tekan jangan tak tekan!

Wednesday, February 29, 2012

Bermula sudah..

Assalam..

Hari ni 29th Feb 2012 kan, tahun lompat ni. huhu. Siapa yang lahir hari ni memang sambut birthday 4 tahun sekali ye? Ke tak ek? Saya tak ada saudara mara or kawan2 yang lahir tahun lompat ni. Tapi hari ni memang catat sejarah buat saya sebab pagi tadi first time dapat morning sickness. Muntah - muntah bluweeeeekkkk! Haa, siap buat entry lagi kau, kenangan ni. haha. Sebenarnya dah mula rasa pening2 lalat tu 2,3 hari lepas. Sejak dah tahu pregnant, dah expect lah kan benda2 ni, cuma tak sangka seawal ini. Ingat masuk 2 bulan baru start uwekk2 ni. Ni baru masuk minggu ke 6 dah start alahan. Walla! Boleh tahan. Sampai lembik dah rasanya. Sakit kepala tak payah cakap lah, berdenyut2 sebelah kepala. Time solat memang nak melalak je rasa. Bayang lah masa rukuk dan sujud rasa nak terkeluar biji mata. Kalau terbatuk je, bergegar otak. Sakit!!

Sebenarnya semalam lah start mual2 pening. Pagi semalam bangun tidur ok lagi, cuma rasa sakit kepala yang berdenyut2. Malam semalam dah rasa tak larat, tapi gatal juga ajak suami shopping kat Mydin Mall. Last2 time balik dalam kereta dah start mabuk2. Sampai rumah tak cakap banyak terus tidur ni. Cakap dengan suami pun sambil pejam mata je. Kesian dia makan sorang2 semalam.T____T. Pagi tadi pulak, bangun2 je, mata tak buka lagi terus rasa mual2 nak muntah. Terus lah kejut suami minta buah prun, mata tak buka lagi ni duk menguyah prun. Uwaaaaa! Dah start dah! Baru ku tahu apa erti morning sickness. Memang betul2 sick lah. hahahaha. Lepas bangun solat semua, minum susu dulu sebab perut kosong. Tapi sampai je rumah mak, terus uweeekkk! Habis keluar semua susu tadi. T_________T.. Suami suruh MC je hari ni, tapi saya datang juga kerja  sebab sekarang tengah Final Exam. Kena jadi pengawas jaga exam. Takut pulak awal2 dah MC nanti makin lama makin teruk kan, takkan nak cuti lagi. So selagi boleh bertahan ni, kena lah datang kerja. Tapi tadi memang lembik lah melepek atas kerusi. Ni baru segar sikit sebab dah makan dan tidur sekejap tadi. 

 source : google

Esok dan seterusnya tak tahu lah bagaimana. Ni baru sikit dah macam tak tahan, dah menangis2 kat suami. Mujur lah sekarang musim exam, kalau masih time kelas comfirm banyak kelas postponed ni. Saya berdoa semoga saya mampu menanggung segala 'nikmat' untuk bergelar ibu ni. semoga saya tak menyusahkan suami dan mak ayah. Takut sebenarnya kalau2 karenah saya ni menyusahkan siapa2. Almaklum lah, ai ni anjeee sikit. Sikit2 rabak mata menangis. hehehehe.Dan semoga Allah permudahkan segala. Ini hanya untuk sementara waktu, InsyaAllah. Nak dapat sesuatu berharga, harus lah merasa perit jerih dulu kan. Hari2 pun berdoa semoga Allah pelihara semua supaya selamat sampai ke sudah. Dan hari2 pun berdoa semoga ini rezeki kami, InsyaAllah. Susah macam mana pun InsyaAllah sanggup saya tanggung.


owhhh, esok kena muntah2 lagi ke??? T_________________T

Tuesday, February 28, 2012

Pada Hari Yang Bermakna Itu...

Assalam..

Rentetan entry Wordless Wednesday yang lepas, saya nak abadikan kenangan hari pertama kami mendapat berita gembira itu. It takes me a few days to think should or shouldn't I post this entry. Sebab saya sangat consider perasaan wanita2 yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Saya pernah ditempat mereka. Pernah menangis2 baca blog orang yang spread that happy news. Pernah sebak2 dengar orang sana sini pregnant. Jadi saya bimbang berita gembira saya mengundang kesedihan dihati sesetengah bakal2 ibu yang masih menanti rezeki. Harapnya tidak. Saya mohon doa semua dan saya sendiri hari2 berdoa semoga akan ada rezeki yang Allah kurniakan untuk kita semua. Cepat atau lambat, apa pun bentuk rezeki itu, InsyaAllah ada.

Baru lagi rasanya saya post-kan entry yang merapu meraban ini. Tiba2 rasa bersalah stress masa tu, sebab rupa2nya 'dia' dah ada dalam diri saya. huhu. Dipendekkan cerita, saya selalu period on time. Every month memang cycle tetap, dalam 29 or 30 hari. Seminggu sebelum tarikh sepatutnya saya tiba2 dapat hint2 macam nak period. Perut cramp dan "Miss B" berdenyut2 dengan hebatnya. Masa tu fikir, ehh awalnya nak period. Terus rasa sedih sebab bulan ni period lagi. Sampai lah waktunya, 17th Feb, masih juga tak period even tanda2 tu tetap ada. "miss B" memang berdenyut2 dengan kadar yang luar biasa. hahaha. Serius sakit sampai setiap kali berdenyut tu terpaksa pegang untuk tahan sakit. kihkihkih. Dan satu perkara yang tak pernah saya alami, suhu badan naik mendadak tak turun2. Macam tengah demam gitu. Tapi saya yakin tak demam sebab sihat je macam biasa, cuma badan panas gila. Pagi2 mandi sebelum solat subuh pun terasa air suam mengalir celah2 jari. Memang seksa juga sebab panas dalam, tak berpeluh tapi badan sangat panas. Masa tu dalam hati dah berkata2 yang mungkin pregnant, tapi since tanda2 nak period tu ada, saya ignore je lah perasaan tu. So tak ada lah nak buat UPT ke apa ke, biarkan dulu. Then 19th Feb, terbangun pukul 2.30 pg untuk weewee, keluar reddish discharge, seperti saya selalu alami hari2 pertama period. So, saya 'isytihar' diri saya period bermula hari tu. hehehe. Even sangat kecewa, tapi saya tak menangis macam biasa saya lalui setiap kali menses. Bagitau suami, dia pun pesan jangan menangis lagi, redha je. T___T

Tapi, lepas 2,3 hari, still tak ada flow. Cuma discharge je sikit. Masa ni hati lagi kuat berkata yang memang pregnant ni. So, on 22nd Feb, masa bangun weewee pukul 4.40 pagi, terus buat UPT. Owhh, memang tabiat saya terbangun pagi2 buta untuk weewee. Masa ni memang dah pesan kat diri sendiri terima dengan redha kalau negative, jangan berharap sangat. Tapi jantung berdegup tu tak usah cakap lah, punyalah dupdapdupdap. hahaha. Lepas je weewee tu, terus titis atas UPT tu. Beli yang murah je hari tu kat Watson, tak adanya nak beli yang mahal2, nak letak urin je pun kan. hehehe. After a few second...













dekat sikit...




MasyaAllah!! 2 lines! Terus menggigil2 menangis sorang2 dalam toilet tu. Ya Allah, akhirnya! Apalagi, berlari keluar kejutkan suami. Suami yang blur2 bangun tengok saya menangis dah panik kenapa? kenapa?. Terus lah tunjuk UPT test tu. Dia tanya, mengandung? Saya angguk je, dah tak boleh cakap apa. Suami tersenyum lebar mengucap syukur dan memeluk saya dengan erat. Speechless. Kami hanya saling tersenyum dan berpeluk. awww, berapa kali nak berpeluk ni. hahahah. After that terus dah tak tidur. Sebab terkejut barangkali. Bayanglah kami saling usik mengusik sampai ke subuh. Saya baru pejam mata suami mengusik, ehh kenapa tidur tersenyum tu? hahaha. Last2 berjaga sampai pagi. Tengahari tu, masa lunch break, kami ke klinik untuk comfirmation. Alhamdulillah, dah 5 weeks. Due date on Oktober 2012. ^________________^

Alhamdulillah, sejuta ucapan kesyukuran pun rasanya belum cukup nak gambarkan betapa bersyukurnya kami dengan rezeki yang ditunggu2 ini. Kurniaan Allah yang sangat besar dalam hidup kami. Allah kurniakan rezeki setelah ditimpakan kami sedikit musibah. Tak perlulah nak diceritakan, tapi memang tertumpah juga lah airmata ni. Rupa2nya ada kegembiraan yang nak diberi selepas diuji dengan kedukaan. Sekarang dah masuk 6 minggu. Masih baru, masih awal. Emak dah pesan, jangan terlalu excited. Kandungan belum kukuh, takut apa2 jadi kan kecewa lagi. Nauzubillah. Mohon doa semua supaya selamat segalanya. Simptom2 nak alahan dah muncul sikit. Belum teruk2 lagi, belum muntah2 lagi, cuma pening2 lalat. Tu pun rasa dah sedikit terseksa. hehe. Tak apa lah, demi mu anak, mummy sanggup tempuh segalanya. Semoga kamu menjadi rezeki daripada Allah S.W.T untuk mummy dan daddy.

Wednesday, February 22, 2012

Thursday, February 9, 2012

9 Februari 2012.








8 bulan yang lalu. Sangat merindui moment manis ini.

Wednesday, February 8, 2012

Homemade Yogurt Yang Sedappp!

Assalam


First of all nak ucap terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang cuba 'menenangkan' saya rentetan entri luah perasaan ini. Juga semua doa2 yang mencurah2, terima kasih banyak2. InsyaAllah saya tak pernah lupa segala yang baik itu dari Allah S.W.T. Semoga doa2 kawan2 dan saya dimakbulkan. Meleleh okeh air mata baca komen satu2. Tak mampu nak reply, but i really2 appreciate it!

Okeh, tak mahu sedih2, hidup perlu diteruskan. Chayyok chayook! Untuk menggembirakan jiwa raga, jom kita buat yogurt! Haa, kelass kau jah buat yogurt sendiri. hehe. Saya hantu yogurt, kalau ke pasar raya mesti nak beli yogurt, siap ambil serba satu ikut perisa dia tu. Botak kepala laki i setiap kali shopping. hahahaha. Tapi semenjak dua menjak ni, try makan yang plain yogurt pulak. Tengah jaga kesihatan lah konon, tak nak makan manis2. Mula2 susah juga nak telan, lama2 sedap pulak jadinya. huhu. Then satu hari tu tengah2 BW, terjumpa satu resipi cara2 buat homemade yogurt ni. Terus rasa, walla! hebatnya!. Tengok bahan2, superr walla! Mudah dan senang. Then try google lagi cari resipi. Kebanyakkan nya lebih kurang sama, cuma cara je yan berbeza. Saya tentulah nak buat cara yang paling mudah. hehehe. Terus bersemangat nak buat. Jimat pun jimat sebab dapat buat banyak kot. Meh buat plain yogurt!

First kita perlukan ini:


1) 500 ML Susu - Susu putih ye, tak kira lah brand apa pun. Kalau dapat guna susu lembu asli lai better kot kan.
2) Plain yogurt - sebagai 'ibu' atau pencetus. Kita nak bakteria baik yang ada dalam yogurt ni.

Cara-cara:
1) Panaskan susu sekejap, jangan sampai mendidih, agak2 dalam suhu 40C gitu. Atau sampai keluar asap sikit-sikit. Padamkan api.


2) Biarkan sekejap sampai jadi suam-suam. Atau pun rendam sekejap periuk dalam air. Tak boleh panas sangat ye, nanti bakteria mati. Karang tak jadi pulak yogurt ni.

3) Dah suam, masukkan 2 sudu plain yogurt tadi, kacau rata. Jangan humban terus sebekas tu ye.
4) Then masukkan ke dalam botol kaca or termos or tupperware. Simpan kat tempat panas. Saya balut bekas tu dengan surat khabar tebal2. hehehe

5) Biarkan selama 8 jam tanpa disentuh. Then masukkan kedalam peti untuk kelazatan yang maksima. 

Done!! Mudah kan. Dan sedap juga! huhu. Saya buat ni separuh je. Kebanyakkan resipi guna 1 Liter susu. Sebab takut tak jadi, saya buat separuh je. Sangat sedap okeh. Tak masam sangat macam yang dibeli, rasa dia lebih lembut. Tapi nak ingatkan, tekstur dia tak sama macam yang dibeli ye. Tak pekat sangat tapi likat pekat gitu. Makin lama dalam peti makin likat. Sedap bila campur dengan buah-buahan or cornflakes. Wahh, cer kira berapa kali perkataan sedap disebut. hahahha!. Siapa2 yang suka yogurt boleh lah cuba. Boleh tambah madu or buah-buahan kalau tak suka yang plain. Sedap Giloss! Kalau tak confident dengan resipi saya, boleh google je, ada macam2 cara. Try jangan tak try!

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati