tekan jangan tak tekan!

Wednesday, January 23, 2013

Amani 3 Bulan

Assalam..

12 Jan lepas, sehari lepas birthday mummy, genap 3 bulan umur si demok mummy ni. Alahai, cepatnya masa berlalu. Si kecil yang helpless and fragile, 3 months ago, dah mula membesar. Dah pandai demand, pandai merengek2, dah pandai sengih2 bergelak ketawa. Owhh, mummy rindu budak ni masa newborn! Masuk je 3 bulan, budak kecik ni tiba2 tak sihat. Batuk dan selsema. Tak tahu terjangkit dari mana. Dari mummy mungkin, sebab 2,3 hari sebelum, mummy sakit2 tekak macam nak demam. Alih2 budak ni yang kena. Kesian sangat tengok si kecil ni batuk2, bersin2 tersembur keluar air hidung semua. Nasib baik lah sakit2 pun dia masih aktif macam biasa. Cool kentang lah adik. hehehe. Tak bawa ke klinik pun, sebab bukan boleh makan ubat pun kan. Saya cuma belikan vicks untuk kanak2, sapu2 kat dada dia time nak tidur. Cumanya, kalau dia terjaga dari tidur, dia menangis sebab tak selesa dengan kahak dan selsema. Selain tu, budak ni sangat behaved. huhu.



Sebab tak sihat punya pasal, mummy tak bawa dia ke klinik untuk check up 3 bulan. Kan kena cucuk bertambah2 demamnya. Lepas seminggu, nampak dah baik, baru mummy bawa ke klinik. Last check, berat si debab ni ialah 6.1 kg. Patutlah lenguh habis lengan kalau dukung. huhuhu. Tinggi pulak dah 63cm. Alhamdulillah, berat masih ikut perkembangan yang betul. Time cucuk pula, macam biasa mummy tak masuk pun. Kali ni heret daddy masuk sebab daddy cuti. heeee. Yang bestnya, kali ni langsung tak menangis. Siap sengih2 lagi lepas dicucuk. huhu. Mungkin lah sebab ada daddy kot. Budak ni sangat suka kalau ada daddy. Daddy tak agah lagi dia dah sengih2 tengok daddy. Kalau dengan daddy, bising mulut 'bercerita' pot pet pot pet. Nampak sangat anak daddy ni. huhu.

Perkembangan setakat ni, dah mula pandai gelak kuat2. Bagi respond yang cukup baik kalau dengar music or kalau orang panggil dia. Dan dah pandai tengok TV juga! Alahai, mummy tak suka lah dik. Sejak dah pandai mengekek dan gelak2 ni, bertambah2 lah happy kami sekeluarga. Bangun tidur je dia tersengih, lepas poo poo pun dia tersengih. haha. mana tak berbunga hati mummy. Meniarap sendiri belum boleh, tapi nampak macam tengah usaha nak terbalikkan badan. Kalau fail, menangis. hahaha. Last2 mummy tolong tolak dari belakang, baru lepas. huhuhu. Alhamdulillah, setakat ini, Amani masih senang di handle. Tak banyak karenah, tak menangis tak tentu pasal. Nanti dah besar, tak tahu lah perangai macam mana ni. huhu. Harap2 behave sampai besar ye sayang.



2 comments:

shaYazz said...

kejapnye tumbuh rambut!! tpacak tuuu!!! alaaaahaiii omey!

Unknown said...

Bahagianya akak dh ada baby..sy pn tringin jgk..

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati