Assalamualaikum..
Tenggelam timbul tenggelam timbul mummy amani ni kan. kikiki. Musim2 tengkujuh ni, memang kita berhibernasi je kerjanya. Sejuk la katakan. Mujur tak turun salji je hah. Eh tapi 2,3 hari ni hujan dah tak mahu turun. Panas terik je. Tu yang keluar sarang ni. lalalallalaa
Straight to the point, mummy Amani ni pregnant lagi untuk kesekian kalinya. huhuhu. Alhamdulillah dah masuk 12 minggu, kalau ikut kiraan period. Tapi ikut scan baru nak masuk 11 minggu. Scan hari tu dah nampak kaki tangan kecik tergodek2 sana sini. Syukur Alhamdulillah.
Pregnant kali ni memang diterima dengan hati yang tak berapa nak tenang. Almaklum baru sangat lagi keguguran sebelum raya hari tu. Tak sampai 3 bulan pun jaraknya. Jadi bila timbul 2 lines kat UPT, hati sedikit tidak keruan. Takut sangat tragedi kembali berulang. Dah menghadap 2 kali kehilangan, mahunya tak trauma. Tapi yakinkan diri, ini rezeki Allah taala yang kasi. Apa pun yang jadi, redha la.
So bila tahu pregnant awal bulan 10 hari tu, memang diam je tak bagitahu siapa2. Bimbang bercampur cuak. Malu pun ada. Ye lah, tahun ni saja, 3 kali dah pregnant. Kau hadoo?? hahaha. Tu pun ada mulut yang bising cakap, wahhh aktifnya. Choii sangat mulut tu erkk. Ikutkan planning lepas gugur hari tu, tahun depan baru fikir pasal baby baru. Tapi dah Allah nak kasi awal, terima saja seadanya. Ada terbaca, bila hamil, maknanya memang badan kita memang dah sedia dan sembuh untuk kembali pregnant. Lagi pun, masa gugur yang lepas, dua2 tak perlu DnC. Jadi risiko tu agak kurang. Wallahualam.
Cuak punya pasal, sampai 3 kali dah scan sebab takut jadi macam yang lepas2 punya. Bab scan ni pun mendatangkan debar jugak. 2 kali scan tak nampak. Ada kantung je. Doktor kata maybe sebab awal lagi. Kali ketiga scan lagi minggu lepas, Alhamdulillah siap dapat dengar jantung, dapat tengok kaki tangan kepala baby. Berair2 mata mak tengok baby kat dalam. Walaupun still kecik lagi, fragile lagi, sekurang2nya lega hati. Baru tak ragu2 nak buka buku pink.
Moga2 kali ni, berjalan lancar lah hendaknya. Panjang lagi perjalanan nak menuju due date. tak mahu terlalu berharap, tapi doakan2 moga ini rezeki kami. Baru nak masuk anak kedua, 4 kali dah pregnant.huhu. Mummy pun excited kembali menggali ilmu pregnancy dan birthing. Tak sabar nak kembali memboyot!
Assalamualaikum, adekbaby!
6 comments:
Alhamdulillah..rezeki..tahniah ye..jgn takut utk pregnant..sy dlu trauma jgk sbb thn lps pregnant,anak meninggal dlm perut masa 8 bulan..dpt tau pregnant lg mmg cuak..tp yakin pada Allah swt..rezeki dariNYA.
Thank you Cik Puan ila.. InsyaAllah ada rezeki.. btw selamat berkenalan ye..:)
Tahniah mieyza....1 kapal la kita...take care
tahniah juge Hanani.. huhu. tc!
Singgah sini!
Tahniah dr MamaBiha! :) sy pun tengah preggy 2nd baby... jemput singgah my blog yea...
owhh tahniah juga mamabiha! tq singgah blog kita..:)
Post a Comment