tekan jangan tak tekan!

Saturday, March 10, 2012

Pelengkap Bagaikan Puteri

Assalam..

Siapa yang follow siri novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Mursheed sila angkat kaki. Kehkehkeh. Saya pernah buat entri pasal novel-novel ni lama dulu, kat sini. Setelah memiliki 4 siri novel tersebut, akhirnya baru saya tahu siri ke-5 novel tersebut telah pun published tahun lepas. Cehh, ketinggalan keretapi betul. haha. Dapat tahu pun lepas adik saya offer buku free sebab nak habiskan kupon buku 1Malaysia tu, terus lah google novel RAM ni. Sekali tengok, nahhh, SUTERA BIDADARI. Terus lah suruh adik beli buku ni. Akhirnya dapat lah kelima2 siri buku ni. Suka!



Novel ke-5 ni lagi dramatik. Lagi banyak watak baru yang muncul, siap ada drakula dari Eropah lagi. Macam yang siri2 yang lain, jalan cerita memang berat dan bersimpang siur. Kalau nak faham memang kena baca dari awal siri pertama. Sutera Bidadari ni macam dah penamat sekual Bagaikan Puteri, sebab macam dah ungkaikan segala persoalan. Tapi bila baca last pages tu, nampak macam bakal ada sambungan je lagi. hehe. Tapi serius memang kagum gila dengan imaginasi penulis novel ni. Lain dari yang lain. Bila baca tu tiba2 terbayang kalau lah dipindahkan ke layar perak, memang mantap lah. haha. Tapi kalau ikut jalan cerita novel ni yang memang di luar imaginasi ni, mahu makan berjuta2 RM kalau difilemkan. Iyalah, mesti setaraf Lord of The Ring gitu. huhuhu. Kesimpulannya, memang ku rasa akan ada sambungan lagi ni. Ohh Laksamana Sunan!

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati