tekan jangan tak tekan!

Tuesday, March 27, 2012

Kemalasan itu Normal kah bagi Preggy Mummy?

Assalam..

Walla, lama tak update, sekali ku lontarkan soalan cepucemas gitu. Kehkeh. Alhamdulillah, sudah 2 bulan preggy, masih dalam tempoh berjaga2. Belum stabil lagi kan. And I'm doing very well during this 2 beautiful months. Syukur. And I guess the little one also doing well inside. ^_____^. So far hanya sekali muntah, masa entri yang ni. Mungkin sebab masuk angin lah kot. Lepas tu terus ok  sihat wal'afiat. hehe. Kalau tak kerana rasa pening dan mual yang datang sekejap2 tu, memang tak ingat lah tengah pregnant. But yes, hari2 memang sedikit 'terganggu' lah dengan rasa mual2 dan pening2 lalat tu, cuma syukur Alhamdulillah tak berlarutan. Datang nya cuma sekejap bila masuk tengahari atau malam. Syukur juga setakat ni tiada alahan teruk sampai melepek tak boleh bangun, masih boleh pergi balik kerja tanpa masalah. Makan pun ok, sentiasa berselera. Yang ni bermasalah sikit lah, sebab rasa nak makan dan lapar itu sangat lah sentiasa. Sentiasa okeh, sampai ada ketika orang tengok saya ni macam tak berhenti mengunyah. haha. Bayanglah, lambat sikit je makan terus rasa loya. Or lepas je sejam lunch, terus lapar macam kebulur tak makan apa. Takut sebenarnya, nak2 bila ada sejarah family yang ada diabetes ni. Comfirm2 lah kena minum air gula nanti T____________T.

Pasal alahan pula, setakat ni belum lagi alah pada apa2 bau, or bau tumisan ke apa ke. Semua pun boleh lagi, masak pun tak de hal. Boleh lagi ku menghidu haruman tumisan bawang dan gorengan ikan. hehe. Mengidam pun rasanya macam tak ada lagi teringin nak makan apa2. Adalah rasa nak makan mee kari, cheese cake, tapi tak pasti lah mengidam ke tidak sebab bila tak dapat tak adalah rasa sentap ke rasa teringat2 sampai ke dalam mimpi ke. Sebelum pregnant pun memang selalu je teringin nak makan itu ini kan, so tak tahu tu mengidam ke apa ke. haha. Tapi yang pasti, kebelakangan ini saya sangat MALAS. dan kuat tidur juga. Normal kah?? hahaha. Saya tak ingat bila last time saya kemas rumah, dan memasak. Yang saya tahu, balik kerja makan kat rumah mak siap2. Balik rumah lepas Isya' je comfirm kroohhhhh krooohhhh. Kalau lapar, suami dengan baik hati tolong belikan, atau keluar je makan. Kalau rasa nak masak pun, memang suami tak bagi masak. Tak ke naik lemak bini dia ni. hahaha. Bab kemas rumah lagi satu hal, even nak sapu lantai pun sangat lah malas. Last2 darling husband juga yang settle kan house chores semua. Baik sapu lantai, basuh pinggan, basuh baju dan segala lah. Memang lah rasa bersalah, kita sedap terbongkang tidur, dia susah payah duk mengemas. Tapi suami cakap tak apa, memang dia volunteer nak buat sebab kesian kat bini dia yang nampak letih macam baru angkat kayu balak ni. kihkihkih. Padahal takde lah penat pun, cuma mengantuk dan malas yang lebih. Ya Allah, terima kasih hadiahkan lelaki ini untuk saya. ^_________________________^

Lastly, nak introduce our little caliph yang baru berusia 6 minggu 4 hari masa di-scan hari tu. Kecil cenonet je, tak ada bentuk pun lagi. Bapak dia pun tergaru2 kepala tak tahu yang mana satu sebab kecil sangat tak jelas. Hahahaha. Ni scan pasal ada sikit bleeding hari tu. Doktor cakap itu normal je di awal kehamilan, tapi risau gila sampai tak boleh tidur. Ya Allah, semoga this little one terus membesar sempurna dalam rahim ni, Amin. 






No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati