tekan jangan tak tekan!

Monday, September 16, 2013

Mummy's kitchen : Beef Lasagna

Assalam.

Selamat Hari Malaysia untuk semua. Ramai yang ambil peluang cuti panjangkan. So apa lagi, balik kampung lah. Kampung saya kalau time cuti2 macam gini, memang penuh dan padat lah. Maklumlah orang nak borong keropok lekor Losong. huhu. Cuti2 macam ni jugak biasanya balik lah adik2 ku yang ke kampung halaman. Bukan senang nak cukupkan korum macam ni. So masa ni lah biasa masak sedap2 sikit. Baru berbaloi penat2 masak. Ai is suka masak western, adik2 pun memang suka makan western. Tapi husband kesayangan beta is tak suka western food. Ikan panggang or singgang ikan, dia suka teramat. Makanya kena tunggu adik2 balik baru semangat nak buat spegetti ke, chicken chop ke apa ke. Cuti kali ni, kita masak LASAGNA. Owhh sedap oii. Ni lah benda yang mummy duk teringin nak makan sangat2 masa pregnant kan Amani. Nasib baik tak mengidam, cuma teringin je. huhu.

Ramai orang yang tak berani nak masak lasagna. Susah lah, rumit lah. Memang lah leceh sikit, tapi tak ada lah susah sangat. Saya pun tak kerap sangat buat ni. Baru 3,4 kali kot. Malas sebenarnya. haha. Kali ni sebab nak makan sangat, kena lah merajinkan diri. kuikuikui. Last time makan, masa open house baru2 ni. Sedapnya alahai. Terus hari2 aku menyimpan azam nak buat. kihkihkih. Meh nak share resipi lasagna ala mummy amani. Tapi resepi saya koboi je, main campak2. Mahu yang lebih proper, sila minta bantuan encik google. berlambak keluar resipi. Macam2 cara ada. huhu.

Resipi Beef Lasagna:

A (Pasta Lasagna brand San Remo - beli yang precook punya. Maksudnya boleh terus guna tanpa celur dulu)


B (Sos Bolognese)

Bawang Besar kuning 1 labu
bawang putih  5 ulas
Daun Bay  2 helai
Sos bolognese 1 botol
Chopped tomato 1 tin
Daging kisar  400 gram (satu plastik) -kalu suka ayam, boleh guna ayam cincang.
cendawan butang  setengah tin - hiris nipis2
garam/gula secukup rasa

- tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau, masukkan daun bay dan daging. Kacau biar daging hampir masak. masukkan chopped tomato, sos bolognese. Dah mendidih, masukkan cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula. Kecilkan api, biarkan mereneh sekejap dalam 15 minit. Kalau tengok macam pekat, tambah air. Jangan pekat sangat sebab nanti nak guna pasta lasagna yang precook, tak celur.

C (Sos Putih)
Mentega 2 sudu besar
tepung gandum  2 sudu besar
Slices cheese 3 keping
susu segar 3 cawan
Garam/lada hitam

-Panaskan mentega sampai cair, masukkan tepung. Kacau sampai jadi kuning2 macam nak masak. Alihkan dari api sekejap, masukkan susu segar. letak balik atas api, kacau sampai pekat. Maukkan slices cheese, kacau lagi sampai sebati. Masukkan garam dan lada hitam. Siap.

Cara Melapis:

Sediakan satu loyang petak. lapisan bawah (dasar loyang) sekali sendukkan sedikit Bahan B, ratakan. Susun lasagna sampai penuh, tapi jangan bertindan. kalau masih ada ruang, patahkan lasagna dan tutup bahagian tersebut. Sendukkan bahan B lagi sekali atas lasagna sampai menutupi semua. Sendukkan bahan C atas bahan B. Susun kembali lasagna dan ulang langkah di atas. Buat beberapa lapis. Lapisan paling atas, bahan C. Taburkan keju mozarella yang di parut sampai penuh. Terpulang, mahu lebih keju, sila tambah lagi. Bakar selama 50 minit. suhu 170 degree C.



Ni pulak lunch tadi, Nasi Mandhi Ayam. Lepas ke barat, kita ke timur tengah pulak. Haha. Ada beberapa resipi sebenarnya. tapi yang ni guna resipi paling simple, tapi rasanya tetap sedap. Nanti ambe share resepi nasi arab ni. Bateri laptop nak meninggal dah ni. hahaha. Tapi resepi ni berbaloi kot untuk di cuba..Okeh kawan2, selamat memasak. 



Wednesday, September 11, 2013

Cuti2 Malaysia : Cameron Highland

Assalam..

Entri pertama untuk bulan september. Dah separuh september dah hoii. hehe. Last week, bercuti bersama keluarga ke CH 3 hari 2 malam. First time ni datang dengan famili. Biasa dulu dengan kawan2 je. Tiga keluarga besar yang join, lebih kurang 25 orang termasuk kanak2 dan baby. Amani le tu. hehe. Plan dah lama gila kot, last2 semua sepakat membawa berkat pilih tarikh 5 sept 2013. Sekali jatuh pada tarikh hari last mummy bekerja. Nak bercuti punya pasal, terpaksa minta perlepasan awal untuk berhenti. kihkihkih. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi dari Kuala Terenganu, 1 van, 3 kereta. Sampai sana pukul 5.30 petang. Biasa lah, bawa budak2, kena la berhenti banyak kali kan. kami booking hotel bajet kat Tanah Rata. Nama pun hotel bajet, paham2 lah. Bajet sungguh segala benda. Untungnya, kedai runcit banyak kat sekitar hotel tu. Kedai makan pun senang. huhu. Cuaca, tak la sejuk sangat. Tapi yang jenis berdarah sejuk tu, bersweater tebal lah jugak, siap beli sarung tangan gitu. hahahaha.

Banyak tempat jugak kami singgah. Taman Mardi, Kebun teh, Pasar minggu dan macam2 lah. paling teruja time gi beli sayur dan strawberi. Gemuk2 nya hoii strawberi. Sayur pulak murah2. Borong punya borong sampai penuh kereta. Eh, malas pulak nak cerita panjang2. Letak gambar je lah. Biarkan gambar yang bercerita. Beta tak ada idea nak merapu sebab lama sangat dah tak update blog. kehkehkeh.

 Amani & moksu

 Amani & tokki


 Our family

 Amani & Daddy #babywearing

 Rombongan mak jemah. Ni baru 3 keluarga. kalu semua datang, tak muat gambar okeh. hehe

 Honeymung!


 mummy gediks.


Amani & tok wan

Sunday, September 1, 2013

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

Assalam..

31 Ogos datang lagi. Sudah 56 tahun tanah air kita merdeka. Muda lagi kot, seusia dengan tokki Amani. huhu. Sebagai orang muda, apa agaknya pengertian merdeka pada kita? Sejujurnya, sebagai generasi yang hidup dalam serba serbi senang, tak kenal erti perang, erti kemerdekaan adalah hari cuti! Ye, 31 Ogos adalah cuti umum, boleh duduk rumah tergolek2 depan TV. Tanya lah mana2 anak muda pun. Jarang lah yang menghayati erti sebenar kemerdekaan. Sebab tu lah, usia merdeka baru mencecah setengah abad, kita dah di jajah balik, dari segi minda dan mentaliti. huh. Menakutkan bukan. Zaman sekarang sambutan merdeka sekadar laungan merdeka di kala tengah malam. Mungkin patut tukar dah cara sambutan merdeka ni. Buat solat hajat ke, tahlil ke bagi menyatakan kesyukuran dan mendoakan pada yang telah pergi dulu. huhu. Satu yang best pasal hari merdeka ni ialah Perarakan Hari Merdeka. Dulu2 zaman sekolah, pernahlah sekali join berarak ramai2. Hari2 berlatih kawad sampai legam muka. haha. Jauh gila kot berjalan, dah lah subuh2 hari dah kena berkumpul bagai. Tapi seronok tak terkira. Zaman budak2 lah katakan. kihkihkih.

Tahun ni, cuba sambut dengan bersemangat sikit. Malam sebelum merdeka, beli bendera untuk pasang kat rumah. Suami siap hias kat kereta lagi. Baru semangat sikit. kihkihkih. Dan tak lupa, si budak kecik yang baru pertama kali sambut merdeka ni. Bukan main mummy bersungguh amik gambar dia. Kenangan untuk dia besar esok2. huhu.




Tuesday, August 20, 2013

Kenangan Aidilfitri 1434H yang Indah.

Assalam..

Heii, raya dah berapa belas hari ni, baru nak update. Lantak lah, mak tak berapa nak rajin. kihkihkih. Alhamdulillah, Syawal tahun ini sangat bermakna buat kami sekeluarga. Kembali balik excited nak beraya tahun ni. Semuanya sebab our lil' angel, AMANI! Ya, kehadiran si kecil ni sangat memberi warna pada keluarga kami. Her first Syawal, mak pulak yang terlebih teruja. huhuhu. Baju raya entah berapa pasang, lebih dari sepuluh kot. Ayah ngah dia saja pun sampai 3 pasang di belinya. Ayah chik lagi, maksu lagi. Meriah ko dik. Raya pertama saja dah tukar 3 pasang baju. huhuhu. Kemeriahan raya makin bertambah sebab tahun ni jugak ahli keluarga dah makin bertambah. Dah ada adik ipar. Hari last Ramadhan, sempat berbuka cukup korum, 8 orang semua. Sesak meja makan. Tahun depan, bertambah lagi adik ipar InsyaAllah, kena makan kat bawah la pulak gamaknya. hehehe.

Hari raya pertama tahun ni agak berbeza sebab adik lelaki no 2 balik ke rumah isteri. Dekat saje, dalam 15 minit je dari rumah mak. Tapi datang lambat lah pulak. So sesi bersalaman minta maaf, diaorang laki bini tak ada dalam gambar. Owh, first time tahun ni tak ada gambar sekeluarga penuh. Ralat jugak rasanya. huhuhu. Macam biasa, lepas salam2 peluk cium, bergeraklah ke rumah arwah nenek dan makcik. Makan time! Raya pertama ni, biasanya memang kat rumah saya tak masak apa2. Sebab nak serang ke rumah saudara2 terdekat dulu. Rumah keluarga belah mak ayah berdekatan. Sekampung lah katakan. Jalan kaki je nak ke rumah family belah mak dan belah ayah. Tahun ni tema biru gelap. Recycle sebenarnya. Dah pakai masa kahwin adik April lepas. kihkihkih. Jimat sangat kan. Lil' Amani first time berbaju kurung. Comel gila. haha. Tapi baju yang beli ready made aje. Pasal mak salah jahit baju budak ni, terkecik sikit. So nampak sendat, kesian dia. Hancur harapan nak sedondon nak oii. sobs.


Tok Ki dan Tok Wan Amani


First time raya dengan cucu.

Kami laki bini. Sembunyikan sebahagian badan di belakang suami untuk kelihatan kecik dalam gambar. kahkahkah


Kami bertiga!


Kesayangan kami yang semakin banyak akal! 

Raya kedua, OPEN HOUSE. Memang tiap2 tahun, raya kedua adalah open house kat rumah kami. Menu wajib sama tiap2 tahun. Requested dari tetamu okeh. LONTONG dan SOTO. Tahun lepas try ubah menu, mee kari dan soto. Ramai complaint, nak lontong juga. So kembali lah kepada tradisi. huhuhu. Alhamdulillah, penuh rumah. Ahli keluarga bertambah, makanya bertambahlah tetamu bila keluarga ipar duai bertandang. Makanan licin tak bersisa. Harap maaf lah pada yang tak sempat makan sebab datang lambat. InsyaAllah, tahun depan kalau panjang umur, kena tambah kuantiti. huhu. Masa ni, mummy dan Amani sedondon, yeay! nak sangat sedondon bagaikan. Ada kisah di sebalik baju merah hijau ni. Baju kurung mummy ni sebenarnya baju raya tahun lepas. Masa tengah sarat mengandung, hantar kain kat tukang jahit. Memula dia taknak buat sebab dah sarat benar. Last2 dia buat juga, dengan pinggan kain yang di besarkan. So, dah pakai lah tahun lepas. 3 bulan lepas, jalan2 kat Giant KT ni, tiba2 jumpa gaun baby sebijik dengan baju mummy. Apa lagi, teruslah ku sambar buat baju raya budak kecik ni. hehehe. Suka tak terperi gitu mak nya.

meriah!

Kami sedondon! yeay!! 

Raya ketiga, berjalan2 time! Menapak lah kami tiga beranak mengukur jalan ke rumah saudara mara. Lebih ke rumah saudara mara suami. Sampai lewat petang kami berhari raya. Penat tak usah kira lah. Tapi tak apa lah, bukan selalu kan. Time2 macam ni lah nak kenal saudara mara pun. huhu. Our darling paling beruntung, meriah dia kumpul pitih raya! Telan air liur lah juga tengok duit dia beratus2. hahaha. Excited mak dia ni duk mengira duit anak. Nanti mummy masuk dalam tabung haji ye. DIa sedap je ngumpul duit, mummy daddy tersengih je kena hulur duit raya sampai licin poket. kihkih. Alhamdulillah, berpeluang sedekah duit kat budak2. hehe.

Okeh, cukup lah update sampai raya ke 3. Lain2 hari dah tak beraya dah, walaupun dapat cuti panjang gila. Maklumlah, dapat cuti sekali dengan cuti sekolah, bahagia berganda2 gitu. Setengah bulan bercuti, baru Ahad lepas masuk kerja. wuwuwuwuw. Yang pasti raya tahun ni antara paling happy dan seronok. Moga2 tahun mendatang bertambah2 seronoknya. Amin. Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua sekelian makhluk tuhan di muka bumi ini!

eh, last but not least, family potret yang berjaya di ambil lepas open house raya ke 2 tu. Memandangkan semua ada, kecuali seorang yang beraya tak reti nak balik, saya paksa semua orang amik gambar. muahahaha. ni dia gambarnya..









































Bahahahaha. Kelas tak gambar raya kami. Kes malas nak pakai baju raya balik. Penat tak hilang lagi ni. Tengok budak Amani tu, muka seposen je. Masa nak ambik gambar ni dia tengah tidur. Tiba2 terjaga, menangis dalam gelap tak ada orang teman. Terus tangkap dia kejap amik gambar, pastu terus tepuk2 tidur balik. hahaha. Kesian ko dik. 

Monday, August 19, 2013

Amani 9 mo & 10 mo

Assalam.

Sibuk sangat ke sampai update entry yang 2 bulan punya dalam satu? kihkih. Sibuk le, masa bulan puasa hari tu penat, time raya pulak sibuk. gituuu. Anak dara I dah 10 bulan u'olls. hehe. Tak lama dah nak setahun, InsyaAllah. Perkembangan setakat ni cukup memberangsangkan walaupun mungkin agak lambat kot kalau compare dengan baby2 lain. Ada mak kisah? Asal anak sihat sudahhh. kikiki. My cousin yang lahir awal 20 hari dari Amani, dah start berjalan. While cik adik kita ni baru je nak belajar nak bangun berpaut kat mana2. Tak apa dik, takes your times. Mulut makin kuat membebel, habis keluar semua bahasa german dia tu. Yang paling happy, bila tengok mummy hilang dari pandangan, terus menangis sambil panggil maa maaa maa maa. hehe. good job sayang! Dah pandai nak panggil mummy ye. Sejak2 dah besar ni, perangai pun bukan main. Nak2 time nak tidur kan dia. Dah tak semudah dulu. Sibuk nak main sampai tak nak tidur. Bila mummy buat2 marah, mula la mencebik2 muka menangis. Paham pun orang marah. Time nak pakai baju lepas mandi pun bukan main seksa. Berpeluh2 nak mengejar dia. Yang pelik, tak adanya pulak mummy ni jadi kurus*ehhemm* dapat anak terlajak aktif macam ni. hahaha.

haaa, gigi depan dah mula tumbuh, yeay! Tumbuh masa umor 9 bulan hari tu. Lama kot mummy duk tunggu gigi minah ni tumbuh. hehe. Malangnya, mummy bukan orang pertama yang perasan. BS dia yang perasan dan bagitahu. Besar pulak tu gigi dia. gigi kapak 2 batang kat atas. Yang bawah pun dah start tumbuh dua batang. Nasib baik tak demam ko dik. hehe. Siap la lepas ni kena gigit sama ini budak. Patut la dah tak nak layan makanan2 lembik. Nak makan nasi yang sebutir2 tu. Tak nak dah makanan baby2 ni. huhu. Nasib baik mummy tak suap rendang masa raya hari tu. kuikuikui. Kepandaian terkini, menjerit! Ohoii, sakit telinga okeh. Boleh time berjalan ke Mesra Mall semalam, dia punya excited terlebih menjerit2 kesukaan sampai habis orang pandang. haha. Alhamdulillah, dah pandai respon kalau orang nak bersiap cantik2, mesti tergedik2 dia nak mengikut. Kalau tinggikan suara, mencebik2 menangis. Comel lah sangat ko dik. umur macam ni lah tengah pandai nak tiru perangai2 oarang sekeliling. Cuma satu je yang buat mummy bimbang, budak ni semenjak dua menjak, manjanya menjadi2. Nak2 ramai yang tolong pujuk, tolong dukung. Takut nanti jadi 'mua'. Harap2nya tak lah. 


 gigi kapak yang besar. Jarang pulak tu. Macam spongebob pun ada. kahkah

Cik Timah nak beraya ye..
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati