tekan jangan tak tekan!

Friday, December 31, 2010

My 365 Days..2010

WAAaaaa..Esok sudah masuk tahun 2011. Lagi 1 jam 45 minit!! Biar betul?? Betul lah. Dah NAK MASUK 2011. Tak percaya, sila tampar diri sendiri. PANG!!

Eh, kenapa tahun ni saya rasa sangat cepat berterbangan??Time flies laju2. Baru lagi rasa sambut birthday awal Januari hari tu, esok dah jumpa Januari lagi. Uwaaa. Bertambah lagi umur satu angka. Sob sob sob.  

Memandangkan ini entri last untuk tahun 2011, makanya sangat panjang berjela2. hehehehehe.

Apa ye yang berlaku sepanjang tahun ni? Banyak sebenarnya. Terlalu banyak. Pahit dan Manis. Pahit dan Perit. Suka dan Duka. Tadi saya mencari semula notes yang pernah saya buat kat facebook on last December 2009. Nak tengok saya berjaya ke capai azam yang pernah saya. Haha. Ni azam saya tahun 2010:

1) Belajar Menjahit
HAHAHA. Ini memang mahu gelak kuat2. Kesimpulannya sangat tak berjaya. kihkihkih. Tahun lepas saya sasarkan untuk menjahit sehelai baju. Sehelai je tahu. Hasilnya? Habuk pun tak ada. kahkahkah. Bab yang satu ini sungguh di luar kemampuan. Tapi saya do something juga yang related dengan jahit menjahit ni. Saya buat FELT CRAFT. Jahit felt kiranya belajar menjahit juga kan??hehehe

2) Tukar status menjadi Puan
Sob sob sob. Yang ni tak boleh gelak HAHAHA. Sebab ini bab sedih. Bab yang meruntun jiwa. Bab ini lah yang paling banyak mewarnakan hidup saya sepanjang tahun ni. Kalau go thru' entri saya sepanjang tahun ni, memang banyak entri2 yang melankolik, sedih2, kecewa, marah dan sewaktu dengannya. So malas dah nak cerita. Yang pasti azam yang ini gagal. :D

3) Buat blog
Ha..Yang ini azam yang paling berjaya. Saya berjaya buat blog! Saya start blogging on 1st January 2010. Maknanya esok hockmieyza85.blogspot.com sudah berusia setahun! Bangganya. haha. Esok mahu wish Happy Birthday lah kat si blog. hehe. Blog ini lah yang setia menemani saya sepanjang tahun ni. Sudah banyak terluah di sini. Blog, saya sayang kamu!

Itu yang tahun lepas punya. Yang tahun 2011 apa cerita? Azam 2011 jap lagi kita tengok. hehehe. Sepanjang 365 hari pada 2010 ni, terlalu banyak peristiwa yang telah saya lalui. Dalam kerjaya sebagai Tutor, tahun ini saya telah handle beberapa program, termasuk lah Kuiz Sains, dan 2 Kempen Derma Darah. Dan tahun ni juga saya sudah di-comfirm kan jawatan. Gaji pun dah naik sikit, bonus pun dapat. Alhamdulillah murah rezeki. Dah setahun setengah bekerja, tak boleh lagi dipanggil Junior. hehe.Subjek untuk diajar juga sudah bertambah, dan semakin mencabar.T__T. Sepanjang tahun ni juga, rakan2 sekerja bersilih ganti. Ada yang dapat kerja baru, ada yang sambung study. Good luck untuk semua. 

Dalam kehidupan pula, tahun ni boleh saya katakan tahun TIBA2 belajar benda baru. Banyak perkara yang tak pernah saya terfikir nak buat, tiba2 saya terminat nak buat. Mula2 tu sangat teringin buat CUPCAKES. Sanggup ni pergi kelas Cupcakes kat jauh nun di Kemaman. Dapat tempahan lagi lepas tu. Alhamdulillah. Lepas tu tiba2 belajar JAHIT MANIK. Auuww, yang ni sangat mengujakan okeh. Sebabnya dulu saya sangat lah bermusuh dengan jarum. Tak dapat nak halang rasa kagum pada diri sendiri yang mampu jahit manik pada baju kurung raya. teeet.haha.  Lagi, saya tiba2 teruja nak buat FELT CRAFT. Aikk, main jarum lagi. Siap order online sebab nak buat makhluk2 comel ni. Lepas tu tiba2 nak buat HOMEMADE COKLAT pulak. Yang ni tak sempat nak pergi kelas, main hentam saja dengan teman persubahatan, ZIANA.hehe. Gara2 makan coklat kat rumah kak Ros masa raya. :D. Owhh, satu lagi benda yang tak sempat nak buat tahun ni. Ni kena forward ke tahun 2011 sebab tak sempat belajar dengan Kak Chik, MENGAIT. haha. Busy sangat, tak sempat nak berkursus. Macam rumit teramat je, tapi mesti cuba. Sebab hasilnya sangat mengkagum kan diri sendiri. gegegegege!

Dalam Percintunan pula, tahun ini saya anggap tahun yang agak suram muram durjana. Ini lah punca saya letakkan tahun 2010 sebagai paling mencabar, paling meruntun jiwa. Sebabnya, setelah 3 tahun berteman mesra, kemuncak segala duka merana berlaku tahun ini. Sepanjang tahun barangkali. Punca segala emosi dan ledakan kemarahan kebencian meletus. Semua ini sangat menduga saya dan dia. Mujur saat saya dah berhenti melangkah dan hampir tersembam ke bumi, dia masih kuat menarik tangan saya untuk melangkah seiring langkahnya. Tapi bukan lah semuanya mendukakan. Ada hari yang di lalui dengan cukup indah, terawang2 tak pijak ke bumi. Namun banyak hari yang mensedarkan diri yang bukan semua yang kita nak, akan tergenggam kemas dalam tangan. Tahun ini sangat2 mengajar diri untuk Redha dan Pasrah. Tahun yang paling banyak meruntuhkan empangan air mata. Owhh, tak nak cerita apa lagi. Kan tak pasal2 emo lagi. Cuma harapnya tahun 2011 akan ada sedikit sinar bahagia. Dengan dia, atau tanpa dia, saya harapkan kebahagiaan pada tahun depan.

Dalam kehidupan hari2, Alhamdulillah, segala dugaan dan cabaran membuatkan saya bertambah kuat. Imun sudah barangkali. Sudah resistance. Plus, ada kawan2 dan keluarga yang masih terlalu sayangkan saya, yang menceriakan hari gerhana saya. Tahun ni juga banyak berjalan ke sana sini. Bercuti dengan kawan2. Ke Pulau Kapas. Ke Kota Bharu. Ke Perak. Ke KL. Banyak lah. Yang satu ini memang menSeronokkan saya. Harap tahun depan boleh bercuti lagi dengan lebih kerap. Itu saje yang kau ingat ye. hahahaha. Owhh tak lupa, ramai juga teman2 rapat yang sudah bertukar status. Dah mendirikan rumah tangga. Rasanya tahun ni paling ramai kot, sampai ada yang tak sempat nak pergi. Tahniah untuk semua. Saya doakan yang terbaik untuk kamu semua.

Jadi untuk tahun 2011 ni, saya mendoakan kehidupan saya akan lebih baik. Lebih bahagia. Lebih indah. Kurang kontroversi. Ececece, cam artis pulak kau ni. Azam tahun ni apa cerita?? haha. Nak juga. Baik. Kita cuba azam baru ye.

1) BELAJAR MENJAHIT - Again? Mesti. Sebab dah gagal jahit baju sendiri tahun 2010, tahun baru ni kena lah buat juga. Biasa lah forward2 azam ni. hehe.

2) KURANGKAN PANAS BARAN - Owhh ini saya serius mahu buat. Sangat2 perlu buat sebab macam dah tak terkawal. Ada siapa2 yang ada petua nak kurangkan Hot Temper saya yang selalu sangat mencecah boiling point ni??

3) MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK-  Ok ini agak memalukan. Shame on me. Selalu berazam nak tambahkan amal ibadat. Selalu berazam nak puasa dan sembahyang sunat. Tapi selalu tertangguh2. Alih2 buat yang wajib saja. T_________T. Sampai bila ni Mieyza. Gelap sangat hati agaknya. Tu yang berat sangat nak buat ibadah sunat. Ya Allah, jadikan hambaMu ini hamba yang selalu ingat padaMu, dan selalu mensyukuri rahmatMu. Sesungguhnya hidupku, matiku, ibadahku hanya untukMu.

4) MENJALANI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DENGAN DIA. - Yang ini tak nak ulas banyak2. Saya kan dah redha dan pasrah. Yang tinggal cuma doa saja. Yang lain serah saja pada Allah.

Semoga kita menjadi lebih baik dan terus baik di tahun hadapan. Segala duka lara suka gembira tahun 2010 simpanlah dengan rapat dalam lipatan memori. Yang Indah dikenang, yang Buruk jadikan pengajaran.

SELAMAT TAHUN BARU 2011. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TELAH MELALUI SUKA DUKA BERSAMA SAYA SEPANJANG TAHUN INI.

Aktiviti Beronggeng Sesi Penutup Tahun 2010 ke Mesra Mall.

Haha. Gila panjang punya title. Semalam, 30 hb Disember 2010, dengan hati yang suka2 hati, cuti terakhir untuk 2010 telah diambil untuk acara beronggeng secara berjemaah. huhu. Entah ada ke tidak lagi cuti sebenarnya, saya pun tak pasti. Hentam saja lah labu, yang penting dapat cuti. hehe. Plan asalnya, saya, Kak Yana dan Ziana mahu ke KB ber-shopping2. Nak habiskan bonus gamaknya. ececececeh. Tapi pagi2 buta dapat SMS dari kak Yana, tak jadi sebab dia kena ke Setiu. Alamak, cancel la pulak. Saya pun sambung lah tidur. Tak apa lah, badan pun tak berapa nak sihat. Dah macam demam. Tiba2 Ziana SMS tanya nak On ke tak nak. Saya pun cakap ON je lah, cuma tukar destinasi ke Mesra Mall. Jadinya berdating berdua saja sama dia. Yang penting boleh tengok movie. gegegegege!


Bertolak pukul 11, sampai sana dah pukul 1. Terus beli tiket wayang. Punya lah teringin nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah, alih2 sampai dah habis tayangan sebab start pukul 10 pagi. Haiih, sangat kecewa. Last2 tengok cerita JANIN saja. Hambik kau, tengok cerita seram you..Seram ke? Tak ada lah seram sangat pun. So-so saja, tapi berbaloi juga kot untuk di tonton. Cuma tak faham kenapa tajuk dia JANIN. Sebab yang jadi hantu tu budak yang dah besar. ermm. Entah lah.


Tapi yang bestnya kat Mesra Mall ni sebab ada BIG APPLE. Saya sangggaatt suka sebab kat Kuala Terengganu tak ada pun.T__T. Makanya harus di beli. hehehe. Tapi tak shopping sangat pun kat sini. Ye lah, apa yang ada kat sini. Tak tahu nak beli apa. Pusing2, dalam pukul 4.45 petang kami bertolak pulang. Yang kelakar, on the way pulang, dua2 dah diserang demam. Sharifah Norziana menjuarai acara bersin tanpa henti dalam kereta. Muahahaha. Sampai Kelulut, lapar dan sejuk, terus berhenti makan kat satu restauran. Makan Tomyam yang pedas overdose, tapi sedap.


Sampai rumah, terus mahu pengsan sebab hidung dah mula berair dan badan dah panas-panas. Apa lagi, terus telan Panadol 2 biji. Hehe. Percutian yang mendemamkan. Demam tengok cerita hantu kah??gegegege!

Thursday, December 30, 2010

Iron Chef..

Semalam satu lagi staff aktiviti berlangsung. Kiranya yang last lah untuk tahun 2010. Program yang sangat2 menarik saya rasa, iaitu IRON CHEF. Senang cerita, pertandingan memasak lah. Tujuan sebenar adalah nak perkenalkan kitchen . Kitchen ni baru lagi siap, dalam tahun ni juga. So ramai lagi lah yang tak tahu tempat dan keadaannya. Kitchen ni sebenarnya untuk kegunaan pelajar jurusan Culinary Art. Siapa2 yang berminat nak jadi Chef, boleh lah apply masuk. hehe. Sangat best okeh Kitchen dia. Luas dan selesa. 

Semua staff di bahagi 16 kumpulan, 3 atau 4 orang sekumpulan. Setiap kumpulan dapat satu dapur dan semua peralatan. Bahan yang di sediakan adalah beras yang bercampur rempah2 kasar, ayam 3 ketul dan sayur. Task dia mula2 kena asingkan beras dan rempah2 kasar, ala2 Puspa Wangi dalam cerita Musang Berjanggut gitu. Lepas tu kena sediakan 3 jenis masakan dari beras, ayam dan sayur. Nak masak apa, bebas. So group saya ni sangat lah tak ada idea. Fikir punya fikir, akhirnya kami buat keputusan nak masak Nasi Minyak, Kari Ayam dan Acar jelatah je. Senang dan tak rumit. Bila tengok group2 lain bukan main hebat buat bubur, nasi Tomato, Nasi Mentega, memang dah pasrah dah. Dah lah time rasa tu tiba2 macam tak jadi pulak nasi minyak tu. Macam something missing but don't know what. Comfirm kalah. haha. Tapi masa announce tu, boleh pulak group kami dapat tempat ke-2. Hahaha. Hebat tak?? Macam kelakar pulak. Ingatkan tak ada harapan langsung nak menang. Tiba2 dapat tempat kedua. Suke suke!!

Gigih mengasingkan  beras dah rempah ratus. Tiba2 jadi Puspa Wangi. hehe

Chef2 lelaki tengah tunjuk skill. Harapnya lepas ni tak bertukar jadi awww ye..

Ku bakal dikecam hebat disebabkan gambar ini..T__T

Kak Na wajib ada ye..hehe

Ini lah juri2 kami..Chef2 terkemuka PTPL..hehehhehe. Rasa chef, jangan tak rasa.

Chef tengan merasa Nasi Minyak saya.

Ni la makanan yang berjaya group saya siapkan. Bertungkus lumus saya, Kak Syaidah, Aziyan dan Liana siapkan. Gambar saya curi dari juri kita, Chef Ifa. Cantik gambar yang dia ambil kan..
Nasi Minyak
Acar Jelatah






Kari Ayam

Tahniah Malaysia!!!!!!!


Walaupun berita sensasi terkini ni sudah berlaku semalam, namun aura getaran kehangatan keterujaan kejayaan masih terasa di seluruh negara. MALAYSIA MENANG!!!

Memang kemenangan Malaysia dalam perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 sangat mengujakan. Terlalu mengujakan sebenarnya. Iya lah, kalau bab2 menang ni Malaysia memang agak liat sikit. Payah benar nak menang. hehe. 

Kalau nak diikutkan, saya ni tergolong dalam manusia yang paling tak suka kan bola sepak. Memang tak pernah ambil tahu langsung pasal bola sepak, even yang melibatkan pasukan negeri Terengganu. Menang ke, kalah ke untuk apa2 perlawanan, saya tak pernah kisah. Nama pemain2 apatah lagi, haram haku ambil tahu. Yang International pun sama, MU ke, Arsenal ke, apa lagi? apa lagi?, langsung tak tahu. Kalau setakat David Becham tu kenal lah, pasal bini dia selebriti. Tapi time Piala Dunia ke, Piala Luar Dunia ke, memang saya tak ambil pot. Namun perlawanan yang satu ini membuatkan saya cukup2 bersemangat. Sebabnya, Malaysia lawan Indonesia. Owhh mesti tengok, mesti tengok!! Kalau bab2 lawan Indon ni tiba2 semangat Nasionalisme memang membuak2. Bukan nak bersikap kenegaraan melampau2, tapi bila mengenangkan beberapa provokasi yang di cetuskan negara jiran itu lewat kebelakangan ini, memang panas hati. Mengundang rasa benci. Macam sangat tak sedar diri, duduk menumpang negara orang, buat perangai terlebih kurang ajar. Yang duk sana pulak, silap ada isu sikit mula lah menyalak depan kedutaan nak Ganyang Malaysia, siap berbuluh runcing segala. Isu Batik dan Satey pun nak dijadikan bahan untuk provok Malaysia. Tak ada kerja betul. Bila Tuhan turunkan bala, pandai pulak kau diam. Tapi saya bangga bila makhluk2 tak berotak ni buat hal, kita rakyat Malaysia tak ada yang terikut2 perangai tak bertamadun diaorang. Takde kerja lah nak buat2 kain rentang segala pergi serang kedutaan korang. Owhh, sorry, sedikit emosi di sini. Dah lama tahan geram.hehe

Makanya, bila MALAYSIA berjaya ganyang si indon tu, saya sangat sangat sangat BANGGA!! Biar pun tak minat bola, biar pun tak kenal siapa pun pemain bola, saya tetap bangga dengan kemenagan ini. TAHNIAH!!!

Terima kasih sebab anda semua, kami dapat cuti..oooyeahhh!!


Sunday, December 26, 2010

26th December 2010

Happy 26th Birthday to U. May Allah Bless You 'Till The End.


Lelaki ini pernah menggembirakan saya. Pernah meloretkan pelangi indah dalam hidup saya. Pernah membina taman sarat berbunga yang cukup mewangi dalam hati. Pernah menjadi pelindung, penyeka tangisan di kala jiwa dalam redup di cengkam duka.

Namun pernah juga lelaki ini menjadi racun bagi saya. Pernah mensuramkan hidup saya hingga langsung hilang cahaya. Pernah menikam hati sampai terluka berparut hingga kini. Pernah menjadi penyebab hidup saya malap dalam kedukaan. 

Kini siapa pun kamu pada saya, Racun atau Penawar, Saya serah padaNya untuk tentukan.

Hari ini hari jadi kamu, saya doakan umur kamu dipanjangkan Allah Taala supaya masa kamu untuk Dia lebih panjang. Saya doakan kamu murah rezeki supaya kamu mampu mengumpul harta untuk di belanja ke JalanNya. Saya doakan kamu lebih matang, supaya kamu lebih bijak dalam percaturan hidup. Dan saya doakan kamu sentiasa dalam RahmatNYA, dengan, atau pun tanpa saya. Siapa pun kamu pada saya nanti, melangkahlah dengan yakin. 

Selamat Hari Lahir..

Saturday, December 25, 2010

Bubur Asyura

Hari ni dah 19 Muharram. Dah lepas pun hari Asyura, tapi kat kampung saya, hari ni baru gotong royong buat bubur Asyura a.k.a bubur Syura. Memang hari yang di tunggu2, sebab setahun sekali je dapat makan bubur syura yang sedap. Setahu saya, setiap negeri bubur syura berlainan jenis kan. Saya pernah makan bubur Syura dari Utara kalu tak silap, agak manis dan ada pisang. Kalau kat Terengganu ni, bubur Syura jenis yang berempah, ada daging, ayam, isi ikan, pastu campur kacang merah, ubi keledek, dan jagung. Dah siap, tabur dengan serunding ikan, telur dadar hiris halus2 dan agar2 yang di cincang halus. Unik tak? Ke sama je semua negeri? Saya tak pasti pula negeri lain makan macam mana bubur syura ni. Tapi kalau kat sini, makan macam tu lah. tunggu sejuk, biar keras sampai boleh potong macam kuih talam, tabur aksesori2 semua tu, then makan!

Tadi semua berkumpul kat surau belakang rumah saya. Awal2 pagi lagi mak dan ayah saya dah sibuk siapkan semua barang untuk buat bubur Syura ni. Last time saya tengok orang buat Syura ramai2 ni masa sekolah. Masa tu kat Kelantan, MRSM JELI. Bubur Syura kat Kelantan ni lebih kurang je macam Terengganu punya, cuma rasa lain sikit, pastu color dia lagi hitam. Mungkin sebab rempah jenis lain kot. Lepas pada tu saya tak berpeluang lagi tengok, sampai lah tadi baru tengok orang gotong royong buat Syura. Sebab tu sedikit jakun di situ. Haha. Tapi dalam banyak2 bubur Syura, yang Terengganu punya paling sedappp saya rasa. Kaya dengan daging, ayam, ikan dan kacang. Sedappp! Eh eh..orang negeri lain jangan marah. Yang lain pun sedappp juga, cuma bagi tekak Terengganu jati macam saya, yang Terengganu punya tetap terrsedappp. huhuhu





Friday, December 24, 2010

Annual Dinner 2010

Sudah hampir seminggu berlalu. Jadi ini kiranya kisah yang sudah basi masyammm. Basi pun basi lah, tak kira, mahu post jugak.:D

Sambungan dari entri ini, lepas dah penat2 pusing IKEA, kami pun pulang. Golek-golek jap, then terus bersiap mekap2 untuk dinner. Pukul 6 petang terus ke PWTC. Tunggu rombongan Cik Kiah dengan bas, then terus masuk register. Sampai kat dalam, haku terkezut monkey. Mak aihhh, bergemerlapan sungguh outfit manusia2 yang nak ber-dinner ni. Bayanglah, semua staff seMalaysia berkumpul setempat. Ramai yang amat, di tambah pulak percikan cahaya glamour bling2 baju masing2. Terus i yang besar gabak ni tenggelam. Dah lah baju tak de bling2, terus malap. Kahkahkah. Ahh, lantak. Yang penting ku enjoy.:D.
Lepas register, masuk lah kat dewan tu. Apa entah namanya, lupa. Dewan yang sama masa saya Konvo 2 tahun lepas. Majlis start dalam pukul 9.30, lepas Dato' Wira tiba. Lepas ucapan Dato', makan time! Perut sangatlah sedang berdendang dondang sayang. Lapar sungguh. Makanya terus makan dengan bersungguh. Macam biasa, menu, Chinese Crusine. Makanan kat sini so-so saja. Tak ada lah best gile ke apa. Biasa je. Berbanding tahun lepas yang lagi best lah saya rasa. 

Tengah2 makan, acara di tunggu2, artis jemputan. Kalau tahun lepas di Hotel Royal Chulan, artisnya ANUAR ZAIN, tahun ni FAIZAL TAHIR. Erkk, Siapa minat, angkat Tangan..!!huhuhu. Menurut kawan2, mamat ini pernah di jemput untuk dinner dulu. So ini kali kedua lah dia di jemput. Makanya, ramailah yang teruja. Tapi..ishh, kalu saya cakap harapnya big fan dia jangan lah memaki hamun saya ye. hehe. Saya tak minat Faizal Tahir. huhuhu. Entah kenapa, saya tak berapa suka dengan dia sebab bagi saya dia ni sedikit berlagak dan over. Tapi tak nafi lah, dia ni tak sombong dengan fan dia. Friendly dan sporting juga. Dan yang paling kelakar, masa dia turun dari stage, tengah dia jalan kat tengah2 tu, sambil dikerumuni fans, saya sempat menyelitkan diri untuk ambil gambar dia. Hambik kau, jarak antara saya dengan dia cuma beberapa inci saja. Hajatnya mahu ambik gambar kawan2 bersama si penyanyi, especially KAK NA yang minat gile mamat ni. Last2 semua tak bergerak, semua terpaku di meja. Haiikk, i sorang je yang tergedik2 di situ ambil pics Faizal Tahir. Hape kes?? Alang2 dah depan mata, ku ambil lah pics Faizal Tahir yang tengah syok sorang2 melalak atas kerusi sampai nampak anak tekak ni. Nasib baik kau Faizal Tahir, kalau zaman ANUAR ZAIN dulu i sedekat ini, mau juga ku cium..opppssss!



Tapi keseluruhannya malam tu macam kurang ummpphh saja. Entah sebab apa. Mungkin tempat yang tak best, Mungkin MC majlis yang agak ntah hape2, mungkin sebab badan penat. Nak bergambar pun macam tak syok, sebab tu tak banyak gambar pun. Tapi hadiah lucky draw sangat best dowhh. Percutian ke oversea, iPhone, Nokia Handset, barangan elektrik dan macam2 lah. Saya sangat tak bertuah tahun ni, pulang dengan tangan kosong. Tahun lepas dapat juga sterika. hehehe. Tak apa lah, tak ada rezeki. Yang penting enjoy juga lah dapat jumpa kawan2 lama.






Students ku sayang..

Students ku sayang,
Musim ber-exam kembali!!OoYeahh! Sepanjang minggu lepas, dunia kamu semua huru hara dengan exam midsem. muahahaha. Huru hara ye, padan muka. Siapa suruh study last minutes. Ehh, belum habis lagi lah, minggu depan lagi 2 hari. Belum berakhir ye sengsara korang. haha. Ala, rileks la. Baru midsem. Senang macam makan kacang lah. Makan kacang lagi susah, kena buang kulit. Korang jangan lah jadi kacang, lupakan kulit, walau pun bukan sengaja si kacang nak lupa kulit. Wahai kulit, jangan sedih, kacang lagi sengsara, kena kunyah sampai hancur. gegeggegegege!

Students ku sayang,
Jangan lah rungsing, jangan lah sengsara, jangan lah tertekan. Saya pernah di tempat kamu. Saya pernah sengsara seperti kamu. Namun percaya lah, kesengsaraan itu sangat manis untuk di kenang suatu hari nanti. :) 

Kalau kamu di tempat saya sekarang, pasti kamu mahu jadi students sampai bila2. Sebab menanda kertas peperiksaan kamu sangat lah mencabar. Cabaran terbesar saya barangkali. HAHA. Berpinar biji mata. Kepala ala2 nak migrain. Nafas kadang2 semput. Ehh, susahkah soalan saya? 

Students ku sayang..
Demi kamu, saya sanggup berpinar mata, biar pun dah hampir naik juling. :D. Saya cuba terbaik untuk memahami kamu, memudahkan kamu. Makanya, usaha sahaja yang saya mahu dari kamu. Usaha lah sebaik mungkin. Sehabis baik. Untuk 3 tahun yang terindah di kolej tercinta, guna sebaik mungkin masa itu. Kalau pun rasa untuk midsem ini, mungkin tak mampu buat sehabis baik, cuba lah lagi untuk Final nanti. Cuba lah sehabis baik. Saya akan bantu, kalau kamu mahu bantu diri sendiri. Yang penting jangan MALAS. Halau lah MALAS itu dari dalam diri. 

Students ku sayang..
Bantu lah saya untuk membantu kamu. Jangan lah lagi prepared last minutes. Kasihanilah saya yang terpaksa mendera otak untuk marking paper kamu. Jangan lah jawap soalan saya yang senang macam kacang lupakan kulit tu dengan jawapan2 yang terlalu bombastik. Jangan lah jawap dengan jawapan yang langsung tak ada kena mengena. Jangan lah jawap dengan jawapan yang bisa meruntunkan jiwa. Sengsara saya tau nak menanda hampir 100 kertas exam yang ada multi answers. Kahkahkah!



Wednesday, December 22, 2010

RAPUH.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, December 20, 2010

KL, here we come!

Acara tahunan muncul lagi, Annual Dinner. Macam ni lah setiap tahun, acara menonjol diri secara besar-besaran. HaHa. Sepanjang bekerja, sudah 2 kali dinner yang saya sertai. Tahun lepas buat kat Royal Chulan, dengan tema Color of the World. Team Terengganu dapat Canada, merah putih. Tahun ni kat PWTC, tema Glamour and Glizz: Movie nite Premier. Hambik kau, mau nya yang glamor dan bling bling saja, okeh! Tema dan tarikh dah di beritahu 2 bulan sebelum majlis, makanya ramai lah staff2 Terengganu yang excited sungguh prepared untuk dinner ni. Biasa lah, masa ni lah dapat bergaya bling2, berseronok bersuka ria dengan semua branch. 

Saya pula pergi awal sehari, lepas subuh jumaat, terus bertolak. Pergi satu kereta dengan Kak Yana, Ziana, dan Kak Chik. Sampai KL dalam tengahari. Makan2, pastu teruskan aktiviti paling syokk di dunia, SHOPPING!. Gigih kami menapak di Sogo dan Jalan TAR. Iya lah, bukan selalu ke sini. Zaman2 belajar kat Shah Alam dulu, saya teramat lah jarang turun KL. Sangat tak suka sebenarnya, sebab KL bagi saya terlalu crowded dan terlalu sesak dengan kenderaan. Dulu2 tak adanya saya nak jalan2 ke KL tanpa tujuan. Macam takde kerja pulak nak bersesak2 dalam train dan bas semata2 nak menikmati kesesakan di KL. Sebab tu lah, sampai sekarang pun, nak pergi KL dengan train sorang2 diri pun haku tak reti. hehe. Tapi sekali sekala bersesak di Jalan TAR, memang berbaloi2. muahahaha. Mana tak berbaloi, barang2 kat situ especially tudung2 memang super duper murah. Tudung gipsi yang ada subang tu kat sini cuma RM 10, kat Terengganu RM20. Baju pasang kain cotton kat sini RM20, kat Terengganu RM45. Tempat sangkut tudung, kat sini RM10, kat Terengganu RM 20++. Jadi, jangan salahkan kami yang tiba2 excited overdose bila masuk satu kedai tudung yang jual shawl hanya RM3. Owhh, sangat lah murah. Rasa macam mau borong satu kedai bawak balik ke Terengganu. Entah kenapa barang2 macam ni kalau kat Terengganu jauh lebih mahal. Tak kan lah kos pengangkutan tinggi sampai harga beza sampai 100%? Macam barang2 tu nak sampai ke Terengganu kena hantar dengan kargo kapal terbang pulak. Sangat tak faham di sini. Tak kisah lah, yang penting shopping itu pencetus kebahagiaan. kahkah!

Then keesokkannya, kami dah kehabisan wang sebab shopping melampau2 di jalan TAR. haha. Kesian je bunyi. Jadi sementara nak tunggu acara dinner pada malam nya, kami pun berjalan2 lah ke IKEA, saja2 nak cuci mata. Iye lah, poket dah nipis. Jalan punya jalan, sambil terkagum sendiri tengok showroom, sambil berangan2 nak buat dapur macam tu, nak bilik air macam ni, tangan pun tercapai lah barang2 yang pada pandangan mata, owhh cantiknya, owhh berkenannya. Nah! Tadi hajatnya cuma mahu jalan2, kenapa penuh pulak beg kuning IKEA tu? haa, jawap! jangan tak jawap. Okeh, baik. Tewas juga pada nafsu shopping yang membuak2. ekekekke. Nasib baik datang dengan kereta je, kalau tak memang selamat lah satu katil queen size yang kak chik berkenan sangat kami angkut. huhuhu. Satu je yang tak best, saya tak dapat makan meatball IKEA yang best itu. Datang awal sangat, tak sedia lagi makanan itu. Sadis betul. Tapi tak apa lah, sebab sepanjang 2 hari tu, kami makan tak berhenti. Makan je kerjanya. huhu. Sungguhlah kuat makan. 

Tu lah aktiviti kami sebelum acara annual Dinner tu. Shopping sampai pengsan! Letih jangan cakap lah, sampai kat tempat penginapan terus collapsed. Owhh, lupa nak cakap, kami menginap di Rumah Universiti, UM. Entri pasal dinner, later lah. Gambar belum di transfer lagi. Tak boleh nak upload lagi. Apa yang best pasal dinner? Tunggu..

Sunday, December 12, 2010

KuKekalutan

Hari ini hari yang tak indah bagi saya. Hari yang suram. Walau langit cerah, ooyeahh, tak hujan matahari memancar, hati tetap mendung. Haiih, cuaca elok, saya pulak yang tak berapa nak elok. Untuk kali keberapa dah ni, hidup yang baru nak tenang dikocak2 kembali. Sakit hati, marah, geram bertandang lagi. Kes apa pulak ni? Kes yang sama lah. Makanya, acara cursing people with all your heart pun bermula lagi. Tegar nya perempuan tu. Mau saja ku sedekah layangan tamparan hikmah bima sakti 7 cakerawala langit. Biar terpasak kau di perut bumi. Haa, kan dah terkeluar segala mak nenek. Tak puas lagi ke cik kak oiii.

Tahun 2010 dah semakin menghampiri penghujung. Tak sangka pula hujung2 tahun ni saya dihidangkan dengan pelbagai cerita yang tak enak. Dugaan yang tak sudah. Adoiii. Sakitnya hati. Musim2 tengkujuh yang patutnya sejuk dan tenang, panas membahang saja saya rasa. Panas kat dalam. Benar2 menguji keimanan ni. Mujur lah iman masih kuat. kuikuikui.

Sepanjang december ni juga agak kucar kacir dengan pelbagai tugasan yang tak terbuat. Meeting sana sini. Kelas yang di-postponed belum berganti. Persiapan soalan midsem yang akan berlangsung akhir bulan ni. Persiapan untuk dinner minggu depan. Haa, yang ni lain macam sikit peningnya. Dinner kat PWTC.Owhh, yang ini bikin haku migrain. Tema Movie Night Premier. Harus lah berpakaian Glamour dan bling-bling. Dan ikut perancangan awal, beria2 nak buat garden party sebelum Dinner. So, suruh sedia kan outfit yang serba serbi putih. Bila saya dah beli baju seluar semua untuk acara koktail tu, boleh pulak di cancel kan garden party tu.Haiih, cakap lah awal2. Kan senang tak payah beli. Pastu yang bling2 tu haruskah ku pakai? Tidak sama sekali. HAHA. Saya ni memang bukan jenis yang sanggup berhabis asal nampak vogue dan glamour. Nak2 untuk majlis dinner macam ni, malas lah nak berhabis beratus2 beli baju, pastu boleh pakai sekali je sebab malu dah nak pakai untuk jalan2. Tahun lepas punya dinner pakai baju biasa je. Sangat murah sampai malu nak sebut kat sini. KAHKAHKAH. Takde pun  kena halau ke apa ke sebab pakai baju murah. Makanya dinner kali ini kita pakai je baju yang sedia ada. ggegeggegegege!

Harap2nya di penghujung December, semua kekalutan berlalu. Nak mula tahun baru 2011 dengan lebih tenang dan bersemangat baru. Owhh dah nak masuk 2010??Alahai, cepatnya.... Azam baru??

Tuesday, December 7, 2010

My Bestfriend's Wedding.

26hb November lalu, saya attended majlis kahwin seorang kawan baik masa kat campus dulu, HUDA. Baru nak update cerita, sebab baru dapat semangat nak update. haha. Pulak tu baru dapat pics dari member yang bawa kamera. Lately saya sangat lah selalu lupa nak berdampingan dengan camera, jadinya selalu tak dapat capture memori2 indah ni. Haiih..

Huda ni kawan masa susah senang kat MSU dulu. Teman serumah, sebilik, sekelas. Tak nak cerita lah tentang segala macam susah senang masa belajar dulu, kan emo tak pasal2. huhu. Yang pasti banyak juga lah yang kami kongsi bersama, walau sempat berkawan rapat pun hanya lebih kurang 3 tahun. Sekarang even tak bersama, masih lagi contact2. Tapi dia lah yang rajin menelefonnya. Nak harapkan saya? Kononnya sibuk memanjang je..*malu*. 

Berbalik pada cerita kahwin ni, honestly saya sedikit terharu. Sebab sepanjang berkawan dengan dia, sempat lah saya menjadi saksi pahit manis cinta diaorang ni. Dari drama sebabak, suka-happy-no-ending, sampai lah acara bergaduh bagai nak kiamat, semua di lalui dengan jayanya. Owh, lupa nak bagitau, suami huda ni bernama Hazrif. Diaorang ni bercinta dari form 4, masa umur 16. Hebat tak? Kuatnya jodoh diaorang, hampir 10 tahun bercinta. Akhirnya ke jinjang pelamin. Sangat terharu, bila tengok kawan sendiri akhirnya bahagia bersama. 



Ini lah Huda n Hazrif. Gambar ni i curi dari fb..hehehe
Masa kenduri dia, saya pergi bersama 2 orang kawan yang juga ex-housemate masa belajar, Shida dan Suzy. Rajin diaorang datang jauh dari KL semata2 nak attended kenduri si Huda ni. Lepas pick up diorang kat airport pagi tu, dalam pukul 10 kita orang bertolak ke Kemaman. Faham2 saja lah, K. Trg dengan Kemaman bukan dekat, mau 3 jam juga. So, kena lah bertolak awal. Sampai ke rumah Huda dalam pukul 1 petang. Rupa2nya bersanding pukul 3, kitaorang sampai awal lah pula. Tak sempat nak tunggu Huda-Hazrif bersanding. Kan kalau tunggu, maunya sampai maghrib baru sampai rumah. Jadinya hanya sempat jumpa huda je. Lama dah tak jumpa dia. Sekarang jumpa dah jadi isteri orang. Dan dia masih macam dulu, still clumsy, mulut pok pek pok pek. haha. Owhh, pelamin dia sangat cantik. Mau macam ini juga. BERANGAN LAH KAU. Sempat lah posing amik2 gambar. Dan sempat juga saya berdrama airmata depan pelamin tu. Sebak you, tengok member baik akhirnya naik pelamin. :D . Borak2 makan2, dalam pukul 2 kitaorang dah gerak balik. Singgah di Mesra Mall untuk dapatkan ini BIG APPLE DONUT. Yummy!

Si Shida dan Suzy pula,dah datang kenduri, merangkap sekali lah melancong ke Terengganu ni. Tapi silap time lah, datang time tengkujuh macam ni, nak menapak pun banyak halangan lah. Sempat lah 2 hari mereka ni duk di Terengganu. Kesian juga sebab tak banyak tempat saya bawa diaorang, sebab kerja dan hujan yang tak henti2. Tapi dalam2 tak banyak tempat pergi, hebat juga minah2 ni shopping kat Pasar Payang. Beratus juga habis beli itu ini. Syabas! hahaha! Tak apa lah, lain kali sila lah datang lagi, aku bawak korang pergi Pulau pula ye. Tapi make sure datang jangan di musim Tengkujuh ye..hehe

Monday, December 6, 2010

Tahun Baru 1432 Hijrah. Salam Maal Hijrah

1 Muharram 1432H. Alhamdulillah, sekejap lagi, lepas maghrib, tahun baru muncul kembali. Tahun baru dalam kelendar Islam yang sepatutnya seluruh umat Islam di dunia ni menyambut dengan penuh kesyukuran. Malangnya, kat Malaysia ni, sambutan tahun baru masihi disambut jauh lebih hebat, penuh warna warni. Tahun Islam? Cuma di pandang sepi. Yang penting, 1 Muharram, cuti umum. hmmm, takut pulak fikir sikap umat Islam sekarang. Lupa dan Alpa dengan segala nikmat Allah s.w.t.

Memandangkan kejap kita bakal menyambut tahun baru, marilah sama2 kita menadah tangan berdoa moga2 hidup kita sepanjang tahun lepas di berkati Allah, dan setahun yang bakal mendatang ini penuh dengan rahmat dan limpahan nikmat yang tak terhingga dariNYA.


Doa Akhir Tahun
 Di baca pada akhir tahun, 29 zulhijjah, lepas solat Asar

 
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah Swt. melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah kukerjakan selam tahun ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku, dan Engkau telah mengajakku bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itulah ya Allah, aku mohon ampunanMu dan berilah ampunan kepadaku dengan kemuarahanMu. Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun
di baca pada awal tahun, 1 Muharram, selepas solat Maghrib


Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah Swt. senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw., beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim (dahulu) lagi awal dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan kedermawananMu tempat-tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami mohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

Selamat Menyambut Maal Hijrah untuk semua Umat Islam. Semoga Tahun ini memberi pengertian yang lebih sempurna sebagai umat Islam, dan semoga segala amalan tahun lepas dan tahun ini akan di berkati dan dirahmati Allah S.W.T.




Sunday, December 5, 2010

Tengkujuh.

Owhh mood. Kemana dikau menghilang?

Lamanya tak update. Bukan tak ada cerita. Banyak sangat yang nak di-entrikan. Tapi banyak juga halangannya. Halangan paling besar, MALAS. Kalu masalah yang satu ini, tak dapek nak tolong dah. huhu. Lagi satu, musim tengkujuh di Terengganu tengah melalui fasa terhebat. Tengah hujan bersungguh2, macam tak nak berhenti langsung. Tak bagi can langsung nak beronggeng2. Eh, mana ada tak beronggeng. Hujan ribut petir pun, i sanggup je menapak mengharung banjir kalau di ajak bershopping berjalan kemana2. MUahaha.

 Tapi tak boleh nafi lah, kalau dah hujan bak marathon tak henti2 berhari2, banyak urusan lah yang tersangkut2. Hujan bukan spesis yang manja2 renyai2 tu, ni hujan yang lebat selebat2 nya. Kesian pulak tengok orang yang cuma bermotosikal untuk kemana2. Basah kuyup mandi hujan. Ye lah, pakai baju hujan or payong memang tak jalan dah. Eh tapi seronok apa mandi hujan. Teringat zaman kanak2 rebina dulu. Bila lagi kan nak mandi hujan. haha. Biasa lah, ini pemandangan biasa bagi penduduk pantai timur di akhir tahun. Musim tengkujuh yang sangat istimewa. Akhir tahun je tau dapat rasa macam ni. Memang mencabar lah kalu nak bercerita pasal musim tengkujuh ni. Bila hujan begini, automatik jalan raya mula lah jam macam musim perayaan. Sesak sendat dengan kereta. Ye lah, dari yang bermotorsikal, terus berkereta untuk elak hujan. Nak bangun tidur pun jadi cabaran musim2 sejuk begini. Haha. Keseronokan berselimut bertemankan irama hujan lebat sangat syioookk!! Macam hari2 nak tunggu jumaat, supaya boleh tidor lama sikit. kahkah. Tapi yang paling tak best, bab kehadiran students.  Nak2 kelas pagi, berapa kerat lah students yang datang. Adoii. Bab ni memang boleh mengundang marah betul. Ye lah, kita dah susah payah datang pagi2 nak mengajar, dia orang boleh tak datang sebab tidur lah, tak boleh datang sebab hujan lah. Dah nak buat macam mana, kelas pagi bukan boleh ubah2. Kalau orang lain boleh sanggup meredah hujan datang kelas pagi2, anda2 tak ada perasaan ke nak usaha bangun datang tuntut ilmu. haiih. Nasib lah dapat lecturer macam saya. Tak datang kelas, dapat lah 'something' dari saya.:D


 Owhh, beberapa tahun kebelakangan ni, musim tengkujuh di Terengganu dah tak macam dulu dah. Dulu kalu akhir2 tahun macam ni semua duk rumah main banjir. Tak ada nak buat. Paling2 syiok pun rebus ubi kayu, makan dengan nyior, minum air kopi.*grluupp*Sedapnya!. Sekarang musim tengkujuh satu rahmat. Sebab ada Monsun Cup. Ala, yang main kapal layar tengah2 hujan ribut tu. So ada lah aktiviti sikit penduduk Terengganu. Rezeki pun tak putus, ada juga masuk hasilnya. Pelancong pun ada lah yang nak datang walaupun hujan ribut bagai. Tapi, saya pun tak pergi tengok pun lagi. Dah habis belum ek Monsun Cup ni?? hehe.

Dalam seronok2, ada yang tak best nya. Dalam tak bestnya, ada juga seronoknya. Fair lah tu. Kan sesuatu yang Allah jadikan ada baik dan buruknya. Nikmatilah sepenuhnya. Semoga tengkujuh kali ini tidak membawa malapetaka kat siapa2. Dan berhati2 lah di jalan raya. Dan sesiapa yang berpeluang main bah, hati2 juga. Saya dah bertahun2 tak main banjir, sebab kampung saya dah tak banjir sejak awal 90an. Mak saya kata zaman dulu2 time banjir kat kampung sangat seronok berperahu segala. Jeles sungguh. Sekarang tak banjir dah, duduk rumah je tengok tv. Tak mencabar langsung. huhuhu. Tapi ok lah tu. Kalau lah masih banjir, agak2 saya 24jam berendam dalam banjir. hahaha:D

Wednesday, December 1, 2010

T_______T

Am i suffering rite now? Entah. Yang pasti rasa dah di luar kebiasaan. Macam kegembiraan yang di harap tak kunjung2 juga. Baru nak senyum happy huhahuha, tiba2 mood seronok hilang melayang. Ada je yang tak kena. Haiih..Ini kah hidup? seksa dowhh. Sampai nak buat kerja pun rasa dah tak best. Langsung tak ada mood nak sentuh kerja yang bertimbun2. Soalan midsem tak buat lagi. semua benda pun tak buat lagi. TENSION!!

Tapi pada apakah harus saya sandarkan semua keresahan ini? Pelik bukan. Tak tahu di mana puncanya. Atau mungkin juga tak ingin tahu sebenarnya. Asal malam je rasa nak menangis. Pedih dada. T_________T

Sekejap rasa kuat. Sekejap rasa lembek longlai. Sekejap dah yakin pasti. Sekejap rasa keliru dan tak pasti. Walla! Bercampur baur. Setiap langkah yang di ambil bagaikan memberi lebih banyak soalan berbanding jawapan. Tak telus. Takut. Keliru. Apa saja, just name it. 

Kata2 semangat dan penuh rangsangan bagaikan tak lagi berupaya memberi sentuhan di hati. Ucapkan lah apa saja, hati bagaikan beku. Cuma satu yang belum penah sekali pun terhenti; doa pada yang SATU, agar apa pun rasa yang di beri, mohon kuatkan lah hambaMu ini. Moga apa pun ujian yang di kirim, bahagia itu biarlah milik hakiki hambaMu ini.

Saturday, November 27, 2010

Diam itu lebih baik

Mengulangi Kesilapan mungkin satu perbuatan bodoh. 
Lalu jika kesilapan itu berulang lagi, maka kebodohan itu lah yang harus dipikul ke sekian kali.
Sedar itu salah, namun itu lah yang berulang.
Sedar itu keburukan, namun itu lah yang di turutkan.
Lantas, haruskah menyalahkan orang lain di atas segala kekhilafan diri?

Pertanyaan itu mungkin tak akan ada jawapannya.

Pandangan sinis itu takkan ternokhtah.
Maka, Diam itu mungkin lebih baik.
 

Wednesday, November 24, 2010

Don't Mess With Me

Minggu yang agak busy. Program meeting, staff meeting dengan Dato' yang tak jadi, terseksa jiwa merana, handle program Derma darah esok, baiki2 pathway mentees, bla bla bla. PENAT. LETIH. banyaknya benda yang kena buat. But hey, kesibukan itu menyelamatkan keadaan okeh. hehe. Tengah2 diri tak berapa nak stabil ni, variety kerja benar2 membantu saya menstabilkan diri. Macam lah teruk sangat keadaan kau minah. haha.

Tapi satu perkara untuk di kongsi, kejadian 2,3 hari lepas benar2 menyerlahkan sisi jahat saya. hahaha. gelak secara jahat ye. Yes, saya memang panas baran dan sangat cepat marah. Tapi tindakan kali ini bukan kerana panas baran. Perbuatan mereka mencetuskan amarah yang tidak sedikit. Menggunung rasa benci bercampur geram teramat. Masa tu memang tak mampu nak berlagak cool pun, dan masa tu memang sungguh2 menangis, sedih sangat lah konon. Tapi lepas berdepan dengan masalah tu sendiri, saya berhenti menangis, tak rasa apa dah. Haikk, apa kes kau melalak2 tadi? Entah. Yang tinggal cuma rasa dendam yang cukup memuncak. Dalam2 saya meredhai apa yang terjadi, dalam2 saya maafkan mereka, terselit rasa geram. Lantas, saya sakiti mereka, seperti mana saya di sakiti. Saya kenakan mereka cukup2, dengan bahasa yang terlalu 'indah' untuk mereka telan. Biar mereka rasa akibatnya 'bermain' dengan saya. Dan saya lakukan semua itu tanpa dipengaruhi rasa marah. Jujurnya, perbuatan saya itu sangatlah salah dan sangatlah bukan 'saya'. Adik2 di luar sana jangan lah mengikut ajaran sesat kakak ini, haha. Saya tahu dan saya mengerti itu. Anehnya, rasa puas hati melihat mereka seperti cacing kepanasan memenuhi ruang hati. Owhh, inikah rasanya bila dendam terbalas? Rasa nak senyum sepanjang hari. Rasa macam 'hey mangkuk, aku dah menang'. 

Namun Tiba2 saya rasa takut dengan diri sendiri. Eh, kenapa aku happy melihat "kesakitan" orang lain ni? Seram you, macam dah tak kenal diri sendiri. seram tak? seram tak? Begini rupanya saya bertindak bila 'dicucuk'. Terus rasa 'jahatnya aku'. Jahat ke? Haha. Maybe jahat pada yang terkena. Tapi yang rasa ala2 dikhianati macam saya ni, rasa itu satu nikmat. hahaha. Rasanya kalau di interview untuk jawatan Ketua Kongsi Gelap, or Along, mungkin lepas kot. haha:D . Tapi bila dah sampai seram dengan diri sendiri, terus saya stop buat kerja2 takde faedah tu. Dah kata lantak kau, yang saya sibuk2 nak balas dendam apa hal? Cukup lah bagi mereka rasa sikit kesakitan itu. Yang lain biarkan berlalu pergi bersama angin. 

But at least, saya mula kenal sisi gelap saya ni. Yang mungkin sudah lama duduk diam2 dalam diri. Yang tiba2 menonjolan diri akibat di usik. Well, walaupun kenikmatan itu ada, i'm not feel so good about that. Saya tak mahu mencetuskan rasa 'gembira melihat orang terseksa'. *Gulppp* Rasa itu harus di hentikan. Gantikan rasa itu dengan rasa kesyukuran yang tak terhingga. Baru satu rasa bahagia yang Allah tarik, beribu lagi nikmat yang harus di syukuri. 

Ermm, lepas ni harapnya tiada lagi acara 'jolok sarang tebuan' ni. Sarang tebuan ini mampu memberi sakit yang berganda kepada kamu. Saya sendiri tak berani jamin apa yang saya mampu lakukan, kalau perkara ini terjadi lagi. Don't Mess With Me ya. ehh, aku warning kat sapa ni?? takut tak?? takut tak??

Monday, November 22, 2010

Saya Yang Kuat lagi Gagah Perkasa

Saya masih kuat..Oooyeahh!Eceh, tiba2 bangga pulak. Musibah yang datang membuat saya jatuh terduduk. Namun tak sangka pulak begitu cepat saya bangun semula. Bangkit dengan satu kelegaan yang tak terucap. Kalau sebelum ini, datang je guruh ribut petir macam ni, pasti air mata berjujuran setiap masa, siap meleleh hingus duk layan lagu jiwang karat bagai. Sekarang, dengan segala kekacauan ini, hati saya tenang. Saya tak larut dalam kesedihan itu. Sumpah tenang. Sampai sendiri hairan, betul ke aku? Apasal rasa cool semacam.? Saya siap test, dengar lagu2 yang dulu pernah buat saya meleleh air hidung, tak rasa apa2. Rileks je, siap replay 5,6 kali lagu yang sama. Still juga saya tak rasa apa. Dari mana datangnya kekuatan ini? Ehh, ok ke saya ni. HAHA. Gila apa tak percaya diri sendiri. Boleh tu tak percaya tindak balas diri terhadap masalah bodoh tu. :D

Cuma sedikit terganggu dengan panggilan2 dan SMS orang itu yang konon2nya baru sedar salah sendiri, tolong bagi peluang perbaiki diri, tolong maafkan diri, i'm still loving u. Kepala Hotak LU!! haa, kan dah kena. Benci tau nak memujuk rayu ni. Dah jelas saya relakan kau dengan dia, apa kes nak gile2 talak ni. Ni lah manusia, kenapa lah nak lawan hukum alam. Kalau tak bagi, dia buat sembunyi2. Dah bagi kan tak nak buat pulak. Pelik betul. Buat apa lah nak seksa diri. Ke memang suka ber-kekasih gelap? Bukan kah lebih baik kau teruskan je dengan dia. Saya dah relakan, dah sedekah kan pun kau kat dia. Ye lah, dah nampak sangat terdesak je. Tapi tak nak pulak. Haiihhh. Manusia oowhh manusia. 

Sekarang dah sampai masa untuk tumpukan pada diri sendiri. Asyik terkorban dan lupa nak jaga hati sendiri selama ini, akhirnya tuhan dah bagi peluang penuhi segala kehendak diri yang asyik di-hold sebab nak utamakan harapan bodoh tu, sila lah grab the peluang itu. huhuhu. Nak buat apa ye? apa ye? Haha. Jakun sekejap saya, macam tiba2 nak manjakan diri dengan segala impian yang tertunda. Okeh, kita mulakan dengan membelanjakan diri dengan segala apa yang saya nak selama ini. Nak beli apa tuh? Kereta? Rumah? Kapal Terbang? Haha. Mengarut sudah engkau wahai mieyza. Rahsia lah, mana boleh nak heboh2, karang kena rampok baru padan muka. kahkahkah!

Sunday, November 21, 2010

Untuk Kamu. Hanya Untuk Kamu

Dugaan datang tanpa diundang. sekelip mata saja, semua berubah. Sekelip mata saja, runtuh kasih sayang yang begitu menggunung megah bertakhta dalam hati. Runtuh hanya kerana satu kesilapan bodoh, yang sengaja dilakukan demi mencari ruang baru dalam hati. Sedih. Hiba. Terguris. Ye, jujurnya, itu lah yang dirasa. Sakit? Teramat sangat. Setelah melalui segala ranjau berduri, menelan bulat2 semua hinaan dan pandangan serong orang2 itu demi kerana dia, saya tak layak diperlakukan sebegini. 

Rasa hiba itu mengundang tangisan panjang yang tak berhenti. Tertanya2 sendiri, kenapa diri ini di tipu hidup2? Sejak bilakah semua ini bermula? Mengapa begitu tegar mereka melakukan itu??KEnapa? KEnapa? Setelah semua terungkai, senang2 kemaafan di pohon. Sanggup tinggalkan dia untuk saya? CInta masih utuh untuk saya? Enough. Jangan sesekali tinggalkan dia. Dan jangan sesekali berjanji apa2 lagi. Janji itu sudah tak laku. Cinta itu sudah pergi jauh. Ye, kamu lelaki baik, teramat baik. Mungkin takkan lagi saya jumpa lelaki sebaik kamu dalam hidup saya selepas ini. Tapi maaf, kesalahan itu terlalu besar untuk di tutupi oleh semua kebaikan kamu. Kamu tak layak untuk saya. Kamu tak layak menerima ihsan saya. Dan kamu sangat tak layak menerima cinta saya. Hati saya sudah hancur lebur. Tersiat. Terkoyak.

TAPI, bukankah ini yang saya mahukan? Bukan kah ini yang saya doakan selama ini? Wakes Up! Raise your hand, and said ALHAMDULILLAH. Doa saya sudah di makbul kan. Tarik nafas panjang2 dan senyum. Ini semua jawapan bagi semua solat hajat dan Istikharah yang saya pohonkan. Tuhan dah tunjukkan segala. Patutkah saya pejamkan mata lagi? Jadi, hentikan semua pertanyaan. Memang takkan ada jawapan, kerana ini lah jalan yang perlu saya lalui sekarang. Dengan senang hati saya lepaskan kamu. Saya bebaskan kamu dari cengkaman saya. Terbanglah kamu wahai lelaki bersama cinta baru. Jangan sesekali cuba menipu diri, melepaskan cinta baru berputik untuk kembali mewangikan cinta kita. Sudah tiada istilah CINTA KITA. Istilah itu sudah terlalu busuk untuk cuba diwangikan semula. Sudah kering. Sudah Mati. Luka itu terlalu dalam untuk di sembuhkan. Dan jangan berharap saya sanggup berkorban lagi untuk kamu. Tak berbaloi pun semua itu. 

Hari ini, kamu hanya lah kenangan bagi saya. Kisah silam saya. Baru dua hari lepas kamu masih 'somebody' saya, sekarang kamu adalah 'nobody'. Kamu mengajar saya pengalaman hidup. Pengalaman yang cukup berharga, tak mampu beli di mana2. Rindu, Dendam, Cinta, Sayang, Benci itu warna hidup kita. Kita sudah melalui semua itu bersama. Hangatnya kasih sayang kamu yang pernah di curah seikhlas hati, akan tetap saya rindui. Kerana kamu adalah sebahagian dari pengalaman saya, tidak akan saya padam satu pun kenangan kita. Takkan saya padam kan apa pun entri yang pernah saya dedikasikan untuk kamu. Saya takkan menafikan segala rasa cinta dan kebahagiaan yang pernah tercetus oleh kamu. Sebab itu adalah sebahagian warna dalam hidup saya, yang tak ingin saya lupakan. Tapi kesilapan kamu yang satu itu, tiada lagi peluang kedua. Cukup lah berpuluh2 peluang kedua yang saya bagi, kamu sia2 kan. Janji lah apa pun sekarang, Korban lah apa pun sekarang. Saya takkan terima lagi.

Maaf saya pohon jika sepanjang hari ini, kamu dan dia tersakiti oleh saya. Maaf, saya pendendam. Saya lakukan semua untuk membuat kamu berdua terasa sedikit sentuhan nikmat kesakitan yang saya rasai. Walaupun itu bukan perbuatan yang baik, namun itu menimbulkan rasa puas dihati. Tapi cukup lah permainan saya. Dendam saya sudah terbalas, walaupun sakit di hati masih bersisa. Namun percayalah, melepaskan kamu pergi adalah satu kelegaan yang sudah lama saya cari. Tanpa air mata yang selalu tertumpah. Syukur, semua sudah berakhir. Saya pohon, jangan dilepaskan dia untuk mengejar saya lagi. Tidak berbaloi kerana kamu sudah saya lempar jauh. Teruskan hidup kamu dengan dia. Kisah kita sudah berakhir. Saya maafkan kamu berdua seikhlas hati. Atas semua kesakitan dan penganiayaan, saya maafkan. Kerana saya tahu kamu juga mungkin pernah saya sakiti dulu. Ampunkan saya untuk itu.

Catatan ini mungkin akan menjadi ingatan untuk saya bagi menempuh hidup selepas ini tanpa kamu. Mungkin berat kaki melangkah tanpa kamu di sisi. Mungkin hidup menjadi serba tak kena tanpa kamu di hati. Namun biar lah, sesukar mana pun, itu hanya sementara. Kita mulakan hidup baru. Jangan dikesal kan kesilapan itu. Ambil itu sebagai pengajaran untuk hidup kamu pada masa akan datang. Mungkin selepas ini, saya akan kembali menerima kamu. Itu tuhan yang akan tentukan. Setakat ini, saya tutup serapat2nya ruang hati untuk kamu. Dan saya redha atas semua yang berlaku. Saya sudah terlalu lama bersedia untuk ini. Saya terima semua ini dengan hati yang terbuka. Apa pun, Terima Kasih Sayang untuk segala-galanya. Kita senyum dan teruskan hidup.

Saturday, November 20, 2010

Kelegaan Dalam Kesakitan

 AMARAN: untuk bacaan sesiapa yang boleh menerima kata2 tak bertapis. Sorry, entri yang emo overdose.

Only one word can describe. LEGA. Teramat lega. Hilang semua gundah. Macam semua dah berakhir. Seronok pulak rasa dapat lepas semua geram kat orang itu. Tanpa perlu maki hamun. Cuma perlu dengar cerita sebenar, dan lepas kan segala. Kalaulah semudah ini, dari dulu lagi patut semuanya selesai. Cuma yang geramnya, tak nak mengaku salah sendiri. Hello, kau tak guna pun bagi aku. and B*t**, aku bagi kau makhluk tu. Kau jaga elok2 ye. But U're still B*t** to me. Cool la, nanti kena kat kau balik. Okeh, aku nak gelakkan kau, LOSER. hahahahahahahahaha!. ehh, harapnya kau baca blog aku ye. Biar kau tahu aku panggil kau B*t**. Dah la pengecut, buat salah tak berani nak bersemuka dengan aku. Tak ke bangang kau wahai perempuan. Tapi ok lah, apa yang kau buat, bagi jalan penyelesaian kat aku. Kalau kau atau makhluk tu merana sebab aku, u both deserved it! Owhh, aku dah nampak tanda2 merana makhluk tu. Tapi aku tak nak gelak lah. Just macam yang aku pesan, JANGAN MAIN API. Kan dah terbakar. Dan semoga makhluk tu tahu, apa kau buat kat aku, akan aku pastikan kau terima balik setiap kesakitan yang kau bagi tu, BERGANDA. 

ok, sekian. Saya dah puas hati. lalalalallalalalala!

LUKA

Terus terang, saya bukan dalam kondisi yang baik untuk berkata2 dengan berhemah dan berlembut. Dalam hati dan kepala cuma mahu memaki hamun sepuas hati. Dan terasa mahu menunjal2 kepala dua ekor manusia. Tegarnya merobek hati saya. Apa salah saya pada kamu berdua? 

Dan perempuan, saya mahu bertanya, apa kamu rasa kalau kamu di tempat saya? Apa yang kamu lakukan kalau kamu di tempat saya? Kamu pernah SMS saya minta maaf atas 'ketidaksengajaan' kamu, dan sekarang tanpa rasa bersalah kamu ulangi balik? WHAT THE HELL. Ok, saya faham, tepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Takkan berbunyi.

Ikutkan hati, saya tak nak maaf kamu berdua sampai mati. Sampai MATI! Sebab saya dah korbankan segala semata2 janji yang dah di tabur. Bukan sedikit air mata yang gugur. Dan sekarang kerana kamu, saya bazirkan airmata saya lagi sekali. Allah tahu betapa sakitnya saya rasa sekarang. 

 Dan selepas saya tarik nafas panjang2, fikir masak2, ini semua adalah jawapan pada doa yang saya pohon selama ini. Ini rupanya jalan keluar bagi semua masalah saya. JAdi saya berhenti dari menyalahkan kamu berdua. Semua salah saya. Saya terlalu bodoh untuk perasan apa yang dah berlaku sebenarnya. 

Dan dengan seikhlas hati, saya MAAFkan kamu berdua. Saya MAAFkan. Sebab saya yakin, setiap apa pun yang kita buat, benar atau salah, akan di balas dengan setimpalnya oleh Allah Taala. Saya halalkan setiap kesusahan, penghinaan dan penderitaan yang pernah saya terima demi dia. Jadi perempuan, jangan lagi bermain api. Dan jangan bimbang, saya tak akan sekali2 menyerang kamu, atas semua perbuatan kamu. Malah saya dengan rela hati MENGUNDUR DIRI. Saya takkan mempertahankan sesuatu yang sia2. Cuma saya nak ingatkan APA YANG KAMU BAGI, ITU YANG KAMU AKAN DAPAT SUATU HARI NANTI.

Tuesday, November 16, 2010

'Happy 53th Birthday, Ayah' in my 100th Entry.

Oooyeaah! HAppy 100th Entry to my Blog. Bangga okeh, entri ke-100. Sebab masa mula2 ber-blog dulu rasa saya cuma mampu buat paling banyak 30 entri setahun. Muahaha. So 100 itu sudah cukup banyak, tak sampai setahun pun lagi. Makanya, sempena entri ke 100, yang secara KEBETULANnya jatuh pada Hari Jadi ke-53 Ayahanda tercinta, Entri ini di dedikasikan sepenuhnya untuk ayahanda, ROSLAN bin OMAR.


Ini lah ayah saya. Sangat tegas, tapi penyayang. Tahun ini sudah 53 tahun. Separuh abad dah, tapi masih belum bermenantu dan bercucu. haha. Secara ringkasnya, ayah saya seorang yang agak panas baran dan sangat tegas. Dulu masa kecik2 mana ada kami adek beradek suka2 hati nakal tak tentu pasal. Sebab salah sikit je, alamak kena rotan lah. Tapi Alhamdulillah, sebab kegarangan itu lah buat kami jadi manusia. Sebab kebekengan itu lah kami tak pernah ada rekod buruk pun kat sekolah zaman2 kanak2 rebina dulu. Dan sebagai anak sulung, saya mewarisi hampir 90% kebekengan ayah saya. HAHA. BEtul, serius. Tak percaya tanya mak saya. kihkihkih.

Malam ni sempena sambutan hari tua ayah saya, macam biasalah, si kek ini wajib ada. Main menu pula adalah black pepper burger. Homemade ye, bukan beli. Sebab dah tak tahu nak masak apa, buat burger je lah. Tambah kentang goreng dan root beer float. Yummy!




Jadi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI UNTUK AYAH, SEMOGA HIDUP AYAH SENTIASA DI RAHMATI ALLAH TAALA, DAN TERUS DIPANJANGKAN UMUR, DI MURAHKAN REZEKI SAMPAI BILA2. Kak Ja sayang Ayah sentiasa.

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati