tekan jangan tak tekan!

Thursday, February 20, 2014

Darling Amani is 16 mo!

Assalam..

Lama dah tak cerita pasal anak dara ambe cik Faathimah Safiyyah Amani ni. Pejam celik pejam celik dah 16 bulan dah si kecik kesayangan kami.Dulu bukan main rajin mummy duk update pasal anak kan. hehehe. Dah makin besar ni, makin cerdik, makin banyak akal. Nak2 dah dapat kaki ni, dia punya keaktifan memang kuasa dua lah. Owh, anak dara ni memang lambat berjalan. Lagi seminggu nak masuk 15 bulan, baru dapat kaki oii. Tapi bila dah berjalan ni, terus nampak macam dah jadi budak besar. Mummy rindu zaman amani kecik2 tak tahu apa2 tu. huhuhu. 


Alhamdulillah, Amani membesar dengan sihat dan cergas setakat ni. Demam sekali sekala tu normal lah. Perkembangan setakat ni pun memberangsangkan, at least for me. Sebab saya tak tahu sebenarnya pada tahap umur ni, apa patut dia pandai buat. Saya tetapkan dalam kepala, perkembangan anak2 itu berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Jadi saya tak suka nak banding2kan budak2. Just go with the flow gitu. huhu. Setakat ni, si kenit tu sudah mula nak bercakap. Sangat gemar bercakap sebenarnya. Cumanya dia bertutur dalam bahasa German, mummy bercakap dalam bahasa melayu. Sangat suka meniru apa yang orang buat, dan apa orang cakap. Tahu tak, dia panggil mummy dia KAK JA (nama panggilan saya kat rumah) dan daddy dia ABANG. hahaha. pengsan! Dah pandai buka tutup TV, buka tutup pintu. Dah kenal banyak benda contoh beg, telefon mummy, telefon daddy, tuala mandi, botol susu dan macam2. Suruh je dia ambil apa2 barang, memang rajin je tertonggek2 gi ambil. Yang paling tak tahan, sejak umur 10 bulan lagi dah pandai guna telefon touch screen. Alahai, geram tengok jari gemuk tu duk slide screen telefon. Tengok, kecik2 dah terdedah dengan gadget ni. Lebih maju dari mummy budak ni sebab telefon mummy cap ayam je kot. Paling menghiburkan, Amani memang suka buat kelakar. Macam2 aksi dia buat nak kasi orang gelak. Peramah jugak orangnya. Jumpa je budak yang lebih kurang sebaya, memang dia tersengih2 tegur nak bersalam.


Owhh, sangat pakar dalam bab2 mengamuk sekarang ni. Dah mula tunjuk bunga2 tantrum. Tak dapat barang yang dia nak, atau tengok orang nak keluar tak ajak dia, siap lah guling2 atas lantai. Setakat ni, mummy mampu gelak aje kalau dia buat perangai. Rasa tak sangka anak dah pandai express perasaan dengan cara ni. Besar dah anak mummy! Dulu bukan main sopan aje budak ni, menangis pun jarang. Tapi mummy tak kisah pun. i'm enjoy every moment with my baby. Budak2 ni kejap aje membesar, pejam celik pejam celik dah besar panjang dah. So mummy cuba bersabar melayan karenah anak2 tersayang. Moga2 Allah sentiasa jadikan mummy seorang yang penyabar dan penyayang terhadap anak2. amin.


Berpeluang melihat setiap minit setiap saat perkembangan anak adalah anugerah yang tak ternilai yang Allah bagi. Betapa saya bersyukur Allah membuka hati saya memilih untuk Stay-at-home, melepaskan kerjaya yang dipegang selama ini untuk berbakti pada suami dan anak. Dan sampai sekarang pun masih dalam mood bercuti panjang. Belum tergerak hati untuk hunting for jobs. Mana tak seronoknya, hari2 bangun lambat bergolek dengan anak dara atas katil. hahaha. Tiada lagi bangun pagi2 nak menangis berat hati nak ke tempat kerja. kihkihkih. teruk benor mummy dulu yek. hehehe. Dear amani, mummy loves u so much!



Saturday, February 1, 2014

Berpantang lagi..

Assalam..

Hari ni dah masuk hari ke 6 berpantang. Tak sangka kena lalui situasi ni lagi seawal ini. hehe. Being me yang jenis main redah, atau orang terengganu kata, 'bahang rambang', sesi berpantang bukan lah sesuatu yang disukai dengan rela. Berpantang masa bersalin dulu pun tak tegar sangat, cilok sana sini. haha. inikan pula berpantang sebab gugur ni. Tapi banyak orang kata pantang sebab gugur ni lebih teruk dari berpantang lepas bersalin. Masih2 tercari2 dan tertanya2 kebenaran disebalik kenyataan itu. Macam tak logik, tapi itu lah. Kena buat research lagi ni. huhu. In my case, saya melalui proses keguguran tanpa melalui banyak kesakitan. Kecuali kehilangan darah yang agak banyak. Lepas dah selesai semua, berehat kat wad, terus rasa bertenaga macam biasa, tanpa rasa apa2. Jadi feeling nak berpantang tu langsung tak ada. Fikir saya, keluar dari wad terus boleh teruskan hidup macam biasa. Lompat bintang, berlari2 anak, main bola sepak macam biasa. Hahaha. Menipu sangat kalau rutin hidup ku sebegitu. kahkah. Yes, maksud saya, tanpa berpantang. Tapi tak ada maknanya. Semua bising tengok saya yang jalan tak kepit2, tak berstokin, tak reti duduk diam. Makanya, haruslah saya berstokin, makan berpantang, dan duduk diam2 baring. Amani pun dah tak boleh berdukung dengan mummy. Memang rasa tak best sebab tak sakit tak penat, tapi kena buat2 macam sakit. huhu. Tapi bila fikir balik, memang tak rasa sakit, tapi yang dalaman tu belum sihat lagi. Yang tu lah paling penting kena jaga. Kata nak guna lama kan. hehe. Jadinya, jangan lah berdegil sangat untuk tak ikut segala hal2 berpantang ni. Seboleh2nya ikut lah mana yang terlogik akal. Cumanya masih keliru, nak pantang sampai bila ni? Kalau beranak, periodnya 44 hari. Ni pun takkan lah selama itu jugak? Puas google, ada yang kata 2 minggu, ada yang sebulan, ada yang cakap sama macam beranak, 44 hari. uwaaaaaa!. Lama kot. 

Owh, satu lagi, ramai yang tanya, macam mana boleh gugur? Kenapa gugur? Yang tu tak dapat lah nak menjawapnya. Dah ketentuan Allah S.W.T, nak buat macam mana kan. Mungkin sebab kes denggi baru2 ni kot. Ye lah, saya punya platlet sangat2 rendah. Dah tahap kritikal dah. Mungkin beri kesan kat fetus sebab badan pun lemah sangat masa tu. Pulak tu stress sebab asyik kena cucuk nak ambil darah. Hoii, tak nak ingat balik. Seram! Well, i put the blame 100% on me. Pregnant kali ni memang saya agak kurang menjaga. Tak menggelabah macam dulu. Ye lah, dulu first time, serba serbi nak jaga. Supplement on time, maggi nescafe semua tak pandang. Yang kali ini supplement pun jarang makan, makan kurang terjaga, makan je apa pun. Rasa sangat bersalah di situ. Bad mummy..T_T..Selebihnya, rahsia Allah. Ada lah hikmah disebaliknya tu. 

Sebelum keluar wad hari tu, cik nurse dah ingatkan untuk beri masa 3 bulan untuk mengandung semula. Siap suruh makan ubat untuk merancang. Tapi saya rasa macam lama je 3 bulan tu. hahaha. Well, biar badan tentukan bila masa dia sedia untuk mengandung semula. haha. Harap2 lekat balik dalam masa terdekat. Sebab planning nya tahun ni nak seorang lagi baby. Kan lambat2 terbabas ke tahun lain. Hidup kena merancang. Haha. Amboii Mummy!

Awwww..

Wednesday, January 29, 2014

Kalau Dah Bukan Rezeki

Assalam..

Allah menguji umatNya dengan bermacam cara, berbagai bentuk, kan. Supaya kita bersabar dan redha dengan segala cabaran dan dugaanNya. Well, kami baru sahaja diduga, dengan kehilangan anakanda kedua, yang baru berusia hampir 3 bulan dalam kandungan. Yes, Miscarriage. Baru sahaja teruja, baru sahaja gembira dengan kehadiran lil' tiny bundle of joy. Tiba2 Allah ambil balik. Sebagai hamba, kami pasrah dan redha. Sedih dan luluh, tak usah cerita. Lagi pulak adek baby sudah hampir 3 bulan dalam perut mummy, lagi 2 bulan sepatutnya dah boleh rasa adek tendang2, gusti2 kat dalam kan.T_____________T.

Sejujurnya, selepas heavy bleeding masa 6 minggu tu, lepas tu denggi pulak, memang dah dapat rasa yang kandungan kali ni 'kurang menjadi'. Tapi bila scan, doctor kata masih ada, hati mula berbunga kembali. Cumanya, seminggu sebelum kejadian, saya perasan yang saya tidak mabuk dan mual macam biasa. Tiada pening, tiada rasa nak muntah. Macam pelik bila cepat sangat fasa mabuk2 hilang. Then, bila dah mencapai 11 minggu, dah ready nak buka buku pink, tiba2 bleeding lagi. Kali ni tidak seteruk yang dulu. Sikit je bleedingnya. Tapi hati rasa sangat tak sedap. Terus ajak daddy ke klinik untuk scan. Hasil scan? Sangat meluluhkan hati. Walalupun dah pujuk hati untuk terima apa pun hasilnya, tapi tetap panik dan tak tentu arah bila tengok monitor yang hanya terpapar kantung dan ketulan yang tidak berbentuk dan tiada degup jantung itu. Tiada rupa baby. Tiada bentuk kepala, tangan atau kaki. Tiada degupan jantung. Hancurnya hati, hanya Allah yang tahu. Doktor yang handle cuba memujuk, suruh dapatkan second opinion. Mungkin scanner klinik dia tak jelas, katanya. tapi naluri ibu yang ada berkata anak saya sudah tiada. Terus dirujuk ke General Hospital. Yakin yang adek sudah tiada, saya berdegil untuk tidak ke hospital. Biar dia keluar sendiri tanpa paksaan.

2 hari kemudian, Jumaat malam, lebih kurang 8.30 malam keluar seketul darah beku sebesar tapak tangan di lantai bilik air. Tidak pernah mengalami keadaan seperti itu buat saya terjerit2 memanggil suami dan emak. Masih berdegil tidak mahu ke hospital, saya biarkan dulu. Hampir pukul 12, perut mula rasa semacam. Tegang dan senak. Macam senggugut kot, senggugut yang kuat. i have no idea, sebab tak pernah mengalami senggugut. Sakit contraction pun bukan. Terus minta suami masukkan air panas dalam botol untuk di tuam di perut. Alhamdulillah, lega yang amat. Hilang rasa tegang tadi. Tapi beberapa saat kemudian, rasa sesuatu yang mengalir keluar tak berhenti dan rasa macam ada sesuatu yang mahu keluar down there. Terus ke bilik air, keluarlah berketul2 darah beku yang besar dan banyak, dengan darah yang mengalir2 di kaki. Sebijik macam dalam cerita2 kat TV. Dan berterusan sampai pukul 2.30 pagi. Tak larat nak ke bilik air, saya memaksa diri untuk tidur biarpun darah masih panas mengalir tak berhenti. Terjaga pukul 4.30 pagi, Basah kain batik dan selimut dengan darah. Bila bangun, telinga berdengung, sesak nafas dan tak mampu berdiri dah. And i knew, this is not good. Gagahkan diri untuk ke bilik air seorang diri untuk bersihkan diri. Hampir collapsed di tangga, saya terbaring seorang diri di lantai dapur. Bila rasa dah ok, saya bangun ke bilik. Alhamdulillah, tiba2 Amani bangun menangis, mengejutkan emak yang bergegas ke bilik. Daddy? terbongkang tidur tak sedar apa dah. Letih menolong menguruskan isteri degil ni sampai pagi kot. Tengok saya yang dah kuning tak berdarah ni, emak paksa ke hospital. dan pukul 5 pagi tu, seluruh isi rumah bangun panik tengok saya yang dah tak berdaya sebab hilang banyak darah. Akhirnya, ke hospital juga. 

Alhamdulillah, urusan di hospital cepat dan tidak menyakitkan. Dan semua diuruskan oleh doktor wanita. Hampir ke siang, doktor bertungkus lumus cuba keluarkan seketul daging yang tidak bernyawa itu. Tidak sakit, cuma tidak selesa bila dimasukkan alat dan VE berkali2. Scan lagi untuk kesekian kali, dah keluar semua, Alhamdulillah tak perlu DnC (cuci). Bleeding pun dah stop. Lega. Tapi menangis dalam hati mengenangkan tiada lagi nyawa dalam rahim ni. 

Biar pun cuma 3 bulan dipinjamkan, tapi adek baby sangat membahagiakan mummy daddy. Sempat sambut birthday daddy dan mummy. Sempat buat mummy mengidam makan itu ini. Sempat buat daddy merempit tengah2 malam cari makanan untuk mummy yang lapar 24 jam. Ye, perit bila anak dalam kandungan kini tiada. Dulu cuma dengar cerita orang, siapa sangka mengalami sendiri keadaan ini. Tak mengapa lah, ada hikmah tersembunyi, yakin dengan janji Allah. Hadirnya dia tanpa sebarang petanda, tanpa dirancang. Perginya jua tanpa dipinta. Pedih dan luluh, tapi redha itu mengatasi segala2. Bukan rezeki kami untuk mendakap anak ini dalam pelukan. Moga2 masih dikurniakan rezeki anak2 yang soleh dan solehah pada masa yang akan datang. Amin ya rabb.

Friday, January 24, 2014

Birthday, Wedding and..

Assalam..

Edisi update cerita yang hampir basi. Tapi kena jugak update sebab penting. Haha, penting gitu. Okeh, 11 Jan yang lalu, bersamaan hari Sabtu, genap lah umur mummy 29 tahun. Hoi lah, dah tua kan. Tahun depan dah masuk 30 series. Owhh tidak! Dan pada tarikh yang sama, my little sister dah selamat jadi bini orang. Dah selamat kahwin. So tahun ni, dapat lagi seorang adik ipar. Eh, insyaAllah 2 orang tahun ni. adik yang no 3 insyaAllah akan kahwin bulan 5 or 6 nanti. Since ada 2 wedding tahun ni, so buat majlis kecik2 aje untuk 2 orang ni. huhu. Asalnya nak buat sekaligus 2 beradik ni, tapi banyak pulak halangannya, jadinya, buat asing2 la. Tak apalah ringkas2 pun, asalkan selamat. Jemput pun sekadar jiran tetangga aje. Lepas ni habis la adik beradik kahwin, tak ada yang bujang dah. huhu. Tahun ni jugak insyaAllah jadi tahun kahwin sedunia buat family kami sebab ramai kot sepupu2 yang plan kahwin tahun ni. My cousin pun bertunang pada hari yang sama juga. Insyaallah tiap2 bulan akan ada wedding. Alhamdulillah. Berkembang pesat keluarga.



Cerita pasal birthday pulak, tak ada lah nak sambut meriah. Dah orang busy dengan wedding lagi, majlis tunang lagi, kita tumpang potong kek orang je la. haha. Teringin nak buat kek sendiri, tapi mana sempat. Dah la bertungkus lumus buat cupcakes untuk hantaran bagi 3 pihak. Penat kot duk menguli fondant. hehe. lama hoi tak main fondan ni. nasib baik menjadi. kehkeh. Apapun, syukur Alhamdulillah, di usia 29 tahun ni, Allah dah beri bermacam nikmat hidup buat hambaNya yang hina ini. Syukur masih punya suami, anak, ibu bapa dan adik beradik yang menyayangi. Juga syukur hidup dikelilingi sanak saudara dan teman2 yang menghiburkan. Syukur diberi peluang untuk menjaga anak dengan tangan sendiri. Rezeki yang tidak putus2. Terima kasih Allah. Nikmat Allah manakah yang engkau dustakan?

hasil kerja mummy yang tak berapa nak kreatif. huhu





Dan satu cerita yang agak menyedihkan, berlaku beberapa hari selepas hari2 yang menggembirakan kami. One of my friends, telah kembali ke rahmatullah, sehari sebelum sambutan MaulidurRasul. Berita sedih ni dapat liputan akhbar dan TV. Salah satunya di SINI. Arwah merupakan teman sekolah saya, tapi tidak lama pun kami berkawan sebab selepas beberapa bulan, beliau bertukar ke Politeknik. Tapi masih lagi berhubung seperti kawan2 yang lain. Kali terakhir bertemu beliau adalah beberapa tahun yang lalu, sebab beliau jarang pulang ke Terengganu. Yang ralat, saya tidak menghadiri majlis perkahwinannya bulan November yang lalu. Ye, baru bernikah 2 bulan. Dan dikatakan sedang hamil 6 minggu. Allah, sedih tak terperi rasanya. 2,3 hari juga saya ambil masa nak telan dan hadam kejadian ni. Sudah ajalnya di situ. Bila masa, dan di mana, sudah dalam ketentuan. Moga2 roh arwah dicucuri rahmat. Buat temanku, Kamarusolahiah, kau sentiasa dalam doa dan ingatan kami. Alfatihah.

Wednesday, January 1, 2014

Yang Kedua

Assalam..

Ewahh, first entry untuk 2014. Huhu. Happy 4th anniversary blog! 4 tahun dah berblogging rupanya. huhu. Dari zaman anak dara, sampai dah jadi mak dara. hakhakhak. Sempena tahun baru ni, nak announce, we're expecting the second one. huhu. Announce lah sangat, ramai yang dah tahu kot. Kalau scroll down blog ni, selang 2 entry je duk cerita yang kisah adek baby yang tak jadi tu. Alih2 bulan lepas terus lekat. haha. Kalau nak dikira, ni memang unexpected lah. Sebabnya, kalau ikut planning, memang awal tahun baru nak mencuba untuk conceived. Dah Allah bagi rezeki awal, Alhamdulillah. Yang kelakarnya, sebab bulan lepas period lambat, dan mummy panik tak bertempat, bila bulan disember period lambat, mummy cool je. Kononnya tak ada apa2 lah, memang period saje2 lambat. Sekali bila dah lebih seminggu delayed, terus cari UPT. Subuh2 hari, 6 Disember 2013, buat test, nahhh kau. 2 LINES. Terang benderang. Terkebil2 mata dalam bilik air duk tenung UPT. hahaha. Kali ni tak ada dah aksi menangis ketar2 macam first time dulu. Ini kali I is terkejut beruks. hahahaha.

Ikut tarikh period, adek baby baru 8 minggu dalam perut mummy. Baru sangat lagi ni. Dan seawal usia ni, dah macam2 dugaan turun kat mummy dan baby. Lain macam sikit pregnancy kali ni. Seminggu lepas dapat tahu pregnant, tiba2 heavy bleeding. Sangat banyak. Sampai pasrah je, ingat dah tak ada rezeki. Sebabnya, minggu yang sama, si kakak Amani demam, suhu tinggi gila. Lepas demam, naik campak pula. So minggu tu memang dia merengek2 nak berdukung. Tak sedap badan barangkali. Lemah je nak tidur atas bahu. Makanya, mummy la yang terpaksa guna kudrat dukung budak ni, sementara tunggu daddy balik kerja. Dah la berat oii. Lepas pada tu lah, bleeding bukan main banyak. Malam tu jugak menjelajah cari klinik. Kalau hari jumaat, faham2 lah. Klinik mana lah yang buka. Last2 jumpa satu klinik. Bila scan, doctor cakap kantung ada lagi, masih elok lagi dalam rahim. So ini mungkin Threaten miscarriage. Terus doktor pesan jangan angkat berat2, jangan itu jangan ini. Kalau tak kena warded. huhu. Alhamdulillah. Lega rasanya. Lepas hari tu, semua kerja, daddy yang ambil alih, mummy duk diam2 goyang kaki. hahaha.

Eh, cerita tak habis kat situ je. Keesokkan harinya, mummy demam sampai tak boleh bangun. Macam demam urat. Panas sejuk panas sejuk. Biasa demam sehari dua je, tapi kali ni membawa sampai hari ke 4. Memandangkan kat klawasan ni, ramai dah yang kena denggi, terus hari rabu tu, daddy bawak pergi hospital. Check punya check, memang comfirm denggi, terus kena tahan masuk wad. Uwaaaaaaaaa! Menderita batin ku okeh. Awal2 lagi mummy dah melalak2 menangis bila doktor cucuk nak ambil darah tu. Adoi, 4 hari jugak berkampung kat wad tu. Sampai sekarang masih trauma teringat segala jarum yang menyucuk2 ke lengan ni. Lebam2 pun sampai sekarang tak hilang lagi. Sobs.

Harapnya tahun baru ni, tak ada lah dugaan2 yang mencabar lagi. Allah duga tanda sayang kan. huhuhu. Moga2 anak mummy kuat dalam kandungan ni. Dan moga2 rezeki kami ini kekal sampai waktunya. Bila fikir2 tak sangka pula si kecik Amani dah nak jadi kakak. Patutlah manja bukan main sekarang ni. huhu. Doa2kan kami berjaya tempuh apa pun halangan yang mendatang. Amin.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati