tekan jangan tak tekan!

Monday, October 7, 2013

Suami ku Yang Rajin Terlebih..

Assalam..

Okeh,ini bukan segmen memuji suami sendiri ye. eh, tapi kalau puji pun apa salahnya kan. Aku bukan puji suami orang. hakhakhak. Suami saya, banyak kekurangannya, kelemahannya. itu rahsia harus simpan kemas2 lah., berdosa kot jaja keburukan suami. Tapi dia punya satu sikap yang mana bisa mengatasi segala kekurangan yang ada padanya, TERLEBIH RAJIN. hehe. Lelaki yang sudah 2 tahun setengah menikahi saya ini Alhamdulillah, seorang yang boleh saya bergantung harap. Serba boleh dalam erti kata lainnya. Baiki paip, cat rumah, baiki lampu, wiring, bancuh simen, ikat bata, baiki aircorn, baiki kereta, tukar tayar, termasuk juga SAPU RUMAH, KEMAS RUMAH, LIPAT KAIN, JEMUR KAIN, BASUH PINGGAN, KEMAS KATIL adalah antara kemahiran suami saya. Nampak yang caplock tu? Tu semua kerja2 yang patut saya buat, tapi dia boleh buat jauh lebih baik. hehehe. Saya mengaku sejujurnya saya memang tak pandai kemas rumah. Tak pandai menguruskan rumah tangga dengan sempurna. Tak reti nak susun barang kasi kemas cantik2. Kalau menyapu mesti tak habis. Lipat kain lagi lah, tak pernah habis satu bakul. kihkihkih. Suami pulak sebaliknya. Kalau dia start mengemas, memang licin satu rumah. Kalau lipat baju, siap semua tiga bakul. huhuhu. Bukan kat rumah kami je, kat rumah mak pun, kalau datang penyakit rajin dia, memang licin berkilat2 lah rumah dikerjakan. 

Untuk hal yang satu itu, saya sangat bersyukur Allah S.W.T mentakdir kan dia untuk saya. Seorang lelaki yang tak pernah meletakkan ego nya di tempat teratas. Tak pernah rasa malu untuk buat kerja yang sepatutnya si bini pemalas ni yang buat. hahaha. Eh, kan ke suami isteri memang kena saling melengkapi. nah, itu lah kami. Suami yang melengkapi isteri yang serba kurang ni. hahaha. Tapi dalam banyak2 benda, satu je dia tak pandai. MASAK. Bab masak memang ke laut lah. haha. masak maggi aje yang reti, yang lain, order kat bini dia ni. Tu pun jarang sangat dia teringin nak makan itu ini. Tengok perut pun tahu, memang dia ni tak suka makan. Payahnya nak tengok dia makan. Bini ni pulak suka sangat memasak. Jadinya, tekalah siapa yang semakin mengembang, siapa yang makin menipis. teeeeeeeeeeeet!hahaha.

Dear husband, a.k.a daddy amani, terima kasih untuk segala kerajinan anda. Moga2 membawa ke tua lah sikap macam ni. Senang mummy. hahaha. Allah jua yang akan membalas segalanya. Terima kasih juga kerana sudi menerima segala kelemahan bini mu ini. Love u everyday!


No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati