tekan jangan tak tekan!

Thursday, November 27, 2014

Kawan Baik Ibu Mengandung.

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal pregnant mom's best friends!Hahh, mentang2 dia pregnant kan, asyik nak cerita pasal mengandung aje. Of course lah. Benda baik, harus dikongsi, ye dak? 

Apa benda yang best friend sangat ni? Supplement lah, sudah tentu. Kehamilan dan supplement haruslah berpisah tiada. Penting tahu untuk dapat nutrisi secukupnya sepanjang kehamilan. Dah segala benda yang dimakan harus dikongsi berdua dengan baby, makanya mak2 yang memboyot ni sangat penting untuk pastikan anda mendapat apa yang di perlukan dengan secukupnya.

Sesetengah orang mungkin kata tak payah nak ber-supplement bagai, makan je makanan berkhasiat, dah cukup. Kalau itu yang di pegang, silakan, kita hormat aje. Tapi bukan semua mak2 lalu nak makan segala mak nenek yang berkhasiat ni sepanjang hamil. Kadang tengok nasi pun meloya bagai, minum susu apatah lagi. Sayur pun kadang nak pandang pun tak hingin, kan.

Alternatifnya, supplement lah. Pastikan pilih supplement yang semulajadi, selamat dan berkesan. SHAKLEE lettew. huhuhu. Untuk kehamilan, Shaklee tawarkan 4 produk asas yang wajib diambil ibu hamil. Vitamin C, Vitamin B Complex, Ostematrix dan Vitalea. Khas untuk first trimester. Masuk trimester ke2 dan 3, boleh tambah Omegaguard. Kenapa? Mari kita tengok apa khasiatnya.

VITALEA
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

B COMPLEX
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

VITAMIN C

 Vitamin C  Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OSTEMATRIX
Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

OMEGA GUARD
Omega Guard - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

*sumber di SINI


Jangan segan2 WA/email/Pm kita ye. Free consultation lagi tahu..:)

Mieyza Roslan
019 998 9052
fb: mieyza roslan
email: hamizaroslan@yahoo.com

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati