Assalam..
Seperti yang semua maklum, negara sedang berduka dengan peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 yang sudah hampir seminggu berlalu. Kita yang tak ada kena mengena pun terasa pilu, apatah lagi kaum keluarga mangsa. Peristiwa ini buat saya sukar melelapkan mata 2,3 hari pertama kejadian. Entahkan selamat atau tidak, entahkan hidup atau mati. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui segalanya. Jika dilihat di facebook, bermacam2 spekulasi yang timbul. Pelbagai kisah dikaitkan, seolah2 yang berkata2 itu tahu segalanya. haihh, sakit pulak hati ni bila baca. Teringat kisah beberapa hari lepas, ketika menemani emak membeli makanan untuk sarapan. Datang seorang pakcik berkopiah, dengan tersengih2 dan yakin berkata, kejadian ini cuma mainan kerajaan, sebab nak tutup kes mahkamah seorang ahli politik pembangkang. Allahurabbi, tersentap jantung mendengar ceramah pagi pakcik ini. Laju je mulut nak cakap 'BODOH', tapi di pintas oleh makcik yang menjual kuih tu. Terkulat2 dia bila dijerkah sebab mengaitkan benda serius sebegitu dengan politik. Kalau ye pun benci dan tak suka, cari lah benda logik sikit pak cik oiii!
Peristiwa kehilangan MH370 ini pulak berlaku genap seminggu kepulangan kami dari bercuti di Langkawi. Terus tak ada mood nak update pasal percutian kami. Lambat lagi lah kot nak cerita pasal Langkawi. Dah la first time travel by flight. Kalau lah kejadian ini berlaku sebelum kepergian kami, memang tak teragak2 nak cancel-kan percutian ni. Tapi itulah, segalanya sudah diaturkan Allah.
Hikmah di atas kejadian, seluruh negara bersatu membantu mencari dan bersolat hajat agar dipertemukan kembali MH370. Bila mana manusia mula mengakui kebesaran Allah, mula 100% bergantung hanya pada Allah. Betapa di logik akal manusia, mustahil kapal terbang sebesar dan secanggih itu boleh hilang tanpa di kesan, namun tiada yang mustahil bagi Allah. Betapa segala kecanggihan dan peralatan berteknologi tinggi, hanya lah umpama setitis air di lautan jika dibandingkan dengan ilmu Allah. Allahuakbar!
Moga2 penantian kita semua akan berakhir. Moga2 Allah pertemukan juga kita dengan MH370. Jauh disudut hati, mengharapkan mereka pulang dengan selamat. Jika sudah tiada lagi, moga2 dipertemukan lah jasad2 mereka agar dapat disemadi dengan aman. Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment