Saya rindukan kamu wahai blog. Semenjak dua menjak ni, banyak benar halangan nak update blog. Hanya mampu baca dan BW. Nak update sangat lah tak terbuat. Nak2 lepas kahwin ni, semangat untuk berblog tiba2 merundum jatuh ke tanah. Sebabnya kat rumah sekarang line internet sangat lah menSakitkan jiwa. Lembab nak mamps. Daripada sakit hati duk loading tak habis2, baik tengok TV dengan darling husband. kuikuikui. Tapi tu lah, rindu pulak nak update. Banyak cerita nak di-update, nampaknya kena hold dulu. Tambah2 sekarang tengah bergelumang dengan soalan2 exam yang perlu dibereskan. Nak pengsan okeh!
Owhh, esok dah hari khamis. Haruslah gumbira sebab jumaat dan sabtu CUTI! Yeaa!!! Double gumbira bila darling husband janji mahu berdating sampai ke Kuantan hari jumaat ni. Yeaa!! Yeaa lah sangat, tengah2 pokai ada hati nak berjalan shopping2. Harap2 gaji sempatlah masuk hari jumaat ni. Berangan!haha. Yang penting malam ni kena struggle juga siapkan semua kerja supaya dapat jalan2 dengan hati yang girang riang gembira. hehehe.
No comments:
Post a Comment