Assalam..
Alhamdulillah, si kecil pengarang jantung belahan jiwa kami sudah pun berusia 2 bulan, pada 12.12.12 yang lalu. Cantik tarikh tu, huhuhu. Alhamdulillah, anak membesar dengan sihat. Kejap je dah 2 bulan. Last check up untuk 2 bulan, berat sudah 5 kg!Alahai, patut lah lenguh tangan kalau dukung budak bambam ni. Perkembangan setakat ni, sudah pandai senyum dan bagi respon kalau di agah. Tak lagi buat tak tahu je macam sebelum2 ni. huhuhu. Tokki dia paling seronok bila si debab ni sengih2 sebab masa dalam pantang lagi tokki dia ni duk agah2. haha. Dah pandai buat perangai, time nak tidur merengek2, time lepas mandi pun melalak2 sebab sejuk. Big girl lah katakan, nak tunjuk perangai lah tu. hehe. Teringatkan karenah anak ni sangat lah membuatkan jiwa mummy bahagia berbunga2..:)
Mummy lagi 2 hari bercuti sakan ni. Ahad ni dah start kerja balik. Owhh, sungguh tak boleh menerima hakikat dah kena kerja balik. Serius tak ada perasaan nak bekerja balik. Sindrom mummy2 baru barangkali. Sampaikan bangun pagi2 saya berharap ada 30 hari lagi sebelum bekerja. Hari2 okeh. Kalau hari2 ada 30 hari lagi, bila kau nak masuk kerja? kahkah. Tu lah, cuti panjang sangat. Ni nasib cuti 2 bulan je. Kalau maternity leave 3 bulan, harus haku resigned duduk rumah jaga anak. hahahaha. Pastu kereta kau siapa nak bayo?? kihkihkih. Lagi 2 hari nak masuk kerja, mummy tak ready apa pun. Baju kerja entah kemana. Tudung yang cantik2 sikit entah kemana. Kasut baru belum ada, kasut lama dah lama masuk kubur. kehkehkeh. So, esok kena lah angkut daddy belikan apa2 yang patut.
Tapi serius sedih nak masuk kerja ni. Amani akan di hantar ke rumah pengasuh, dekat dengan rumah mak. Nasib baik dekat sangat dengan rumah mak, boleh mak jenguk2. Lagi pun memang kenal baik dengan pengasuh tu, dan InsyaAllah dia akan menjaga Amani dengan baik. Tapi sedih bila tak mampu nak besarkan anak dengan tangan sendiri. Sedih bila mengenangkan mungkin saya terlepas moment2 penting seperti first time dia meniarap, first time dia merangkak atau first time dia mula melangkah. Allah! Semoga Dia berikan saya kekuatan jiwa. Semoga Dia berikan saya peluang untuk melihat detik2 indah itu.
Dan semoga lepas masuk kerja ni, perasaan saya terhadap kerja akan kembali seperti sedia kala. InsyaAllah, nanti dah masuk kelas, dah tengok muka2 students, dah jumpa kawan2, semangat untuk bekerja akan kembali pulih. InsyaAllah. Untuk Amani, maafkan mummy tak dapat besarkan Amani dengan tangan mummy sendiri, tak dapat pujuk masa adik menangis, tak dapat bagi susu dengan tangan mummy sendiri. Mummy kerja untuk bagi kesenangan untuk adik. Doakan semoga dipermudahkan segalanya.
bambam!!
No comments:
Post a Comment