tekan jangan tak tekan!

Tuesday, February 24, 2015

Menggali Ilmu Birthing

Assalamualaikum..

Kalau cakap pasal ilmu birthing dan parenting, sampai bila2 pun tak habiskan? Makin di gali, makin banyak pulak yang tak tahu. Makin banyak benda baru. Dan ini lah dunia saya, sejak dari mula2 mengandungkan Amani, sampailah mengandungkan adeqbaby ni. Dulu tak pernah tahu pun yang rupanya dunia emak2 ni sungguh complicated. Tapi indahnya jangan cakaplah. Betapa banyaknya ilmu yang tak pernah kita tahu. Pasal teknik beranak, pasal hypnobirthing, gentle birth, vaccination, babywearing, homeschooling. fuhhhhh, banyakkkk gilos!

Masa belum mengandung dulu2, tak tahu pun yang sebenarnya beranak ni adalah sungguh indah dan sangat semulajadi. Iyalah, memang dah tertanam dalam kepala otak beranak ni sakit nak mampus, kena gunting, terkoyak rabak, dipaksa teran2, lepas tu kena jahit pulak. Adoiii. Itu lah cerita yang didengar setiap kali melawat kawan2 yang bersalin. Rupa2nya bukan begitu sepatutnya. *______*

Allah S.W.T dah cipta dah design tubuh wanita ni memang untuk beranak. Memang semulajadinya begitu. Jadinya proses kelahiran sepatutnya berlangsung dengan tenang, tanpa paksaan, tanpa melibatkan pihak2 yang duk bising2 marah2, tanpa stress. GENTLE BIRTH namanya. 

Saya mula kenal gentle birth lepas kenal Hypnobirthing. Lupa dah tengok dari blog siapa. Masa mula pregnantkan Amani, kalu tak silap. Sejak dari situ, memang tanamkan dalam diri nak gentle birth. Maksudnya melalui proses kelahiran tanpa stress dan trauma seperti yang selalu dilalui mak2 yang beranak kat hospital tu. Saya banyak gali ilmu kot group di Fb, youtube, blog2. Belajar tentang teknik pernafasan, perineal massage untuk lembutkan bukaan laluan baby, visualisation, dan macam2 lagi. 

Tapi perancangan Allah tak sama dengan saya inginkan. Akhirnya terpaksa di Cser atas sebab2 yang malas dah nak cerita. hehe. Memang teknik pernafasan yang duk practice ke laut semua masa tahan contraction tu. Jujurnya, saya sangat menyalahkan diri sebab tak kuat nak pertahankan hak saya. Saya biarkan nasib saya ditentukan orang masa dalam wad. Bayangkan lah, bila saya di pecahkan air ketuban seawal bukaan 3 cm semata2 bacaan CTG yang 'tak cantik', saya cuma berserah tanpa kata apa2. memang tak tahu apa2 pun masa tu. Lepas pada tu lah, apa yang di planning terbang di bawa angin. Tanggunglah kau segala sendiri. sobs.

Jadi untuk kelahiran kedua ni, memang sedaya upaya mahukan gentle birth. Mahu sangat bersalin normal. Mahu VBAC (Vaginal Birth After Cser). Cuba gali sebanyak mungkin ilmu. Cuba untuk berani pertahankan hak sendiri. Jangan bodoh sangat duk ikut orang nak buat apa kat kita ni. Harapnya mampu ber-gentle birth. No IV drip, No Episiotomy, No VE, No CTG, No Paksa2 push. huhuhu.. Banyak cekadak kan. Suka hati kita lah, kitakan yang tanggung sakit segala. Bukan doktor, bukan nurse. 

Dan jangan tak tahu, siap ada kelas khas tahu bagi yang berminat dengan gentle birth ni. AMANI class. Macam nama anak aiolls kan. huhu. Susah hoii nak dapat slot untuk masuk kelas ni. Baru2 ni masa CNY, ada slot kat Kuala Terengganu. Malangnya, tak ada rezeki nak join. Sebabnya kena ke majlis kahwin sepupu kat luar terengganu. Punyalah frust tak terkata. Tapi pujuk hati sendiri, insyaAllah akan dapat ilmu lain sebagai ganti.

Kelas AMANI ni sangat bagus untuk ibu2 yang bakal beranak untuk kenal tubuh badan sendiri. Untuk tahu signal2 yang tubuh hantar waktu sakit nak bersalin tu. Untuk tahu apa yang patut dan apa yang tak patut masa proses kelahiran. Yang penting, sangat menggalakkan ibu2 untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menyerah seratus peratus pada Allah. Tapi jangan salah faham. Ada yang beranggapan, Amani ni menggalakkan HOMEBIRTH. Beranak di rumah. Tidak ye. Beranak kat Hospital pun boleh je gentle birth, Asalkan mendapat kerjasama doktor dan nurse.

Jadi wahai ibu2 yang sekapal dengan saya, mari lah menggali sebanyak mungkin ilmu birthing ni. Supaya lepas ni tidak lah trauma nak beranak lagi. huahuahuha. Marilah bersama2 menambahkan umat Islam di muka bumi ni. Selamat melahirkan Mujahid2 dan mujahidah2 yang akan bangunkan Islam suatu hari nanti. Ehh, macam ustazah dah haaahhh.

Thursday, February 19, 2015

Kisah Adeq Baby!

Assalamualaikum..

Nak story pasal si kecik dalam perut ni. Kesian mummy tak update pun pasal awak kan. Kak long dulu bukan main tiap2 bulan mummy cerita. Mummy tak adil, kan? Sorry ye sayang, yang penting kasih sayang mummy kat anak2 tak berbelah bahagi, tau. Ececececcee.

Alhamdulillah, anak kecik mummy dah masuk 24 weeks, dah 6 bulan dalam perut muncit mummy. Pregnant kali ni, terasa macam cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik tinggal lagi tiga bulan nak masuk labour room balik. Mummy is nervous okeh. kikiki. InsyaAllah, jika panjang umur, ada rezeki, mummy bakal timang2 awak akhir bulan 5 ni. Tak sabar!

Dah masuk 6 bulan ni, makin lah aktif duk main pusing2 tendang2 kat dalam nung. Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang kat mummy merasa membawa satu nyawa dalam rahim ni. Bahagianya Allah sahaja yang tahu setiap kali merasa gerakan lembut dari dalam. Sekarang dah sampai tahap bergerak berombak perut. Tunggu lah 7 bulan nanti, senget lah perut mummy tiap kali budak ni menggeliat. Geli oiii!

Pregnant kali ni jugak, perut tak berapa nak nampak. Tak macam masa kak long dulu, 5 bulan tu ramai dah tegur, dah sampai masa ke? Besar kan main perut. Yang kali ni, kalu pakai baju kurung besar, tudung labuh tutup perut, memang ada yang tak perasan. Tu yang masuk kelas, budak2 tanya, cikgu dah kahwin ke belum. Kahkahkah. Kesian aku. 

Gender baby? Hehe. Seperti yang mummy jangka dan harapkan. Alhamdulillah. Kali ni instinct mummy betul. Masa kak long dulu, mati2 ingat baby boy, siap hari2 daddy gosok perut panggil nama boy. Sekali scan, BABY GIRL. KAhkah. Terkedu laki bini depan doktor. Yang ni memang mummy harapkan baby girl lagi. Hasil scan minggu lepas, yes, it's BABY GIRL. Yeay! Kesian daddy teringin nak baby boy. Next baby lah ye daddy kita usaha untuk baby boy. lalaalala..


Eh, kenapa nak baby girl lagi? Kan kalu boy baru best, sepasang. Ye, betul lah tu. Anak-anak, tak kira lah jantina, tetap membahagiakan. Cuma saya suka sangat2 tengok dua beradik sama jantina, rapat macam kembar. Boleh pakai baju sedondon. Harapnya rapat sampai ke besar, jadi bestfriend. Share cerita happy sedih bersama2. Kan comel hahhh. Tapi tak kisah lah, lelaki ke perempuan ke tetap akan jadi racun dan penawar mak bapak kan. InsyaAllah, betul didikan, betul lah pegangannya. 

Tapi selalu kan kita dengar cerita, masa scan lain jantina nya. Bila dah lahir, lain pulak yang keluar. Saje baby nak surprise kan mak dia tu. Hahaha. Kalau yang keluar nanti tiba2 baby boy, mummy tetap syukur. Dapat sepasang pun Ok jugak. Boleh jaga mummy daddy, jadi bodyguard kak long nanti kan. InsyaAllah, asalkan anak sihat, mummy dah cukup happy. Moga jadi anak soleh/solehah ye sayang-sayang mummy!



Saturday, February 7, 2015

Kembali Bekerja?

Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun setengah bergelar surirumah, yang banyak goyang kaki makan tidur golek2 atas katil layan anak tengok TV, akhirnya terhumban kembali ke alam pekerjaan. Hahaha. Nampak tak betapa ada cubaan untuk menggambarkan betapa indahnya hidup tanpa perlu bekerja. Kahkahkah. But yes, untuk orang yang tak suka pada tekanan yang bukan2, yang tak suka mendapat arahan yang kau rasa hoiii menyampahnya, being a housewife is a goooood choice. Tapi, banyak lah tapi. Itu cerita lain kali, pro dan kontra nya.

Ok, back to the story. Kerja apa ni sebenarnya. CIKGU GANTI je kot. hahaha. Tu pun nak kecoh kan. Pernah pegang jawatan yang sama, tahun 2013 dulu. Lepas je resign mengajar kat kolej, terus sambung 2 bulan jadi cikgu ganti untuk 2 bulan, gantikan cikgu bersalin. Now, benda sama berulang. Ganti cikgu yang sama, mengajar benda yang sama, di tempat yang sama. huhu.

Perasaan? Mahu tak ketar lutut. Lama kot tak mengadap muka students, bercakap depan ramai. Buku pun lama dah tak sentuh. Habis je mengajar bulan sept 2013 tu, dah tak tahu campak ke mana buku2, pen, marker, sijil2 segala. hahaha. 

Jujurnya, planning lepas berhenti mengajar kat kolej dulu, nak rehat 2,3 bulan je. Lepas tu mula nak job-hunting, kembali bekerja. Sekali serooonokkk haaaa duduk goyang kaki makan tidur, jangan kan job-hunting, email pun tak pernah buka. Kahkahkah. Sijil2 pun entah ke mana tak tahu. resume apatah lagi, memang tak ter-update langsung. Sambung lagi cuti panjang kita. Pulak tu asyik duk mengandung je kan tahun lepas. 

Alhamdulillah, start masuk on 11 Januari, hari jadi iolls tahu hari tu. huhu. InsyaAllah, pertengahan bulan 3 ni habis lah. Rupa2 nya ada lagi students yang saya pernah ajar masa SPM dulu, sambung diploma pula di situ. Seronok dia orang jumpa cikgu lama ni haa. Kali ni, mengajar dengan bawak perut 5 bulan. Yang kelakarnya, masuk2 kelas, bersuai kenal, ada jugak soalan yang berbunyi 'cikgu dah kahwin ke belum?' Kahkahkah. Lawak antarabangsa betul. Tak nampak kot perut cikgu yang dah ke depan ni. Atau muka cikgu ni terlalu muda jelita barangkali.
 *kriiikkkkk kriiikkk kriiikkk*

Walaupun masa terima offer tu, separuh hati sebab sekian lama berdamping dengan mummy, mana mungkin anakanda pengarang jantung hati mahu di jaga orang lain. Bertawakkal saja tinggal dengan tok wan dia yang pun sama sibuk buat kerja ni. Anggap rezeki Allah nak bagi, terima je. InsyaAllah, ada hikmah tersembunyi..
:)
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati