tekan jangan tak tekan!

Saturday, December 7, 2013

Bisness Sangat Kitew Ni.

Assalam.

Dengan sukacitanya, nak bagitahu saya dah start berniaga. Ecehh, macam ayat dapat offer letter kije goverment gitu. hahaha. Apa barang yang kau dagangkan? Emas? Baju baby? Baju Plus Plus Size? Kasut baby cute miut? Bukan bukan. Kita jual makanan je. yang mudah, yang simple. Kita jual LASAGNA,SPEGHETI, TIRAMISU, MINI KEK dll je. huhu. Senang dan simple, tapi orang jarang nak masak benda2 western macam ni kan. So, saya meng-offer diri untuk masak untuk anda, anda cuma hulur pitih je. Gituuu. haha. Terjebak berbisnes bila hati resah gelisah duduk goyang kaki tak buat apa2 pun untuk membantu menambah pendapatan keluarga. So, memandangkan kita tak tahu nak buat apa, cuma tahu makan je, meh la kita berjualan supaya kita boleh makan sambil mengumpul pitih buat belanja. hehehe. Actually start secara serius masa 1 Muharram baru2 ni. Sebelum tu dah start, tapi senyap2. Ambil tempahan dari ex-students je. Tak untung banyak pun, balik modal je. Biasa lah, nak memulakan sesuatu, memang banyak cabarannya. Sekarang, Alhamdulillah rezeki lebat boleh tahan. 










Memang niat berniaga ni pun nak tolong suami, dan nak pegang duit sendiri. haha. Iyalah, bertahun2 kerja, pegang duit sendiri bebas nak beli apa, tiba2 terpaksa bergantung pada suami semata, sangatlah tidak menggembirakan. So, ambil risiko untuk berniaga. Lagi pun, 9 daripada rezeki adalah melalui perniagaan. Mula2 niat dapat tolong settle kan pampers dan susu Amani pun jadilah. Alhamdulillah, dapat akhirnya ringankan beban suami, walau pun dia tak merungut pun terpaksa tanggung sorang2 segala perbelanjaan. Hari demi hari, perniagaan Alhamdulillah makin berkembang. Memang tak sangka permintaan sangat menggalakkan, sampai tak menang tangan. Masa mula2 tu, memang pasrah je kot kalau orang tak suka, dah tak nak order. haha. Yelah, selera orang, mana kita tahu kan. Tapi sangat gembira bila dapat feedback yang baik dari yang membeli. Ada yang repeat order berkali2. Alhamdulillah. InsyaAllah, ada lagi beberapa jenis dalam kepala ni. Bila di hitung untung ruginya, kalau saya maintainkan bisnes ni hari2, dengan sambutan sebegini, pendapatan bulanan adalah 4 kali ganda dari gaji masa bekerja dulu. hhuhuhu. Macam best je kan bunyinya. Tapi saya tak adalah mengejar untung sampai tersembam2 buat kerja. Dalam seminggu tu, 4 hari je berniaga. Hari lain rehat main dengan anak. Walau nampak ringkas, penat jugak ye main masak2 macam gini. hehehe. Lagipun, siapa nak makan spageti dan lasagna hari2 kan.

Tapi rasanya lepas ni nak kerja lebih sikit. Bila dah maju macam ni, terus tukar target. Daripada niat nak lepas setakat susu dan pampers Amani, sekarang nak target biarlah dapat tolong suami macam dulu. Dapat kongsi bayar kereta, bil2 dan saving macam dulu. insyaAllah kalau diizinkan Allah S.W.T. Yang penting, kerja dengan penuh gembira dan tenang hati. Tidak lagi stress dan tak happy macam dulu. Anak pun dekat di sisi. Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah bagi. Rezeki berniaga, dan rezeki dapat besarkan anak dengan tangan sendiri. Erkk, time mummy buat kerja, anak memang duduk dengan orang jugak tapinya. nasib baik ramai yang sudi hulurkan tangan jagakan anak dara mummy. hehehe. Dan sangat berterima kasih kat cousin yang sangat giat promosi barang dagangan. haha. Memang kebanyakan customer dari dia jugak. Don't worry, ada upahnya. hehe. Owh, saya dah siap buat page jugak kat FB, cuma belum siap lagi. Senang orang LIKE2 je. Sebabnya saya tak berapa gemar accept friend yang tak kenal kat facebook. Kurang privacy rasanya. huhu. Kemainkan mummy Amani ni. hehe. InsyaAllah, rezeki untuk Amani akan sentiasa ada. Doa-doakan ye. :)

3 comments:

Nanie Dean said...

teringin lasagna... bila nak antar sini... bawak lebih i nak buy...

mieyza said...

kak nanie..kalu nok roger aje ambe..anytime..huhu

Puan Ida said...

ehm besnye
semua sodap hehehe
salam perkenalan dari ida
jempu singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni ye

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati