Assalam..
Lamanya hoii tak update blog. Sebulan satu entry katanya.
Haha. Banyak sangat benda yang nak diceritakan. Macam2 hal yang berlaku akhir2
tahun ni. Esok dah masuk tahun baru, 2014. So, jom merungkai satu persatu. Ewahh. Haha. 26 Disember lalu,
genap sudah usia daddy Amani yang ke 29 tahun. Beranak akhir tahun, macam tu
lah. Orang dah nak masuk 30, dia baru celebrated birthday yang ke 29. Huhu.
Jadinya, buat lah sikit birthday celebration, skala kecil punya. Sambut dengan
adik beradik je. Dah tua2 malu katanya nak sambut besar-besar. Kihkihkih. Buat
meehoon goreng sikit, goreng2 nugget sikit, and of course sebijik kek yang
dibuat dengan penuh kasih saying oleh isteri tersayang. Hahaha. Since mummy tak
berapa nak sihat betul lagi, campur mabuk2 pening,( citer lain entry ni) tak kuasa lah nak buat kek
yang rumit2. Buat kek ringkas je. Senang dan sedap. Ni kek nya, Fresh Fruity
Cake. Senang je hoii, buat kek span vanilla, pukul whipping cream sampai
kental, sapu2 atas kek, tabur fresh fruit, then hias! Huhuhu. Yang penting
sedap, sekelip mata habis sebiji kek. Huhu. Jom tengok gambo..:)
Fresh fruity Cake.. From mummy with love!
Daddy yang excited..Happy birthday darling!
My family. 3 and half..:)
Anak dara ambe..14 bulan.
No comments:
Post a Comment