Tinggal lagi 25 hari. 25 hari lagi. 25. 25. 25. Okeh, serius takut, seram dan tak keruan dan menggigil dan ketaq2 lutut dan macam2 lagi lah. haha. Melampau betul dalam meng-express kan perasaan ni.
Mau cerita pasal bakal rumah kami. Ececece..menggeletak je bunyi. kihkihkih. Bukan rumah baru ye, rumah keluarga yang dah lama tak berpenghuni. Lebih kurang 3 tahun dah rasanya. Harap2 tak ada lah 'penghuni' lain yang menyewa tak berbayar sepanjang 3 tahun ni. haha. Psiko betul menSeramkan diri sendiri. Tapi memang lama lah tak balik tidur kat sini. Datang pun sekejap2 je jenguk, sampai jiran sebelah dah bertukar pun tak sedar. Yang kelakarnya, masa kami sibuk2 mengemas rumah, jiran sebelah ingat kami penyewa baru. Frust dia kami dapat dulu 'rumah sewa' ni, sebab dia baru nak tanya untuk di sewakan kat adik dia. Ehh hello, i tuan rumah, okeh! See, punya lah lama tak balik sampai jiran pun tak kenal.
Sebagaimana yang diceritakan sebelum ni, rumah kat Kg Bukit Payong ni dah fully furnished. Dah ada set sofa, TV, 5 buat katil, 2 set meja makan, dapur lengkap dengan periuk belanga segala lah. Cuma beli peti sejuk baru, mesin basuh baru dan set bilik tidur. Set bilik tidur lama bawak balik ke Losong lah. Pengantin baru harus serba baru. gegegegegege. So, 2 minggu lepas buat operasi besar-besaran kosongkan bilik dan buang mana2 barang2 yang memang dah dalam kategori expired dan tak boleh pakai. Tapi sampai hari ni pun masih belum beres.T___T
semasa dalam operasi. Sangat bersepah2. hehe.
Lelaki kesayangan tengah gigih meleraikan serpihan2 katil lama. Ni semua dah di export ke Losong. Bilik ni sekarang sudah kosong. Bakal jadi bilik kamu. aawwww.
Bercakap pasal rumah ni, masa mula2 decided nak tinggal kat sana, saya macam berat hati juga. Sebab saya rasa macam jauh je nak pergi kerja kalau duduk sini. Dalam 15 - 20 minit ke bandar. Jauh tak?? Ke tak jauh pun? Hehe, bagi saya jauh lah yang selama ni jarak rumah ke town cuma 5 minit ni. Nanti pagi2 kalau jalan jem, mahu setengah jam jugak nak sampai. T__T. Kawan2 yang tahu saya akan tinggal berdua lepas kahwin nanti semua macam teruja je cakap best lah, apa lah. Tapi yang empunya badan tak terasa pun keterujaan itu. Mungkin sebab dah biasa sangat dengan rumah ni, so tak rasa lah seronok melompat2 dapat duduk berdua. Lagi satu, saya tak gemarkan sangat suasana sunyi kawasan perumahan tu. Dah biasa duduk tepi jalan yang tak pernah sunyi dengan bunyi-bunyian, tiba2 kau duduk situ senyap sunyi pasal jauh dari jalan raya. Bukan tak ada orang, tapi semua masing2 duduk dalam rumah. Adalah petang2 budak bermain kat luar, tapi time pagi ke tengahari memang sunyi sepi. Bosan okeh. Nasib baik lah nanti saya bekerja, maghrib baru pulang. so tak rasa lah sangat kot. Tapi kalau hari cuti, merasa lah kau erti kesunyian. Ehh, tak pe, masa tu dah ada suami kot yang mengubat kesunyian. hahahahahakkkkktuiii!
Owhh, sampai hari ni pun bilik belum di cat lagi, so set bilik tidur pun tak boleh nak beli lagi. Bila lah lelaki kesayangan nak mulakan operasi ni. Asyik cakap banyak masa lagi. Karang last minit baru nak kelam kabut. Dah lah seribu satu benda lagi yang tak beres ni. Dengan baju nya, doorgift nya, hantaran nya, pening sudah haku. Semakin dekat hari, semakin kecut segala isi perut. Ya Allah, permudahkan lah segala..
2 comments:
wow, 5 buah katil????banyak tuu...derma kat saya satu!! hihi
haha..dah 4 beradik, campur mak ayah 1 jadi lah 5 buah katil..kan ada pulak yg tidor atas lantai. hehe
Post a Comment