Assalam..
Akhirnya, SAR untuk MH370 menemui titik nokhtah, selepas 17 hari pelbagai usaha mencari dan menyelamat. Allahuakbar, sedih yang teramat bila mendengar pengumuman PM semalam. Walaupun sudah mengagak dan bersedia menerima hakikat bahawa pesawat itu mungkin hilang dilautan, tapi tiadanya petunjuk selepas berhari2 mencari membuatkan semua berharap yang pesawat itu sebenarnya masih selamat. Masih boleh ditemui dengan selamat, masih bernyawa semua penumpang. Tapi apakan daya, Allah punya rancangan berbeza. Sedihnya tengok reaksi ahli keluarga mangsa bila dimaklumkan perkara ini. Kita yang tiada kaitan ini pun menitiskan air mata dan sedih tak terkata, apatah lagi ahli keluarga mangsa. Allah..:(
Kejadian ini sangat dekat dengan hati, mungkin kerana ia berlaku ke atas rakyat kita, syarikat Penerbangan kita. Apatah lagi, ada mangsa khabarnya orang Terengganu. Allah.. Doa yang tak putus2 selama berhari2 sudah dijawap tuhan. Sedihnya mengenangkan nasib mangsa2. Lihatlah percaturan Allah S.W.T. Penerbangan sepatutnya ke Beijing, tapi akhirnya semua dijemput Allah di tengah Lautan Hindi, Barat Pearth Australia. Jauh menyimpang dari perjalanan sebenar. Lautan yang dikatakan antara paling ganas, paling terpelosok jarang di lalui. Allahuakbar.T________T.
Kejadian ini benar2 membuka mata banyak pihak betapa besarnya kuasa Allah, betapa kerdilnya hamba Allah. Segala peralatan canggih dan moden digunakan dalam usaha SAR, satu pun tidak menampakkan hasil, apatah lagi sebarang petunjuk. Berkat doa, rintihan dan rayuan ahli keluarga didengar Allah, akhirnya menemui jawapannya, walaupun bangkai pesawat lengkap masih belum di temui. Apakah hikmahnya pada kejadian ini, apakah yang mahu Allah tunjukkan pada kejadian ini? Sama2 lah kita mencari dan meneladani.
Alfatihah dan takziah kepada semua mangsa. Takdir, qada' dan qadar Allah untuk mereka dengan cara begini, moga2 keluarga mereka redha menerimanya. Apa yang berlaku masih dirahsiakan Allah, moga2 kita mampu menemui jawapannya. Nasib kita ini bagaimana? pun masih rahsia Allah. Berdoalah moga pengakhiran hidup kita adalah Husnul Khatimah.
Al-fatihah.