Setelah hampir 2 minggu menunggu, akhirnya yang di idam2 kan menjelma jua. 11 Julai 2011 jadi tarikh keramat ni. Cerita pasal apa ni?? Sape2 yang pernah baca blog ni, masa awal2 tahun dulu saya pernah post kan pasal ni. Masa tu memang duk terliur sangat lah dengan benda alah ni. Lepas tu niat terhalang oleh ayah. T____T. Sedih sungguh, tapi redha. Rupanya ada hikmah, sebab a few months later, saya selamat bernikah. Kena guna duit yang banyak. So kalau beli awal2 mau tak bergaru2 kepala lutut nak topap duit pasal nak kahwin. heeeee. Tapi memang lepas tu duk berangan lah bila nak beli, bila nak beli. Berangan je lah.
Sampai lah 2 minggu lepas kahwin, saya tiba2 suara kan kat suami, nak kereta baru. tehheee. Bajet laki kau tokey balak ke apa tiba2 minta kereta. Ehh mana ada tiba2, kan dah lama berangan. Cuma yang jadi tiba2 sebab My Little Kancil tu semakin menjadi2 perangai dia. Temperature naik lah, tayar bocor lah. Geram pulak. On the spot je cari agent Proton, pong pang pong pang, buat loan, tunggu, tangdatangan dokumen, tunggu lagi, akhirnya lahir lah harta kami yang pertama, TBD 8484.
taraaaaa...Saga FL 1.3 Exec Manual. Manual okeh, jangan tak percaya. haha
Kalau ikutkan awal2 memang nak sangat yang kaler Blue Rock tu, tapi bila tengok lama2 tak berkenan lah pulak. Kat jalan raya pun tak banyak yang color tu. Bincang punya bincang, akhirnya si grey ni yang jadi pilihan hati. Plat kereta tu pun sebenarnya bukan nombor tu yang dikehendak. 8485 sebenarnya, sempena tahun kelahiran kami. Tapi nombor tu dah diambil orang, 8484 je yang available. Hentam je lah, asalkan bernombor sudeh...
Tapi sampai sekarang pun, baru sekali saya bawak cik ABU ni..Owhh lupa nak bagitahu, nama abang maskulin ni ABU. hehehe. Sangat tak biasa okeh. Sampai suami terpaksa ajar semula cara2 bawa kereta. Tiba2 je rasa macam baru dapat lesen kereta 2 hari. hahahaha. Tapi serius lah, sangat tak biasa. Bayanglah hampir 7 tahun dah duk bawak si kecil molek Kancil, tiba2 bawak yang 2 inci besar dari kancil tu, terus feeling bawak lori. hahahaha. Tak reti nak bajet parking lah, kusyen tinggi lah, bonet panjang lah. Macam2. Last suami juga yang sedap2 merasa kereta baru. kihkihkih. Tapi memang lah, darling husband dah 2 hari sengih sampai ke telinga. Mana taknya, dah dapat idaman hati. Dia memang terlebih2 excited. Masa kereta belum sampai, dia tu hari2 nak call agent tu tanya kereta sampai bila. Tuan punya kereta ni relax je okeh. Tak excited pun. hehehehe. Tapi bila suami happy, hati bini ni pun kembang semangkuk. Semoga pahala melimpah ruah sebab bahagiakan si suami. :D
Nah, tengok lah muka orang sukeeeee hatiiiiiiii ni...hehehe
My driver forever. hehehe
ehhh, si Kancil tetap di hati walaupun dah di pulangkan kat ibu bapa. Kancil pepel, miss u..sobsobsob.
4 comments:
Hehehehe. Kami dulu pon pakai kancil. Tapi warna biru. Pastu Tukat ke Saga FL ni tapi warna cafe latte. Sama kan? :)
hahaha..sama lah pulak. hehhehe:)
wah.. TBD, latest plat maa..
cantek no. tu, sy suke 8484 sbb besday saya... ehehe..
sy skrg pakai 8796, kalo nmpk tu.. jgn langgar okes.. =)
teehheee..8484 tu tahun kelahiran suami..mengada betul, kereta saya, dia pulak yg lebih2..hehe
Post a Comment