tekan jangan tak tekan!

Friday, June 14, 2013

Amani is 8mo!

Assalam..

Pejam celik pejam celik dah 8 bulan budak debab ni. Eh macam baru je lagi post entri pasal budak ni masuk 7 bulan, yang first time main pantai tu. hehe. Alhamdulillah, setakat ini membesar dengan sihat. Makin besar, makin serupa mummy. My mom selalu bilang, "macam pernah jaga je budak yang rupa macam ni dulu". haha. Kalau tengok album gambar masa kecik dulu2, memang dah sebijik mak dia ni. :)

Progress setakat ni, Alhamdulillah dah boleh merangkak laju. Dulu2 selalu bimbang takut dia tak nak merangkak. Ye lah, asyik duduk dalam walker. Yang pelik, masa time meniarap, tak reti sampai ke sudah mengesot ke depan. Letak la apa barang pun depan dia, memang dia akan mengundur ke belakang. Alih2, terus merangkak. hehe. Owh, dah pandai kenal orang dah. Sejak demam masa 7 bulan hari tu, terus jadi pemilih. Tak nak pergi kat sebarangan orang. Dulu bukan main peramah. Orang tak kenal pun bukan main dia depa tangan suruh dukung. Sampai mummy pun selalu duk fikir, budak ni tahu ke aku ni mak dia? Ke dia pandang sama je macam orang lain. Siap sedih2 ni. Time demam tu rupanya pandai cari mummy. Nak mummy saja, tak nak orang lain. Dengan daddy pun ditepis2. Gitu lah, masa susah cari mak. haha. Sampai sekarang, sangat attach dengan mummy. Sekarang duk berdua dengan dia ni, pagi2 nak bersiap time kerja sangat seksa. Boleh mak dia ni bangun nak pakai baju, dia punya menangis teresak2 macam kena dera merangkak panjat mummy.haha. Tu belum lagi ke dapur or ke toilet. Biasa bagi umpan mainan, kasi dia ralit baru slow2 bangun tukar baju or ke dapur. Petang2 pulak, selagi daddy tak balik, jangan harap la boleh masak. Kesian daddy dik, balik2 kebulur mummy tak masak lagi. T__________T.


kemain laju lagi ni, sampai ke bawah meja. hukhuk

Monday, June 10, 2013

Meraikan Cinta di Tahun ke 2

Assalam.

Alhamdulillah, semalam 9 Jun 2013, genap lah 2 tahun kami bergelar suami isteri. eh, hari tu dah sambut? Poyo nya kau sambut anniversari 2 kali kan. haha. Seronok apa sambut dua kali. kihkih. Tak sangka sudah di tahun kedua. Tak sempat lagi sambut dengan betul2. Sibuk sana sini. Sangat lah teringin nak ber-honeymoon bagai. Tapi masa tidak mengizinkan. Nak2 semester baru dah start, kelas pun bermula. Nak bercuti suka hati tu adalah seperti misi mustahil. Sudah lah sebelum ni cuti di beku sebab sibuk dengan audit. Rasa mahu mengeluh panjang2 biar semua dengar. haha. over acting namanya!

Sudah tahun kedua berkongsi segalanya dengan Mohd Fauzi Mohd Yusof, jujurnya tidak lah selalu indah. Adatlah dalam rumah tangga, tergigit lidah tercuit rasa. Ada hari menangis tak puas hati itu ini, ada hari merajuk tak bertegur sapa, ada hari girang menikmati rasa cinta tak bertepi. Begitu lah hidup berumah tangga. Ini baru 2 tahun. Kalau jodoh masih panjang, umur masih panjang, entah apa lagi yang akan di lalui. Mohon doa semoga hari2 mendatang adalah bahagia dan sejahtera hendaknya.Yang pastinya, 2 tahun bergelar isteri buatkan saya bertambah matang, bertambah sabar dalam mengendalikan suami dan rumah tangga. Walaupun masih lagi belajar beradaptasi hidup berumah tangga, Alhamdulillah setakat ini masih boleh  mengikut rentak sang pujangga hati. Tambahan sudah bergelar mummy, sikap sabar itu mencanak naik. Iye, harus lah bersabar melayan karenah anak kecil yang makin membesar. 200% sikap sabar itu tiba2 di-upgrade dalam diri. Namun masih banyak lagi yang harus diperbaiki. Contohnya, dah 2 tahun, tapi saya masih belum mampu lipat kain dengan konsisten dan cantik terbentuk. bahahahaha! Sungguh, bukan cerita tipu. Kadang berbakul2 baju tak berlipat. Bila time lipat, tak sampai separuh bakul, terus surrender. Last si suami yang habiskan. kahkah. Adoii. Banyak lagi lah, tapi tak boleh lah cerita banyak2, kan membuka pekung di dada pulop. hahaha.

Semalam di fb, saya wished kat suami, di selitkan lagu 150 JUTA. Macam kena sangat lagu tu dengan hidup kami. Sangat kena terutama part2 yang panas baran dan keras kepala. Kalau dengar lagu tu mesti rasa macam mengata kat aku. hahaha. But true, saya seorang yang baran. Kesiannya suami yang nak kena mengadap bini singa ni hari2. Ni baru 2 tahun, kang sampai 20 tahun tak habis2 lagi baran, macam mana lah agaknya kan. hehehe. Untuk yang satu itu, terima kasih yang tak bertepi buat suami yang sanggup hadap muka mencuka si isteri, dan menadah telinga mendengar bingitnya bebelan singa ni. hihihi. Tapi bak kata lagu tu 'Aku punya Manja, Kau saja boleh rasa.." ewahhh.

Dear husband, semoga cinta kita membawa ke syurga. terima kasih untuk segalanya. Doakan mummy mampu menjadi isteri solehah untuk daddy. Maafkan jika sehingga saat ini, mummy belum mampu beri kebahagiaan yang mutlak. Kita cuba dan terus mencuba, untuk anak2 dan rumah tangga. Moga Allah memberkati rumahtangga kita. Amin..

love u so much!


9 Jun 2011

Thursday, June 6, 2013

7 Rejab 1434H. Di Tahun Kedua.

Assalam..

Cerita lama baru nak update. kihkih. 7 Rejab baru2 ni, selamat sudah kami sambut ulang tahun ke 2 perkahwinan. Kalau ikut tarikh masihi, lagi 3 hari, 9 Jun 2013. Alhamdulillah, sudah di tahun kedua. Masih baru lagi kot, masih terasa macam baru je kahwin. ewahhhhhhh. hahaha. Tunggu 9 hb ni, baru nak cakap panjang2. Owh, lupa nak bagitahu. Sempena anniversary pada 7 rejab itu, gigihnya isterimu ini buat PULUT KUNING. Pulut kuning okeh, sila tepuk tangan. First time seumur hidup, siap dengan gulai daging lagi. Nasib baik menjadi, even tak lah sesedap mak buat. First time katanya, harus lah ada cacat cela. Gambar tak sempat transfer, so tak boleh nak tunjuk. hehe.

Dear husband, 

Terima kasih.


Bila Si Kecil di Landa Demam..

Assalam..

Last 2 weeks, our little one suddenly got flu and cough. Kali kedua tak sihat, lepas umur dia 3 bulan hari tu. Hampir seminggu juga hidung berhingus campur batuk2 berkahak. Sedih gila kot mummy ni. Mujur lah anak sangat cool, tak sihat pun masih boleh bergurau senda, boleh sengih2 tersenyum. Cumanya time tengah2 malam, merengek2 tak selesa tidur hidung berhingus. Paling meruntun jiwa, tengok anak menahan sakit berkerut2 muka masa batuk tu. Menangis tanpa suara. Suara serak. Pedih tekak barangkali. sobs. Alhamdulillah, badan tak panas. Mujur juga Amani sangat suka kan air kosong. Kasi dia minum air kosong banyak2 nak bagi lega kerongkong. 

Alhamdulillah, sejak beranak sorang ni, mummy selalu dipertemukan dengan benda-benda yang baik. Salah satunya group fb Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak2. Sekarang fb bukan lagi tempat buang masa, stalker  hidup orang hahaha, tapi dah jadi tempat gali ilmu. Macam2 benda dapat belajar. Kalau anak demam apa perlu buat, kalau batuk berkahak macam mana nak handle, banyak sangat benda yang mummy dapat belajar. Kat sini juga dapat shared ilmu dengan others mummy. So, bila anak sakit, tak sihat, mummy tak lah panik sangat, gelabah bawa ke doktor. Mummy yang besar panjang ni pun tak suka makan ubat, takkan suka2 nak bagi anak makan ubat yang entah hape2 pulak. huhu. Hari2 facebooking, mesti terjah group2 ni dulu. Kat sini lah mula buka mata pasal pemakanan sunnah, habbastussauda, Cuka Epal, Chia Seed, Kurma, Susu Kambing dan macam2 lah. Even dah tahu lama dah pasal ni, tapi dulu buat tak endah, dah ada anak baru di bukakan mata nak menjebakkan diri dalam natural remedies ni. huhu. Objektif nya kat sini adalah mengutamakan pemakanan semulajadi sebagai remedi, berbanding guna dadah2 moden. As a mummy, selagi boleh, kita mahukan yang terbaik untuk anak(s). Alhamdulillah, di usia 7 bulan lebih, little Amani masih bebas ubat moden. Belum pernah sekali pun sumbat ubat waktu dia tak sihat. 

Apa yang mummy buat masa anak selsema dan batuk? Firstly, kena cekalkan hati, kuatkan semangat. Kesian memang kesian tengok anak yang ceria tiba2 nak senyum pun tak mahu. Tapi kena sematkan dalam hati, bayi demam, batuk, selsema adalah sesuatu yang normal. Lagi pun bagus untuk sistem pertahanan tubuh dia. Sebab tu orang dulu2 kalau anak demam ke tak sihat ke, mesti cakap, owhh budak nak membesar lah tu. Baik biarkan tubuh dia adjust sendiri ketahanan sesuatu penyakit. InsyaAllah, antibodi akan lebih kuat. kalau bagi ubat, sakit cepat baik, tapi nanti badan jadi manja. Sebab tu demam on off. Larat ke kalau anak tiap2 bulan demam memanjang. Masa Amani demam hari tu, suhu badan tinggi. Memang tak tidur malam jerlum dengan air, kasi suhu turun. Sekejap2 pantau dengan termometer. Yang ni memang kena alert sebab demam panas boleh buat anak sawan. Then baru2 ni, dia batuk dan selsema. Tak lena tidur sebab berkahak. Apa yang saya buat, stim kan muka dia dekat wap panas, kasi kahak dia cair. Tapi hati2 jangan air panas sangat, kan melecur muka anak kau. Dan jangan lama sangat, sekejap2 je. Memang anak akan melalak dengan hebatnya. Tahan telinga aje, asalkan keluar semua kahak dan hingus2 dia. Lepas tu, buat minyak bawang putih, sapu kat dada, belakang badan, tapak kaki, dan dahi. Caranya, ambik seulas bawang putih yang berkulit, bakar atas api sampai hitam, lepas tu lenyekkan taruk olive oil or minyak masak biasa pun boleh. Sorry, gambar tak sempat nak ambil. huhu. Alhamdulillah, sangat berkesan. Lena tidur budak ni, walau pun masih berkahak.

Satu yang kena ingat, bila kita guna cara semulajadi ni, kesan dia memang lambat. Kadang sampai berminggu. Tak macam guna ubat moden, sehari dua dah baik. Tapi possibility nak datang balik sakit, tinggi. Guna cara semulajadi, InsyaAllah, tubuh anak lebih kuat. Apa pun, kena ingat, semua dengan izin Allah jua. Kalau Allah tak izin, makan lah apa pun, comfirm tak sihat2. huhu. Lagi satu,  kena tahan telinga, kuat semangat lah nak menghadapi orang sekeliling. Orang akan nampak kau tak sayang anak sebab tak nak ke klinik. Macam apa yang saya lalui, orang2 menggelengkan kepala bila saya tak bawak Amani ke klinik. Nak jaga hati, akhirnya saya ke klinik juga. Lepas check lebih kurang, tak sampai 2 minit pun, terus bagi ubat. Agaklah terbakar hati ku. huhu. Sudahnya, memang ke bakul sampah aje kita taruk ubat itu. huhu. 

Tapi yang paling penting, PANTAU dengan TELITI keadaan anak yang tak sihat. Sekarang macam2 penyakit ada. Kalau rasa perlu ke doktor, sila lah bersegera, jangan tangguh2. Ilmu kena ada. Kita tak tolak perubatan moden. Kita masih perlukan doktor. Jangan pandai2 diagnos sendiri penyakit anak.huhu. Cuma bagi saya kalau boleh, setakat demam2 biasa, cuba dulu perubatan semulajadi, tanpa dadah. Jangan gelabah sangat nak sumbat anak dengan ubat2 yang manis macam gula2 tu. For me,cukup lah masa c-zer hari tu, dah banyak mana ubat masuk dalam tubuh mak dia ni. Sampai sekarang, tempat c-zer tu masih kebas okeh. So kawan2, jom berhijrah kepada natural remedies. Amalkan pemakanan sunnah, InsyaAllah, kebaikkannya berganda2.:)


lastly, budak girang yang baru baik sakit..Rindu nyaaaaaaa!!


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati