Akhirnya berpeluang update blog. Macam biasa, ada waktu, saya dihambat waktu. Mencicit lari dikejar masa. ecehh. bahasa apakah..Tapi serius sibuk. Banyak program yang perlu di lunaskan. Ditambah dengan acara marathon tanpa henti buat soalan final..haihh. Sungguh dalam kondisi stress. Entah mengapa, tiba je masa buat soalan final, automatik jadi stress, muka pun ketat semacam. haha. Dan acara marathon ini dijangka berterusan untuk soalan Midsem pula. Kepada warga Akademik PTPL, get ready for second phase of stress..muahahaha. Ok, bagi menambahkan rasa, minggu ni juga sedang berlangsung Test 1. Paper saya hari khamis ni, dan saya belum beres kan pun soalannya. Thanks to Kak Cik yang memudahkan kerja. Tak terbayang kalu saya perlu Bina dan Buat balik soalan Asas Anatomi dan Fisiologi tu. Saya cuma perlu edit saja.hehe.
Banyak program yang berlangsung, tapi tiada berkesempatan di update kan. Dengan gambarnya yang tak ter-upload. Last 2 weeks, ada program Kitar Semula (Heal The World), LAb explorace, Program BBQ, dan yang terbaru akan buat esok, Bowling. Owhh, dah lama ratu longkang ni tak main boling. geggegege. Harapnya esok program bowling ni happening dan success.
Dalam sibuk-sibuk, dalam stress-stress buat soalan, masih ada ruang untuk saya melayan jiwa. ishh, saya ni tak habis-habis dengan jiwa merana ni. Sekuat mana pun saya cuba alihkan perhatian saya, cuba menenggelamkan diri dalam kesibukan dunia, hati saya tetap berlagu lara. Tetap berkumandang irama sumbang yang melankolik. Zahirnya kami nampak berbunga bahagia, ketawa riang bersama. Hakikatnya sukar untuk diluahkan. Hanya saya, dia dan Tuhan yang mengerti segalanya. Betapa remuknya hati. Betapa saya sering meratap sendirian memohon di berikan jalan penyelesaian. Memohon akan segalanya berakhir dengan baik, tanpa ada yang terluka, tanpa ada yang menderita. Entah sampai bila lagi harus saya harungi lagi semua ini. Sabar saya hampir tiba dipenghujung. Semoga masih ada kekuatan yang berbaki dalam diri untuk saya terus melangkah ke depan, menghadapi rintangan apa pun di depan.
Tuhan Menguji, Takkan Berhenti.