tekan jangan tak tekan!

Thursday, September 17, 2015

Entry tak bermanfaat

Assalamualaikum..

fuhhh fuhhh kasi sapu sawang sikit. haha. lama gila tak update. Macam ni lah kalau dah anak ramai. kahkahkah. Anak baru dua dah feeling2 anak seploh.

Cerita bab anak, si Auni dah pun berusia 3 bulan lebih. Nak masuk 4 bulan dah. kejap je kan. Dah pandai mengagah, Dah pandai gelak besar. haha. Anak2 iolss memang lambat sikit respon kalau diagah. Anak2 orang lain dalam pantang lagi dah sengih2, Anak kita dah nak masuk 3 bulan baru pandai senyum. kikiki. Si kak long pun macam tu dulu.


okeh, tetiba blur tak tahu nak taip apa. Tu lah, lama sangat tak sentuh, kakaka, Sekali lagi di ingatkan, iols mak beranak ramai, next entry mungkin pasal si auni first's birthday party. koohh kohh koohh. Sampai jumpa lagi. 

tatata.


Monday, July 6, 2015

New Arrival: Qadeejah Sofiyyah Auni

Assalamualaikum..

Alahai lama gila tak jenguk blog. Baru perasan, bulan mei langsung tak ada entry. haha. Dah hidup segan mati tak mahu dah blog ni. :)

Alhamdulillah, adeqbaby telah selamat lahir pada 19 Mei 2015, jam 3.55 pagi, dalam usia kandungan baru mencecah 34 minggu 5 hari (usia sebenar dah 36 minggu. hehe). Berat hanya 2.16kg je.Selamat tiba di dunia, tapi tidak melalui cara kelahiran yang seperti dikehendaki. Tiada Vbac, tiada Gentle birth. Sekali lagi, lahir melalui pembedahan. Kisahnya begini....

Sepanjang mengandung kali ini, Alhamdulillah tidak banyak masalah. Kecuali GDM. Blood pressure bacaannya sentiasa normal. Hb pulak sentiasa cantik. Check up tiap2 2 minggu pun tiada masalah. So saya sangat yakin boleh beranak dengan aman dan tenang. Tapi iye la, rezeki masih belum berpihak pada saya untuk bersalin normal.

17 mei 2015, secara tiba2 saya merasa sangat sakit pada bahagian atas perut. Sakit senak yang sampai tak boleh tegakkan badan. After 10 minute, sakit tu hilang, lepas tu datang balik lepas maghrib, Bimbang punya pasal, terus ke hospital. Pergi dengan tangan kosong, sebabnya tak terfikir pun nak beranak. Sakit pun, bukan contraction. Jadi harapannya, doktor check, bagi ubat dan boleh terus balik. Rupanya tidak. T_________T.

Sampai je terus check bp. Rupanya tinggi mencanak. Ye lah, tengah tahan sakit memang lah bp naik. Lepas ambil sample air kencing dan darah, terus di diagnose as Pre-Eclampsia. Nahhh, terus di tahan di labor room untuk monitor blood pressure. Bermalam lah saya di LR hospital baru HSNZ yang sangat selesa dah macam hospital swasta itewww. Tapi tak lah boleh berehat sangat pun sebab asyik lah duk dengar mak2 tengah beranak menjerit2 macam kena histeria kat bilik2 sebelah. Serius wehh, pukul 3 pagi menjerit2 bertembik sebab nak beranak. Sakit sangat ke??? Seram kita yang duk gosok2 perut kat sini. hahaha.

Pagi 18 Mei 2015, Doktor yang bertugas monitor saya sepanjang malam dah habis oncall, sebelum nak serah tugas kat doktor yang bakal bertugas, bagi berita gumbira. Katanya, kalau tak ada apa2, maybe boleh balik dah lepas ni. Yeay! Eh2. rupanya doktor yang baru nak bertugas tu bersuara, " eh, patient ni pakar dah discuss untuk immediate birth pasal bla bla bla..." Allahuakbar. Nak pengsan kita yang mendengarnya. Pendek kan cerita, saya tak bersetuju dengan keputusan itu. Lalu terjadilah sedikit 'perang mulut' dengan pakar tersebut sampai menangis2 bengkak mata. Doktor pakar tu pulak rajin benar keluar masuk cuba jugak memujuk untuk beranak jugak hari tersebut. Pujuk punya pujuk, bincang punya bincang, akhirnya demi anak saya rela kan jua. 

Kelahiran kali juga, melalui pembedahan. Selepas bersoal jawap dan bincang dengan doktor segala risiko, terpaksa juga memilih pembedahan. Sedihnya, Allah jua yang tahu. Makanya, 19 Mei 2015, di pagi yang hening, saya merelakan jua perut di lapah untuk kali kedua demi keluarkan mujahidah kedua kami. Allahuakbar, SubhanAllah, walaupun kelahiran tidaklah seperti yang dirancang, saat pertama menatap baby tetap kenangan terindah seorang ibu.

Sedikit terkilan, lepas je baby keluar, terus baby di masukkan ke wad NICU. Hanya sempat menatap beberapa saat je. Sebab baby di kira pra matang, kecik sangat pulak tu, jadi kena cepat di beri rawatan, Sedih okeh. Pulak tu kali ni punya kesan pembedahan sakit gila nak mamps. haha. Serius sakit, tak macam yang first dulu. Yang dulu, hari first dah boleh duduk bersila.haha. Yang ni, hari ke 4 masih terasa sakit dan bisa, terasa2 lagi luka pembedahan tu, Auuuchhhh.

Itu sedikit sebanyak kisah kelahiran kali ini. Puteri kedua ni kami namakan Qadeejah Sofiyyah Auni. Panjang nau kan. hahaha. Dah kakaknya panjang berjela, takkan si adik nama ketot pulak. hehe. Jom tengok gambo dak Auni...



Day 1


Day 6


Day 19

       

Day 45

Tuesday, April 7, 2015

Bila sudah terlupa.

Assalamualaikum..

Sepatutnya, 1 April lepas adalah tarikh temujanji checkup kat Klinik Desa. Tapi boleh terlupa, lalu meronggeng2 update blog pasal GST. Kahkahkah. Sudahnya, kecoh satu klinik mencari Puan Hamiza yang escaped tak mahu ke klinik ni. lalalalala. Bukan sengaja ye, tapi terlupa.

Alkisahnya, no telefon saya sudah di-terminated oleh celcom dengan sesuka hati mak nenek mereka, sebab dah lama tak topap katanya. Eh, lama ke? Entah. Tapi memang saya jarang gila kot topap telefon ni. Sejak 2 minggu lepas perasan line tak ada. Macam pelik tapi buat tak tahu. Then masa buat detailed scan baru2 ni, try topap. Tapi tak boleh. Aikk, dah pelik. Tapi buat derkk jugak. Last2 suami dah bising2 sebab nurse klinik sibuk call dia, sebab tak dapat nak call saya. Akhirnya ke pejabat celcom, katanya dah tak boleh guna no ni sebab dah selamat di-terminated. Alahai. Geram lah jugak sebab dah lama guna no ni. No untuk bisnes pulak tu. Kena beli no lain lah jawapnya. Yang pasti tak mahu dah guna CELCOM. 

Tapi nak ceritanya, betapa kecohnya misi2 bila ibu2 mengandung ni tak datang check up. Bagus diaorang ni, menjalankan tanggungjawap dengan cekap. Tapi boleh mendatangkan kerimasan pulak kan bagi pihak si ibu. Nak2 pulak bila saya berjaya tolak suntikan ATT untuk pregnancy kali ni. Nurse adalah sikit buat muka, tanya macam2. Doctor cool je tak banyak soal. Hahaha. Nanti dipandangnya kita macam membawa masalah, banyak songeh dan payah bagi kerjasama. Hmmm. Entah lah. Tu belum lagi bagi tahu taknak vaccine terus adeqbaby ni. Tak pasti kekecohan bagaimana yang bakal tercetus. Tu yang memang berniat nak escaped ni. hahahaha. 

Kenapa nak lari2 ni? Sebab kalau boleh tak mahu dipaksa2 beranak lagi. Tak mahu kena serah diri awal. Tak mahu segala birth planning terbang di tiup angin. hehehe. Currently, baru masuk 30 minggu. By weeks 38 nanti, kalau adeqbaby masih seronok di alam transit ni, memang mummy akan missing in action lah. Jangan harap ku serah diri. Adeq, sila keluar awal ye. Be nice to mummy ye nak. 

Esok, rabu memang wajib ke KD lah. Hadap lah soalan2 dan pertanyaan2 misi nanti. huhuhu. Kalau malas nak layan, senyum dah lah. Tak kuasa nak bersoal jawap panjang2. lalalalalla.

Wednesday, April 1, 2015

Selamat ber-GST!

Assalamualaikum..

1 April 2015, selamat hari raya semua! Kahkahkah. Hari yang ditunggu2 telah tiba. Hari yang ditunggu2 ke? kikiki. Bermula sudah GST, yang sangat ditakut2, dibenci2. GST katanya menguntungkan rakyat, cukai makin berkurangan, barang makin murah. Tapi yang berlaku macam sebaliknya pulak, kan. Belum perlaksanaan GST, barang semua naik harga. Haiiihhh. 

Jujurnya, masih belum hadam lagi perlaksanaan GST ni. Kalau ikut pemahaman berdasarkan penerangan2 dari TV dan media sosial, GST ni ganti cukai sedia ada. Maksudnya yang cukai yang biasa 15% tu akan diturunkan hanya jadi 6%. Dan pengusaha2 atau peniaga akan dapat claimed balik cukai tersebut. Tapi kenapa barang jadi berlipat ganda mahal? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bila berlaku perkara macam ni, pengguna2 dan rakyat rasa tertindas. Tambah2 bila ada pihak yang kurang ajar mengambil kesempatan menaikkan harga barang berlipat kali ganda, dengan alasan GST. Susu, lampin dan barang keperluan semua yang kononnya tidak dikenakan GST, dinaikkan harga awal2 lagi. Bukan sikit naiknya, banyak % jugak tu. Bayanglah anak ramai, masih menyusu, masih berlampin. Alahaiiii.

Entahlah, kalau cakap pasal ni, tiada apa pun yang berubah. Mahal macam mana pun, bila dah namanya barang keperluan, tetap juga kena beli. Merungut memaki pun tak dapat apa2, ye dak? Cuma yang mampu buat, strukturkan balik kewangan keluarga. Beli mana yang patut. Dan doa banyak2 moga2 rezeki makin bertambah lepas ni, Aminn.

Syukur juga, dalam 2,3 bulan ni, perbelanjaan untuk lampin dan susu si kak long sudah berjaya di 'cut down' kan. Sudah berjaya cerai susu, dan hampir berjaya diapers-free kan kak long. Nanti nak share pengalaman cerai susu dan potty train budak ni di usia 2 tahun 5 bulan. Pengalaman berharga ni. huhu. Mummy target, genap 3 tahun bulan 10 ni, berjaya diapers-free siang dan malam. Sekarang ni siang je yang berjaya, malam masih tak berani nak biar diapers-free. Kan banjir tilam mummy. 

So mummy tak nak stress2 fikir pasal ni. Hadap je lah. Kita pengguna ada kuasa. Kalau bersatu, insyaAllah ada lah perubahannya. Ikut lah nak boikot ke, apa ke. Yang penting ada tindakan. Yang penting nak tenang2 hadapi perut yang memboyot ni. Nak beranak dengan tenang. Nak besarkan anak2 dengan tenang. Dan berdoa agar adeqbaby nak minum susu gantung. hahaha. Jangan ikut kak long ye, nak. Tak sudi pandang pun t*t*k mummy ni. Owh,doakan juga mummy kuat untuk kembali ber-cloth diaper. Harap rajin ye mummy, ingat, lampin udah mahallll.

Akhir kata, sama2 lah kita nantikan apakah kesudahan selepas ini. Bawak kebaikan atau keburukan? Adakah kita rakyat Malaysia ni, akan terus jadi typical malaysian? Pungpangpungpang di awalnya, lama2 terus terima dengan rela hati dan buat2 lupa? Entahhh le. Anggap lah ini ujian dari yang Esa. Nak uji sejauh mana sabarnya kita, hebat kah iman kita. Wallahu'alam..

Monday, March 23, 2015

Persiapan untuk Adeqbaby!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sudah masuk 3rd trimester. Sudah 7 bulan membawak perut boyot. Orang kata, waktu paling sesuai settle-kan barang2 untuk baby. Masalahnya bila mummy dah ingat2 lupa apa barang patut dibeli. Makanya gigih lah google dan blogwalking untuk usha2 newborn list. Ya Allah, memang lupa sungguh nak beli apa, buat apa. Ada gaya2 first time mummy-to-be gitu. hahaha. 

Selongkar barang kak long Amani masa newborn, banyak jugak yang kena beli baru. Ingat boleh share2, jimat sikit kan. Tapi barang macam baby coat, baby bouncer semua masih elok boleh pakai. Yang banyak kena beli macam baju2 dan kain bedung lah kot. Yang lain insyaAllah boleh pakai lagi. Ye lah, takkan semua nak kena diwarisi dari si kakak kan. Nanti kecik pulak hati adik. hahaha. 

Moh kita tengok list newborn yang mummy ceduk dari blog mummies gojers semalaysia. Panjang giler okeh. Tapi ni sebahagian saja ye. Ambik yang mana penting je.Untuk panduan je sebab barang2 post-natal boleh beli kemudian je. 

Baby Gear!
1) Baju siang lubang2
2) Baju tidur
3) Romper 
4) Mitten and booties
5) Barut 
6) Topi

Diapering!
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes 
5) Changing Mat - done.
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming
1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Termometer
11) Minyak Telon
12) Cotton Balls

Feeding 
1) Botol saiz S - 
2) Puting Botol Susu 
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable 
9) Nursing Pad Disposal 
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
f12) Nursing Bra
13) Termos


Bathing
1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi

Fuhhh.. Tengok senarai barang pun dah rasa nak terberanak dah. Hahaha. Mujur lah ada rezeki lebih. Alhamdulillah, rezeki adeqbaby. Time2 memboyot dapat juga duit sikit hasil kerja sementara jadi cikgu ganti. Jadi, adalah sikit extra duit untuk beli barang adik. :) Kena cepat2 settle-kan barang budak kecik ni. Pasal mummy dah tak larat nak oiii nak menapak jalan2 cari barang. huhuhu.

Tuesday, February 24, 2015

Menggali Ilmu Birthing

Assalamualaikum..

Kalau cakap pasal ilmu birthing dan parenting, sampai bila2 pun tak habiskan? Makin di gali, makin banyak pulak yang tak tahu. Makin banyak benda baru. Dan ini lah dunia saya, sejak dari mula2 mengandungkan Amani, sampailah mengandungkan adeqbaby ni. Dulu tak pernah tahu pun yang rupanya dunia emak2 ni sungguh complicated. Tapi indahnya jangan cakaplah. Betapa banyaknya ilmu yang tak pernah kita tahu. Pasal teknik beranak, pasal hypnobirthing, gentle birth, vaccination, babywearing, homeschooling. fuhhhhh, banyakkkk gilos!

Masa belum mengandung dulu2, tak tahu pun yang sebenarnya beranak ni adalah sungguh indah dan sangat semulajadi. Iyalah, memang dah tertanam dalam kepala otak beranak ni sakit nak mampus, kena gunting, terkoyak rabak, dipaksa teran2, lepas tu kena jahit pulak. Adoiii. Itu lah cerita yang didengar setiap kali melawat kawan2 yang bersalin. Rupa2nya bukan begitu sepatutnya. *______*

Allah S.W.T dah cipta dah design tubuh wanita ni memang untuk beranak. Memang semulajadinya begitu. Jadinya proses kelahiran sepatutnya berlangsung dengan tenang, tanpa paksaan, tanpa melibatkan pihak2 yang duk bising2 marah2, tanpa stress. GENTLE BIRTH namanya. 

Saya mula kenal gentle birth lepas kenal Hypnobirthing. Lupa dah tengok dari blog siapa. Masa mula pregnantkan Amani, kalu tak silap. Sejak dari situ, memang tanamkan dalam diri nak gentle birth. Maksudnya melalui proses kelahiran tanpa stress dan trauma seperti yang selalu dilalui mak2 yang beranak kat hospital tu. Saya banyak gali ilmu kot group di Fb, youtube, blog2. Belajar tentang teknik pernafasan, perineal massage untuk lembutkan bukaan laluan baby, visualisation, dan macam2 lagi. 

Tapi perancangan Allah tak sama dengan saya inginkan. Akhirnya terpaksa di Cser atas sebab2 yang malas dah nak cerita. hehe. Memang teknik pernafasan yang duk practice ke laut semua masa tahan contraction tu. Jujurnya, saya sangat menyalahkan diri sebab tak kuat nak pertahankan hak saya. Saya biarkan nasib saya ditentukan orang masa dalam wad. Bayangkan lah, bila saya di pecahkan air ketuban seawal bukaan 3 cm semata2 bacaan CTG yang 'tak cantik', saya cuma berserah tanpa kata apa2. memang tak tahu apa2 pun masa tu. Lepas pada tu lah, apa yang di planning terbang di bawa angin. Tanggunglah kau segala sendiri. sobs.

Jadi untuk kelahiran kedua ni, memang sedaya upaya mahukan gentle birth. Mahu sangat bersalin normal. Mahu VBAC (Vaginal Birth After Cser). Cuba gali sebanyak mungkin ilmu. Cuba untuk berani pertahankan hak sendiri. Jangan bodoh sangat duk ikut orang nak buat apa kat kita ni. Harapnya mampu ber-gentle birth. No IV drip, No Episiotomy, No VE, No CTG, No Paksa2 push. huhuhu.. Banyak cekadak kan. Suka hati kita lah, kitakan yang tanggung sakit segala. Bukan doktor, bukan nurse. 

Dan jangan tak tahu, siap ada kelas khas tahu bagi yang berminat dengan gentle birth ni. AMANI class. Macam nama anak aiolls kan. huhu. Susah hoii nak dapat slot untuk masuk kelas ni. Baru2 ni masa CNY, ada slot kat Kuala Terengganu. Malangnya, tak ada rezeki nak join. Sebabnya kena ke majlis kahwin sepupu kat luar terengganu. Punyalah frust tak terkata. Tapi pujuk hati sendiri, insyaAllah akan dapat ilmu lain sebagai ganti.

Kelas AMANI ni sangat bagus untuk ibu2 yang bakal beranak untuk kenal tubuh badan sendiri. Untuk tahu signal2 yang tubuh hantar waktu sakit nak bersalin tu. Untuk tahu apa yang patut dan apa yang tak patut masa proses kelahiran. Yang penting, sangat menggalakkan ibu2 untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menyerah seratus peratus pada Allah. Tapi jangan salah faham. Ada yang beranggapan, Amani ni menggalakkan HOMEBIRTH. Beranak di rumah. Tidak ye. Beranak kat Hospital pun boleh je gentle birth, Asalkan mendapat kerjasama doktor dan nurse.

Jadi wahai ibu2 yang sekapal dengan saya, mari lah menggali sebanyak mungkin ilmu birthing ni. Supaya lepas ni tidak lah trauma nak beranak lagi. huahuahuha. Marilah bersama2 menambahkan umat Islam di muka bumi ni. Selamat melahirkan Mujahid2 dan mujahidah2 yang akan bangunkan Islam suatu hari nanti. Ehh, macam ustazah dah haaahhh.

Thursday, February 19, 2015

Kisah Adeq Baby!

Assalamualaikum..

Nak story pasal si kecik dalam perut ni. Kesian mummy tak update pun pasal awak kan. Kak long dulu bukan main tiap2 bulan mummy cerita. Mummy tak adil, kan? Sorry ye sayang, yang penting kasih sayang mummy kat anak2 tak berbelah bahagi, tau. Ececececcee.

Alhamdulillah, anak kecik mummy dah masuk 24 weeks, dah 6 bulan dalam perut muncit mummy. Pregnant kali ni, terasa macam cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik tinggal lagi tiga bulan nak masuk labour room balik. Mummy is nervous okeh. kikiki. InsyaAllah, jika panjang umur, ada rezeki, mummy bakal timang2 awak akhir bulan 5 ni. Tak sabar!

Dah masuk 6 bulan ni, makin lah aktif duk main pusing2 tendang2 kat dalam nung. Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang kat mummy merasa membawa satu nyawa dalam rahim ni. Bahagianya Allah sahaja yang tahu setiap kali merasa gerakan lembut dari dalam. Sekarang dah sampai tahap bergerak berombak perut. Tunggu lah 7 bulan nanti, senget lah perut mummy tiap kali budak ni menggeliat. Geli oiii!

Pregnant kali ni jugak, perut tak berapa nak nampak. Tak macam masa kak long dulu, 5 bulan tu ramai dah tegur, dah sampai masa ke? Besar kan main perut. Yang kali ni, kalu pakai baju kurung besar, tudung labuh tutup perut, memang ada yang tak perasan. Tu yang masuk kelas, budak2 tanya, cikgu dah kahwin ke belum. Kahkahkah. Kesian aku. 

Gender baby? Hehe. Seperti yang mummy jangka dan harapkan. Alhamdulillah. Kali ni instinct mummy betul. Masa kak long dulu, mati2 ingat baby boy, siap hari2 daddy gosok perut panggil nama boy. Sekali scan, BABY GIRL. KAhkah. Terkedu laki bini depan doktor. Yang ni memang mummy harapkan baby girl lagi. Hasil scan minggu lepas, yes, it's BABY GIRL. Yeay! Kesian daddy teringin nak baby boy. Next baby lah ye daddy kita usaha untuk baby boy. lalaalala..


Eh, kenapa nak baby girl lagi? Kan kalu boy baru best, sepasang. Ye, betul lah tu. Anak-anak, tak kira lah jantina, tetap membahagiakan. Cuma saya suka sangat2 tengok dua beradik sama jantina, rapat macam kembar. Boleh pakai baju sedondon. Harapnya rapat sampai ke besar, jadi bestfriend. Share cerita happy sedih bersama2. Kan comel hahhh. Tapi tak kisah lah, lelaki ke perempuan ke tetap akan jadi racun dan penawar mak bapak kan. InsyaAllah, betul didikan, betul lah pegangannya. 

Tapi selalu kan kita dengar cerita, masa scan lain jantina nya. Bila dah lahir, lain pulak yang keluar. Saje baby nak surprise kan mak dia tu. Hahaha. Kalau yang keluar nanti tiba2 baby boy, mummy tetap syukur. Dapat sepasang pun Ok jugak. Boleh jaga mummy daddy, jadi bodyguard kak long nanti kan. InsyaAllah, asalkan anak sihat, mummy dah cukup happy. Moga jadi anak soleh/solehah ye sayang-sayang mummy!



Saturday, February 7, 2015

Kembali Bekerja?

Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun setengah bergelar surirumah, yang banyak goyang kaki makan tidur golek2 atas katil layan anak tengok TV, akhirnya terhumban kembali ke alam pekerjaan. Hahaha. Nampak tak betapa ada cubaan untuk menggambarkan betapa indahnya hidup tanpa perlu bekerja. Kahkahkah. But yes, untuk orang yang tak suka pada tekanan yang bukan2, yang tak suka mendapat arahan yang kau rasa hoiii menyampahnya, being a housewife is a goooood choice. Tapi, banyak lah tapi. Itu cerita lain kali, pro dan kontra nya.

Ok, back to the story. Kerja apa ni sebenarnya. CIKGU GANTI je kot. hahaha. Tu pun nak kecoh kan. Pernah pegang jawatan yang sama, tahun 2013 dulu. Lepas je resign mengajar kat kolej, terus sambung 2 bulan jadi cikgu ganti untuk 2 bulan, gantikan cikgu bersalin. Now, benda sama berulang. Ganti cikgu yang sama, mengajar benda yang sama, di tempat yang sama. huhu.

Perasaan? Mahu tak ketar lutut. Lama kot tak mengadap muka students, bercakap depan ramai. Buku pun lama dah tak sentuh. Habis je mengajar bulan sept 2013 tu, dah tak tahu campak ke mana buku2, pen, marker, sijil2 segala. hahaha. 

Jujurnya, planning lepas berhenti mengajar kat kolej dulu, nak rehat 2,3 bulan je. Lepas tu mula nak job-hunting, kembali bekerja. Sekali serooonokkk haaaa duduk goyang kaki makan tidur, jangan kan job-hunting, email pun tak pernah buka. Kahkahkah. Sijil2 pun entah ke mana tak tahu. resume apatah lagi, memang tak ter-update langsung. Sambung lagi cuti panjang kita. Pulak tu asyik duk mengandung je kan tahun lepas. 

Alhamdulillah, start masuk on 11 Januari, hari jadi iolls tahu hari tu. huhu. InsyaAllah, pertengahan bulan 3 ni habis lah. Rupa2 nya ada lagi students yang saya pernah ajar masa SPM dulu, sambung diploma pula di situ. Seronok dia orang jumpa cikgu lama ni haa. Kali ni, mengajar dengan bawak perut 5 bulan. Yang kelakarnya, masuk2 kelas, bersuai kenal, ada jugak soalan yang berbunyi 'cikgu dah kahwin ke belum?' Kahkahkah. Lawak antarabangsa betul. Tak nampak kot perut cikgu yang dah ke depan ni. Atau muka cikgu ni terlalu muda jelita barangkali.
 *kriiikkkkk kriiikkk kriiikkk*

Walaupun masa terima offer tu, separuh hati sebab sekian lama berdamping dengan mummy, mana mungkin anakanda pengarang jantung hati mahu di jaga orang lain. Bertawakkal saja tinggal dengan tok wan dia yang pun sama sibuk buat kerja ni. Anggap rezeki Allah nak bagi, terima je. InsyaAllah, ada hikmah tersembunyi..
:)

Saturday, January 31, 2015

11 Januari 2015. Genap 30

Assalamualaikum..

MasyaAllah. SubhanAllah. Sudah di hari terakhir Januari. Esok sudah masuk Februari 2015. Berlari2 pantas masa. Janji2 untuk rajin meng-update blog rupa-rupanya hanya umpama menanam tebu di pinggir bibir, rebung berduri di hati. Eh, macam lirik lagu je. kahkahkah. Baik lah, baik lah. Mari lah mengimbau memori lampau.

11 Januari lampau, genap lah hamba berusia 30 Tahun. Ye, tahu tahu. Sudah lanjut usia. Sudah di usia senja. Sudah dimamah usia. Sudah cukup sudah. Betapa kau tak tahu, betapa merontanya aku meninggalkan alam 20an yang penuh kemanisan itu. hahahhakkktuii sangat kan. Tapi serius, tak sangka akhirnya berusia 30an jua akhirnya. Ingatkan sentiasa berusia 25. T_____________T.

Syukur jua dipanjatkan pada yang Esa, di atas peluang menikmati lagi hidup di dunia ini. Peluang untuk bertaubat dan beribadat, sebenarnya. Iyalah, makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian. Patutnya makin bertingkatlah amal ibadat. InsyaAllah, sedang dalam usaha untuk istiqomah dalam meningkatkan amalan sunat. 

Macam tahun lepas, birthday tahun ini berbadan dua lagi. Adeqbaby sekarang sudah 21 minggu. Sudah terasa2 baby tergeliat. Geli mak nak. kihkihkih. Alhamdulillah. Dah tua2 ni, automatik perasaan nak celebrate birthday berlalu bak angin pantai musim tengkujuh. Tak tahu lah kot sebab hormon mengandung, tapi memang tak rasa nak celebrate pun. Tapi memandangkan sudah menjadi kewajiban dalam famili untuk sambut hari istimewa, buat juga makan kecik2. Beli satay dengan Pizza je. Mujur PizzaHut tengah promo aritu, terus borong 3 biji yang large. RM15 je sebutir, mana nak dapat oii. Kenyang mak buyong makan pizza. huuhu.

Dah masuk 30 ni, harap2 makin matang lah. Matang berfikir, matang bertindak. Alhamdulillah, alam 20an ditinggalkan dalam kenangan manis. Banyak yang telah tercapai sepanjang di sana. Harap2 alam 30an juga dilalui dengan mencipta kenangan2 indah. Amin. Yang penting, di jiwa tetap 25. Kahkahkah.

Hadiah hari jadi? Sudah mula bekerja kembali. 

Haaahhh??? Apa?

Kerja sementara je lah. Fuhhhh.

Saturday, January 10, 2015

Di Tahun Baru. 2015

Assalamualaikum.

Sudah 10 hari di tahun 2015, baru terhegeh2 mak nenek nak update. huh. Maafkan hamba, awal2 tahun tak bermula dengan baik. Mula2 anak demam batuk selsema. Lepas anak sembuh, mak dia pulak sambung batuk selsema. Macam lari berganti2 kaedahnya. Alhamdulillah dah mula sembuh, suara je masih serak2 basah. Fefeeling jadi Ella kejap. hehehe.

Banyak sangat entry tertunggak sebenarnya. Tak tahu rajin ke tidak nak mengimbau memori memerah otak nak ingat balik kejadian2 lalu untuk diabadikan dalam blog. Nak2 sekarang memang ada syndrome short term memory loss KAHKAHKAH. Serba serbi lupa. Nak nyanyuk dah barangkali. haha. 

Harap2 tahun 2015 ni banyak perkara baik yang berlaku. Banyak sangat peristiwa pahit masa tahun 2014 kan. Tak mahu dah ingat2 yang pahit2 kelat tu. Jom pandang ke depan. Macam perut ai la, dah makin ke depan. haha. ALhamdulillah adeqbaby dah masuk 18 minggu. Lagi 2 minggu cukup 5 bulan. Kesian kat adik, mummy jarang update pasal adik. Dulu time kak long rajin sangat tiap2 bulan update perkembangan. huhu. Maafkan mummy, nak. InsyaAllah lepas ni mummy merajinkan diri ye, nak.  

Moga2 tahun ni rezeki akan makin bertambah, amal ibadat makin bertambah, kesihatan makin baik, rumahtangga makin bahagia, keluarga makin besar dan hidup makin diberkati. InsyaAllah. Amin.


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati