tekan jangan tak tekan!

Sunday, April 22, 2012

Last Week of First Trimester

Assalam..


 Minggu ni dah masuk 13 minggu, or 3 bulan lebih. Perut semakin ke depan. Sudah mula membeli maternity pants sebab tiada satu pun jeans yang berjaya di zip dengan sempurna. So bye2 jeans! Welcome seluar pinggang besar yang bergetah. hahaha. Alhamdulillah, segala hal kemabukan mula beransur hilang, even kadang2 sekejap datang juga rasa pening hanyut2 tu. Sudah boleh makan lambat, sudah tak loya kalau tak makan nasi. Yeay!

Ohh, sudah mula buat buku pink untuk check up tu since minggu ke 11 hari tu, dekat klinik desa kat kampung ni. Then minggu lepas hari rabu ke KK ibu dan anak untuk blood test. Pengalaman first time dicucuk di lengan? Sangat tak indah. T_____________T. Sakit okeh, sampai ke hari ni pun tak hilang lebam besar gabak kat lengan ni. Orang lain semua cakap tak sakit, kenapa aku punya sakit? haha. Memang dasar penakut, sekali kena terus fobia. Bukan salah nurse yang ambil kot, tapi memang urat lengan yang halus. Sebab tu sakit kot. Result semua ok, kecuali blood sugar yang sedikit tinggi. Padan muka sebab 2,3 hari sebelum check up tu bukan main kau telan bergelen2 air manis masa lunch. Since ada family history yang diabetes, terus doktor suruh buat MGTT.. Bila? Esoknya, hari khamis. Ewahh, banyak cantik doktor, tak nampak ke tangan saya lebam ni baru kena cucuk. Fobia tak habis lagi, nak kena cucuk pulak esok?? Kirim salam je lah. Cakap dalam hati je ni. Hahaha. Tapi memang saya tak pergi pun hari khamis tu. Takut punya pasal. Saya dengan selambanya buat MGTT hari ni. Pagi tadi, 7.15 am dah tercongok dah depan pintu. Dah selamat pun kena cucuk untuk 2nd time. Ok, yang ni tak sakit. Serius tak sakit. Tapi part minum air manis teramat tu memang tak best. manis sampai perit tekak, terbatuk2 depan nurse tu. Nasib baik tak muntah. Yang bagusnya, berjaya minum sekali harung je, non stop. Clap clap clap! ha, ye lah suka. jap lagi tengok result, menangis. kihkihkih. Okeh, jap lagi kena pergi lagi untuk dicucuk lagi sekali. Tidak!!!

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati