tekan jangan tak tekan!

Sunday, May 15, 2011

hOme SwEet HoMe.

Tinggal lagi 25 hari. 25 hari lagi. 25. 25. 25. Okeh, serius takut, seram dan tak keruan dan menggigil dan ketaq2 lutut dan macam2 lagi lah. haha. Melampau betul dalam meng-express kan perasaan ni. 

Mau cerita pasal bakal rumah kami. Ececece..menggeletak je bunyi. kihkihkih. Bukan rumah baru ye, rumah keluarga yang dah lama tak berpenghuni. Lebih kurang 3 tahun dah rasanya. Harap2 tak ada lah 'penghuni' lain yang menyewa tak berbayar sepanjang 3 tahun ni. haha. Psiko betul menSeramkan diri sendiri. Tapi memang lama lah tak balik tidur kat sini. Datang pun sekejap2 je jenguk, sampai jiran sebelah dah bertukar pun tak sedar. Yang kelakarnya, masa kami sibuk2 mengemas rumah, jiran sebelah ingat kami penyewa baru. Frust dia kami dapat dulu 'rumah sewa' ni, sebab dia baru nak tanya untuk di sewakan kat adik dia. Ehh hello, i tuan rumah, okeh! See, punya lah lama tak balik sampai jiran pun tak kenal. 

Sebagaimana yang diceritakan sebelum ni, rumah kat Kg Bukit Payong ni dah fully furnished. Dah ada set sofa, TV, 5 buat katil, 2 set meja makan, dapur lengkap dengan periuk belanga segala lah. Cuma beli peti sejuk baru, mesin basuh baru dan set bilik tidur. Set bilik tidur lama bawak balik ke Losong lah. Pengantin baru harus serba baru. gegegegegege. So, 2 minggu lepas buat operasi besar-besaran kosongkan bilik dan buang mana2 barang2 yang memang dah dalam kategori expired dan tak boleh pakai. Tapi sampai hari ni pun masih belum beres.T___T



 semasa dalam operasi. Sangat bersepah2. hehe. 

 Lelaki kesayangan tengah gigih meleraikan serpihan2 katil lama. Ni semua dah di export ke Losong. Bilik ni sekarang sudah kosong. Bakal jadi bilik kamu. aawwww.

Bercakap pasal rumah ni, masa mula2 decided nak tinggal kat sana, saya macam berat hati juga. Sebab saya rasa macam jauh je nak pergi kerja kalau duduk sini. Dalam 15 - 20 minit ke bandar. Jauh tak?? Ke tak jauh pun? Hehe, bagi saya jauh lah yang selama ni jarak rumah ke town cuma 5 minit ni. Nanti pagi2 kalau jalan jem, mahu setengah jam jugak nak sampai. T__T. Kawan2 yang tahu saya akan tinggal berdua lepas kahwin nanti semua macam teruja je cakap best lah, apa lah. Tapi yang empunya badan tak terasa pun keterujaan itu. Mungkin sebab dah biasa sangat dengan rumah ni, so tak rasa lah seronok melompat2 dapat duduk berdua. Lagi satu, saya tak gemarkan sangat suasana sunyi kawasan perumahan tu. Dah biasa duduk tepi jalan yang tak pernah sunyi dengan bunyi-bunyian, tiba2 kau duduk situ senyap sunyi pasal jauh dari jalan raya. Bukan tak ada orang, tapi semua masing2 duduk dalam rumah. Adalah petang2 budak bermain kat luar, tapi time pagi ke tengahari memang sunyi sepi. Bosan okeh. Nasib baik lah nanti saya bekerja, maghrib baru pulang. so tak rasa lah sangat kot. Tapi kalau hari cuti, merasa lah kau erti kesunyian. Ehh, tak pe, masa tu dah ada suami kot yang mengubat kesunyian. hahahahahakkkkktuiii!

Owhh, sampai hari ni pun bilik belum di cat lagi, so set bilik tidur pun tak boleh nak beli lagi. Bila lah lelaki kesayangan  nak mulakan operasi ni. Asyik cakap banyak masa lagi. Karang last minit baru nak kelam kabut. Dah lah seribu satu benda lagi yang tak beres ni. Dengan baju nya, doorgift nya, hantaran nya, pening sudah haku. Semakin dekat hari, semakin kecut segala isi perut. Ya Allah, permudahkan lah segala..

Tuesday, May 10, 2011

Meniti Hari

Salam..

OMG! OMG! Lajuuuu nya waktu berputar. Dah tak ada Xmonths Xweeks and Xdays. Yang tinggal X weeks and X days je lagi. Kalau hitung mengikut bilangan hari sangat menTakutkan. Gagagaga! Takut sebab macam banyak gile lagi yang tak settle. Relax Mieyza, relax..Tarik nafas panjangggg. :')

Baru perasan, lama dah tak post entry. Nak kata sibuk tak juga, tapi tak ada perasaan dah nak update cerita segala. haha. Boleh gitu? Banyak sangat sebenarnya nak di-update. Akhirnya tersadai di tepian. hehe. Progression pasal the W-day, masih banyak yang belum settle. Sampai ke hari ini, kad kahwin masih belum lagi diedarkan. Awal lagi ni, even dah siap terlajak awal. Kotak untuk doorgift dah sampai, import dari Shah Alam tu sebab kat sini ni tak ada stok pulak. Rubber stamp pun dah siap, boleh main cop2. hehe. Tapi a bit pricey juga harga dia, padahal baca kat blog2 B2B dorang buat rubber stamp punye lah murah. Tapi sebab nak juga benda alah tu, pejam mata je lah. T_T. Dulang hantaran pun dah siap buat, cuma nak hias2 je. Tang ni paling mencabar minda betul, sebab tak kreatif. huhu. Barang2 hantaran pun banyak lagi tak di beli. Ok2 enough cakap pasal hal2 yang memeningkan ini. Sampai esok pun tak habis. Buat haku makin gundah gulana adalah. Hehe.

 Ini lah Rubber stamp saya..
 Ini juga, untuk di cop kat sampul kad kahwin.

Pasal rumah 'kami' pulak, tengah giat dan gigih mengemas. hehe. Mengemaslah sangat, padahal bukan bersepah sangat pun. Cuma alih2 perabot. Bilik je yang belum di cat, dan set bilik tidur belum di beli. Kan beli siap2 kan nak letak kat mana bilik tak ready lagi. Peti sejuk dan mesin basuh pulak dah selamat di beli dan di guna. haha. Tak sabar punya pasal, terus pasang tuh. Padahal kosong je peti tak isi apa2. Membazir betul. But feeling memiliki perkakas rumah sendiri sangat sukar di gambarkan. Macam 'owwhh, tak percayanya'. Haha. Exaggerate betul! Ye lah, tak pernah pun nak ambil tahu tentang hal2 macam ni, tiba2 gigih menjelajah ke kedai2 elektrik untuk dapatkan benda ni. Satu pengalaman yang sangat berharga bila terpaksa berulang2 ke sesebuah kedai untuk dapatkan the best price. Harus lah kena berjimat, jangan main ambil je. Kan lari budget, menangis. hehe. 
Owhh, banyak lagi yang nak di-update, tapi tak tahu dah nak cerita apa lagi. Lagi pun saya sangat kurang sihat. Batuk, selesema dan demam lagi. Batuk yang hari tu baru 2 minggu baik, sekarang kena lagi.T____T. sistem imun badan saya sudah sangat tak kuat sekarang. Nak2 cuaca sekarang Nauzubillah panas hangat membara. Tu yang asyik2 demam je. Jangan lah pada hari yang satu itu saya demam. Nauzubillah!Mintak jauh lah. Kan tak pasal2 pengantin 'high' atas pelamin sebab minum ubat batuk. hahaha. burok benor! Hari ni pun saya MC sebab semalam batuk secara marathon sampai terjaga pukul 4.30 pagi. Lepas tu psiko sorang2 diri terbayang macam2 yang menSeramkan. haha. Gambar2 rumah dan barang 2 masih gagal untuk di-transfer, makanya tak dapat lah di-upload. sedih betul. Tak apa lah, Lain kali lah, time update cerita baru. Kalu rajin lah. kihkihkih!

Sunday, May 1, 2011

Macam2 Hal Lah.

Tinggal lagi sebulan, seminggu dan sehari. Dah tak lama. Pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan. Lepas tu seminggu, lepas tu?? Owhhh ngeri betul. Tak berani nak kira berapa hari lagi, sebab banyak lagi yang belum siap. BW kat blog B2B, ada yang 6 bulan lagi majlis, dah serabut kepala persiapan tak settle. Tu yang 6 bulan, i ni yang tinggal sebulan, camno?hukhukhuk.

Memandangkan lepas kahwin, planning nya akan terus duduk berdua di rumah kat Bukit Payong, rumah keluarga saya yang dah lama terabai serabai babai kesian sama itu rumah , sekarang tengah gigih mengemas dan menyimpan barang. Alih2 perabot2 lama. Kosong kan bilik tidur utama, sebab nak cat baru dan nak masukkan set bilik tidur baru. Awwww. Serba serbi baru, macam lah duit segunung. Owhh, semalam berjaya juga beli MESIN BASUH dan PETI baru. See, BARU lagi. Kopak lah duit. hahaha. Nasib baik lah rumah tu dah lengkap semua. Cuma perlu tambah mesin basuh dan peti sejuk. Bilik semua dah lengkap dengan katil dan almari. Tapi biasa lah, berlagak dan tak sedar diri, nak juga set bilik tidur baru. Harus lah, nak mulakan hidup baru kan. kihkihkih. But perasaan nak menjalani kehidupan lepas kahwin, jauh lebih mengujakan daripada perasaan nak kahwin. Pelik ke normal ni. Sekarang dah tak hirau sangat pun persiapan kahwin. baju dah siap ke belum pun tak tanya. Dalam kepala otak sekarang asyik fikir nak settlekan rumah. Sangat teruja okeh akhirnya memiliki bilik tidur 'KITA', mesin basuh 'KITA', peti sejuk 'KITA'. But yet macam sayu juga sebab lepas ni, dah ada kehidupan sendiri, keluarga sendiri. Dah tak boleh gedik2 manja dengan mak.T_T

Tapi dalam2 sibuk buat persiapan itu ini, sempat juga hati tercalar balar. Dugaan betul. Makin dekat makin banyak pulak cabaran. Ingat habis lah adegan melalak2, rupanya ada lagi. Bila nak habis ni. Ikut hati mau je lari jauh2, biar budak jahat tu menikah sorang2. Esok masuk Harian Metro bersanding sorang2 sebab pengantin perempuan lari. Nak? Nak? Padan Muka buat haku emo. I dah berkorban, sampai nak terkorban dah untuk U, suka2 hati je sakitkan hati i. Memang lah ikut hati, mati, ikut rasa, binasa. Tapi sabar ku ada limit. Don't play2. Kan haku tetiba buat perangai, u juga yang malu. Kan i betul2 lari, u juga yang meraung nanti. Nak?? Nak?? Benda2 macam ni lah yang buat graf tahap keterujaan nak kahwin saya tak naik2, statik je kat bawah. Teruja nak mulakan hidup baru tu ada, teruja nak kahwin sampai lompat2 bintang PT10 dengan kiraan 3, masih belum dirasakan sepenuhnya. Budak jahat, tolong jaga hati saya, please. Saya dah tak nak dengar dah rayuan2 maaf tu. Dah berbulu dah telinga. Cuma minta tolong jaga perasaan. Penat dah weii duk melalak. Kan rabun mata bakal bini ni, sape yang susah? Hang juga kan. Emo ni, emo ni. Jaga2.

Okeh, selesai dah sesi luah perasaan. Tarik nafas panjang2, dan hembus. Lapangkan dada dan redha. Banyak lagi kerja tak selesai ni. Owhh, banyak gambar bak upload sebenarnya, tapi saya telah kehilangan kabel Sony Ericsson, maka semua pics masih selamat dalam handphone. T_T. Tu yang malas nak update, apa maknanya entry tanpa gambar kan. Ececececeh. Macam lah ada yang baca blog kau. haha. 

Ok, bye.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati