lama sudah blog tak terusik. Tak sempat nak usik. Semenjak semester baru bermula ni, dah nak masuk minggu ke-4 dah pun, bahang kesibukan mula menyengat. ecehh. Ayat skema. :)
Last week, Sabtu dan Ahad, saya sekali lagi menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. horray!! Kalau dulu ke sana sekadar untuk beronggeng rokiah dan menikmati sepenuhnya keseronokan, kali ni pergi bersama students. Untuk program motivasi. Motivasi lah sangat. haha:D. Untuk kali ni, saya pergi dengan lebih bayak persediaan. Bak kata kawan saya, lebih well prepared sebab banyak gambar yang di ambil, berbanding hari tu. Ye lah, yang dulu kan first time, excited terlebih nak berendam dari nak berfoto-foto ni. Kali ni lebih kurang 200 shoot yang sempat di-snap. hambik kau. Dulu adalah 10 keping kot. haha. Satu lagi, dulu walaupun pergi hanya untuk sehari, namun saya berjaya membawa balik kulit yang super-burn disusuli penggelupasan hebat. Kali ni saya hanya dapat minor saja. Kulit pun tak menggelupas. Macam pelik pulak, pergi dua hari tapi takde lah hangus sangat, cuma tann je sikit. errkk, menambahkan tan pada kulit yang hitam..:D

Membawa ahli rombongan lebih kurang 24 orang, kami berkhemah selama dua hari. Adalah beberapa aktiviti yang di jalankan, termasuk jungle trekking dan snorkelling. Yang ber-jungle trekking tu saya kurang suka sedikit, pasal nak ke tempat bermula tu, punyal lah jauh kena jalan. Dah la di tengah panas berjalan terkedek-kedek merentasi pantai. sempat tengok mat salleh separuh vogel menayang badan..haha. lepas tu, trek dia punya lah bahaya dan sangat susah untuk dilalui. Even yang bawa kami tu claim yang trek ni yang paling mudah, saya tak rasa rela hati nak buat aktiviti ni lagi. Lelah semacam. Mana taknya, separuh tenaga dah di habiskan di sepanjang jalan nak ke trek tu. Cuma yang best dan rasa berbaloi tu, last check point tu, permandangan yang maha indah terbentang. Subhanallah, sangat cantik.
Hari ke-2 tu, hari untuk Snorkelling. sangat lah excited semua students, termasuk lah lecturers sekeliannya. Mana taknya, dari pagi membawak ke petang, duk berendam je dalam laut. Saya apatah lagi, pagi-pagi buta dah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.haha:D. sangat seronok. Cuma kali ni, saya tak ada lah ber-snorkelling dengan excitednya. Pasal bila je start pening-pening masuk angin, terus saya stop. Takut termuntah lagi. Lagi pulak, kebetulan ramai lah pulak manusia-manusia lain yang ber-snorkelling. cam tak best dah. Ikan pun lari agaknya. Tapi pemergian ke Pulau Kapas kali ni, satu rahsia sudah terbongkar. Satu perkara yang pada saya sangatlah unbelievable. Kejutan yang bikin saya tertelan air laut sampai tekak pahit. haha:D. Tak perlu lah dibongkar disini. Yang pasti doa yang berpanjang hingga menuju jalan bahagia saya titipkan buat mereka. Honestly, saya terharu, melihat seorang demi seorang rakan-rakan sekeliling mula mengecap bahagia, even it takes time to digest the un-sangka-rable rahsia itu. hahaha! Well. selamat berkasih sayang for both of them. :D
okey, lets the pics tell the story..
jungle trekking yang memenatkan..
okey. mau pulang sudah..bye2 Pulau kapas
okey lah, cukup setakat disini. lain-lain gambar sila tengok di facebook..:)
okey lah, cukup setakat disini. lain-lain gambar sila tengok di facebook..:)
No comments:
Post a Comment