Assalam..
Alhamdulillah, esok kita akan sambut 1 Syawal 1433H, InsyaAllah. Sekarang dah pukul 12 tengah malam. Masih melepak depan TV, tunggu nasi himpit atas dapur. Suami masih bekerja. Ye, masih bekerja di saat orang nak tidur ni. Kesian betul. Lepas berbuka tadi sempat mak buyong ni menapak ke Shah Bandar mencari tudung raya. Nasib baik jumpa yang sesuai, yang penting MURAH! Tak ada maknanya nak cari tudung berpuluh2 ringgit, tak minat. kihkihkih. Dasar kedekut ni. huhuhu. Sempat juga sambar sehelai lagi kemeja untuk suami yang sibuk memanjang, nak shopping pun tak sempat. Sungguhpun suami tak mampu nak bawak bini dia ni shopping last minit, adik2 ku yang baru pulang dari perantauan menjadi tempat mak buyong ni bergantung harap untuk jadi driver untuk ke mana2. Nak harapkan saya memandu sendiri, nan hadoo lah. Time2 raya ni, bandar Kuala Terengganu dah bertukar jadi Kuala Lumpur, jalan sesak merata ceruk. Nak ke mana2, baik naik motor je. Kalau naik kereta, berkampung lah dalam kereta berjam2. Tak sanggup mak!
Tahun ni raya memang berbeza. Tahun ini first time raya tanpa nenek yang kembali ke Rahmatullah akhir tahun lepas. T______T. Tak dapat dah nak bersalam cium tangan nenek. Sobsobsobs. Tahun ini juga first time beraya as a mummy-to-be. Tak tahu lah larat ke tidak berjalan raya. Sikit2 semput, sikit2 mengah. Moga2 sihat lah time2 beraya ni. Baby, sila bagi can kat mummy raya puas2, makan puas2. Nanti tahun depan kan sibuk dukung baby pulak ke sana sini. huhuhu.
Kepada semua, Saya menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan. Ikhlas hati, sekecil atau sebesar mana pun dosa, mohon di ampun dan di maafkan. Sama2 lah kita menyucikan hati dan jiwa. Salam Lebaran Semua!!
No comments:
Post a Comment