tekan jangan tak tekan!

Monday, April 25, 2011

Counting the Day II













DuK Dap!!

Duk Dap!!

Dukkk DaPPP!!

Friday, April 22, 2011

Ye, Kahwin perlukan duit Beribu Riban.

Terdetik nak buat entry ini lepas baca INI petang tadi. Entry dari Hannah Johary yang harus dan wajib di baca oleh sesiapa yang dalam kepala sedang berbunga2 berkira2 mahu pinang anak dara orang. haha. Tips perkahwinan sebenarnya. Sangat penting dan info yang sangat2 berguna.

It's all about MONEY. Pasal loan yang di buat untuk berkahwin. Wajarkah sesebuah majlis perkahwinan itu dibiayai sepenuhnya dengan duit pinjaman peribadi? Ikut pendapat saya, terpulang lah pada individu terbabit. Mungkin bagi yang memang sudah sepenuhnya fizikal dan mental ke arah perkahwinan, tetapi duit yang menjadi halangan, maka ini mungkin yang terbaik. Buat loan, kahwin dan settlekan pinjaman sampai habis. Kedengarannya mudah bukan. Tapi baca INI dan fikir lah 300 kali.:D Bagi saya pula, loan peribadi untuk perkahwinan is a Big No NO. Tak pernah terfikir pun untuk buat loan. 

Saya mengenali lelaki tersayang masa tahun dua pengajian. Cinta jarak jauh. Jauh lah tu, Terengganu - Shah Alam. hehe. Selepas di timbang tara dan melalui beberapa episod gaduh-baik-gaduh-baik, kami mula merancang untuk melangkah setapak ke hadapan dalam hubungan kami. Baru merancang ye, bukan terus nak kahwin ke apa ke. Tahun pertama bersama, kami ambil keputusan untuk serius memikirkan hal ini. Dan dari awal lagi, DUIT lah yang sangat2 saya concerned. Sedar akan pentingnya duit dalam hal ini, buat saya sangat berkira dalam hal pengurusan kewangan ni. Dan sedar betapa borosnya lelaki kesayangan dalam membelanjakan duit gaji yang tak berapa banyak tu, buat saya bertindak tegas dengan memaksa si dia menyediakan simpanan seawal tahun pertama kami bersama. haha. ini mungkin satu tips juga. Kenali pasangan anda. Sebaik saja anda pasti dia yang bakal dikahwini, pastikan dia mempunyai simpanan. Untuk kebaikan diri juga. hehe. Simpan secara tetap setiap bulan, walaupun sedikit. Dan untuk menSukarkan pengambilan duit, simpanlah di bank yang tidak menyediakan kad ATM seperti Tabung Haji. Tapi sekarang Tabung Haji dah ada kad kan, melalui Bank Islam. Tapi tak kisah lah, yang penting tak buat kad ATM. Sikit2 lama2 jadi lah gunung. 

Bagi pihak saya pula, sebaik saja mula bekerja pada Jun 2009, saya memang memperuntukkan sejumlah yang agak besar untuk disimpan sebagai persediaan kahwin. Memanglah masa tu tak pasti pun bila akan kahwin, tapi persediaan awal kan sangat penting. Lebih2 lagi saya faham yang ibu bapa saya memang takkan mampu nak tanggung kos perkahwinan nanti. Bagi yang di-sponsor ibu bapa yang kaya raya, syukur Alhamdulillah. Yang ada2 macam keluarga saya ni, harus lah sedar diri dan usaha lah kumpul duit. Cuma syukur sebab saya tak menggunakan gaji saya tu untuk bayar sewa rumah atau kereta sebab tinggal dengan famili dan kereta pun guna kereta lama yang ayah beli dulu2. Hampir 2 tahun bekerja, saya masih berkereta lama, Si Kancil Purple, tak beli kereta baru pun. T_T. Tapi tak apa, sekarang saya nampak kebaikkannya. Dan syukur juga saya bukannya seorang yang 'high maintenance'. Saya tak minat dengan handbag2 berjenama yang beratus2 ringgit. Saya tak pandang kasut2 seksi tumit 4 inci. Kaki i besar okeh, pakai high heel tak canteeek.T_T. Saya tak gemar bermekap, dan takkan habiskan duit untuk beli barangan kecantikan. Saya sangat simple dan selekeh. Ok, lelaki kesayangan sangat bertuah. haha. Maka sebahagian besar simpanan adalah untuk KAHWIN. Dan sekarang, Ahamdulillah walaupun simpanan tak adalah sampai RM 50K, tapi InsyaAllah cukup lah untuk majlis sederhana. Kalau yang taraf2 artis tu, agaknya simpanan kami tu baru cukup untuk beli bunga hias meja.T_T

Sebab itu lah, bila saya tiba-tiba bertunang dan tiba-tiba nak kahwin, duit bukan lah perkara utama yang dirunsingkan. Hasil menabung dan menyimpan selama ini rasanya InsyaAllah mampu manampung majlis kami. Mak ayah dah sedia maklum simpanan saya, sebab itu lah ayah dengan confident nya bagi tempoh kurang dari 3 bulan je untuk kami menikah. Ada yang sinis bertanya, kenapa singkat sangat bertunang? Ada apa2 kah. Amboiii, mulut longkang. Cili kan baru tau. Dah kenal 4 tahun, duit InsyaAllah ada, buat apa tunang lama2. Lain lah baru nak kumpul duit ke apa ke, munasabah jugak kau nak bertunang sampai 5 tahun setengah pun. Sekarang saya sedang melalui fasa persiapan, dan memang benarlah, kahwin itu perlukan ribu-ribuan ringgit. Bukan sikit ye. Banyakkkk. Sampaikan duit saya yang sebanyak RM 1* *** dan duit dia yang juga sebanyak RM 1* *** pun rasa macam semput2 je. Maka sesiapa pun sekarang yang rasa bakal kahwin lagi setahun dua, sila lah gigih menyimpan duit dari sekarang. Next entry saya akan cerita lagi bagaimana kami handle duit yang seciput itu untuk majlis yang tak berapa nak ciput..hehe

Thursday, April 21, 2011

Emosi






Tak terluah...

Sunday, April 17, 2011

Merapu di Hari Ahad

As Salam. 

Hari ni first day Mid Sem semester, so tadi macam biasalah, datang awal sejam pagi tadi. Huhu. rugi dah sejam tu. Then terus ke bilik operasi untuk ambil exam Q dan melintas jalan pulak ke tempat exam. Nak jadi cerita, masa melintas jalan tu, elok2 je lepas sebuah motor, tiba2 ada bunyi berdentum. Terus pusing belakang, tengok2 pakcik motor tadi dah ada bawah Myvi hitam. MasyaAllah! Nak pengsan. Terus ketar lutut. Dah la pakcik tu baru sesaat je lalu depan mata, dalam sekelip mata dah kena lenyek bawah kereta. SubhanAllah. Terdiam sekejap tepi jalan tu. Nak pergi jenguk tak terdaya, dah la tengah bawak kertas exam. Nasib baik ramai yang tolong. Tak tahu lah nasib pakcik tu. Sebab lepas kena tu dia terus tak sedar. Tak bergerak2. Yang Allah, kecut perut.T____T Semoga umur pakcik tu masih panjang.
________________________________________________________

Cerita pasal The Preparation pulak, so far Alhamdulillah. Kad kahwin dah selamat siap Khamis lepas. Tengah gigih lipat2 letak dalam sampul. Lipat siap2, nanti senang sampai masa nak edar tak lah kelam kabut baru lipat. Nak edar lambat lagi tapi tak apa lah, buat awal2. Cuma sedikit terkilan, doa dalam kad tersilap cetak. Letak nama orang lain..T____________T. Apakah?? Memang mendidih betul. Silap saya jugak tak collect sendiri. Suruh lelaki kesayangan pergi collect. Terus dia hantar ke rumah. Rupanya dia dah perasan benda tu masa sampai rumah, dia bagitahu mak. Boleh mak saya pesan kat dia jangan bagitahu saya. Mak tahu saya akan bertukar jadi incredible hulk kot. Mak kata masalah kecik je, tak payah lah baiki lagi. Hanginn sungguh. Lelaki kesayangan kata mujur lah bukan saya yang pergi ambil kad, kalau tak habis lah kedai tu kena bambu dengan saya..T_T. Nanti kawan2 yang terima kad saya tu, sila abaikan nama pengantin perempuan yang bernama Hamiza Nurul Wahidah tu kat bahagian doa. *sobs*

Jumaat lepas juga kami sekeluarga ke Besut untuk bincang pasal bekas2 makanan dan menu dengan Mak Long saya a.k.a tukang masak untuk majlis nanti. Kalau ikut menu, jangan berangan lah nak makan nasi minyak lauk gulai daging campur ayam masak merah segala tu. Nehi nehi nehi. Ayah dengan mak awal2 lagi tolak menu tradisi majlis kahwin ni. Sebabnya? Ayah kata masa tu nanti musim orang kahwin. Hari2 akan ada orang buat jamuan makan nasi minyak. So, tahap keMuakKan untuk nasi minyak adalah sangat tinggi. Mengikut pengalaman sendiri yang selalu tak lalu makan nasi minyak sebab banyak sangat hidangan nasi minyak musim2 orang kahwin, mak dan ayah saya decided nak buat nasi putih dan lauk2 kampung sahaja. Erkkk. Kalau ikut kos, macam lagi tinggi je kalau buat lauk2 kampung macam ni. Iyalah, mesti lauk banyak jenis. huhu. Redha saja lah wahai anak. Dengarlah cakap ibu bapa. Asal segalanya berjalan lancar, cukup lah. Lagipun, majlis yang bakal berlangsung ni sebenarnya adalah untuk menggembirakan hati ibu bapa. Jadi saya mahu mereka gembira dengan majlis ini. ehhh, emo pulak.

Barang2 untuk hantaran pulak banyakkkk lagi yang tak sempurna. Tak apa, InsyaAllah sempat. Rabu dan Khamis ni kena ke Kota Bharu untuk kursus bagi subjek yang diajar, so harap2 boleh lah mencelah meronggeng2 cari sikit lagi barang kat sana. Kalau sempatlah. Barang2 untuk lelaki kesayangan ada dah sikit2. Tadi dah beli kasut dengan set wallet+belt. Harap2 dapat lah siap awal lah. Banyak benda lagi kena fikir ni.

Wednesday, April 13, 2011

Happy 27th Anniversary!

Semalam adalah 12 April 2011. Sepatutnya semalam post entry ni, tapi tak larat,sebab demam dan batuk yang tak henti. 12 April 2011 bermakna sudah 27 tahun ibu bapa saya di alam perkahwinan. Satu tempoh yang cukup lama, walaupun macam baru je sekejap hari itu berlalu. Ececeh, macam lah saya ada waktu itu. haha. 

27 Tahun yang mungkin penuh dengan suka duka, pahit manis, hitam putih, namun kasih sayang itu tetap utuh. Dan tahun ini akan menjadi lebih bermakna bila anak perempuan sulong ini bakal melalui fasa yang sama seperti mana ibu bapa ini melaluinya pada 27 tahun yang lalu.*sebak* . Mak saya kahwin masa umur 21 tahun, dan ayah 27 tahun. Setahun lepas tu, Januari 1985, saya pun lahir. Diikuti oleh adik2 pada tahun 1986, 1987, 1988. See, setahun seorang, berderet. nasib baik 4 orang je. Haha. Lepas tu mak saya terus stop. Umur 25 tahun dah lahir kan anak bongsu okeh. Saya ni, umur 26 baru terkinja2 nak kahwin. Tua bangka baru sibuk nak beranak..T_T.

Untuk mak dan ayah, Selamat Ulang Tahun ke 27..Kak Ja sayang mak dan ayah sangat2..:')


Saturday, April 9, 2011

Friday, April 8, 2011

The Preparation II

Hai hai. Hai kat sape ni ngok? Kat siapa2 lah. Nak hapdate pasal perkembangan the preparation. Haiip, asyik bercerita hal ni saje. Nak buat macam mana, itu je current issue sekarang. haha. Bercerita pasal hal ini, memang pening tak habis2. huhu. Semakin waktu berjalan, semakin sesak nafas rasa. Semput dah. Dalam2 cuba settlekan banyak perkara, rasanya macam makin banyak yang tak settle. Tu lah, nak buat cepat sangat. Orang lain ambil masa setahun buat persiapan, paling kurang pun 6 bulan. Ai pulak kurang dari 3 bulan. huhuhu. 

Perkara yang settle setakat ni adalah tarikh (Save the Date!), borang segala borang, HIV Test, kursus Kahwin, Baju nikah, Baju sanding ( sanding ke??), Gelas untuk goodies, Kad kahwin. Baju mak ayah dan adik2, bunga telur dan pelamin. Huhu. Tengok2 balik, cam boleh dah nak tarik nafas sikit. Tapi baru je nak lega, ada je mengganggu gugat ketenteraman.T__T. Tarikh asal2 nak buat 12 jun, tapi sebab beberapa masalah, tukar ke 9 Jun. Bukan main nak lari dari cuti sekolah, alih2 kena buat juga time tu. Nasib baik tak bertembung dengan kawan2 yang kahwin bulan Jun juga. Paham2 lah, cuti sekolah, semua nak kahwin secara berjemaah, sampai sehari tu 2,3 orang kahwin serentak. Pengsan! Baju nikah pulak Alhamdulillah, siap dengan jayanya. Awal siap sebab lama dah hantar. Masa belum bincang tarikh lagi dah di hantar. Haha. Semangat ke hape entah. Dan saya sangat sangat suka baju nikah itu. Kena tambah sikit manik2 dan renda2, sebab plain sangat. Tapi apa pun tak beli lagi, bila nak start ni? Dah la kau tu lembab, kan sehari sebelum kahwin belum siap, mau meraunggg. huhu.

 Lebih kurang macam ni lah baju nikah. Jubah putih. Ni bukan baju saya, tapi hasil peng-google-lan. hehe.

Haa, satu lagi lokasi. Pun kena tukar. Asal2 nak buat rumah atok kat sebelah ni, pastu pakcik offer buat kat rumah dia, lagi jimat budget sebab tak perlu cat semula, tak perlu tukar langsir. Tapi ni buat kami serba salah pulak. Kan pilih situ, sini kecik hati. Last2 ayah suruh buat kat rumah nenek belah mak. Nasib baik dekat juga. Nak buat sendiri BIG NO NO lah, sebab jauh nun di Bukit Payong, susah orang kampung nak pergi. Rumah yang duduk sekarang pun sangat tak sesuai sebab tak ada kawasan luas. Makanya, borang nikah pun terpaksa di adjust. Nasib baik tak susah. 

Pelamin? huhuhu. Esok nak comfirmkan. Hari tu sebenarnya dah tempah kat satu butik ni. Tapi bila tengok balik cam tak berkenan pulak. Then terus nak tukar ke butik lain. Gila tak gila pempuan ni. Burn sudah deposit tu, nasib baik tak bayar deposit banyak. Pejam mata je lah. Dah lah kena marah dengan The Other Half sebab buat kerja tak fikir panjang. Sorry yanggg.T_T. Tapi yang nak sekarang pun simple je, cuma lebih sedap mata memandang kot. Tu belum masuk lagi color tema. Entah hape yang merasuk, nak juga calor baju pink belacan. Dah siap beli baju yang cantik berenda tu, tiba2 rasa nak calor lain pulak. Memang nak kena pelempang betul. Tapi tak berani lah nak suarakan kat siapa2, sebab dah siap beli dan tempah.T_T

Pagi tadi, pergi cari kain baju melayu untuk ayah, mak dan adik2. Cuma tunggu untuk tempah saja. Harap2 semua siap pada masanya lah. Owhh, ayah saya sungguh excited pasal perkahwinan ni. Saya pun tak excited macam dia. Owhh ayah..:) So sekarang saya kena pening lagi untuk fikir barang2 hantaran. Dah listkan apa yang patut di beli, tapi satu apa pun belum buat. tak apa lah, barang2 macam tu boleh je kot settlekan sekali gus. Owhh satu lagi, saya tengah terfikir2 nak DIY dulang alas atas par tu. Dah beli kainnya petang tadi. Ni project bersama dengan bestie, Mariam. InsyaAllah, ada kelapangan, kami akan usaha buat. Tak tahu lah jadi ke tak. huhuhu. Contoh kat bawah ni. Pun di-google. Rasa2 mampu ke tak nak buat ni. heeeeeeheee.

Sunday, April 3, 2011

The Preparation.

Hari ini sudah 3 April. Wahhh, sudah masuk bulan april. Gullpppp. Masa berjalan. Berjalan dengan sangat laju. Lagi 2 bulan 6 hari. Owhh takutnya. Sesak nafas. Tapi Alhamdulillah, kalau minggu lepas persiapan adalah 0%, minggu ni dah mula buat persiapan sedikit demi sedikit. Jumaat baru2 ni pergi Kuantan dengan Kak Yana dan Ziana, hunting for bunga telur dan sedikit barang2. Jauh gile pergi shopping. Alah, bukan nak shopping sangat, nak berjalan yang lebih. Ingat nak cari sekali barang2 hantaran, tapi tak ada pulak yang berkenan. So beli bunga telur dan sticker untuk dilekatkan kat gelas. beres dah hal yang satu itu. Cuma paper bag dan gula2 saje yang belum beli. Itu beli kemudian lah kot.

 sumber: google. Tak ambil gambar bunga telur sendiri. Malu sebab tak cantik sangat. T_T

 Gelas yang akan di beri kepada tetamu lebih kurang macam ni lah, cuma akan ditampal sticker je. Senang dan murah. huhu.

Then semalam, hari sabtu, hunting for pelamin pulak with BFF, Mariam. Gigih ni berkereta tengah2 panas singgah beberapa bridal house. Tapi cari yang sekitar ni je, tak pergi lah jauh2. Cari punya cari, adalah yang berkenan. Ada jugak yang agak mahal, di luar budget. So, lepas pertimbangkan banyak benda, saya decided nak ambil satu pakej pelamin kat sebuah kedai ni.

Hari ini pulak bereskan kad kahwin. Alhamdulillah jumpa kedai yang agak berpatutan lah. Lepas tu pergi bayar deposit untuk pelamin. Perasaan sedikit lega di situ, sebab kalau ikutkan memang saya dah agak terlewat ni. Mujur lah tarikh kahwin yang di pilih tu dah tak ramai yang kahwin, sebab dah nak habis cuti sekolah. kalau pilih tarikh awal sikit, comfirm kena tolak dah sebab dah penuh. Tapi tiba2 takut pelamin tak lawa sebab tengok yang lain semua cantik2, bila dah tempah tiba2 rasa pelamin tu tak lawa. Haha. Bongek betul. Tak apa lah. Dah tempah, so redha je lah. huhu

Saturday, April 2, 2011

Si Baldu Merah

Pernah makan kek Red Velvet?? Siapa yang pernah makan tahu lah best tak best kek tu. Saya memang tak pernah makan, tapi sangattttt terliur dengan kek merah menyala tu. Selalu kalau BW ke blog2 masakan, mesti jumpa kek ni. Terus berangan2 nak buat sebab tengok resipi dia macam mudah dan senang je. Tapi angan2 selalunya tinggal angan2 je lah. Lama gile dah plan nak buat, tapi asyik tertangguh. Macam2 halangan. Tapi hari ni nekad nak buat jugak. So pagi tadi terus ke MEE SOYA. Ini bukan sejenis mee ye, atau pun mee campur soya. Siapa2 yang duduk kat Bandar Kuala Terengganu ni tahu lah kot kedai ni, kedai jual barang2 buat kuih. Macam kedai Bagus atau Bake With Yen lah. Beli tepung, cream cheese, pewarna merah menyala2 dan sewaktu dengannya, terus balik, semangat berkobar2 nak buat. Tapi belum sampai rumah, kawan saya call ajak keluar, sebab dah janji dengan dia untuk keluar 'hunting for something'. hehe. So tangguh dulu. Petang tadi baru buat. 

Memang merah menyala lah kek ni. Takut jugak tengok. huhuhu. Saya buat cuppies je, tak buat sebutir besar tu. Senang nak bagi2 kat orang. Esok saya akan bawa ke Office untuk kawan2 saya yang baik hati. Jadi cuppies ni saya buat sempena untuk menghargai mereka yang banyak tolong saya masa saya cuti sakit yang lama giler kentang tu. hehe. Dan juga sempena perpisahan beberapa kawan dari floor kami yang berpindah ke blok yang satu lagi. T__T. Elehhh, bukan jauh pun, pindah blok je, bukan pindah terus. Tapi tetap sedih lah sebab dah berubah suasana. Dah tak adalah rakan untuk mengumpat bergurau senda nanti. hukhukhuk. 
Harap2 dorang suka lah cuppies ni. Tak tahu lah jadi ke tak, sebab lupa nak letak esen vanila. Teruk punya tukang masak. kihkihkih. Hentam saja lah. Saya ni kalau masak memang macam ni. Selalu lupa nak letak itu ini, padahal resepi depan mata. T_T. Then satu lagi, cheese frosting pun macam agak manis, sebab masa buat tu, tak sukat betul2, main taram je haku ni..T_T. 


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati