tekan jangan tak tekan!

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem and Congratulation Mummies!!

Assalam..

Hari ni dah masuk 2 Ramadhan 1433H. Sudah 2 hari berpuasa, dan hari ke 3 terawih. Alhamdulillah, this preggy buncit mummy managed to puasa dengan jayanya. Hehe. Almaklum, awal2 puasa ni jatuh hari cuti. Berehat sakan lah di rumah. kihkihkih. Tapi esok dah start kerja. Sobsobsob. Paling tak best, working hours tiada perubahan, still 9-6. Biasa bulan puasa diawalkan sejam, 8-5. Tak apa lah, nak buat camno kan. Cerita pasal puasa, setakat ni Alhamdulillah. Tak ada lah lesu sampai tak boleh bangun ke apa ke. Letih tu normal lah kot kan. Esok2 lusa tak tahu lah macam mana. Harap2 mampu lah puasa penuh tahun ni. Lagi pun masa Rejab dan Syaaban lepas dah berlatih puasa. Tapi tak berani juga nak cakap lebih, dengan perut yang makin ke depan ni, dengan cepat letihnya lagi, doa banyak2 je lah moga lebih kuat. Sekarang pun rajin makan vitamin, untuk tenaga. Kalau tak buat2 tak ingat je sebab malas. hehehe

Kedatangan Ramadhan penuh barkah kali ni juga memberi khabar gembira buat beberapa orang rakan baik saya telah dan bakal bergelar mummy. Sehari sebelum Ramadhan dapat SMS dari kawan sekolah yang dah selamat bersalin baby boy. Tak sempat nak puasa tu, baby dah nak keluar. huhuhu. Then kawan ofis, Kak Sya juga bakal bersalin esok. Terpaksa bedah sebab anak songsang. Moga2 selamat lah bersalin. Lepas tu ada lagi beberapa orang kawan yang tengah tunggu masa nak bersalin sepanjang Ramadhan dan Syawal nanti. Alhamdulillah. Dapat anak-anak Ramadhan dan Syawal. Saya? Lambat lagi, time nak Raya Korban nanti InsyaAllah. Tapi tengok pada sarat tu, macam terberanak awal je. Ya Allah, minta jauh. Kalau boleh biarlah baby keluar time cukup masa. Tapi kalau ditakdirkan beranak awal, redha saja. Ketentuan Allah itu yang terbaik kan.

Apa pun, di harap kedatangan Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua. Tahun ni kiranya tahun kedua berpuasa sebagai seorang isteri, and first time as a mummy-to-be. Kiranya berpuasa dan InsyaAllah beraya berdua 1/2 lah ni. hehehe. Tunggu tahun depan lah dapat raya bertiga, InsyaAllah.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati