tekan jangan tak tekan!

Tuesday, February 28, 2012

Pada Hari Yang Bermakna Itu...

Assalam..

Rentetan entry Wordless Wednesday yang lepas, saya nak abadikan kenangan hari pertama kami mendapat berita gembira itu. It takes me a few days to think should or shouldn't I post this entry. Sebab saya sangat consider perasaan wanita2 yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Saya pernah ditempat mereka. Pernah menangis2 baca blog orang yang spread that happy news. Pernah sebak2 dengar orang sana sini pregnant. Jadi saya bimbang berita gembira saya mengundang kesedihan dihati sesetengah bakal2 ibu yang masih menanti rezeki. Harapnya tidak. Saya mohon doa semua dan saya sendiri hari2 berdoa semoga akan ada rezeki yang Allah kurniakan untuk kita semua. Cepat atau lambat, apa pun bentuk rezeki itu, InsyaAllah ada.

Baru lagi rasanya saya post-kan entry yang merapu meraban ini. Tiba2 rasa bersalah stress masa tu, sebab rupa2nya 'dia' dah ada dalam diri saya. huhu. Dipendekkan cerita, saya selalu period on time. Every month memang cycle tetap, dalam 29 or 30 hari. Seminggu sebelum tarikh sepatutnya saya tiba2 dapat hint2 macam nak period. Perut cramp dan "Miss B" berdenyut2 dengan hebatnya. Masa tu fikir, ehh awalnya nak period. Terus rasa sedih sebab bulan ni period lagi. Sampai lah waktunya, 17th Feb, masih juga tak period even tanda2 tu tetap ada. "miss B" memang berdenyut2 dengan kadar yang luar biasa. hahaha. Serius sakit sampai setiap kali berdenyut tu terpaksa pegang untuk tahan sakit. kihkihkih. Dan satu perkara yang tak pernah saya alami, suhu badan naik mendadak tak turun2. Macam tengah demam gitu. Tapi saya yakin tak demam sebab sihat je macam biasa, cuma badan panas gila. Pagi2 mandi sebelum solat subuh pun terasa air suam mengalir celah2 jari. Memang seksa juga sebab panas dalam, tak berpeluh tapi badan sangat panas. Masa tu dalam hati dah berkata2 yang mungkin pregnant, tapi since tanda2 nak period tu ada, saya ignore je lah perasaan tu. So tak ada lah nak buat UPT ke apa ke, biarkan dulu. Then 19th Feb, terbangun pukul 2.30 pg untuk weewee, keluar reddish discharge, seperti saya selalu alami hari2 pertama period. So, saya 'isytihar' diri saya period bermula hari tu. hehehe. Even sangat kecewa, tapi saya tak menangis macam biasa saya lalui setiap kali menses. Bagitau suami, dia pun pesan jangan menangis lagi, redha je. T___T

Tapi, lepas 2,3 hari, still tak ada flow. Cuma discharge je sikit. Masa ni hati lagi kuat berkata yang memang pregnant ni. So, on 22nd Feb, masa bangun weewee pukul 4.40 pagi, terus buat UPT. Owhh, memang tabiat saya terbangun pagi2 buta untuk weewee. Masa ni memang dah pesan kat diri sendiri terima dengan redha kalau negative, jangan berharap sangat. Tapi jantung berdegup tu tak usah cakap lah, punyalah dupdapdupdap. hahaha. Lepas je weewee tu, terus titis atas UPT tu. Beli yang murah je hari tu kat Watson, tak adanya nak beli yang mahal2, nak letak urin je pun kan. hehehe. After a few second...













dekat sikit...




MasyaAllah!! 2 lines! Terus menggigil2 menangis sorang2 dalam toilet tu. Ya Allah, akhirnya! Apalagi, berlari keluar kejutkan suami. Suami yang blur2 bangun tengok saya menangis dah panik kenapa? kenapa?. Terus lah tunjuk UPT test tu. Dia tanya, mengandung? Saya angguk je, dah tak boleh cakap apa. Suami tersenyum lebar mengucap syukur dan memeluk saya dengan erat. Speechless. Kami hanya saling tersenyum dan berpeluk. awww, berapa kali nak berpeluk ni. hahahah. After that terus dah tak tidur. Sebab terkejut barangkali. Bayanglah kami saling usik mengusik sampai ke subuh. Saya baru pejam mata suami mengusik, ehh kenapa tidur tersenyum tu? hahaha. Last2 berjaga sampai pagi. Tengahari tu, masa lunch break, kami ke klinik untuk comfirmation. Alhamdulillah, dah 5 weeks. Due date on Oktober 2012. ^________________^

Alhamdulillah, sejuta ucapan kesyukuran pun rasanya belum cukup nak gambarkan betapa bersyukurnya kami dengan rezeki yang ditunggu2 ini. Kurniaan Allah yang sangat besar dalam hidup kami. Allah kurniakan rezeki setelah ditimpakan kami sedikit musibah. Tak perlulah nak diceritakan, tapi memang tertumpah juga lah airmata ni. Rupa2nya ada kegembiraan yang nak diberi selepas diuji dengan kedukaan. Sekarang dah masuk 6 minggu. Masih baru, masih awal. Emak dah pesan, jangan terlalu excited. Kandungan belum kukuh, takut apa2 jadi kan kecewa lagi. Nauzubillah. Mohon doa semua supaya selamat segalanya. Simptom2 nak alahan dah muncul sikit. Belum teruk2 lagi, belum muntah2 lagi, cuma pening2 lalat. Tu pun rasa dah sedikit terseksa. hehe. Tak apa lah, demi mu anak, mummy sanggup tempuh segalanya. Semoga kamu menjadi rezeki daripada Allah S.W.T untuk mummy dan daddy.

6 comments:

shaYazz said...

Miza!!! xtau cmne nk dscribe perasaan bile bc miza pnye entry....huuu,,,sedih + gmbira.....(^_^) (!_!) (~____~) ingt pesan K.sya: beli bantal tuk alas punggung ms drve..tkut2 thentak ms bwk kete, bhya....dktor ckap umur janin sehingga 20weeks msih boleh gugur..nauzzubillah..dh lepas 20 weeks, mmg jarang sgt brlaku keguguran...K.sya pon masih dlm proses berjaga2....x travel jauh2 even nk g kat tmpt hsbd pon takut lagi..tggu 5 bulan, zupppp!!!nak g KL ...(^_^) Miza btuah sbb suami dekat....pregnt dikala bjauhan dgn suami sgt mnyeksakan...dan sgt sedih...sakit pening xde sape leh urutkan walupun mak ade kan...x same....nak suami jgk..take care...bsabarlah menghadapi 3bulan pertama ni ye....

mieyza said...

huhu..tq kak Sya. Bantal dok beli lagi ni. hehe. semoga kak sya tabah PJJ ni. takut pulop nok hadapi mabuk2 pening2 kekgi. hehe

Hannah Johary said...

OMG such a wonderful entry. Alhamdulillah! Baca dengan tekun, siap rasa touching gila macam baca cerita sendiri. Hehe. Alhamdulillah ada rezeki korang. I pray semoga semuanya selamat hingga ke akhirnya.

P/S: Adik Myiesha and your little one sebayalah nanti, kan? Wee..~ :D

mieyza said...

HJ : Tq2.. InsyaAllah kalau ini mmg rezeki kami, nnti sebaya lah adik Myiesha dgn baby..boleh masuk sekolah sama2. haha

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

tahniah mieyza,
jaga diri n baby leklok yer.. =)

Ummi Najla said...

Alhamdulillah. Happy for three of u. Pernah baca entry mieyza sebelum2 ni tapi tak pernah nak comment pun sebab pernah rasa perasaan tu dulu. Bila dapat tahu berita gembira ini(walaupun dah terlambat) sangat2 gembira. Semoga segalanya berjalan lancar hingga ke akhirnya. Congratulation mieyza n husband!Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar :)

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati