Assalam..
Dah 10 hari kita di bulan Januari 2013 rupanya. Kejap je kan. So far Alhamdulillah, semuanya baik2. Even 2,3 hari lepas, panik sekejap pasal ribut Sonamu yang diramalkan melanda kawasan pantai timur ni. Panik lah kot sebab diramalkan akan menyebabkan tsunami setinggi 6 meter. Hospital besar Terengganu yang duk sebelah pantai tu pun dah ambil langkah jaga2 pindahkan pesakit ke hospital lain. Yang duduk sekitar KT ni harus lah cemas. Kan betul2 tsunami setinggi tu memang tenggelam lah bandar KT ni. Naudzubillah. Syukur sampai sekarang keadaan masih ok dan baik. Dengarnya ribut melencong ke arah lain. Mungkin berkat doa dan sembahyang hajat orang2 alim, Wallahu'alam.
Cuaca pun makin baik, dah tak hujan lebat selebat lebatnya macam december 2012 hari tu. Mungkin tengkujuh dah nak berakhir. Tapi tak tahu lah kan, esok lusa datang balik. Doakan yang baik2 saja. Amin. Jemur kain pun cepat je kering sekarang. Sukeeeee! Harap2 jangan lah 'ku kira panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari'. hehehe.
Dah masuk Januari ni of course lah daku akan meningkat usia. Setiap tahun bertambah umur. Sebelum2 ni setiap kali menjelang Januari, mesti rasa tak best, sebab umur bertambah. Happy tetap happy sebab birthday, tapi tang umur tu kalau boleh tak nak bergerak. Boleh gitu? hahaha. Tapi sejak dah jadi bini orang dan mak orang ni, mak dah berapa nak kisah noks. kihkih. Tak sempat nak feeling2 rasa dah tua ke apa. Esok saya dah menginjak ke 28 tahun. Owhhh!! 28!! Dah menghampiri 30! Tidakkkk!! uwaaaa.! Macam ni kau kata tak kisah?? cehhh.
So dah masuk tahun baru, umur baru, azam baru tak ada ke? haha. Azam2 ni tak payah tunggu tahun baru kot tak apa kan. Mummy Amani ni kalau bab azam2 memang ke laut. Azam 12 tahun yang lalu pun belum terlaksana rasanya. kahkahkah! Tapi ye lah, umur dah nak masuk senja ni, teringin jugak nak buat perubahan dalam hidup. Dah nak masuk 28, hidup masih di takuk lama. Azam tahun ni antaranya nak BERMEKAP CANTIK. Okeh, sila gelak guling2. hehe. Maksud bermekap kat sini bukan lah nak cantik macam Rozita Che Wan tu. Cukup lah sekadar sedap di pandangan suami. Orang2 sekeliling saya memang tahu betapa selekeh dan selambanya daku. Sangat jarang bermekap ok. Last bermekap dengan proper rasanya masa dinner tahun lepas. Tahun ni tak pergi sebab cuti berpantang. hehe. Sangat kagum dengan pempuan2 cantik yang pandai bermekap. Cantiknya alahai. Baju cantik, mekap cantik. Saya? Dah lah baju2 dah bertahun tak bertukar, muka pulak lengkap 7 ciri penuaan, kusam, lesu, pucat, bla bla bla. Datang kerja pun kadang2 tak pakai bedak. Bajet muka polos licin suci murni gitu. Jangankan alat mekap, pencuci muka pun tak ada. Believe it! Hari2 cuci dengan air je, tak main lah guna pencuci muka ni. Apatah lagi nak guna krim2 yang sapu malam2 tu. Tak kuasa mak. haha. Tak pasti lah malas atau apa, tapi memang hidup saya selama ni tidak bergelumang dengan set2 penjagaan kulit ni. Pernah dulu masa birthday ke 26, macam ni juga, berazam nak repair muka ni. Beli lah satu set produk Loreal, dari pencuci muka sampai lah krim malam. Last2, sampai sekarang tak luak langsung, ada lagi dalam almari meja mekap tu. Yang berjaya habis, pencuci muka je. tu pun makan masa hampir setahun nak habiskan satu tiub tu. haha. Kesian kau. So, kalau beli lagi satu set ni, agak2 masa birthday ke 30 pun ada lagi gamaknya kan. heeee! Lepas ni kena cuba pakai bedak sikit, lipstik sikit. Kena habiskan compact powder yang dah hampir setahun beli tak jejas2 lagi tu. haha. Kena cari baju2 baru. Daddy, nak pitih sikit, please..Kena rajin cuci muka. Dah tua2 ni kulit pun makin lah hilang keanjalannya. Time2 muda remaja tak apa lah tak nak jaga pun. Sekarang kena istiqomah, jaga muka dan badan. Kan nanti hantar Amani ke sekolah, orang ingat nenek dia yang hantar, bukan mak. Owhh, tidak!
Selain tu saya nak BELAJAR MENJAHIT. Erkk, azam yang dah bertahun2 tertunda. Nampak gaya macam tertunda lagi. hehehe. Tak apa, niat tu penting. InsyaAllah, doa2kan daddy Amani tergerak hati nak hadiahkan mummy mesin jahit. Boleh jahit baju kurung adik time raya nanti. weeeeee!
Next, nak BELAJAR BAHASA ARAB. Sebab? nak anak saya mengaji seawal mungkin. So saya kena belajar balik bahasa Arab. Bahasa Al-Quran ni. Sebenarnya saya dulu bersekolah Agama. Wajib belajar bahasa Arab. Tapi itu lah, malu je nak cerita. Bahasa Arab dapat C. Cakap Arab, langsung tak boleh. Makanya kena polish balik. Mahu jadi model terbaik untuk anak. mahu beri pendidikan terbaik untuk anak. Kalau pandai berbahasa Arab, baca Quran pun senang. Nak faham pun senang. Moga2 niat saya nak Amani kenal Quran seawal mungkin akan di makbul kan. Amin.
Then saya mahu jadi ISTERI YANG DIREDHAI, DISAYANGI, DIKASIHI SUAMI. Owhh, ini semua orang pun nak kan. hehehe. Penting ni bila dah jadi bini orang, redha suami. Sangat2 penting. Walaupun saya selalu pot pet pot pet kat suami, selalu marah2, selalu masam muka, hakikatnya, sentiasa mahu meraih redha suami. Satu perkara yang buat saya bagai tertampar muka sendiri, bila suatu hari suami cakap saya dah tak endah kan beliau sejak sudah ada anak ni. Allahuakbar, terduduk sekejap rasanya. Sungguh saya tak perasan tentang hal ini. Dalam2 leka melayan karenah anak, suami terasa terpinggir. Rasa sangat berdosa. Lepas hari tu, terus saya cuba sebaik mungkin untuk mendahulukan suami. Amani tidak lagi saya tidurkan di katil kami. Budak demok ni tiap2 malam akan tidur di coat sendiri. Gigih lah mummy bangun ulang alik ke dari katil ke coat baby tiap2 malam. Tak apalah, pengorbanan namanya. Asalkan tak menjejas hubungan kami, saya rela susah payah. Tapi comel kan suami cemburukan anak. hehehehe. Walaupun ini azam ke tiga, tapi ketahui lah wahai suami, kamu lah no 1. Yang saya dahulukan, utamakan. Suami didahulukan, pencapaian diutamakan. eh?
Last but not least, mahu jadi MUMMY TERBAIK BUAT AMANI. Si comel debab yang sangat saya cintai dan kasihi. Sangat berbangga menjadi ibu kamu wahai anak. Ironinya, sampai ke hari ini pun masih tak percaya saya ini ibu beranak satu. Rasa masih lagi bujang trang tang tang. haha. MasyaAllah, indahnya hidup dengan kehadiran kamu. Tak pernah gagal buat mummy tersenyum. Yang penting, mummy gembira kamu disayangi semua orang. Hari2 kena 'culik' dengan tok2 saudara sampai kadang tak berkesempatan pun mummy nak main2 dengan kamu time balik dari kerja. Buat si anak, saya berazam mahu berikan pendidikan terbaik. Sekarang dah mula stimulate kan Amani, untuk perkembangan otak yang maximum. Dah nampak sedikit hasilnya, bila dia mula beri tindak balas setiap kali di agah dan di ajak bercakap. Sangat seronok! Mummy tengah berusaha nak siapkan flash card. Moga2 anak mummy bijak pandai, cerdik dan solehah. Takes your time sayang. mummy tak akan paksa adik buat sesuatu di luar kemampuan. Membesarlah dengan sihat.
Yang penting, saya mahu dan tengah cuba menjadi MUSLIMAH YANG BAIK. Sejak ada Amani, saya cuba sedaya mungkin untuk menjadi yang lebih baik. Saya mahu menjadi guru pertama dia. Saya mahu dia jadikan saya contoh. Makanya, haruslah perbaiki segala benda. Solat harus diperbaiki, Quran harus diperhalusi. Mana2 yang sunat, mahu di jadikan amalan. Moga2 impian saya mahu anak2 dibesarkan dalam keluarga Islam yang berjaya akan dimakbulkan. Buat slow2, sikit, insyaAllah, ada jalannya..InsyaAllah.
Selain berjaya menjadi mummy yang belum tentu berjaya, tak apa kot yang boleh di banggakan. But i'm still bersyukur dengan setiap apa yang sedang saya jalani sekarang. Alhamdulillah, bahagia. Semoga tahun ni rezeki bertambah. Banyak perancangan dalam kepala ni, harap2 berjaya terlaksana. Amin.
Eh, panjang pulak celoteh. Tak apa, kasi can kat wanita yang menikmati hari terakhir di usia 27 tahun ni. Esok dah masuk 28 tahun, berazam tak nak celoteh panjang dah. Ye ke dok tu???