tekan jangan tak tekan!

Tuesday, June 22, 2010

Setahun itu (21 Jun 2009- 21 Jun 2010)

Hampir terlupa sebenarnya tarikh bermakna ini. Di asak kesibukan mengejar waktu mengajar, diselit juga aktiviti meronggeng makan-makan haha saya hampir terlupa akan hal ini. Hari ini genap setahun lah saya berkhidmat menabur bakti di PTPL Terengganu. Setahun yang penuh suka duka. Setahun yang penuh dengan pengalaman baru, suasana baru dan segalanya baru bagi saya. Setahun lalu, saya hanya fresh graduate yang masih terkontang kanting memikirkan dimanakah saya akan ditakdirkan untuk di-makan-gaji-kan. Alhamdulillah. Indah sekali jalan yang Allah S.W.T takdirkan untuk saya. Tidak lama selepas graduate, saya diterima di untuk bekerja di PTPL Terengganu. Teramat bersyukur kerana sebagai fresh graduate yang tidak memiliki sebarang pengalaman pengajar, mahupun pengalaman bekerja di bidang akademik, saya di takdirkan untuk bekerja di tempat yang begitu hampir dengan kediaman keluarga. Kurang 10 minit saya dah boleh sampai ke tempat kerja. hehe.Tersangat best okey. Terasa diri sangat bertuah.Tak perlu ke luar Terengganu untuk mencari rezeki. Dan yang penting dekat dengan keluarga tersayang. Setahun yang cukup indah ini memberi saya terlalu banyak pengalaman pahit manis. Mengenali rakan-rakan sekerja yang cukup baik hati dan sporting antara yang terbaik. Bergelumang di pejabat mengejar waktu dan mengharung kesibukan yang kadang-kadang tidak masuk akal juga satu pengalaman terbaik yang saya lalui di sini. Dan melalui hari santai dan beronggeng bersama-sama juga antara yang terindah. haha. Tekanan? Sudah tentu. Di mana-mana pun kita akan ditekan dan tertekan. Sepanjang di sini, terlalu banyak juga tekanan yang dihadapi. Sampai kadang-kadang naik semput. Dahi berkerut-kerut. Sampai nak senyum pun dah tak ada perasaan. Namun mujur lah semua di sini saling menyokong. Saling memberi, saling menghulur pertolongan. Beban yang berat pun terasa ringan. Setahun ini juga memberi saya peluang mengenali ramai kawan yang bersilih ganti. Biasa lah, kawan-kawan di pejabat bertukar ganti. Saya sendiri pun tak pasti, berapa lama lagi kah saya di sini. Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku esok. Namun yang pasti, saya masih lagi disini. masih bertahan mengharungi hari di PTPL. Masih bersemangat mengajar students yang begitu mencuit hati, walaupun kadang-kadang karenah mereka buat saya mahu baling kasut saja. haha:D. Di mana pun saya selepas ini, pengalaman di sini pasti di jadikan batu loncatan dan pemangkin kecemerlangan. ecehhh..haha.

Saya dedikasikan entry kali ini untuk rakan-rakan sekerja saya yang sangat baik hati dan sangat sporting dan sangat best! Terima kasih daun keladi untuk Kak Maliana, KAk Hidayana, Kak Chik, Kak Dira yang bakal pergi
sob sob, Ziana yang berbunga di hati hehehe, Kak Ros, KAk Nani, Kak Wan, Nazrin, Eidham, Ita, Kak Sya, Sheila, dan semua lah. Tak terucap dah. Banyak sangat. owhh, saya gagal nak ingat semua 60 orang staf PTPL..:D Dan tak lupa pada yang dah pergi meninggalkan kami di sini untuk menejar cita-cita yang lebih besar. Mamat, Ima, Mek su dan Daus, Sya, dan yang bakal meninggalkan, Kak Dira. Apa pun, saya sayangkan anda semua. Thanks for everything!!

keciknya pic ni..melaram baju seragam yang macam macam ragam.


Dinner..

main bola jaring..


suasana di pejabat..

sila sengetkan kepala..ini meja saya ketika musim internal audit yang lalu..cantik kan..haha

3 comments:

Izafiza said...

wahh..btol la k.miza..kejap jer ms blalu xsedar dh setaun kita..=)

Anonymous said...

kamu xsebut name saye sabagai org da tinggalkan ptpl..s0bs0b
~ ida akmal~

takusahrisau said...

sy pon takder kakda..sob3..

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati