Assalam
First of all nak ucap terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang cuba 'menenangkan' saya rentetan entri luah perasaan ini. Juga semua doa2 yang mencurah2, terima kasih banyak2. InsyaAllah saya tak pernah lupa segala yang baik itu dari Allah S.W.T. Semoga doa2 kawan2 dan saya dimakbulkan. Meleleh okeh air mata baca komen satu2. Tak mampu nak reply, but i really2 appreciate it!
Okeh, tak mahu sedih2, hidup perlu diteruskan. Chayyok chayook! Untuk menggembirakan jiwa raga, jom kita buat yogurt! Haa, kelass kau jah buat yogurt sendiri. hehe. Saya hantu yogurt, kalau ke pasar raya mesti nak beli yogurt, siap ambil serba satu ikut perisa dia tu. Botak kepala laki i setiap kali shopping. hahahaha. Tapi semenjak dua menjak ni, try makan yang plain yogurt pulak. Tengah jaga kesihatan lah konon, tak nak makan manis2. Mula2 susah juga nak telan, lama2 sedap pulak jadinya. huhu. Then satu hari tu tengah2 BW, terjumpa satu resipi cara2 buat homemade yogurt ni. Terus rasa, walla! hebatnya!. Tengok bahan2, superr walla! Mudah dan senang. Then try google lagi cari resipi. Kebanyakkan nya lebih kurang sama, cuma cara je yan berbeza. Saya tentulah nak buat cara yang paling mudah. hehehe. Terus bersemangat nak buat. Jimat pun jimat sebab dapat buat banyak kot. Meh buat plain yogurt!
First kita perlukan ini:
1) 500 ML Susu - Susu putih ye, tak kira lah brand apa pun. Kalau dapat guna susu lembu asli lai better kot kan.
2) Plain yogurt - sebagai 'ibu' atau pencetus. Kita nak bakteria baik yang ada dalam yogurt ni.
Cara-cara:
1) Panaskan susu sekejap, jangan sampai mendidih, agak2 dalam suhu 40C gitu. Atau sampai keluar asap sikit-sikit. Padamkan api.
2) Biarkan sekejap sampai jadi suam-suam. Atau pun rendam sekejap periuk dalam air. Tak boleh panas sangat ye, nanti bakteria mati. Karang tak jadi pulak yogurt ni.
3) Dah suam, masukkan 2 sudu plain yogurt tadi, kacau rata. Jangan humban terus sebekas tu ye.
4) Then masukkan ke dalam botol kaca or termos or tupperware. Simpan kat tempat panas. Saya balut bekas tu dengan surat khabar tebal2. hehehe
5) Biarkan selama 8 jam tanpa disentuh. Then masukkan kedalam peti untuk kelazatan yang maksima.
Done!! Mudah kan. Dan sedap juga! huhu. Saya buat ni separuh je. Kebanyakkan resipi guna 1 Liter susu. Sebab takut tak jadi, saya buat separuh je. Sangat sedap okeh. Tak masam sangat macam yang dibeli, rasa dia lebih lembut. Tapi nak ingatkan, tekstur dia tak sama macam yang dibeli ye. Tak pekat sangat tapi likat pekat gitu. Makin lama dalam peti makin likat. Sedap bila campur dengan buah-buahan or cornflakes. Wahh, cer kira berapa kali perkataan sedap disebut. hahahha!. Siapa2 yang suka yogurt boleh lah cuba. Boleh tambah madu or buah-buahan kalau tak suka yang plain. Sedap Giloss! Kalau tak confident dengan resipi saya, boleh google je, ada macam2 cara. Try jangan tak try!
2 comments:
cam menarik je cik..hehehe
terimakasih adik....bagus resepi ni...sihat dan jimat..
Post a Comment