tekan jangan tak tekan!

Friday, June 4, 2010

I Got Present!! hoyyae!!

wahh..sungguh seronok ini hari. Macam dah lama je tak happy macam ni. Tiba-tiba rasa macam diselubungi ketenangan dan kegembiraan. ecehh.

Lately saya agak terbuka untuk mencuba benda-benda baru. Yang diluar dari kebiasaan. Yang memang not-typical-mieyza. Banyak benda yang menarik minat saya untuk mencuba. Contohnya fotografi. Ini memang sudah lama Terrsuka Terrjatuh hati. Dari dulu lagi tapi zaman-zaman muda belia dulu mana ada duit nak berkamera. sekarang pun ada Compact Camera biasa saja. Teringin nak beli DSLR, tapi tengok harga tertelan air liur. Even tak ada lah mahal sangat, tapi bila fikir duit tu simpan untuk kegunaan lain, terpaksa lah tahan dulu niat tu. InsyaAllah tak lama lagi saya sembelih tabung untuk dapatkan DSLR idaman. hahaha:D

Then benda baru yang saya suka buat ada lah bikin cupcakes. Sungguh menarik tertarik okey. Kan sekarang zaman kegemilangan cuppies, sana sini ada blog pasal cuppies. So saya pun teringin nak mencuba bakat terpendam buat cupcakes. Terpendamkah?? haha:D. Walaupun saya ni dari dulu lagi terkenal dengan "pembuat kek bantat terkemuka", saya tetap nak cuba buat cuppies. Siap pergi kursus decoration cuppies lagi jauh nun di Kemaman bersama rakan persubahatan, ZIANA. haha..ni saya dah cerita di entry lepas. Sangat lah memberi kepuasan walaupun acara pembikinan agaklah cerewet dan penat. Namun hasilnya buat saya puas hati.

latest cuppies di buat khas untuk birthday cousin mohd Fauzi.

Apa lagi??Yang ni sangat best pasal minat saya pada yang ini buat mak saya macam mentenyeh-tenyeh mata sebab tak percaya. apakah?? Entah angin mana yang datang, tiba-tiba saya TERminat nak jahit manik-manik di baju kurung. hahahaha. saya gelakkan diri sendiri. Dari dulu lagi saya tidak bersahabat baik dengan jarum dan benang. sangat tak suka okey. Kain koyak pun saya tak akan jahit. Butang tercabut pun saya buat donno je. Dulu masa belajar subjek kemahiran hidup kat sekolah, bahagian projek menjahit, saya serah kan kat mak je. Semua mak yang buat kan. Jadi bila mak tengok saya begitu tekun menjahit manik di baju kurung baru tu, sangat lah dia tak percaya. lepas tu siap perli lagi, berapa haribulan customer nak datang amik baju tu. haha:D. Mak saya sangat sinikal. Yang bestnya, sebab konon-konon macam minat sangat, saya pun gatal-gatal tangan google cari website yang mana boleh membantu saya ber-beading ni. siap cari kat youtube lagi. Ialah, nak beli buku macam over pulak. Dah la mahal, kan buatnya saya ni minat hangat-hangit tahi ayam kan membazir je. Pastu jumpa lah satu webite yang agak lah menarik iaitu Koleksi Kreatif Cheq-Sue. Sangat menarik pasal dia ajar banyak cara nak jahit manik ni. Then tengok dia ada account facebook. Saya pun add la as fan. The best part is saya fan yang ke 1000. walla. Saya pun dengan bangganya postkan comment kat wall Cheq-sue ni bagitau yang saya fan dia yang ke seribu. Tak sangka pula dia begitu baik hati bagi saya present. Sangat happy okey. nak tau apa hadiahnya? E-Tutorial Manik Sekebun Bunga. E-Tutorial ni cheq-sue jual sebenarnya untuk yang berminat. Sangat berguna. Saya tersangat lah excited sebab saya kan tiba-tiba TERminat nak menjahit segala ni. Walaupun E-Tutorial tu agak lah berat bagi penjahit manik amatur macam saya ni, pasal dia ajar cara jahit manik secara besar-besaran, tapi saya tetap suka seronok sampai nak melompat terkinja-kinja. haha:D

my first beading project. sangat simple. haha:D

Minat yang datang tiba-tiba tu sebenarnya adalah salah satu cara saya nak mengalih perhatian hati saya yang macam agak kronik je kondisinya kebelakangan ini. Kalau ikut kan sangat perasaan sedih berduka lara tu tak jadi kerja lah jawapnya. Saya hari-hari pujuk hati, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi semua benda ni macam terapi bagi jiwa saya, selain mengadu pada yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya kepala hotak saya sedikit tenang dan jiwa pun dah tak berkocak. Walau pun hasil kerja tangan keras saya tak cantik dan tak kemas, saya tetap happy. Kan saya amatur, jangan expect lebih-lebih.:D

Oh ya. Lepas ni saya teringin nak belajar jahit baju kurung. Macam best saje kalau pandai jahit baju kurung sendiri. hehe. So lepas ni kalau ada lah yang teringin nak pinang saya untuk jadikan isteri, saya mahu up sikit hantaran. RM15 K above, pasal saya dah berusaha keras nak men-serbaboleh-kan diri. hahaha:D

4 comments:

Anonymous said...

vahvahvah...penuh dengan added value.hihihi

Unknown said...

ok..bab baju kurung sayer suker!!
boleh tempah ngan miza jerr!!
rege kengkawan..RM15/sepasang..ok?

Hannah Johary said...

OMG. Tolong ajar saya buat cuppies! Susah tak? Apa equipment yang diperlukan utk beginners?

Sangat excited tengok cuppies itu! :D

mieyza said...

kak hannah. sangat lah tak susah. cuma perlu sikit effort la. saya ni tangan keras lagi tak kreatif.minat punya pasal saya try juga buat..hehe.

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati