menghadapi orang sekeliling. Orang akan nampak kau tak sayang anak sebab tak nak ke klinik. Macam apa yang saya lalui, orang2 menggelengkan kepala bila saya tak bawak Amani ke klinik. Nak jaga hati, akhirnya saya ke klinik juga. Lepas check lebih kurang, tak sampai 2 minit pun, terus bagi ubat. Agaklah terbakar hati ku. huhu. Sudahnya, memang ke bakul sampah aje kita taruk ubat itu. huhu. 

Tapi yang paling penting, PANTAU dengan TELITI keadaan anak yang tak sihat. Sekarang macam2 penyakit ada. Kalau rasa perlu ke doktor, sila lah bersegera, jangan tangguh2. Ilmu kena ada. Kita tak tolak perubatan moden. Kita masih perlukan doktor. Jangan pandai2 diagnos sendiri penyakit anak.huhu. Cuma bagi saya kalau boleh, setakat demam2 biasa, cuba dulu perubatan semulajadi, tanpa dadah. Jangan gelabah sangat nak sumbat anak dengan ubat2 yang manis macam gula2 tu. For me,cukup lah masa c-zer hari tu, dah banyak mana ubat masuk dalam tubuh mak dia ni. Sampai sekarang, tempat c-zer tu masih kebas okeh. So kawan2, jom berhijrah kepada natural remedies. Amalkan pemakanan sunnah, InsyaAllah, kebaikkannya berganda2.:)


lastly, budak girang yang baru baik sakit..Rindu nyaaaaaaa!!


Monday, May 20, 2013

Bercanda di Pasiran Pantai Di Kala Anak 7 Bulan.

Assalam..

Amboi title, panjang macam cerpen. hehe. 12 Mei aritu, genap dah 7 bulan usia anak perempuan kesayangan saya. Kebetulan jatuh hari Ahad, daddy off day, mummy pula pun cuti sebab dah kerja hari jumaat tu. Makanya mummy sangat lah happy! Bukan senang tau nak bertiga2 an macam ni sepanjang hari. Daddy mummy off day tak sama, so tunggu time2 macam ni lah nak merasa mengadap muka masing2 24 jam. haha. 

Sempena Amani 7 bulan ni, kami bawak dia ke pantai. First time bawa ke pantai, tempat favorite mak pak dia time dating2 dulu. kihkih. So, lepas bercanda bertiga di rumah, petang tu kami ke Pantai Batu Buruk. Cuaca agak mendung, tak panas sangat. Masa mula2, excited je budak ni kena angin pantai. Bila daddy bawa main air kat gigi air, nangis! Hahaha. Terkejut kot kena ombak. Lepas tu tak nak jejak pasir pantai, geli agaknya. Grab baju daddy kuat2 takut daddy letak atas pasir. hahaha. kesian sungguh. Tak apa, nanti mummy bawa lagi main pantai sampai adik suka. Malu weii orang Terengganu tak suka pantai. kihkihkih.


Daddy, help!! 



Rambut kitew sama la daddy!

Dah memasuki usia 7 bulan, perkembangan Alhamdulillah, baik. Sangat aktif. Orang Terengganu kata buas. hehe. Berat dah 8 kg lebih, memang tak larat lah nak dukung. Berat nanang. Nak2 dia suka sangat liuk lintukkan badan time kita dukung tu, memang tak larat lah dukung lama2. Kalau dalam kereta, atas riba mummy dia punya buas dah macam ulat beluncas, tak reti nak duduk diam langsung. Tapi reti pulak dia duduk diam senyap je kalu letak dalam carseat. Owwhh, daddy kasi hadiah carseat sebab mudah mummy nak berulang alik dari rumah ke bandar. Kita orang dah start duduk rumah sendiri sejak 1 Rejab lepas. hehehe. Agak lewat beli kan, anak dah besar panjang baru beli. Harus lah, selama ni duduk rumah mak, senang tak payah berulang. Nasib baik anak terima dengan redha je. hahaha. Love u Amani, and daddy too!



Sunday, April 28, 2013

Amani & Solid food

Assalam..

Lama dah tak cerita pasal anak dara ai. hehe. Tu lah, sibuk sangat dengan majlis kahwin ayah ngah dia, plus mummy yang malas. kihkih. Anak perempuan saya itu sudah pun 6 bulan setengah. Lagi 6 bulan nak capai usia setahun. Dah boleh makan solid food. Eh, masa umur 5 bulan lagi dah introduced dia dengan solid food ni. hehehe. Tapi tak ada lah bersungguh2 masak macam2 kasi dia kenyang sampai menyandar. Nama pun  introduction. Perkenalkan dulu. bagi dia rasa2 je, and tak hari2 pun bagi. Then bila masuk 6 bulan baru betul2 buat puree and bagi minum air masak. Sangat lah suka air masak, nampak je bekas air dia, terus nak terkam.hehe. Ingat lagi masa first time suap dia makan, buat muka pelik, lepas tu ternganga2 macam anak burung. hahaha. 


Memandangkan Amani sangat lah suka nyonyot segala benda yang boleh dia capai, mummy pun excited cari foodfeeder. Boleh isi buah2 segar. Better than nyonyot entah apa2 benda.. Gigih lah mummy google, macam2 brand rupanya.  Cari kat kedai2 baby kat sini macam tak jumpa. Last2 beli brand Cherub. Murah lah berbanding brand lain. Beli online kat Fabulous Mom. First time berurusan dengan FM ni. ermm, tak berapa nak puas hati lah. Sebabnya order saya hampir 2 minggu baru sampai. Bila call, tak sempat bagitahu apa2 lagi diaorang cakap akan call balik. Sampai ke sudah tak return call. huhu. Mungkin dengan saya je kot diorang punya service kureng. Biasalah, mummy yang excited ni memang tak reti nak sabar. kihkih. Sampai je food feeder ni, terus letak anggur. Si debab apa lagi, bersungguh2 hisap sampai lenjun baju. haha. Sekarang dah makin expert pegang benda alah tu. 


makan pisang sampai lebam.haha.

Setakat ni, tak nampak lagi budak bersungguh nak makan. Suap 4,5 kali, terus tutup mulut dah. Lebih excited dengan botol air dia je. kalu boleh nak minum air masak tak berenti. hehe. Owh, dah pandai minum guna straw dah. hehe. Masa mula2 tu bagi minum dalam gelas and bekas air comel dia tu. Then try bagi guna straw air kotak, nak tengok reti ke tak guna straw. Mula2 dia buat main juga dengan lidah, lepas tu terus sedut. Haha. Seronok mummy tengok budak ni dah pandai macam2. terus malam tu jugak heret daddy gi cari botol yang ada straw tu. hehehe.

muka comot dengan puri labu.

Setakat ni belum pelbagaikan lagi makanan Amani. plus dia pun tak berapa bersungguh lagi nak makan, walaupun time orang makan terliur bukan main dia. hehe. InsyaAllah lepas ni mummy akan lebih rajin. Teringin nak buat puri buah dan sayur yang macam2. Mummy siap join group solid kat fb tau. hehe. kita tengok dan lihat, berjaya atau tidak mummy meneruskan cita2 murni beliau. srooootttttt.

Thursday, April 4, 2013

Cik Amani Kita Dah Pandai Mengamuk!

Assalam.

Hari tu kan bukan main ye kau puji2 melambung anak. Paling baik lah, senang di-handle lah, susah nak menangis lah. Sekarang, rasakan anak tunjuk belang. Haha. Tak tahu lah apa ribut angin yang datang, last two weeks, darling Amani asyik melalak je kerjanya. Rasanya sebab beralih bulan kot. Genap je masuk 5 bulan hari tu, keluar semua perangai 'comel' dia tu. Sampai ada satu hari tu, babysitter called my mom bagitahu Amani menangis melalak tak tahu apa sebab. Menangis yang sungguh2 sampai teresak2 merah hidung. Suara tu dah lah ala2 Ziana Zain. Kesian sungguh. Ayah saya cakap biar lah, budak tu dah besar. Dah pandai luahkan perasaan melalui tangisan. Sekarang pun, kalau nak tidur memang cranky habis. Padahal mengantuk je pun. haha. Mujur lah dia ni jenis yang menangis tak melarat. Kalau dia menangis kuat2 pun, kita dukung angkat terus diam. Dah reti nak suruh orang entertained dia. Nasib baik duduk rumah mak sekarang, ramai lah yang nak melayan dia. Nanti duk rumah sendiri, pengsan lah mummy kalu adik buat perangai ni. huhu. 

Kadang2 sayu pulak tengok anak mummy ni. Cepatnya lah masa berlalu. Makin hari makin membesar. Sikit demi sikit dah mula tinggalkan alam baby. Lagi 2 minggu dah nak masuk 6 bulan. Mummy tak puas lagi nak main2, tengok2 dah besar dah. Dah lah masa bersama anak singkat, anak pulak membesar kat tangan orang. Sedih. Apa pun, Alhamdulillah anak sihat, membesar di depan mata. Walaupun dah pandai buat perangai, tetaplah comel di mata mummy. Sebab tu lah kalau dia menangis melalak pun, mummy ni sengih2 je tengok. dah puas tengok baru pujuk. hahaha. Tak senonoh betul mak ko dik. Ampun ya! Mummy sayang buah hati mummy sangat2!!


Sunday, March 10, 2013

Ready for Solid Food?

Assalam..

Lil' Amani lagi 2 hari genap 5 bulan. Alahai, besar dah anak mummy. sobs. Mummy decide nak start bagi solid food genap budak ni 5 bulan. Awal sebulan dari yang sepatutnya. Tak sabar punya pasal, plus paksaan dari orang2 sekeliling. muahaha. Tokki Amani hari2 duk zikir kat mummy nak suapkan Amani makan. Bila mummy cakap tak boleh makan itu ini, tak boleh makan ada gula garam, tokki kata " takpe, nanti mummy gi kije, tokki suap adik makan sedap2 ye" Begitu katanya. T______T.

Sebelum buat keputusan ni, hari2 mummy google cari info pasal solid food ni. First time lah katakan. Dia punya nerbes tu macam nak menikah lagi sekali. eh?hehehe. Haruslah. Zaman maklumat di hujung jari ni, macam2 info ku dapat. Siap join group kat fb lagi. Terkejut bila tengok betapa ramainya mommies yang begitu komited dalam penyediaan solid food untuk anak. No instant food, only homemade. Sangat memberi inspirasi kat saya. Memandangkan saya tak mampu nak breastfeed baby dengan sempurna, seperti yang diimpi2 kan, saya berazam nak bagi yang terbaik untuk anak dalam penyediaan solid food ni. Nak merajinkan diri untuk masak2 untuk anak. Semoga tercapai. Amin.

Rupanya tak boleh simply suap je anak makan macam2. Kena ada 4 days rules. Kena bagi makan puree buah or sayur dulu. Telur tak boleh bagi lagi awal2 ni. Garam gula pun sama. Kena introduce sejenis2 dulu, baru boleh campur. Haa, berpeluh mummy baca. haha. InsyaAllah, sebaik mungkin akan ku ikut, tengok keadaan baby. Hasil google juga, mummy tahu Amani dah ready nak makan. Baby dah boleh di beri makan bila baby dah boleh tegakkan kepala, badan dah tegap dan dah mula nampak berminat nak makan, even tak cukup 6 bulan pun. Yes, semua ciri ada kat si debab mummy ni. Makanya, mummy dah kena ready lah ni. huhu. Masih lagi mencari gali ilmu pasal hal ni. Cara nak buat puree, penyimpanan puree, cara buat bubur, apa makanan yang boleh dan tak boleh. Ni contoh jadual pemakanan baby, untuk first timer. Thanks to mr google.:)

Nampak tak caption kat bawah tu? Tu lah group yang saya join kat fb. New mommies, sila la join, banyak sangat ilmu yang boleh kita dapat. Yang bagusnya, bila join group ni, terr-drag sekali join group laman kesihatan ibu bapa dan anak2. Group yang promosikan cara natural rawat anak2 yang tak sihat, instead of guna ubat2 klinik yang memang2 sah ada dadah. Dan Terr-join juga group yang begitu komited unvaccinate baby2 diaorang. Baru saya tahu bahayanya vaccine baby. Termalu sendiri, bukan main belajar Mikrobiologi. Siap mengajar lagi. Tapi ilmu gila cetek pasal ni. Rasanya lepas ni saya tak akan teruskan vaksinasi Amani. Tengah fikir macam mana nak bagitahu nurse KK pasal ni. Memang comfirm2 lah kena marah kan. Tapi itu kan baby saya, anak saya. Saya kena bertegas demi anak tersayang. hehe. Doakan saya kebal telinga menahan serangan nurse KK..:)

Last but not least, wajib kena ada..


























Lebarrr senyum. tak sabar nak makan ye...

Tuesday, March 5, 2013

My baby girl dah Tumbuh GIGI.

Assalam..

Update pasal anak lagi. Lepas ni pun, lagi dan lagi. Ni bukan blog mummy lagi, ni dah jadi blog Amani. hehehe. Gini lah bila dah ada anak. Baby kentut pun ku nak post kat fb. cehhh. Tapi yang ni memang mummy excited nak buat entry. Pasal anak ku dah tumbuh gigi. Tak payah nak hairan sangat dengan mummy ni, anak baru sorang katanya, segala benda pun ku jakun. Anak tumbuh gigi pun ku happy sampai nak melompat2. Ehh, bukan mummy saje tahu, Tokwan dengan Tokki dia pun sama naik. Cucu sulong kan. Tunggu lah cucu ke 10 nanti, tumbuh gigi ke, tumbuh tanduk ke, agak2nya buat dek je. muahahahahaha.


Sebenarnya baru sedar petang semalam si debab dah tumbuh gigi. Umur baru 4 bulan lebih, so tak expected lah nak tumbuh gigi ke apa. Tapi memang dah lama nampak macam gatal gusi. Semua benda dia nak masuk mulut. Air liur tak payah cakap lah, memang mencurah2 ke ladang gandum. hahaha. Dan lately memang suka sangat kulum2 lidah, terjelir2. Sekali tengok macam tengah kunyah chewygum dah. Makanya masa main2 dengan dia petang semalam saya main2 gusi dia. Gusi kat depan macam licin lagi, tak ada tanda2 nak tumbuh gigi pun. Tapi bila sentuh gusi belakang dia, ha amik. Seketul dah gigi yang keluar. Memang terkujat jugak lah mummy dia ni. hahaha. Pelik benar anak dara ai. orang lain tumbuh gigi depan dulu, baru comel keluar gigi kapak. Dia ni tumbuh geraham dulu. Agaknya time demam dua minggu lepas kot tumbuh. Patutlah duk main2 lidah, rupanya duk rasa gigi tajam dia kat belakang gusi tu. huhu

Tokwan dengan Tokki lagi lah excited dari mummy. Siap paksa2 mummy kasi budak ni makan. Adoiiii. Baru 4 bulan lebih ni, boleh ke? Kalau tengok dari segi keadaan fizikal, mungkin dah ready kot. Sebab Amani ni dah tegap, tulang dah keras, pastu tengok orang makan terliur bukan main. hehe. Tengok lah, kita tunggu sikit lagi ye. Nanti 5 bulan nanti kot. Bukan apa, budak ni dah lah berat yang amat, kan nanti start makan bertambah2 bambam, mummy jugak yang lenguh dukung dik. T_________T

  
Muahahahaha..si kenit kena grooming ngan Tok Alang dia. Tahan je ye dik.

Tuesday, February 26, 2013

Karenah si Anak

Assalam..

Ewahhh, 2 entry in 1 day?? Clap clap clap. hahaha. Mentang2 audit dah lepas ye. huhu. Sekarang pukul 7.00 petang. Masih setia di office. Menanti para panel audit balik, baru kami di benarkan cabut pulang ke rumah. Tak sabar weiii! So sementara tu, mahu abadikan milestone anakanda yang sudah pun menjangkau 4 bulan 2 minggu. Last week timbang sudah 6.8 kg, hampir 7 kg dah. Gagah perkasa anak dara ai. hehehe. Tengok lah mak dia macam mana kan. kuikuikui. Lately, si debab selsema dan demam. Alhamdulillah, demam dah kebah, cuma selsema je yang masih ada. Malam2 selalu lah tengok dia tak selesa tidur sebab hidung kadang2 tersumbat, kadang berhingus. T________T. Selalu letak kunyit hidup je kat hidung sapu2 sikit. Ok lah sekejap, lepas tu datang balik. Ingat nak beli DR. Sneeze, sebab tengok testimoni macam ok kan. Hari tu pun kak Sya bagi pinjam, guna sehari je. Takkan nak guna sampai habis kan. hehehe. InsyaAllah esok lusa lah mummy beli ye. Pitih dok cukup dik. kehkehkeh.






Currently, this budak bambam sangat suka orang tarik dia, dari baring terus berdiri. Sebelum masuk 4 bulan lagi sebenarnya. Pegang je tangan dia, mesti dia keraskan diri dan angkat badan nak bangun. Mula2 takut juga, kan seliuh tangan ke apa ke. Tapi tengok dia ok je, suka pulak tu. hehehe. Paling extreme setakat ni, her daddy suka2 hati letak dia dalam walker. Hah kau, 4 bulan dalam walker, bising lah orang yang menengoknya bila saya shared gambar kat fb. Tak letak lama pun, sekejap je. Faham lah 4 bulan, tulang lembut lagi. Tapi relax je Amani berdiri kat dalam tu, siap tolak2 kaki sampai berundur walker tu. Jujurnya, saya tak nak budak ni membesar dalam walker. Walker tu pun bukan kami beli, tapi orang bagi. But since dia macm tak minat nak meniarap, my parent assumed yang budak ni akan jadi macam saya, terus berjalan tanpa merangkak dan meniarap. No. Saya tetap mahu anak saya ikut prosedur baby. Walker ni kan tak membantu perkembangan otak baby. Lepas tu bahaya pulak tu. Tapi tu lah, bila anak duk kat tangan orang ni, kadang2 kita macam tak ada kuasa pula nak tentukan hidup anak. Next entry kita story panjang. weeee!

                          

Since dia ni budak kecik pertama kat rumah ni, memang kami sekeluarga blur2 juga lah pasal perkembangan baby ni. Tak tahu apa patut dia dah pandai pada tahap ni. My parent pun tak berapa nak ingat dah, ye lah, last baby 25 years ago. Lama dah kot kan. Tapi saya tak kisah sangat, asal anak sihat sudah. Saya tak kisah dia lambat meniarap, lambat merangkak, lambat berjalan, or lambat tumbuh gigi. Asalkan otak cerdas, badan cergas. Hah, macam iklan dah. haha. Setiap baby kan tak sama tahap perkembangannya. Yang penting Amani is a happy girl. Jarang sangat menangis. Pengasuh dia pun cakap, budak ni sangat happy dan ceria. Pantang diagah, memang gelak mengekek-ngekek. Saya paling suka waktu subuh. Dia akan bangun dalam pukul 6 or 6.30 pagi. Smiling and playing alone dalam kelambu. Tak pernah kot bangun2 tidur melalak menangis. Suka sangat kalau dengar dia membebel sorang2 dalam kelambu tu. haha. Owhh, pandai juga sekarang rebut2 botol susu dia time menyusu. Nak pegang sendiri okeh. Berdikari tak anak ai. haha. Sangat kelakar kalau biar dia pegang sendiri, sebab tengah hisap susu, dia tarik botol dia. Lepas tu tak reti nak masuk balik dalam mulut, sambil ternganga, sambil sua puting kat mata lah, lubang hidung la. haha. So comel lah adik. 

                                    

One more thing, dia dah mula tunjuk minat nak makan. kalau tengok orang makan, tak berkelip, siap telan2 air liur. hahaha. My parent tak sabar dah nak suapkan cucu ni makan. Sabar, lagi 2 bulan kita baru boleh kasi makan. huhu. Sekarang, semua benda pun dia nak masuk mulut. Kain, baju, rambut mummy dia. Semua nampak sedap kot. hahaha. Owhh, mummy pun tak sabar dah nak masak2 kasi adik makan tau. Tok wan lagi lah, dah berangan2 nak masak mee rebus untuk adik. Alamak, tunggu adik tumbuh gigi dulu boleh tok wan?? T____T. Apa pun, membesar dengan sihat ye sayang. Mummy daddy love u so much!

Tuesday, February 12, 2013

Amani is 4 months!

Assalam..

My little girl is 4 mo today. Alhamdulillah. Membesar dengan sihat. Makin cerdik dan menghiburkan. Hobi terbaru, menjerit. haha. Suka sungguh keluarkan suara nyaring dia tu. Minggu lepas, terjaga pukul 4 pagi, jerit2 ajak orang main. habis satu rumah bangun entertain dia. haha. Kesian tokki and tok wan bangun main cucu pukul 4 pagi. 

So far Alhamdulillah, belum buat perangai yang kurang menyenangkan lagi. Masih sangat senang di-handle. Sejak lahir sampai hari ni, jarang lah menangis tak tentu hala. She's a happy girl! Bangun subuh mesti sengih2 dalam kelambu tu. Sangat behaved. Letak atas her favorite pillow depan TV, terus diam tak bergerak. tapi kalau dah bosan, siap lah. Selagi kita tak angkat, bising lah mulut dia meraung2. haha. Masih gagal untuk meniarap sendiri. Sejak umur 3 bulan dia dah mula angkat2 badan nak meniarap, tapi fail. Kesian pulak mummy tengok. hehe. Selalu mummy yang tolong tolak. badan dah keras, dah tegap tapi macam tak boleh meniarap. Tok wan kata, Amani ikut mummy dia, tak meniarap, tak merangkak, tiba2 umur 11 bulan terus berjalan. No No No. Mummy tak nak adik skip2, sila ikut perkembangan baby. hehe. Mummy nak adik meniarap, merangkap, bertatih, then baru berlari. InsyaAllah, boleh. :)






© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati