tekan jangan tak tekan!

Saturday, October 11, 2014

Kisah Ramadhan, Syawal dan 3rd Pregnancy

Assalam..

Sesi meng-update kisah yang sudah diketegorikan sebagai BASI. Kihkih. Siapa suruh bertapa dalam gua lama sangat kan.

Seperti diceritakan sebelum ni, tahun ini berpuasa dengan badan berdua. Mengandung kali ke 3 untuk anak kedua. Kali ini punya pregnancy adalah sangat dirancang dan terancang. Tepat pada waktu dan memang boleh di agak. Eh, apa yang cuba di beritahu ni? kekeke. Pendek kata memang well planning lah. Ingat lagi, 2 hari sebelum majlis kahwin adik, ke Giant beli UPT sebab dah delay hampir seminggu. Nak balik, tiba2 rasa nak terkucil. Alang dah nak terkucil, moh le kita buat test terus. Dasar tak reti nak sabar. Tengah hari buta buat UPT. Ko rasa timbul terang benderang lah result nya? Nehiiii. Yillek. Satu line je wei. Dengan kecewa dan muka tak berapa nak seposen, simpan balik stick tu dalam kotak. Terus pulang ke rumah. Ehh, tiba2 dalam hiba, rasa nak tenung balik UPT. Sekali, muncul lah line yang di tunggu2. 2 Lines. Yeay!! Walau pun sedia maklum result tak valid after 5 minutes, tetap ku yakin POSITIVE! Giteewww cerita dia.

Bermula lah perjalanan hidup seorang ibu bakal beranak 2 ni. Seminggu lepas tu, sakit tak boleh bangun. Yang ni dah cerita dulu. Lepas tu, masuk Ramadhan pulak. Puasa penuh ke? Nehiii Yillekk. Puasa selang sehari okeh. Macam yang sebelum2 ni, tak ada muntah, tak ada alahan teruk. Cuma mabuk2 laut gitu. Pening memanjang. Melepek aje tidurnya. 2 minggu kot puasa selang sehari. Masak lah nak puasa ganti nanti. kikiki. Pregnancy paling sihat lah kali ini. Langsung tak bleeding. Paling banyak bed rest.

After 2 weeks melalui hari2 yang pening2 mabuk itu, tiba2 ku gagah perkasa. Berjaya puasa penuh pada minggu 3 dan 4 ramadhan. Hilang segala mabuk pening. Terdetik di hati, eh masa miscarriage yang ke dua hari tu pun macam ni juga, Dah la waktu pun hampir sama, 11 minggu. Tak sedap hati. Dah fikir bukan2. 

4 hari sebelum raya, rasa nak pergi scan kat klinik. Kononnya lepas raya nak buat buku. Emak temankan sebab suami kerja. Sekali scan, KANTUNG KOSONG. Tiada baby, tiada heartbeat. Kosong sekosong kosongnya. Hanya ada kantung. Terpinga2 sekejap. Terdiam. Tapi masa tu dengan mak, cool lagi. Doktor kata maybe kecik lagi, tak nampak. Eh, 11 minggu dah kot. Tengahari suami pulang, tak tahan. Terus lah menangis teresak2 di bahu suami. Dah dapat rasa, memang bukan rezeki lagi.

Google pasal kantung kehamilan kosong ni, eh rupanya ramai yang senasib. Malas nak  terang, google sendiri ek. kiki. Alhamdulillah, lepas sejam dua mampu menenangkan diri. Mampu terima hakikat, Mampu kembali bergelak ketawa. Semua ini pinjaman. Dah tertulis bukan rezeki, apa yang nak dipersoalkan. Mungkin ini bukan yang terbaik. Keesokkan hari, terus bleeding. Hairan sungguh, selama ini langsung tak pernah bleeding, elok2 je dapat tahu, terus haaa berdarah2.

Yakin lambat lagi keluar, esoknya, siap ke Besut rumah makcik sebab nak kutip durian. hahaha. Masa ni dah bleeding sikit2. Bangun pagi Jumaat tu, di kala orang duk sibuk kutip durian, turun darah dengan agak banyak. Terus siap2 cepat pulang ke Kuala Terengganu. Dari besut, terus ke Hospital besar K. Trg dengan durian penuh se bonet. kahkahkah. Sebab tak tahan sakit dengan bleeding yang mencurah2 bak air terjun.

Sampai hospital, sesi korek mengkorek pulak dengan muncung mulut itik tu. Kali ni sakit sebab doktor agak kasar. Nasib baik ko tak makan penyepak aku wahai doktor. Sila berlembut sikit ye lain kali. Alhamdulillah, kali ni pun tak perlu DnC. Sebab dah keluar habis. Sempat lah bermalam 1 malam di wad. 



Syukur lah tak beraya di wad kan. hehehehe. Persiapan raya? Kosong. Tak sempat buat apa2 pun, sebab konon nak shopping last minit. Padan muka. Raya dalam pantang kita tahun ni. ehh berpantang keww? kihkih. Kesimpulannya, raya tetap raya, tapi pakai baju lama. Bolehh la. 

muka orang tengah pantang tu. gegegegege

Yang menariknya, Allah ambil balik pinjaman Dia genap 6 bulan lepas Dia ambil yang kedua tu. 25 Jan-25 Julai. Usia kehamilan pun sama, 11 minggu 5 hari. Dan pada waktu sepatutnya due date 2nd pregnancy itu, adalah waktu saya hilang yang 3rd pregnancy. Hebat percaturan Allah. Sebagai hambaNya, saya yakin dan redha, ada hikmah tersembunyi. 

Senyummmm

Begitu lah cerita rangkuman 3 serangkai. Kesimpulannya, tiada rezeki lagi nak bergelar mummy ber-anak dua. Panjang dan lebar ni. Ni pun banyak short cut dah. kan cerita habis, 3 hari baru siap. kohhh kohh kohhh. Macamlah ada yang nak baca kan. 

ok. bai.

Wednesday, October 8, 2014

Promo Shaklee Oktober 2014.

Assalam..


I'm back! Lama tidak bersiaran. Kita mulakan dengan promo terlajak laris Shaklee bulan ni, ESP! Atau nama kad pengenalan dia, Energizing Soy Protein. Beli 6 percuma 1! Mana nak dapat oii. Antara produk terlaris Shaklee ni. Mana tak nya, setiap set lengkap shaklee mesti ada ESP ni. Penting tahu ESP ni.

ESP, seperti namanya, merupakan minuman protein yang diperbuat dari kacang soya bermutu tinggi. Terpaling penting, non-GMO. Apa tu? Sila google bahaya bahan makanan berasaskan GMO ye. 1 tin ESP lebih kurang 850g tu dihasilkan daripada 30kg kacang soya tahu! Hebat kan. Jadi ESP merupakan sumber protein yang sangat baik, di samping sumber2 protein semulajadi seperti ikan, tauhu.

Apa Kebaikan ESP?

  1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
  2.  Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
  3.  Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
  5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 
  6. Memberi ton warna kulit yang sekata
  7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
  11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
  12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
  15. Membantu mengurangkan risiko kanser, 
  16.  Bertindak sebagai antioksidan, 
  17.  Menguatkan sistem imun tubuh, 
  18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
  19. Memelihara kesihatan jantung 
  20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
  24. Membantu merendahkan paras kolestrol, 
  25. Mencegah osteoporosis 
  26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
  27. Membantu menyembuhkan gastrik. 
  28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
  29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
  30. Memudarkan parut
  31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
  32. Kecantikan kulit dan rambut
* sumber di sini.


Tahu apa yang berlaku kalau badan kita kekurangan protein?

  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan

Siapa yang patut ambil ESP? 

Kita Semua!! terutamanya...
  • Ibu Hamil
  • Ibu yang menyusu
  • Warga Emas
  • Yang ingin kulit cantik
  • Pengidap diabetes
  • yang ingin kuruskan badan
  • Dan lain2 lagi.
Sebab apa? ESP mampu menyediakan keperluan protein secukupnya dalam badan kita. Suka tak? suka tak? suka tak?

Nanti kita sembang lagi pasal ESP ni. Banyak oii kalau nak cerita. Kena part by part lah. huhu. Nak tahu lebih? Jangan segan jangan silu contact saya di:

facebook: mieyza roslan
SMS/WA : 019 998 9052




Tuesday, October 7, 2014

Masih Di Sini..

Assalamualaikum..


Koohh..koohhh..Koohhhhh.. Terbatuk.

Banyak habuk. Bersawang.

Lama tak di jenguk, lama tak bersapu. Sepi tanpa kata.

Tak pernah lupa, tak pernah gagal mengingati.

Cumanya masih mencari sisa semangat yang hilang entah ke mana.

Malas pun, ya juga.:)

Kisah duka suka datang dan pergi, silih berganti.

Datang gembira, Sedih pun mahu kunjung tiba.

Makanya, redha lah apa pun ketentuannya.

Bukan kah yang datang dariNya itu adalah terbaik?

Hadapilah dengan senyuman. Yang terpaling ikhlas.

Kerana yang berganti duka itu berlipatgandanya sukanya.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Syukur atas segala pengalaman, atas segala rezeki yang melimpah ruah, atas segala kasih sayang, atas segala peringatan yang di beri.

Yang pergi, biarlah berlalu. Yang diambil kembali, biarlah tenang di sisi penciptamu. 

Aku masih di sini.

Dengan harapan dan cita2 moga blog ini hidup kembali.

Biarkan bunga ku mewangiiii, selamanyaaaaa..... eh??


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati