tekan jangan tak tekan!

Friday, July 27, 2012

Doa Buat Kekasih




Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Thursday, July 26, 2012

Diserang Pedih Ulu Hati..Ouuchhh!

Assalam..

Today is khamis. Khamis is sangat happy. Why? Because esok cuti!! hikhikhik. Tak ada benda lain kan dalam kepala, melainkan cuti cuti dan cuti. Hari ini dah masuk hari ke-6 berpuasa. Dah hampir seminggu. Sekejap je kan. Baby dalam perut pun dah masuk minggu ke 27. Lagi seminggu masuk 7 bulan. Owhhh. Then lepas tu menghitung hari menanti cik baby keluar dari perut boyot mummy ni. hehe. Dengan perut yang makin berat dan besar, memang mula terasa bebannya. Belum 7 bulan lagi, tapi dah rasa macam sarat. Nak jalan pun macam dah tak larat. Solat pun boleh mengah. Haiih. Dan paling 'best' semalam, pertama kalinya diserang Pedih Ulu Hati. Sakitnya mak aiihhhhh, rasanya nak terajang orang. haha. Ada hati tu nak terajang orang, nak angkat kaki pun tak larat. kihkihkih. Time bangun sahur subuh semalam, rasa sangat senak dan sakit kat bawah dada ni. Sakit yang gila2 lah. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena. Baring telentang lagi tak selesa. Time2 tu juga cik baby tunjuk skill menendang dia. Daddy cik baby try lah nak meredakan kesakitan isteri ni dengan mengurut2 tempat sakit tu. Tapi tak pasal2 kena tepis. Maafkan mummy, daddy. Sangat tak selesa dalam2 sakit gitu kena urut2. Last2 bangun berdiri baru macam lega sikit tapi rasa senak tu tetap lah ada. Paniknya dalam hati Tuhan saja yang tahu. Iyalah, seumur hidup tak pernah kena macam tu. Yang terlintas, nak beranak dah ke aku ni?? Hahaha. Boleh fikir gitu. Padahal sebelum ni dah tahu kot pasal gejala2 macam ni time pregnant. Panik punya pasal kan. Rasa sakit cuma berkurangan lepas makan sahur tu. Sambung tidur lepas subuh dengan harapan bangun nanti sakit akan hilang. Tapi bangun je nak pergi kerja, datang balik sakit, even tak kuat macam tadi. Terus SMS office nak MC hari ni sebab nak ke klinik. 

Masa kat klinik tu, bersungguh lah bercerita kat doktor apa yang jadi. Sampai berair2 mata ni. haha. Drama lebih mak kau wahai anak.teehheeee. Sekali doktor tu sengih2 je sambil berkata "owhh, biasa lah time2 mengandung ni jadi macam tu. Nak2 time puasa, angin campur gastrik, memang macam ni. Tak apa, nanti kita bagi ubat ye". Ehh, gitu je? Sakit gila kot. Ingatkan kronik ke apa ke. hehehe. Alang2 dah ada situ, terus lah minta doktor scan sekali anak mummy ni. Pasal ramai sangat yang tegur perut macam besar. Kot2 lah cik baby dah membesar dengan hebatnya kan. Alhamdulillah, masih lagi ikut perkembangan. Cuma sekarang cik baby songsang, duk melintang dalam perut. Bawah ruang kosong je. Harap2 nanti cik baby berpusing lah, jangan ikut mummy. Mummy dulu lahir songsang tahu. hehehe. Owhh, doktor cakap air ketuban agak banyak, sebab tu perut macam besar. Tapi tak bahaya lagi, masih ok. Alhamdulillah. 

So semalam daddy cik baby paksa mummy buka puasa sebab nak suapkan ubat. Sobsobsob. Maka semalam selamat lah mummy tinggal puasa sehari. Sadis betul. Baru je bercita2 nak puasa penuh tahun ni. Tak apa lah, daruratkan, nak buat macam mana. Harap2 lepas ni tak ada lagi lah peristiwa2 yang boleh mendatangkan tinggal puasa secara sengaja ni. hehehe. Serik dah weii.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem and Congratulation Mummies!!

Assalam..

Hari ni dah masuk 2 Ramadhan 1433H. Sudah 2 hari berpuasa, dan hari ke 3 terawih. Alhamdulillah, this preggy buncit mummy managed to puasa dengan jayanya. Hehe. Almaklum, awal2 puasa ni jatuh hari cuti. Berehat sakan lah di rumah. kihkihkih. Tapi esok dah start kerja. Sobsobsob. Paling tak best, working hours tiada perubahan, still 9-6. Biasa bulan puasa diawalkan sejam, 8-5. Tak apa lah, nak buat camno kan. Cerita pasal puasa, setakat ni Alhamdulillah. Tak ada lah lesu sampai tak boleh bangun ke apa ke. Letih tu normal lah kot kan. Esok2 lusa tak tahu lah macam mana. Harap2 mampu lah puasa penuh tahun ni. Lagi pun masa Rejab dan Syaaban lepas dah berlatih puasa. Tapi tak berani juga nak cakap lebih, dengan perut yang makin ke depan ni, dengan cepat letihnya lagi, doa banyak2 je lah moga lebih kuat. Sekarang pun rajin makan vitamin, untuk tenaga. Kalau tak buat2 tak ingat je sebab malas. hehehe

Kedatangan Ramadhan penuh barkah kali ni juga memberi khabar gembira buat beberapa orang rakan baik saya telah dan bakal bergelar mummy. Sehari sebelum Ramadhan dapat SMS dari kawan sekolah yang dah selamat bersalin baby boy. Tak sempat nak puasa tu, baby dah nak keluar. huhuhu. Then kawan ofis, Kak Sya juga bakal bersalin esok. Terpaksa bedah sebab anak songsang. Moga2 selamat lah bersalin. Lepas tu ada lagi beberapa orang kawan yang tengah tunggu masa nak bersalin sepanjang Ramadhan dan Syawal nanti. Alhamdulillah. Dapat anak-anak Ramadhan dan Syawal. Saya? Lambat lagi, time nak Raya Korban nanti InsyaAllah. Tapi tengok pada sarat tu, macam terberanak awal je. Ya Allah, minta jauh. Kalau boleh biarlah baby keluar time cukup masa. Tapi kalau ditakdirkan beranak awal, redha saja. Ketentuan Allah itu yang terbaik kan.

Apa pun, di harap kedatangan Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua. Tahun ni kiranya tahun kedua berpuasa sebagai seorang isteri, and first time as a mummy-to-be. Kiranya berpuasa dan InsyaAllah beraya berdua 1/2 lah ni. hehehe. Tunggu tahun depan lah dapat raya bertiga, InsyaAllah.

Tuesday, July 10, 2012

Apa cerita?

Assalam...

Lamanya tak update blog. Tiada masa ke malas? Entah. haha. Banyak sangat benda nak cerita, tapi asyik lah tertangguh2. Dahulukan yang lebih penting. huhu. Owhh, semalam genap lah usia encik kereta saya setahun. Sekejap je dah setahun. Macam baru je lagi beli tahun lepas, 2 minggu lepas kahwin. Then genap sebulan kahwin, dah selamat sampai ke pangkuan tuan empunya ni. hehehe. So semalam baru sibuk nak renew road tax dengan insurans segala. Dah ingatkan suami berhari2 dah sebelum tu, tapi asyik2 lupa. Makanya hari ni saya bawak kereta dengan roadtax dah expired sehari. Kalau ada roadblock karang, mampus haku. hewhewhew. 

Akhir bulan Jun lepas pula kami suami isteri telah bermusafir jauh ke Shah Alam. Jauh ke? Jauh lah kan, Terengganu- Shah Alam. hehe. Saja jalan2 makan angin, dah lama tak berjalan. Lagi pun time anniversary hari tu tak sempat ke mana2. Suami memang dah plan lama nak ke sana. Pakcik2 dan sepupu-sepapat dia ada kat sana, so alang2 boleh ziarah diaorang sekali. Nanti cerita panjang kat next entry. hehehe.

Baby dalam perut ni pulak, hari ni sudah 25 minggu. 6 bulan lebih dah. Makin aktif duk streching dan menari ballet dalam perut mak dia ni. Berombak2 perut mak anak oii. Sekejap2 mengeras ke kiri, sekejap ke kanan. Daddy baby dah boleh rasa gerakan baby, yeay!Tapi baby macam kurang mesra dengan daddy. Tengah2 elok dia duk pusing2, time daddy dia letak tangan atas perut, terus dia diam taknak gerak. Poor daddy. Tak apa, tunggu dia besar sikit, mesti dia sayang kat daddy kan. hehe. Sekarang, kalau gosok2 perut mesti baby bagi respond. Sampai sekarang, kalau perut bergerak2, mesti saya terkekek2 seorang2. Geli campur happy. Tapi baby suka benar ye main2 kat mummy punya pundi kencing. Sekejap2 rasa nak ke toilet. Nak2 kalau time solat, tengah2 rukuk tu tiba2 rasa nak weewee. Jangan macam tu sayang, kesian mummy kena ulang alik ke toilet ni. haha. Owhh, nak tengok latest picture mummy? Dah makin buncit! tak apa, yang penting mummy tahu kamu happy kat dalam tu. hehehe

.


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati