tekan jangan tak tekan!

Showing posts with label me myself. Show all posts
Showing posts with label me myself. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

11 Januari 2015. Genap 30

Assalamualaikum..

MasyaAllah. SubhanAllah. Sudah di hari terakhir Januari. Esok sudah masuk Februari 2015. Berlari2 pantas masa. Janji2 untuk rajin meng-update blog rupa-rupanya hanya umpama menanam tebu di pinggir bibir, rebung berduri di hati. Eh, macam lirik lagu je. kahkahkah. Baik lah, baik lah. Mari lah mengimbau memori lampau.

11 Januari lampau, genap lah hamba berusia 30 Tahun. Ye, tahu tahu. Sudah lanjut usia. Sudah di usia senja. Sudah dimamah usia. Sudah cukup sudah. Betapa kau tak tahu, betapa merontanya aku meninggalkan alam 20an yang penuh kemanisan itu. hahahhakkktuii sangat kan. Tapi serius, tak sangka akhirnya berusia 30an jua akhirnya. Ingatkan sentiasa berusia 25. T_____________T.

Syukur jua dipanjatkan pada yang Esa, di atas peluang menikmati lagi hidup di dunia ini. Peluang untuk bertaubat dan beribadat, sebenarnya. Iyalah, makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian. Patutnya makin bertingkatlah amal ibadat. InsyaAllah, sedang dalam usaha untuk istiqomah dalam meningkatkan amalan sunat. 

Macam tahun lepas, birthday tahun ini berbadan dua lagi. Adeqbaby sekarang sudah 21 minggu. Sudah terasa2 baby tergeliat. Geli mak nak. kihkihkih. Alhamdulillah. Dah tua2 ni, automatik perasaan nak celebrate birthday berlalu bak angin pantai musim tengkujuh. Tak tahu lah kot sebab hormon mengandung, tapi memang tak rasa nak celebrate pun. Tapi memandangkan sudah menjadi kewajiban dalam famili untuk sambut hari istimewa, buat juga makan kecik2. Beli satay dengan Pizza je. Mujur PizzaHut tengah promo aritu, terus borong 3 biji yang large. RM15 je sebutir, mana nak dapat oii. Kenyang mak buyong makan pizza. huuhu.

Dah masuk 30 ni, harap2 makin matang lah. Matang berfikir, matang bertindak. Alhamdulillah, alam 20an ditinggalkan dalam kenangan manis. Banyak yang telah tercapai sepanjang di sana. Harap2 alam 30an juga dilalui dengan mencipta kenangan2 indah. Amin. Yang penting, di jiwa tetap 25. Kahkahkah.

Hadiah hari jadi? Sudah mula bekerja kembali. 

Haaahhh??? Apa?

Kerja sementara je lah. Fuhhhh.

Saturday, October 11, 2014

Kisah Ramadhan, Syawal dan 3rd Pregnancy

Assalam..

Sesi meng-update kisah yang sudah diketegorikan sebagai BASI. Kihkih. Siapa suruh bertapa dalam gua lama sangat kan.

Seperti diceritakan sebelum ni, tahun ini berpuasa dengan badan berdua. Mengandung kali ke 3 untuk anak kedua. Kali ini punya pregnancy adalah sangat dirancang dan terancang. Tepat pada waktu dan memang boleh di agak. Eh, apa yang cuba di beritahu ni? kekeke. Pendek kata memang well planning lah. Ingat lagi, 2 hari sebelum majlis kahwin adik, ke Giant beli UPT sebab dah delay hampir seminggu. Nak balik, tiba2 rasa nak terkucil. Alang dah nak terkucil, moh le kita buat test terus. Dasar tak reti nak sabar. Tengah hari buta buat UPT. Ko rasa timbul terang benderang lah result nya? Nehiiii. Yillek. Satu line je wei. Dengan kecewa dan muka tak berapa nak seposen, simpan balik stick tu dalam kotak. Terus pulang ke rumah. Ehh, tiba2 dalam hiba, rasa nak tenung balik UPT. Sekali, muncul lah line yang di tunggu2. 2 Lines. Yeay!! Walau pun sedia maklum result tak valid after 5 minutes, tetap ku yakin POSITIVE! Giteewww cerita dia.

Bermula lah perjalanan hidup seorang ibu bakal beranak 2 ni. Seminggu lepas tu, sakit tak boleh bangun. Yang ni dah cerita dulu. Lepas tu, masuk Ramadhan pulak. Puasa penuh ke? Nehiii Yillekk. Puasa selang sehari okeh. Macam yang sebelum2 ni, tak ada muntah, tak ada alahan teruk. Cuma mabuk2 laut gitu. Pening memanjang. Melepek aje tidurnya. 2 minggu kot puasa selang sehari. Masak lah nak puasa ganti nanti. kikiki. Pregnancy paling sihat lah kali ini. Langsung tak bleeding. Paling banyak bed rest.

After 2 weeks melalui hari2 yang pening2 mabuk itu, tiba2 ku gagah perkasa. Berjaya puasa penuh pada minggu 3 dan 4 ramadhan. Hilang segala mabuk pening. Terdetik di hati, eh masa miscarriage yang ke dua hari tu pun macam ni juga, Dah la waktu pun hampir sama, 11 minggu. Tak sedap hati. Dah fikir bukan2. 

4 hari sebelum raya, rasa nak pergi scan kat klinik. Kononnya lepas raya nak buat buku. Emak temankan sebab suami kerja. Sekali scan, KANTUNG KOSONG. Tiada baby, tiada heartbeat. Kosong sekosong kosongnya. Hanya ada kantung. Terpinga2 sekejap. Terdiam. Tapi masa tu dengan mak, cool lagi. Doktor kata maybe kecik lagi, tak nampak. Eh, 11 minggu dah kot. Tengahari suami pulang, tak tahan. Terus lah menangis teresak2 di bahu suami. Dah dapat rasa, memang bukan rezeki lagi.

Google pasal kantung kehamilan kosong ni, eh rupanya ramai yang senasib. Malas nak  terang, google sendiri ek. kiki. Alhamdulillah, lepas sejam dua mampu menenangkan diri. Mampu terima hakikat, Mampu kembali bergelak ketawa. Semua ini pinjaman. Dah tertulis bukan rezeki, apa yang nak dipersoalkan. Mungkin ini bukan yang terbaik. Keesokkan hari, terus bleeding. Hairan sungguh, selama ini langsung tak pernah bleeding, elok2 je dapat tahu, terus haaa berdarah2.

Yakin lambat lagi keluar, esoknya, siap ke Besut rumah makcik sebab nak kutip durian. hahaha. Masa ni dah bleeding sikit2. Bangun pagi Jumaat tu, di kala orang duk sibuk kutip durian, turun darah dengan agak banyak. Terus siap2 cepat pulang ke Kuala Terengganu. Dari besut, terus ke Hospital besar K. Trg dengan durian penuh se bonet. kahkahkah. Sebab tak tahan sakit dengan bleeding yang mencurah2 bak air terjun.

Sampai hospital, sesi korek mengkorek pulak dengan muncung mulut itik tu. Kali ni sakit sebab doktor agak kasar. Nasib baik ko tak makan penyepak aku wahai doktor. Sila berlembut sikit ye lain kali. Alhamdulillah, kali ni pun tak perlu DnC. Sebab dah keluar habis. Sempat lah bermalam 1 malam di wad. 



Syukur lah tak beraya di wad kan. hehehehe. Persiapan raya? Kosong. Tak sempat buat apa2 pun, sebab konon nak shopping last minit. Padan muka. Raya dalam pantang kita tahun ni. ehh berpantang keww? kihkih. Kesimpulannya, raya tetap raya, tapi pakai baju lama. Bolehh la. 

muka orang tengah pantang tu. gegegegege

Yang menariknya, Allah ambil balik pinjaman Dia genap 6 bulan lepas Dia ambil yang kedua tu. 25 Jan-25 Julai. Usia kehamilan pun sama, 11 minggu 5 hari. Dan pada waktu sepatutnya due date 2nd pregnancy itu, adalah waktu saya hilang yang 3rd pregnancy. Hebat percaturan Allah. Sebagai hambaNya, saya yakin dan redha, ada hikmah tersembunyi. 

Senyummmm

Begitu lah cerita rangkuman 3 serangkai. Kesimpulannya, tiada rezeki lagi nak bergelar mummy ber-anak dua. Panjang dan lebar ni. Ni pun banyak short cut dah. kan cerita habis, 3 hari baru siap. kohhh kohh kohhh. Macamlah ada yang nak baca kan. 

ok. bai.

Tuesday, June 24, 2014

Sakit itu Penghapus Dosa.

Assalam..

Lama tak menjenguk blog. Straight to the point, tuan rumah adalah sangat tidak sihat. Sakit kena buatan orang. Haha. okeh, tak kelakar. Sebenarnya tidak kepastian, sakit sebab morning sickness atau sebab apa. Yang pasti, sakit yang tak boleh bangun berjalan2 bergurau senda bermanja2. Sakit yang membawa bed rest hampir seminggu sampai terpisah dengan dunia luar. Sakit yang berdenyut2 yang kalau kau bawak bergurau time tu, aku kasi penampar sampai bisu. Erkk.

Sebab sakit ni jugak, hampir 2 papan panadol di telan. Nangisssss. Tak tahan sakit punya pasal. Padahal bukan main nak mengelak makan ubat, nak2 time berbadan dua macam sekarang. Masa pregnantkan Amani dulu, sebutir ubat pun tak pernah telan, walau demam macam mana pun. Ni time adek baby, terpaksa jugak. Mohon mengerti ye adek baby. Mummy terpaksa. 

Lepas dipaksa oleh daddy, tok wan dan tokki, mummy membawa diri ke klinik juga. Paling menterkejutkan, doktor diagnose mummy ada RESDUNG. Haaa! Pelik lagi hairan. Berdasarkan kawasan yang sakit berdenyut2 tu, doktor cakap mungkin resdung. Bukan yang jenis bersin, yang jenis gatal2 hidung mata bagai tu. Tapi jenis yang sakit. Tak percaya doktor, balik terus google gejala resdung. Nahhh, sekali memang betul. Katanya, disebabkan selsema, hingus2 yang bertakung di dalam menyebabkan jangkitan di kawasan sekitar muka. Owhh, baru teringat, memang demam selesema baru2 ni.T______________T.  tak pasti ini cuma sementara atau selamanya. Sebab selama ini tak pernah alahan kalau makan seafood atau makanan yang bisa buat pesakit resdung. 

Berjuta kemaafan buat pemenang2 GA baru2 ni. Satu pun belum settle pasal sehari selepas umum pemenang, terus penyakit datang menyerang. Bukan berpantun, tapi kebenaran. InsyaAllah, janji tetap janji. Hari ni baru jenguk blog. Mohon memahami dan sabar menanti ye kawan2.

Moga sakit yang datang ini menghapuskan dosa2 yang bertimbung2, bergunung2 ni. Sakit itukan penghapus dosa. Maka redha dan berlapang dada. InsyaAllah, moga diganti Allah dengan perkara yang lebih baik. Dan moga adek baby membesar dengan jayanya kat dalam. Doa2kan ya!

Sunday, February 3, 2013

Mummy yang Busy!

Assalam..

wahh, dah masuk Februari 2013.. Entri Jan sangatlah seciput. Malas bercampur sibuk. Gitu lah kalau dah jadi mak2 ni. Currently sangat sibuk to the max. Sebab audit yang bakal mendatang, pulun sungguh2 siapkan fail. makanya, ada yang berkampung di office sampai tengah malam. Mummy pula tak sanggup kot nak balik tengah2 malam, paling2 lewat lepas maghrib. huhu. Lately rasa sedih, sebab sangat tak sempat nak bergurau senda dengan Amani. Balik2 je debab tidur. Tidur sampai pagi okeh. Sempat beramah mesra sekejap je lepas subuh, kalau dia bangun. Biasa time mummy nak gi kerja, dia tidur balik. Sobs. Terusik juga jiwa bila teringat anak membesar kat tangan orang lain. Takut nanti tiba2 dia tak kenal mummy dia. Tak rapat dengan mummy. tak endah panggilan mummy. Tak nak tidur dengan mummy. Owhhh, tidakkk. Naudzubillah. Kamu anak perempuan sulung mummy, harapan mummy, jiwa raga mummy. Sesibuk mana pun mummy, ketahui lah, cinta mummy pada kamu tak akan pernah padam!


my cheeky girl!

Monday, January 14, 2013

28 years old.

Assalam..

Alhamdulillah, finally angka 28 itu tiba jua. cheehhh, macam apa je kan. Jumaat lepas, 11 januari 2013, genap 28 umur saya. Angka yang cukup besar, sudah dipenghujung 20-an. Dulu2 masa muda remaja, setiap kali nak masuk 11 jan, mesti haku resah gelisah sorang2 sebab umur meningkat. Yes, psiko rupanya aku ni dulu. wakakaka! Sekarang, semua dilalui dengan tenang dan indah. Faktor usia barangkali. hahaha.

Alhamdulillah, seperti2 tahun2 sudah, setiap kali birthday mesti penuh wall fb dengan birthday wishes dari teman2 dan students. Thanks all! Yang penting, orang pertama yang wished adalah belahan jiwa, teman sebilik sekatil, darling hubby. hehe. Bangun pagi buka mata je terus wished. olololo, comelnya. wahahaha. Lepas tu, my mom yang pagi2 buta dah called ucap happy birthday kat anak sulung dia ni. Sweet je mak saya ni. Pagi jumaat tu dihabiskan dengan bergolek2 atas katil dengan si dobot Amani. First time sambut birthday dengan bawa gelaran MUMMY. Then petang tu makan2 steamboat kat restoren-tak-ingat-nama. hehehe. Suami tak join, sebab kerja. So, sambut dengan parent dan adik perempuan saja. Lagi 2 orang adik lelaki nun jauh diperantauan. Tak ada apa yang lebih indah selain bersama orang2 tersayang, tak kira lah apa keadaan pun. Kan?

Tahun ni dapat hadiah best dari suami, OVEN. hehehe. Sangat seronok! Thanks hubby! Lepas ni boleh baking kek banyak2. Banyak lahhh sangat. hehehehe. Selama ni, buat kek, mesti bantat. Keras sampai kalau baling ke dinding pun mesti retak simen tu. hahaha. InsyaAllah, lepan ni buat kek mesti jadi cantik, berkat oven pemberian suami. hewhewhew!

Semalam, sambut lagi birthday. Walla! Berhari2 kau celebrate ye. Iyo le, suami bekerja hari minggu, hari Ahad je off day. Makanya, hari ahad je lah kita celebrate birthday. Apa lah makna hari jadi tanpa kek. So beli kek kecil sebiji. Kek murah je, yang penting sedap sangat sangat. Tengah2 bulan ni, tak payah nak tergedik2 sangat nak secret recipe ke apa ke. huhuhu. Memandangkan birthday suami bulan lepas belum disambut, jadi kita sambut sekali. Kebetulan pula, si demok tu genap 3 bulan 12 Jan lalu, so tumpang lah sekali ye nak, sambut 3 months birthday. Baru 3 bulan dah nak sambut bagai. hahahaha. Yang tak bestnya, Amani tiba2 tak sihat. Genap usia 3 bulan, budak ni batuk dan selsema, pertama kali dalam hidup dia. T________________T. Kesian sungguh. 




Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Masih diberi peluang merasa susah senang perit getir hidup di dunia. Masih dikurniakan rasa bahagia bergelar isteri, ibu dan anak. Semoga peningkatan usia ini diisi dengan perkara2 yang baik. Berbakti pada mak ayah, suami dan anak2. Amin..

Thursday, January 10, 2013

Bicara Panjang Wanita yang bakal berumur 28 tahun.

Assalam..

Dah 10 hari kita di bulan Januari 2013 rupanya. Kejap je kan. So far Alhamdulillah, semuanya baik2. Even 2,3 hari lepas, panik sekejap pasal ribut Sonamu yang diramalkan melanda kawasan pantai timur ni. Panik lah kot sebab diramalkan akan menyebabkan tsunami setinggi 6 meter. Hospital besar Terengganu yang duk sebelah pantai tu pun dah ambil langkah jaga2 pindahkan pesakit ke hospital lain. Yang duduk sekitar KT ni harus lah cemas. Kan betul2 tsunami setinggi tu memang tenggelam lah bandar KT ni. Naudzubillah. Syukur sampai sekarang keadaan masih ok dan baik. Dengarnya ribut melencong ke arah lain. Mungkin berkat doa dan sembahyang hajat orang2 alim, Wallahu'alam. 

Cuaca pun makin baik, dah tak hujan lebat selebat lebatnya macam december 2012 hari tu. Mungkin tengkujuh dah nak berakhir. Tapi tak tahu lah kan, esok lusa datang balik. Doakan yang baik2 saja. Amin. Jemur kain pun cepat je kering sekarang. Sukeeeee! Harap2 jangan lah 'ku kira panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari'. hehehe.

Dah masuk Januari ni of course lah daku akan meningkat usia. Setiap tahun bertambah umur. Sebelum2 ni setiap kali menjelang Januari, mesti rasa tak best, sebab umur bertambah. Happy tetap happy sebab birthday, tapi tang umur tu kalau boleh tak nak bergerak. Boleh gitu? hahaha. Tapi sejak dah jadi bini orang dan mak orang ni, mak dah berapa nak kisah noks. kihkih. Tak sempat nak feeling2 rasa dah tua ke apa. Esok saya dah menginjak ke 28 tahun. Owhhh!! 28!! Dah menghampiri 30! Tidakkkk!! uwaaaa.! Macam ni kau kata tak kisah?? cehhh.

So dah masuk tahun baru, umur baru, azam baru tak ada ke? haha. Azam2 ni tak payah tunggu tahun baru kot tak apa kan. Mummy Amani ni kalau bab azam2 memang ke laut. Azam 12 tahun yang lalu pun belum terlaksana rasanya. kahkahkah! Tapi ye lah, umur dah nak masuk senja ni, teringin jugak nak buat perubahan dalam hidup. Dah nak masuk 28, hidup masih di takuk lama. Azam tahun ni antaranya nak BERMEKAP CANTIK. Okeh, sila gelak guling2. hehe. Maksud bermekap kat sini bukan lah nak cantik macam Rozita Che Wan tu. Cukup lah sekadar sedap di pandangan suami. Orang2 sekeliling saya memang tahu betapa selekeh dan selambanya daku. Sangat jarang bermekap ok. Last bermekap dengan proper rasanya masa dinner tahun lepas. Tahun ni tak pergi sebab cuti berpantang. hehe. Sangat kagum dengan pempuan2 cantik yang pandai bermekap. Cantiknya alahai. Baju cantik, mekap cantik. Saya? Dah lah baju2 dah bertahun tak bertukar, muka pulak lengkap 7 ciri penuaan, kusam, lesu, pucat, bla bla bla. Datang kerja pun kadang2 tak pakai bedak. Bajet muka polos licin suci murni gitu. Jangankan alat mekap, pencuci muka pun tak ada. Believe it! Hari2 cuci dengan air je, tak main lah guna pencuci muka ni. Apatah lagi nak guna krim2 yang sapu malam2 tu. Tak kuasa mak. haha. Tak pasti lah malas atau apa, tapi memang hidup saya selama ni tidak bergelumang dengan set2 penjagaan kulit ni. Pernah dulu masa birthday ke 26, macam ni juga, berazam nak repair muka ni. Beli lah satu set produk Loreal, dari pencuci muka sampai lah krim malam. Last2, sampai sekarang tak luak langsung, ada lagi dalam almari meja mekap tu. Yang berjaya habis, pencuci muka je. tu pun makan masa hampir setahun nak habiskan satu tiub tu. haha. Kesian kau. So, kalau beli lagi satu set ni, agak2 masa birthday ke 30 pun ada lagi gamaknya kan. heeee! Lepas ni kena cuba pakai bedak sikit, lipstik sikit. Kena habiskan compact powder yang dah hampir setahun beli tak jejas2 lagi tu. haha. Kena cari baju2 baru. Daddy, nak pitih sikit, please..Kena rajin cuci muka. Dah tua2 ni kulit pun makin lah hilang keanjalannya. Time2 muda remaja tak apa lah tak nak jaga pun. Sekarang kena istiqomah, jaga muka dan badan. Kan nanti hantar Amani ke sekolah, orang ingat nenek dia yang hantar, bukan mak. Owhh, tidak!

Selain tu saya nak BELAJAR MENJAHIT. Erkk, azam yang dah bertahun2 tertunda. Nampak gaya macam tertunda lagi. hehehe. Tak apa, niat tu penting. InsyaAllah, doa2kan daddy Amani tergerak hati nak hadiahkan mummy mesin jahit. Boleh jahit baju kurung adik time raya nanti. weeeeee!

Next, nak BELAJAR BAHASA ARAB. Sebab? nak anak saya mengaji seawal mungkin. So saya kena belajar balik bahasa Arab. Bahasa Al-Quran ni. Sebenarnya saya dulu bersekolah Agama. Wajib belajar bahasa Arab. Tapi itu lah, malu je nak cerita. Bahasa Arab dapat C. Cakap Arab, langsung tak boleh. Makanya kena polish balik. Mahu jadi model terbaik untuk anak. mahu beri pendidikan terbaik untuk anak. Kalau pandai berbahasa Arab, baca Quran pun senang. Nak faham pun senang. Moga2 niat saya nak Amani kenal Quran seawal mungkin akan di makbul kan. Amin.

Then saya mahu jadi ISTERI YANG DIREDHAI, DISAYANGI, DIKASIHI SUAMI. Owhh, ini semua orang pun nak kan. hehehe. Penting ni bila dah jadi bini orang, redha suami. Sangat2 penting. Walaupun saya selalu pot pet pot pet kat suami, selalu marah2, selalu masam muka, hakikatnya, sentiasa mahu meraih redha suami. Satu perkara yang buat saya bagai tertampar muka sendiri, bila suatu hari suami cakap saya dah tak endah kan beliau sejak sudah ada anak ni. Allahuakbar, terduduk sekejap rasanya. Sungguh saya tak perasan tentang hal ini. Dalam2 leka melayan karenah anak, suami terasa terpinggir. Rasa sangat berdosa. Lepas hari tu, terus saya cuba sebaik mungkin untuk mendahulukan suami. Amani tidak lagi saya tidurkan di katil kami. Budak demok ni tiap2 malam akan tidur di coat sendiri. Gigih lah mummy bangun ulang alik ke dari katil ke coat baby tiap2 malam. Tak apalah, pengorbanan namanya. Asalkan tak menjejas hubungan kami, saya rela susah payah. Tapi comel kan suami cemburukan anak. hehehehe. Walaupun ini azam ke tiga, tapi ketahui lah wahai suami, kamu lah no 1. Yang saya dahulukan, utamakan. Suami didahulukan, pencapaian diutamakan. eh?

Last but not least, mahu jadi MUMMY TERBAIK BUAT AMANI. Si comel debab yang sangat saya cintai dan kasihi. Sangat berbangga menjadi ibu kamu wahai anak. Ironinya, sampai ke hari ini pun masih tak percaya saya ini ibu beranak satu. Rasa masih lagi bujang trang tang tang. haha. MasyaAllah, indahnya hidup dengan kehadiran kamu. Tak pernah gagal buat mummy tersenyum. Yang penting, mummy gembira kamu disayangi semua orang. Hari2 kena 'culik' dengan tok2 saudara sampai kadang tak berkesempatan pun mummy nak main2 dengan kamu time balik dari kerja. Buat si anak, saya berazam mahu berikan pendidikan terbaik. Sekarang dah mula stimulate kan Amani, untuk perkembangan otak yang maximum. Dah nampak sedikit hasilnya, bila dia mula beri tindak balas setiap kali di agah dan di ajak bercakap. Sangat seronok! Mummy tengah berusaha nak siapkan flash card. Moga2 anak mummy bijak pandai, cerdik dan solehah. Takes your time sayang. mummy tak akan paksa adik buat sesuatu di luar kemampuan. Membesarlah dengan sihat. 

Yang penting, saya mahu dan tengah cuba menjadi MUSLIMAH YANG BAIK. Sejak ada Amani, saya cuba sedaya mungkin untuk menjadi yang lebih baik. Saya mahu menjadi guru pertama dia. Saya mahu dia jadikan saya contoh. Makanya, haruslah perbaiki segala benda. Solat harus diperbaiki, Quran harus diperhalusi. Mana2 yang sunat, mahu di jadikan amalan. Moga2 impian saya mahu anak2 dibesarkan dalam keluarga Islam yang berjaya akan dimakbulkan. Buat slow2, sikit, insyaAllah, ada jalannya..InsyaAllah.

Selain berjaya menjadi mummy yang belum tentu berjaya, tak apa kot yang boleh di banggakan. But i'm still bersyukur dengan setiap apa yang sedang saya jalani sekarang. Alhamdulillah, bahagia. Semoga tahun ni rezeki bertambah. Banyak perancangan dalam kepala ni, harap2 berjaya terlaksana. Amin.

Eh, panjang pulak celoteh. Tak apa, kasi can kat wanita yang menikmati hari terakhir di usia 27 tahun ni. Esok dah masuk 28 tahun, berazam tak nak celoteh panjang dah. Ye ke dok tu???


Tuesday, January 1, 2013

1st January 2013..Happy 3rd birthday blog!

Assalam..

google

Happy new year 2013! Mulakan hari pertama 2013 dengan penuh semangat! ye ke? Biasa je kot. hehehe. Semangat lah kot sedikit sebab semalam adalah pay day. Setelah lewat beberapa hari yang tak tahu disebabkan apa, akhirnya lega tengok akaun berisi sikit. huhuhu. Cumanya adalah perkara yang mendatangkan ralat. Tak apa lah. Anggap je bukan rezeki. 

Hari ni juga ulang tahun ke 3 hockmieyza85.blogspot.com. Wahh, dah 3 tahun saya ber-blog. Satu pencapaian yang membanggakan. hahaha. Itu pun nak bangga kan. Dulu2 ingat bertahan lah setahun je, rupanya melarat sampai sekarang. hehe. Dari zaman anak dara trang tang tang, berkahwin, sampai lah dah jadi mak orang ni. Dari zaman duk tulis mengarut2 berfoya2 sana sini, luahan hati yang tak sudah2, sampai lah cerita tentang anak. Betapa banyaknya perubahan hidup yang telah dilalui. Untungnya ber-blog ni, dapat simpan segala kenangan kat sini. Baca balik entri lama2, senyum sorang2. hehehehe.

Semoga terus bertahan menulis di sini. semoga menjadi kenangan dikemudian hari. InsyaAllah, mungkin jadi bahan bacaan anak2 suatu hari nanti. Kalau blog2 bagai ni masih wujud lah 20 tahun akan datang kan. hehehe. Anyway, Happy Birthday blog!

Monday, December 17, 2012

Bila Mummy Kembali Bekerja

Assalam..

Semalam, 16 Dec 2012, mummy dah mula bekerja semula setelah 60 hari bercuti sakan. huhu. Datang kerja dengan hati yang maha berat. Tak ready langsung okeh. Dan semalam juga first day Amani duduk dengan pengasuh. Hantar kat pengasuh dekat dengan rumah mak. Senang sikit. Lagi pun memang kenal sangat jiran ni, memang sukakan budak2. So rasa selamat lah nak tinggal kan si debab ni. Tak mudah rupanya nak tinggalkan anak kat orang ni. First day ni, suami hantar sebab dia tak kerja. Mummy dapatlah main2 dengan Amani masa dalam kereta on the way ke rumah mak. Yang mengharukan hati, anak asyik tersenyum dan tersengih sambil pandang muka mak dia tak berkelip. Allah, terus rasa tak nak pergi kerja lagi. Mengalir air mata mak ni tengok anak sengih2 senyum tengok mak dia dengan penuh perasaan. Then masa hantar kat rumah pengasuh, menangis lagi..:'(. Sedihnya lah rasa. Tapi boleh kita tengah sedih2 ayah dengan suami bantai gelakkan mummy yang berhati tisu ni. haha. Kurang asam sungguh. Sedih lah kot, 60 hari berkepit dengan anak, tiba2 terpaksa berpisah untuk beberapa jam. sobsobsob.

Hari pertama di office, macam2 kejutan. Boss dah bertukar, subjek yang diajar pun dah berubah. Fuhh, kejutan budaya telah berlaku. haha. Tiba2 haku kena ajar subjek Biokimia dan Anatomi fisiologi. Pengsan!! Sepanjang bekerja, belum pernah pegang lagi subjek ni. Last buka buku pasal benda2 alah ni time study zaman2 dulu. Ingat2 lupa dah. Terpaksa lah study balik subjek2 ni. huhuhu. Mencabar ni. Harus haku selongkar kotak lama cari buku Tortora yang tebal amat itu. Mampu kah? Mampu kah? InsyaAllah, tu je lah yang mampu disebut untuk sedapkan hati. 

Hari ni dah hari kedua, aura2 semangat dah mula meresap kot. hahaha. Dah start masuk kelas mengajar. Dan dah mula terasa bahang kesibukan. hehehe. Dengan meetingnya, action plan nya, mentoring nya, bla blabla. Cerita sampai esok pun tak habis. Apa2 pun harapnya mummy Amani tabah. Tabah hati, cekal, kuat semangat menempuh hari yang bakal mendatang. Ikhlas ikhlas ikhlas. InsyaAllah.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati