Assalam..
Last 2 weeks, our little one suddenly got flu and cough. Kali kedua tak sihat, lepas umur dia 3 bulan hari tu. Hampir seminggu juga hidung berhingus campur batuk2 berkahak. Sedih gila kot mummy ni. Mujur lah anak sangat cool, tak sihat pun masih boleh bergurau senda, boleh sengih2 tersenyum. Cumanya time tengah2 malam, merengek2 tak selesa tidur hidung berhingus. Paling meruntun jiwa, tengok anak menahan sakit berkerut2 muka masa batuk tu. Menangis tanpa suara. Suara serak. Pedih tekak barangkali. sobs. Alhamdulillah, badan tak panas. Mujur juga Amani sangat suka kan air kosong. Kasi dia minum air kosong banyak2 nak bagi lega kerongkong.
Alhamdulillah, sejak beranak sorang ni, mummy selalu dipertemukan dengan benda-benda yang baik. Salah satunya group fb Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak2. Sekarang fb bukan lagi tempat buang masa, stalker hidup orang hahaha, tapi dah jadi tempat gali ilmu. Macam2 benda dapat belajar. Kalau anak demam apa perlu buat, kalau batuk berkahak macam mana nak handle, banyak sangat benda yang mummy dapat belajar. Kat sini juga dapat shared ilmu dengan others mummy. So, bila anak sakit, tak sihat, mummy tak lah panik sangat, gelabah bawa ke doktor. Mummy yang besar panjang ni pun tak suka makan ubat, takkan suka2 nak bagi anak makan ubat yang entah hape2 pulak. huhu. Hari2 facebooking, mesti terjah group2 ni dulu. Kat sini lah mula buka mata pasal pemakanan sunnah, habbastussauda, Cuka Epal, Chia Seed, Kurma, Susu Kambing dan macam2 lah. Even dah tahu lama dah pasal ni, tapi dulu buat tak endah, dah ada anak baru di bukakan mata nak menjebakkan diri dalam natural remedies ni. huhu. Objektif nya kat sini adalah mengutamakan pemakanan semulajadi sebagai remedi, berbanding guna dadah2 moden. As a mummy, selagi boleh, kita mahukan yang terbaik untuk anak(s). Alhamdulillah, di usia 7 bulan lebih, little Amani masih bebas ubat moden. Belum pernah sekali pun sumbat ubat waktu dia tak sihat.
Apa yang mummy buat masa anak selsema dan batuk? Firstly, kena cekalkan hati, kuatkan semangat. Kesian memang kesian tengok anak yang ceria tiba2 nak senyum pun tak mahu. Tapi kena sematkan dalam hati, bayi demam, batuk, selsema adalah sesuatu yang normal. Lagi pun bagus untuk sistem pertahanan tubuh dia. Sebab tu orang dulu2 kalau anak demam ke tak sihat ke, mesti cakap, owhh budak nak membesar lah tu. Baik biarkan tubuh dia adjust sendiri ketahanan sesuatu penyakit. InsyaAllah, antibodi akan lebih kuat. kalau bagi ubat, sakit cepat baik, tapi nanti badan jadi manja. Sebab tu demam on off. Larat ke kalau anak tiap2 bulan demam memanjang. Masa Amani demam hari tu, suhu badan tinggi. Memang tak tidur malam jerlum dengan air, kasi suhu turun. Sekejap2 pantau dengan termometer. Yang ni memang kena alert sebab demam panas boleh buat anak sawan. Then baru2 ni, dia batuk dan selsema. Tak lena tidur sebab berkahak. Apa yang saya buat, stim kan muka dia dekat wap panas, kasi kahak dia cair. Tapi hati2 jangan air panas sangat, kan melecur muka anak kau. Dan jangan lama sangat, sekejap2 je. Memang anak akan melalak dengan hebatnya. Tahan telinga aje, asalkan keluar semua kahak dan hingus2 dia. Lepas tu, buat minyak bawang putih, sapu kat dada, belakang badan, tapak kaki, dan dahi. Caranya, ambik seulas bawang putih yang berkulit, bakar atas api sampai hitam, lepas tu lenyekkan taruk olive oil or minyak masak biasa pun boleh. Sorry, gambar tak sempat nak ambil. huhu. Alhamdulillah, sangat berkesan. Lena tidur budak ni, walau pun masih berkahak.
Satu yang kena ingat, bila kita guna cara semulajadi ni, kesan dia memang lambat. Kadang sampai berminggu. Tak macam guna ubat moden, sehari dua dah baik. Tapi possibility nak datang balik sakit, tinggi. Guna cara semulajadi, InsyaAllah, tubuh anak lebih kuat. Apa pun, kena ingat, semua dengan izin Allah jua. Kalau Allah tak izin, makan lah apa pun, comfirm tak sihat2. huhu. Lagi satu, kena tahan telinga, kuat semangat lah nak menghadapi orang sekeliling. Orang akan nampak kau tak sayang anak sebab tak nak ke klinik. Macam apa yang saya lalui, orang2 menggelengkan kepala bila saya tak bawak Amani ke klinik. Nak jaga hati, akhirnya saya ke klinik juga. Lepas check lebih kurang, tak sampai 2 minit pun, terus bagi ubat. Agaklah terbakar hati ku. huhu. Sudahnya, memang ke bakul sampah aje kita taruk ubat itu. huhu.
Tapi yang paling penting, PANTAU dengan TELITI keadaan anak yang tak sihat. Sekarang macam2 penyakit ada. Kalau rasa perlu ke doktor, sila lah bersegera, jangan tangguh2. Ilmu kena ada. Kita tak tolak perubatan moden. Kita masih perlukan doktor. Jangan pandai2 diagnos sendiri penyakit anak.huhu. Cuma bagi saya kalau boleh, setakat demam2 biasa, cuba dulu perubatan semulajadi, tanpa dadah. Jangan gelabah sangat nak sumbat anak dengan ubat2 yang manis macam gula2 tu. For me,cukup lah masa c-zer hari tu, dah banyak mana ubat masuk dalam tubuh mak dia ni. Sampai sekarang, tempat c-zer tu masih kebas okeh. So kawan2, jom berhijrah kepada natural remedies. Amalkan pemakanan sunnah, InsyaAllah, kebaikkannya berganda2.:)
lastly, budak girang yang baru baik sakit..Rindu nyaaaaaaa!!
No comments:
Post a Comment