tekan jangan tak tekan!

Saturday, December 25, 2010

Bubur Asyura

Hari ni dah 19 Muharram. Dah lepas pun hari Asyura, tapi kat kampung saya, hari ni baru gotong royong buat bubur Asyura a.k.a bubur Syura. Memang hari yang di tunggu2, sebab setahun sekali je dapat makan bubur syura yang sedap. Setahu saya, setiap negeri bubur syura berlainan jenis kan. Saya pernah makan bubur Syura dari Utara kalu tak silap, agak manis dan ada pisang. Kalau kat Terengganu ni, bubur Syura jenis yang berempah, ada daging, ayam, isi ikan, pastu campur kacang merah, ubi keledek, dan jagung. Dah siap, tabur dengan serunding ikan, telur dadar hiris halus2 dan agar2 yang di cincang halus. Unik tak? Ke sama je semua negeri? Saya tak pasti pula negeri lain makan macam mana bubur syura ni. Tapi kalau kat sini, makan macam tu lah. tunggu sejuk, biar keras sampai boleh potong macam kuih talam, tabur aksesori2 semua tu, then makan!

Tadi semua berkumpul kat surau belakang rumah saya. Awal2 pagi lagi mak dan ayah saya dah sibuk siapkan semua barang untuk buat bubur Syura ni. Last time saya tengok orang buat Syura ramai2 ni masa sekolah. Masa tu kat Kelantan, MRSM JELI. Bubur Syura kat Kelantan ni lebih kurang je macam Terengganu punya, cuma rasa lain sikit, pastu color dia lagi hitam. Mungkin sebab rempah jenis lain kot. Lepas pada tu saya tak berpeluang lagi tengok, sampai lah tadi baru tengok orang gotong royong buat Syura. Sebab tu sedikit jakun di situ. Haha. Tapi dalam banyak2 bubur Syura, yang Terengganu punya paling sedappp saya rasa. Kaya dengan daging, ayam, ikan dan kacang. Sedappp! Eh eh..orang negeri lain jangan marah. Yang lain pun sedappp juga, cuma bagi tekak Terengganu jati macam saya, yang Terengganu punya tetap terrsedappp. huhuhu





Friday, December 24, 2010

Annual Dinner 2010

Sudah hampir seminggu berlalu. Jadi ini kiranya kisah yang sudah basi masyammm. Basi pun basi lah, tak kira, mahu post jugak.:D

Sambungan dari entri ini, lepas dah penat2 pusing IKEA, kami pun pulang. Golek-golek jap, then terus bersiap mekap2 untuk dinner. Pukul 6 petang terus ke PWTC. Tunggu rombongan Cik Kiah dengan bas, then terus masuk register. Sampai kat dalam, haku terkezut monkey. Mak aihhh, bergemerlapan sungguh outfit manusia2 yang nak ber-dinner ni. Bayanglah, semua staff seMalaysia berkumpul setempat. Ramai yang amat, di tambah pulak percikan cahaya glamour bling2 baju masing2. Terus i yang besar gabak ni tenggelam. Dah lah baju tak de bling2, terus malap. Kahkahkah. Ahh, lantak. Yang penting ku enjoy.:D.
Lepas register, masuk lah kat dewan tu. Apa entah namanya, lupa. Dewan yang sama masa saya Konvo 2 tahun lepas. Majlis start dalam pukul 9.30, lepas Dato' Wira tiba. Lepas ucapan Dato', makan time! Perut sangatlah sedang berdendang dondang sayang. Lapar sungguh. Makanya terus makan dengan bersungguh. Macam biasa, menu, Chinese Crusine. Makanan kat sini so-so saja. Tak ada lah best gile ke apa. Biasa je. Berbanding tahun lepas yang lagi best lah saya rasa. 

Tengah2 makan, acara di tunggu2, artis jemputan. Kalau tahun lepas di Hotel Royal Chulan, artisnya ANUAR ZAIN, tahun ni FAIZAL TAHIR. Erkk, Siapa minat, angkat Tangan..!!huhuhu. Menurut kawan2, mamat ini pernah di jemput untuk dinner dulu. So ini kali kedua lah dia di jemput. Makanya, ramailah yang teruja. Tapi..ishh, kalu saya cakap harapnya big fan dia jangan lah memaki hamun saya ye. hehe. Saya tak minat Faizal Tahir. huhuhu. Entah kenapa, saya tak berapa suka dengan dia sebab bagi saya dia ni sedikit berlagak dan over. Tapi tak nafi lah, dia ni tak sombong dengan fan dia. Friendly dan sporting juga. Dan yang paling kelakar, masa dia turun dari stage, tengah dia jalan kat tengah2 tu, sambil dikerumuni fans, saya sempat menyelitkan diri untuk ambil gambar dia. Hambik kau, jarak antara saya dengan dia cuma beberapa inci saja. Hajatnya mahu ambik gambar kawan2 bersama si penyanyi, especially KAK NA yang minat gile mamat ni. Last2 semua tak bergerak, semua terpaku di meja. Haiikk, i sorang je yang tergedik2 di situ ambil pics Faizal Tahir. Hape kes?? Alang2 dah depan mata, ku ambil lah pics Faizal Tahir yang tengah syok sorang2 melalak atas kerusi sampai nampak anak tekak ni. Nasib baik kau Faizal Tahir, kalau zaman ANUAR ZAIN dulu i sedekat ini, mau juga ku cium..opppssss!



Tapi keseluruhannya malam tu macam kurang ummpphh saja. Entah sebab apa. Mungkin tempat yang tak best, Mungkin MC majlis yang agak ntah hape2, mungkin sebab badan penat. Nak bergambar pun macam tak syok, sebab tu tak banyak gambar pun. Tapi hadiah lucky draw sangat best dowhh. Percutian ke oversea, iPhone, Nokia Handset, barangan elektrik dan macam2 lah. Saya sangat tak bertuah tahun ni, pulang dengan tangan kosong. Tahun lepas dapat juga sterika. hehehe. Tak apa lah, tak ada rezeki. Yang penting enjoy juga lah dapat jumpa kawan2 lama.






Students ku sayang..

Students ku sayang,
Musim ber-exam kembali!!OoYeahh! Sepanjang minggu lepas, dunia kamu semua huru hara dengan exam midsem. muahahaha. Huru hara ye, padan muka. Siapa suruh study last minutes. Ehh, belum habis lagi lah, minggu depan lagi 2 hari. Belum berakhir ye sengsara korang. haha. Ala, rileks la. Baru midsem. Senang macam makan kacang lah. Makan kacang lagi susah, kena buang kulit. Korang jangan lah jadi kacang, lupakan kulit, walau pun bukan sengaja si kacang nak lupa kulit. Wahai kulit, jangan sedih, kacang lagi sengsara, kena kunyah sampai hancur. gegeggegegege!

Students ku sayang,
Jangan lah rungsing, jangan lah sengsara, jangan lah tertekan. Saya pernah di tempat kamu. Saya pernah sengsara seperti kamu. Namun percaya lah, kesengsaraan itu sangat manis untuk di kenang suatu hari nanti. :) 

Kalau kamu di tempat saya sekarang, pasti kamu mahu jadi students sampai bila2. Sebab menanda kertas peperiksaan kamu sangat lah mencabar. Cabaran terbesar saya barangkali. HAHA. Berpinar biji mata. Kepala ala2 nak migrain. Nafas kadang2 semput. Ehh, susahkah soalan saya? 

Students ku sayang..
Demi kamu, saya sanggup berpinar mata, biar pun dah hampir naik juling. :D. Saya cuba terbaik untuk memahami kamu, memudahkan kamu. Makanya, usaha sahaja yang saya mahu dari kamu. Usaha lah sebaik mungkin. Sehabis baik. Untuk 3 tahun yang terindah di kolej tercinta, guna sebaik mungkin masa itu. Kalau pun rasa untuk midsem ini, mungkin tak mampu buat sehabis baik, cuba lah lagi untuk Final nanti. Cuba lah sehabis baik. Saya akan bantu, kalau kamu mahu bantu diri sendiri. Yang penting jangan MALAS. Halau lah MALAS itu dari dalam diri. 

Students ku sayang..
Bantu lah saya untuk membantu kamu. Jangan lah lagi prepared last minutes. Kasihanilah saya yang terpaksa mendera otak untuk marking paper kamu. Jangan lah jawap soalan saya yang senang macam kacang lupakan kulit tu dengan jawapan2 yang terlalu bombastik. Jangan lah jawap dengan jawapan yang langsung tak ada kena mengena. Jangan lah jawap dengan jawapan yang bisa meruntunkan jiwa. Sengsara saya tau nak menanda hampir 100 kertas exam yang ada multi answers. Kahkahkah!



Wednesday, December 22, 2010

RAPUH.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, December 20, 2010

KL, here we come!

Acara tahunan muncul lagi, Annual Dinner. Macam ni lah setiap tahun, acara menonjol diri secara besar-besaran. HaHa. Sepanjang bekerja, sudah 2 kali dinner yang saya sertai. Tahun lepas buat kat Royal Chulan, dengan tema Color of the World. Team Terengganu dapat Canada, merah putih. Tahun ni kat PWTC, tema Glamour and Glizz: Movie nite Premier. Hambik kau, mau nya yang glamor dan bling bling saja, okeh! Tema dan tarikh dah di beritahu 2 bulan sebelum majlis, makanya ramai lah staff2 Terengganu yang excited sungguh prepared untuk dinner ni. Biasa lah, masa ni lah dapat bergaya bling2, berseronok bersuka ria dengan semua branch. 

Saya pula pergi awal sehari, lepas subuh jumaat, terus bertolak. Pergi satu kereta dengan Kak Yana, Ziana, dan Kak Chik. Sampai KL dalam tengahari. Makan2, pastu teruskan aktiviti paling syokk di dunia, SHOPPING!. Gigih kami menapak di Sogo dan Jalan TAR. Iya lah, bukan selalu ke sini. Zaman2 belajar kat Shah Alam dulu, saya teramat lah jarang turun KL. Sangat tak suka sebenarnya, sebab KL bagi saya terlalu crowded dan terlalu sesak dengan kenderaan. Dulu2 tak adanya saya nak jalan2 ke KL tanpa tujuan. Macam takde kerja pulak nak bersesak2 dalam train dan bas semata2 nak menikmati kesesakan di KL. Sebab tu lah, sampai sekarang pun, nak pergi KL dengan train sorang2 diri pun haku tak reti. hehe. Tapi sekali sekala bersesak di Jalan TAR, memang berbaloi2. muahahaha. Mana tak berbaloi, barang2 kat situ especially tudung2 memang super duper murah. Tudung gipsi yang ada subang tu kat sini cuma RM 10, kat Terengganu RM20. Baju pasang kain cotton kat sini RM20, kat Terengganu RM45. Tempat sangkut tudung, kat sini RM10, kat Terengganu RM 20++. Jadi, jangan salahkan kami yang tiba2 excited overdose bila masuk satu kedai tudung yang jual shawl hanya RM3. Owhh, sangat lah murah. Rasa macam mau borong satu kedai bawak balik ke Terengganu. Entah kenapa barang2 macam ni kalau kat Terengganu jauh lebih mahal. Tak kan lah kos pengangkutan tinggi sampai harga beza sampai 100%? Macam barang2 tu nak sampai ke Terengganu kena hantar dengan kargo kapal terbang pulak. Sangat tak faham di sini. Tak kisah lah, yang penting shopping itu pencetus kebahagiaan. kahkah!

Then keesokkannya, kami dah kehabisan wang sebab shopping melampau2 di jalan TAR. haha. Kesian je bunyi. Jadi sementara nak tunggu acara dinner pada malam nya, kami pun berjalan2 lah ke IKEA, saja2 nak cuci mata. Iye lah, poket dah nipis. Jalan punya jalan, sambil terkagum sendiri tengok showroom, sambil berangan2 nak buat dapur macam tu, nak bilik air macam ni, tangan pun tercapai lah barang2 yang pada pandangan mata, owhh cantiknya, owhh berkenannya. Nah! Tadi hajatnya cuma mahu jalan2, kenapa penuh pulak beg kuning IKEA tu? haa, jawap! jangan tak jawap. Okeh, baik. Tewas juga pada nafsu shopping yang membuak2. ekekekke. Nasib baik datang dengan kereta je, kalau tak memang selamat lah satu katil queen size yang kak chik berkenan sangat kami angkut. huhuhu. Satu je yang tak best, saya tak dapat makan meatball IKEA yang best itu. Datang awal sangat, tak sedia lagi makanan itu. Sadis betul. Tapi tak apa lah, sebab sepanjang 2 hari tu, kami makan tak berhenti. Makan je kerjanya. huhu. Sungguhlah kuat makan. 

Tu lah aktiviti kami sebelum acara annual Dinner tu. Shopping sampai pengsan! Letih jangan cakap lah, sampai kat tempat penginapan terus collapsed. Owhh, lupa nak cakap, kami menginap di Rumah Universiti, UM. Entri pasal dinner, later lah. Gambar belum di transfer lagi. Tak boleh nak upload lagi. Apa yang best pasal dinner? Tunggu..
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati