Assalamualaikum.
Sudah 10 hari di tahun 2015, baru terhegeh2 mak nenek nak update. huh. Maafkan hamba, awal2 tahun tak bermula dengan baik. Mula2 anak demam batuk selsema. Lepas anak sembuh, mak dia pulak sambung batuk selsema. Macam lari berganti2 kaedahnya. Alhamdulillah dah mula sembuh, suara je masih serak2 basah. Fefeeling jadi Ella kejap. hehehe.
Banyak sangat entry tertunggak sebenarnya. Tak tahu rajin ke tidak nak mengimbau memori memerah otak nak ingat balik kejadian2 lalu untuk diabadikan dalam blog. Nak2 sekarang memang ada syndrome short term memory loss KAHKAHKAH. Serba serbi lupa. Nak nyanyuk dah barangkali. haha.
Harap2 tahun 2015 ni banyak perkara baik yang berlaku. Banyak sangat peristiwa pahit masa tahun 2014 kan. Tak mahu dah ingat2 yang pahit2 kelat tu. Jom pandang ke depan. Macam perut ai la, dah makin ke depan. haha. ALhamdulillah adeqbaby dah masuk 18 minggu. Lagi 2 minggu cukup 5 bulan. Kesian kat adik, mummy jarang update pasal adik. Dulu time kak long rajin sangat tiap2 bulan update perkembangan. huhu. Maafkan mummy, nak. InsyaAllah lepas ni mummy merajinkan diri ye, nak.
Moga2 tahun ni rezeki akan makin bertambah, amal ibadat makin bertambah, kesihatan makin baik, rumahtangga makin bahagia, keluarga makin besar dan hidup makin diberkati. InsyaAllah. Amin.
No comments:
Post a Comment